Mana Pihak Yang Benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom terpanggil untuk bagi pendapat cik tom berdasarkan isu yang sentiasa panas dan hangat semenjak 3 tahun yang lepas dan kembali terlebih hangat selepas Peristiwa Perhimpunan Bebas Anwar 901. Pelbagai reaksi yang diterima hasil keputusan pembebasan Anwar. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati. Itulah adat dunia takkan ada yang berpuas hati dengan apa yang ada. Rasanya kes ini tidak akan habis untuk tempoh beberapa tahun lagi kerana dengarnya Saiful Bukhari ingin failkan permohonan rayuan.

Cik tom ada berbual kosong dengan kawan tentang “Mana pihak yang benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari? Cik tom tiada jawapan untuk soalan ini. Dilemma tak tahu mana pihak yang benar atau salah. Cik tom tidak memihak mana-mana pun samaada Anwar Ibrahim mahupun Saiful Bukhari.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama pihak yang benar dan teraniaya. Jadi tiada gunanya orang lain yang sibuk2 saling tuduh-menuduh, tuding-menuding jari antara satu sama lain sedangkan kita sendiri tidak mengetahui kebenaran sebenarnya. Sekadar dengar hujah dari kedua-dua pihak yang sudah semestinya ingin membela diri masing-masing. Lebih-lebih lagi zaman teknologi yang serba canggih semua perkara boleh dibayar untuk diwujudkan.

Terlalu mudah masyarakat kita bercakap dan menuduh. Kalau benarlah Saiful Bukhari ini seorang penipu. Kalau benarlah Saiful Bukhari ini telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Biarlah Allah yang mengadili dan membongkarnya. Kalau tak diperlihatkan di dunia, di Padang Masyhar menanti.

Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”. (Surah An-Nur ayat 19)

Ayat yang diatas menerangkan kepada kita mengenai kemurkaan Allah SWT kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain. Sebelum menyebarkan keaiban orang lain berfikirlah tentang keaiban diri sendiri sehingga kita sendiri malu untuk mendedahkan keaiban orang lain.

Hanya Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari dan ALLAH yang tahu kebenarannya. Wallahualam. DIA sahaja yg lebih Maha Mengetahui. Semoga kebenaran akan terdedah juga satu hari nanti. Walaupun siapa yang salah atau benar, harapnya diberikan hidayah untuk berubah dan insaf. Usahlah terus hidup dalam kepura-puraan dan bergelumang dengan dosa. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita supaya sentiasa di jalan yang benar. amin…

Artikel yang menarik dibaca untuk renungan; Keaiban Yang Ditutup Allah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

31 thoughts on “Mana Pihak Yang Benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari?

  • January 17, 2012 at 1:00 am
    Permalink

    saya sndiri pon xtau nk cment apa ttg diorang ne…
    klu tercment tkot salah pulak.. xpsal2 dpt dosa free…
    bter diamkan diri je… Politik.. politik .. politik…
    xminat dgn politik…. Hhuhuuuhu…
    tmpukan dgn pljran lagi baik !
    Hahahaha XDXD

    Reply
  • January 17, 2012 at 1:25 am
    Permalink

    manusia yang tahu, pastinya..diorang berdua aje. orang lain..tak tahu.

    Reply
  • January 17, 2012 at 2:25 am
    Permalink

    Entah la cik tom.. mcm2 yg berlaku sejak akhir2 ni.. sape salah,sape yg benar hanya allah saja yg tahu. yg makan gula tak kan rasa masin kan..

    Reply
  • January 17, 2012 at 7:15 am
    Permalink

    betul la cik tom..kdg2 menyampah dgr, tak sudah2 pasal isu ni..huhu.
    mudah2an mereka & kita semua diampunkan dosa oleh Allah..kerana mereka, kita pun terlibat sama mengata.. =)

    Reply
  • January 17, 2012 at 8:43 am
    Permalink

    Kalau ikut apa yg ada di mahkamah…perbuatan tu mmg berlaku, cuma bukti yg tercemar myebabkan kes itu ditolak…bgmna pun kita tunggu je permainan politik org2 ni. Pasti akan ada keputusannya nanti….

    Reply
  • January 17, 2012 at 8:48 am
    Permalink

    Ye tak ye. Buat apa kecoh kecoh cakap dia ni salah, dia tu penipu apa apa lah lagi semua. Buang masa je. Kalau betul tuduhan kita, tak apa lah kot. Kalau salah ? Dah jadi fitnah. Tak pepasal dapat dosa besar free free je ha~

    Reply
  • January 17, 2012 at 9:13 am
    Permalink

    Memang susah kita nak dapat jawapan sebenar hanya Allah sahaja tahu.

    Reply
  • January 17, 2012 at 9:25 am
    Permalink

    Kita biarkn saja urusan diorang. Teruskan kehidupan kita cam biasa, cari rezeki & dptkn keredhaan.

    Reply
  • January 17, 2012 at 10:04 am
    Permalink

    Betul CIK TOM, kita tk perlu mencari2 keaiban orang sepatutnya kita perlu sibuk melihat keaiban sendiri..dan sentiasa bersyukur kerana Allah telah memelihara keaiban kita..WALLAHULLAM

    Reply
  • January 17, 2012 at 10:50 am
    Permalink

    Rasanya malas hendak bahas isu kes liwat DSAI kerana Allah lebih MengetahuiNya.

