Masuk 3 series, tak kahwin lagi kira anak dara tua?

Assalamualaikum dan salam sayang… Tajuk entri sentap mak kali ni..haha… Skeptikal orang melayu terutamanya orang tua akan me”label” seseorang perempuan yang masuk 3 series, tak kahwin lagi kira anak dara tua?

Ada yang memberi nama yang lagi awesome – andartu (singkatan anak dara tua) atau andulusia (anak dara lanjut usia). Adoiii macam2 la lagi ade kan. Kalau lelaki? Jarang pulak dengar ke bujang lapok? hehe..

Masuk 3 series, tak kahwin lagi kira anak dara tua?

Tak sangka pejam celik pejam celik masuk tahun 2016 ni umur cik tom bakal bertambah lagi serta bakal masuk ke golongan 3 series. haha.. Cuma hari lahir lambat lagi la 22 November.

Tapi tetap kalau orang tanya cik tom tetap akan selamba je jawab 30 masuk tahun ni.

Teringat pada akhir tahun lepas ke Kubang Kerian, Kelantan. Pak cik dan mak cik di sana gemar betul tanya 2 soalan cepumas: “umur berapa?dah kahwin belum?”

Bila jawab umur 29 tahun. Diorang tak percaya sebab ingat muda lagi. Untung juga ada muka awet muda ni kan. hehe…

Bila jawab tak kahwin lagi terkejut cakap umur 29 tahun tu dah kira terlewat bagi seorang perempuan yang tak kahwin lagi. Dengarnya majoriti umur 24 tahun dah kahwin perempuan kat Kelantan ni. Betul ke orang Kelantan??

Adik-adik tak percaya kakak dah masuk 3 series??

Yang ni rasa paling lawak. Adik cik tom semua terkejut bila cik tom bagitau;

Cik tom: Alamak tahun ni dah masuk 30 tahun.

Adik: Eh ye ke? Bukan 29 tahun? Tak percayanya dah tua akak ku. Tak kahwin lagi.

Cik tom: Sengal je adik. Nampak sangat tak alert umur akak sendiri nih..

Bila nak kahwin?? Janganlah memilih sangat.

Yang ni soalan dan komen yang cik tom kadang2 dah rasa tahap menyampah. Bila lambat kahwin je cakap memilih. Cara komen macam terlebih tahu pasal diri kita. Padahal jumpa pun waktu musim perayaan je.

Beli baju kat kedai pun mak cik pilih gak. kan Ni kan pulak nak cari pasangan suami. Bukan tak suka pastu boleh tukar atau buang sesuka hati.

Kena la memilih jugak cuma memilih berpadanan la jugak kan. Yelah mana ada manusia yang sempurna dalam hidup ni. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Tahu ke sebab musabab seseorang tak kahwin lagi kenapa? Mungkin dia ada masalah tersendiri. Sebaiknya doalah yang terbaik buat diorang yang tak kahwin lagi ni termasuk cik tom. hehe..

Tapi cik tom biasa jawab pun tipikal punya jawapan; Entah la mak cik. Jodoh saya ni liat agaknya. Doakanlah saya cepat2 kahwin dengan jodoh yang terbaik ye mak cik. Mana tau masin doa mak cik boleh saya kahwin tahun ni. 😉

Doa mohon jodoh dan keturunan yang baik

Agak-agak kenapa perempuan kahwin lambat??

Ada macam2 sebab seseorang tu kahwin lambat tapi bagi cik tom paling senang sebenarnya jodoh belum sampai lagi. Belum terbuka hati untuk berkahwin. Setiap wanita pasti mengimpikan untuk berkahwin dan punya keluarga yang bahagia.

Berdasarkan survey dikalangan rakan-rakan yang tak kahwin ni katanya lelaki yang takut nak approach diorang. Yelah diorang kerja dah ada pangkat, gaji tinggi, bergaya dan mempunyai aset. Sedangkan diorang tak kisah pun.

Jadi lelaki yang di luar sana, kalau ada minat mana2 perempuan. Jangan simpan dalam hati. Mulakan langkah pertama korang ye. Hati perempuan ni lembut je. Kalau kena gaya dan ada jodohnya insyaAllah boleh dijadikan pasangan hidup.

Ringkasan kenapa perempuan lambat kahwin;

  • Serik untuk bercinta kerana pernah ada pengalaman putus cinta
  • Memilih lelaki yang perfect
  • Keluarga yang terlampau cerewet memilih bakal menantu
  • Keluarga letak hantaran tinggi konon tak nak malu nama keluarga
  • Menunggu teman lelaki kumpul duit kahwin
  • Banyak lelaki tak berguna (tak semua tau)
  • Seronok hidup membujang dan bebas
  • Takut dengar pengalaman rakan2 yang sudah berkahwin
  • Lelaki suka berkawan dan tidak serius (friendzone)
  • Lelaki lagi suka kahwin perempuan muda

Keluarga impian

Kawan-kawan yang tak kahwin lagi tu hati2 dalam percakapan tau. Janganlah sebut tak sukalah kahwin ni sebab kahwin ni ialah Sunnah Rasulullah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.” ( Riwayat al- Bukhari)

Ok stop sampai sini. Rasanya dah terlajakk merapu. hihi..

Nota jari: For those nak kahwin masa terdekat or tak kisah la bila-bila boleh rujuk infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia dalam gambar di bawah. Tapi part persediaan siap DJ, PA sistem, silat, kompang, karaoke, live band tu majlis perkahwinan grand agaknya. 😉

infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Masuk 3 series, tak kahwin lagi kira anak dara tua?

  • February 28, 2016 at 2:54 pm
    Permalink

    sibuk je tanya da kawin ke belum apesal?…
    makcik pakcik nak kawin lagi, silakan lah hahahaa…
    penah cuba respon camtu?

    Reply
    • February 28, 2016 at 6:45 pm
      Permalink

      hormat orang tua la..jaga hati mak ayah..nanti jawab camtu cakap mak ayah tak ajar anak pulak kan…biasala orang melayu memang terlajak friendly..tak kahwin lagi tanya bila nak kahwin…yang baru kahwin tanya bila nak dapat anak? dah dapat sorang anak tanya bila nak tambah lagi..sampai ke sudah tak habis camtu..hehe…

      Reply
  • February 28, 2016 at 6:22 pm
    Permalink

    saya pernah di tanya soalan mcm ni, lagi terasa

    Dah kawin ker? saya jawab belum

    ooo, dah tunang? saya jawab belum sambil muka sengih

    ooo, dah ada awekkk? errrr, hihi.. muka dah kelat…

    terus makcik saudara tu x tanya dah, adoiiiii.

    seramm ooo soalan mcm ni
    Jom baca entri terkini rujukan …Bagaimana Cara Renew Roadtax Kereta Habis BayarMy Profile

    Reply
    • February 28, 2016 at 6:53 pm
      Permalink

      amboiii berderet benor soalannya..kalau ciktom kena pun kelat…haha..terlajak concern makcik saudara tu..maybe dia tanya sebenarnya ada calon nak perkenalkan tue…hehe

      Reply
  • February 29, 2016 at 12:15 am
    Permalink

    Insya Allah kita doa doa kan yang baik baik biar jodoh berpanjangan

    Reply
    • February 29, 2016 at 2:24 pm
      Permalink

      terima kasih atas doanya…semoga nashar pun bahagia sehingga ke jannah dengan isteri dan anak tercinta. amin 🙂

      Reply
    • March 1, 2016 at 4:36 pm
      Permalink

      itulah persepsi masyrakat melayu sampai skang tak berubah2…ye ke MV?tengok gambar awet muda je…tengok anak dah besar..hehe

      Reply
    • March 1, 2016 at 7:20 pm
      Permalink

      haha..putera raja datang minang cam mustahil je..putera raja skang semua nak muda belia…hehe..
      tue la masalah mak cik2 ni..diorang perkenalkan ciktom mai tangkap muat je..alasan? suh kahwin cepat2..adoi la pening layan..

      amen..tenkiu..inshaAllah nanti jemput sis!

      Reply
  • February 29, 2016 at 1:29 pm
    Permalink

    Dari ringkasan yang ciktom bagi tue antara perkara yang menakutkan bagi sesetengah lelaki… 🙂

    Bukan senang nak jaga anak orang secara HALAL berbanding secara yang TIDAK HALAL…

    Ditambah lagi dengan infografik perkahwinan sebegitu DETAILS lagi aa aa buatkan sang arjuna akan takut hendak kahwin…

    p/s: Bila perempuan cakap tidak kisah dengan pangkat/tahap pendidikan/kerjaya/DLL berbanding lelaki banyak pengajaran yang telah berlaku sekarang…. carilah pasangan yang “SEKUFU” orang tua2 cakap…sebab untuk jangkamasa panjang… 🙂

    Reply
    • February 29, 2016 at 2:20 pm
      Permalink

      hahaha…infografik tue cilok dari facebook…tue la ciktom ada mention yang ni untuk majlis grand agaknya sebab memang terlampau detail…kalau tengok majlis perkahwinan golongan sederhana biasa je. hehe.. cik tom pun banyak jugak tengok experience dari kawan2 bila tak sekufu ni..mmg byk masalah berbangkit dikemudian hari..tapi itulah kalau dah tuan badan cakap tak kisah kan. Mungkin sudah sedia terima seadanya. hehe..

      Reply
    • March 2, 2016 at 11:28 pm
      Permalink

      eleh hang pun kahwin lambat jugak..haha…
      tapi laki orang xbusy body sangat macam orang perempuan kot..hee

      Reply
        • March 3, 2016 at 9:09 pm
          Permalink

          eleh yela tue…hensem2 lu..tahun lepas gak baru kahwin kan? eh ke dua tahun lepas? haha..
          tapi takpe la dah ada anak comel..bini cun tu..xyah kahwin empat la..satu tu dah cukup..

    • March 2, 2016 at 11:24 pm
      Permalink

      terima kasih atas doanya sis…hehe….Itulah orang melayu memang terkenal dengan keramahan berbicara..hehe 😉

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE