Masalah Blog + Kekangan Masa= Malas Update Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Entah apa-apalah tajuk entry cik tom kali ini. hehe… Point utama tetap pada penyakit malas update blog oleh sebab masalah yang menimpa blog ditambah pula kekangan masa untuk cuba cari penyelesaiannya.

Masalah pertama blog ini selepas penambahbaikan blog ialah pertindihan tajuk artikel sebelum & selepas dengan tarikh publish kat atas tajuk artikel. Alhamdulillah duk adjust sana sini code tue baru berjaya dengan alihkan “posted on” bawah title supaya tak bertindih keduanya. Thanks pada amirez yang turut membantu bagi contoh coding. Nasib baik adjust blog hanya sekali je tahun. huhu..

Bermula dari minggu lepas, blog ini bermasalah pula untuk setting autopublish entry. Kesemuanya entry yang dah di set autopublish tak dipublish & jadi “missed schedule“. Entah tak tahu apa masalah sebenarnya sampai jadi missed schedule ni. Cara penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak NetKL ialah dengan menggunakan “plugin missed schedule” atau cek satu persatu plugin yang baru diupdate/ install untuk cek samaada ada yang tak compatible.

Ish fikir-fikir dah ada 17 plugin yang cik tom install. Tak nak install banyak plugin. Kena try cara manual la nampak gayanya. Cuma kekangan masa tue buatkan masalah ni masih belum settle and still in progress.

Kerana masalah blog campur pulak kekangan masa jadi cik tom malas nak update blog. huhu… Motif entry merapu ni? Entahlah.. Cik tom nak cari cepat solution dan up kan balik mood berblog. Kalau sesiapa ada cadangan bagitahu la ye untuk missed schedule tue. Banyak planning entry dah lari dari schedule. Cik tom pun dah lama tak blogwalking blog kawan-kawan. Rinduuu.. Nanti cik tom curik masa singgah blog korang ye. Bye ♥

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

60 thoughts on “Masalah Blog + Kekangan Masa= Malas Update Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!