    Reply
  • January 17, 2012 at 11:11 am
    Permalink

    isu besar yang telah mencalarkan senario politik Malaysia. apa pun isu yang dimainkan saya rasa penggundi lebih matang dalam membuat keputusan. pembangunan yang di jalankan tidak akan menjadi makna jika rakyat terpaksa menanggung beban, namun pemerintah yang adil dan saksama akan menjamin kesejahteraan rakyat. janganlah jadi seperti pak kaduk…….

    Reply
  • January 17, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    seharusnya kita tolak pemimpin yang meragukan , carilah pemimpin yang memperjuangkan islam dengan ikhlas kerana Allah dan rasulnya , mmmm payah nak jumpa ni cik tom 🙂

    Reply
    • January 17, 2012 at 8:29 pm
      Permalink

      Rojak sokong gee sebab tengok kerajaan sekarang ni pun memang tak mau langsung kepada hukum Allah…

      Reply
  • January 17, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    Bagi saya isu ini hanyalah lebih kepada permainan politik sahaja,,,pada akhirnya nanti kebenaran akan tetap terbukti,,,saya tidak memihak mana-mana pihak.

    Reply
  • January 17, 2012 at 12:38 pm
    Permalink

    tak tahu nak ckp apa.sy cuma dgr kiri degar kanan nak beri ulasan bukan tahu hee..apa2 pun setiap apa yg kita buat kt dunia ni baik sekecil2 zarah Tuhan Maha Mengetahui..

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:46 pm
      Permalink

      Betul tu “ustazah” 🙂

      Reply
  • January 17, 2012 at 12:56 pm
    Permalink

    eiela pun tak tau nak kata apa, yg pastinya Allah itu ada dan DIA akan menolong pihak yg benar. kat sana nanti takde siapa yg dpt berdalih.

    Reply
  • January 17, 2012 at 1:12 pm
    Permalink

    Tak payah la nak tentukan siapa benar siapa salah. Hakim tu pun punya la susah nak jatuhkan hukuman. Kita ni, belajar pun tidak. Allah tahu. Cukupla kita ambik pengajaran.

    Reply
  • January 17, 2012 at 1:48 pm
    Permalink

    Bila difikirkan; susah nak definisi ‘baik’ sekarang nie… ada kengkawan ‘baik giler’ tapi bila ajak ‘solat’ asyik mengelak jer… ada pulak tuu ‘nampak alim giler’; tapi bila sembang… hmmm rasa meluat jer nak dengar…

    Reply
  • January 17, 2012 at 3:47 pm
    Permalink

    saiful bukhari y slh. y dye 2 bdh sgt p bg bntot dia kt org tua mcm anwar tue knp???takkan org muda nak fight org y berumur pown tak larat kot! dahla tue bnde y dh lme blaku takkan air mani mseh ad dlm bntot dia????????pk LOGIK ahh..org bodoh jewk buat mcm tue!

    Reply
  • January 17, 2012 at 5:18 pm
    Permalink

    sy pon x memihak mana-mana..sy percaya satu hr nnt Allah akan tunjukkan juga kebenarannya..

    kalau dr segi pemimpin sekarang ni sy rs Hassan Ali nmpk mcm jelas sikit perjuangannya

    Reply
  • January 17, 2012 at 5:25 pm
    Permalink

    siapa la kita untuk menilai dan menghukum mereka..
    mereka manusia biasa..begitu jugak dengan kita..
    layak kah kita untuk menilai dan menghukum?

    Reply
  • January 17, 2012 at 11:17 pm
    Permalink

    sebagai rakyat kita kdg2 jd muak dengan isu2 seperti ini…sukar untuk mencari pemimpin yang betul2 ikhlas memimpin ke jalan Allah…

    Reply
  • January 17, 2012 at 11:28 pm
    Permalink

    mencari yang sempurna memang sangat payah
    apa kata kita pilih yang terbaik di antara yang baik

    Reply
  • January 18, 2012 at 12:35 am
    Permalink

    tuhan lebih mengetahui ..kan sayam??

    #selamat malam ciktom..skg ni keja kat mana ea?nak ke trganu ni,..hehee

    Reply
    • January 23, 2012 at 1:56 pm
      Permalink

      yup Allah lebih mengetahui segalanya…

      skang cik tom kerja kat negeri 9…bila nak pi tganu??

      Reply
  • January 18, 2012 at 12:44 am
    Permalink

    penat dah layan isu nih. biarlah..diorang aje tau jawapannya.

    Reply
    • January 18, 2012 at 5:29 pm
      Permalink

      sy sokong komen cikgu heee

      Reply
  • January 20, 2012 at 1:04 pm
    Permalink

    memang penat layan cerita ni, baca pun sekadar nak amik tau apa jadi dalam negara kita ni, siapa salah atau benar kita serah je la kepada Allah

    Reply
  • January 20, 2012 at 6:51 pm
    Permalink

    tak pe la,kebenaran akan terbukti di padang mahsyar. Hanya Allah swt je Maha Mengetahui.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE