MASAM MANIS TOMATO


Salam…Sesuailah berdasarkan nama blog ini “tomato gurl’s life “, maka entri kali ini saya akan keluh kesah apa itu tomato. Tak semua orang mengetahui tentang tomato dan tak semua orang menyukai tomato. Ada apa dengan Tomato?? Jom korang singgah dan baca entri ni ye~~

Pernah tak korang dengar petua org tua2, jika mahukan kulit yg halus & cantik dgn rona kemerah-merahan. Mesti pernahkan??kalau yang tak pernah tue ni kira saya bgtau la. So, rajin2lah korang makan buah tomato yek.huhu.. Selain dimakan mentah, buah tomato yg masak ranum juga elok digosok ke kulit wajah bagi membersihkan kulit dan menghilangkan parut. Sejauh mana kebenaran & keberkesanan, wallahualam sebab saya sendiri tak pernah mencubanya.

buah tomato ceri

—DIARI TOMATO—

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna “pic-serigala” (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna “buah-serigala”, nama biasa “epal-serigala”).


pokok tomato

—ADA APA DENGAN TOMATO???—

Tomato mengandung vitamin A, B1 dan C. Sebiji tomato bersaiz sederhana mengandungi 40% RDA utk vitamin C. Sari ‘phytonutrient (lycopene)’ dpd tomato berkeupayaan utk melindungi sel2 badan drpd serangan penyakit tertentu dgn cara melindungi fungsi sel.

Tomato dapat membantu membersihkan hati dan darah kita. Tomato dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti:

  • gusi berdarah.
  • rabun senja / kotok ayam.
  • penggumpalan darah.
  • usus buntu.
  • kanser prostat dan kanser payudara.

enak dimakan

—AUTA & FAKTA TOMATO—


Auta : Tomato bersifat racun.

Fakta : Tomato tidak memudaratkan langsung malahan rasanya juga sedap.
*****************
Auta : Tomato adalah sayuran.
Fakta : Tomato bukannya sayuran tetapi termasuk dalam jenis buah-buahan. Buah-buahan ini didefinisikan sbg ovari yg telah matang. Ertinya ia dibina dpd struktur reproduktif engosperm (tanaman berbunga). Tomato sendiri berbentuk pejal & mengandungi biji.
*****************
Auta : Semua jenis tomato berwarna merah apabila masak.
Fakta : Terdapat pelbagai jenis tomato, dan tidak semuanya berwarna merah apabila masak. Warna tomato termasuklah hijau, merah, kuning dan ungu gelap

*****************

antara warna-warna tomato

Sources: Wikipedia & other internet sources + garapan sdn. bhd.~~


Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “MASAM MANIS TOMATO

  • July 19, 2010 at 3:22 am
    Permalink

    hi tiha…dtg melwt blog tiha..wlpn xde blog…-nur-

    Reply
  • July 19, 2010 at 4:13 am
    Permalink

    mekasih singgah…wat la blog jgk nur..huhu 😉

    Reply
  • July 19, 2010 at 10:32 am
    Permalink

    hmmm… it sounds maybe weird but I really really like vegetables!! 🙂

    Reply
  • July 19, 2010 at 11:52 am
    Permalink

    it's not weird…i'm also really like vegetables…it's yummy.. ^_~

    Reply
  • July 19, 2010 at 1:45 pm
    Permalink

    buah serigala
    epal serigala

    ^_^

    Reply
  • July 19, 2010 at 1:52 pm
    Permalink

    tu la..pelik kan..terkejut jgk tgk..serigala mkn tomato x??hihi..

    Reply
  • July 20, 2010 at 3:18 am
    Permalink

    cam xikhlas je..hehe

    Reply
  • July 24, 2010 at 1:11 am
    Permalink

    penah rase umami? nati sy cite..huhu~

    Reply
  • July 24, 2010 at 12:51 pm
    Permalink

    umami??pe tue??tak pernah lagi..hehe..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE