Pengalaman Kedua Membida Emas Lelong Ar Rahnu Bank Rakyat

Emas Lelong Ar Rahnu Bank Rakyat | Assalamualaikum dan salam sayang.. Pada tahun 2015 yang lalu ciktom pernah membida dan beli emas lelong buat kali pertama yang pernah ciktom kongsikan di dalam blog ciktom iaitu Pengalaman Pertama Beli Emas Lelong di Ar Rahnu KPF. Tahun lepas buat kali kedua ciktom membida emas lelong tapi kali ini di Ar Rahnu Bank Rakyat bersama suami ciktom.

Ciktom ada update juga gambar ciktom membida emas lelong Ar Rahnu Xchange Bank Rakyat di Instagram ciktom >> Ciktom Bida Emas di Ar Rahnu Xchange

Membida Emas Lelong Ar Rahnu Bank Rakyat

Sebenarnya ciktom tak tahu menahu pun yang ada lelongan emas di Ar Rahnu Xchange Bank Rakyat Bandar Baru Uda. Kebetulan ciktom pergi sana sebab nak pajak gelang untuk deposit beli kereta baru Axia ciktom. haha.. Kereta Kelisa lama ciktom masa tu dah arwah total lost masa November 2017. Waktu total lost tu syarikat insurans ada bayar gantirugi RM10,800 untuk ciktom.

Berbalik pada kisah emas lelong tu. Tiba-tiba nampak yang Ar-Rahnu Bank Rakyat tengah berjalan lelongan emas selama 3 hari berturut iaitu 23-25 April 2019. Kira ciktom pergi tu baru hari pertama dibuka, patutlah ramai juga orang kat sana. Semua pakat duk survey mana barang kemas lelong yang berkenan di hati.

Emas Lelong Bank Rakyat

Emas Lelong Ar Rahnu Bank Rakyat
Antara barangan emas lelong Ar Rahnu Bank Rakyat

Apa lagi sambil ciktom tunggu giliran nak pajak gelang emas ciktom tu. Ciktom pun tengok la dengan suami kot ada barang berkenan dan kena dengan bajet kan. Sekali ciktom tengok takde berkenan mana. Pastu rasa macam harga dorang letak permulaan tu agak tinggi untuk emas lelong.

Tapi suami nak jugak. Dia beli kita on jelah. Bida atas nama ciktom.

Paling kelakar tu ciktom orang pertama yang duk bida emas lelong dan isi kotak tender. haha.. orang lain semua sekadar tengok je sebab duk fikir lagi. Yelah kalau kira harga yang Bank Rakyat ni letak agak tinggi untuk emas lelong. Patut lagi murah. haha..

Ikut ciktom tak mahu tapi suami nak beli konon nak bagi hadiah cincin tu kat ciktom. Kami tambah RM15 dari harga permulaan bidaan asal RM380. Kira kami letak bidaan RM395 untuk sebentuk cincin emas belah rotan berat 2.34 gram.


Alhamdulillah ada rezeki kami. Selepas seminggu terima panggilan dari staff Ar Rahnu Bank Rakyat maklumkan yang ciktom berjaya dalam membida cincin emas lelong tu. So, kena datang dan buat pembayaran dalam masa 3 hari bekerja.

Berjaya Membida Emas Lelong Ar Rahnu
Berjaya Membida Emas Lelong

Pelaburan Emas Lelong

Banyak kali juga ciktom dapat email pertanyaan adakah ciktom buat pelaburan emas lelong? Ciktom lebih prefer untuk simpan sahaja emas ni bukan pelaburan sebab pelaburan ni biasa beli dan jual balik bila sampai masanya. Buat masa sekarang ciktom lebih minat mengumpul sahaja.  Pasal pelaburan emas ni pernah dah ciktom kupas panjang lebar dalam artikel ciktom>> Emas Perhiasan Sebagai Pelaburan Emas?

Tarikh Lelong Emas Ar Rahnu

Ramai juga tanya ciktom macam mana nak tahu bila tarikh lelong emas Ar Rahnu?? Berdasarkan pengetahuan ciktom untuk Ar Rahnu KPF akan diadakan 2 tahun sekali iaitu pada pertengahan dan penghujung tahun. Korang boleh drop nombor handhphone pada staff jika berminat dan dorang akan contact bila ada lelongan akan datang.

Untuk Bank Rakyat Xchange Bandar Baru Uda ni hanya korang like dan follow update di Facebook. Nanti mereka akan maklumkan sebarangan lelongan yang ada.

Ar Rahnu Pos Malaysia, ciktom tak pasti pulak. Nanti pergi sana boleh tanya staff. hehe..

Ala apa susah korang boleh je search no.telefon dan call je tanya direct semua pejabat Ar Rahnu yang berdekatan.

Boleh ke Jual Emas di Ar Rahnu?

Setahu ciktom memang semua Ar Rahnu terima kalau korang nak jual emas. Cuma kalau Ar Rahnu Xchange Bank Rakyat Bandar Baru Uda tu ciktom pernah tanya, hanya terima pembelian emas perhiasan je a.k.a barang kemas sahaja. Nak pajak boleh je goldbar atau barang kemas. Cuma kalau pajak goldbar tu seal, dorang akan buka which is rugi. Once buka seal akan susut harga sehingga 30%.

Ar Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis goldbar atau barang kemas kalau korang nak jual.

Berbaloi ke Beli Emas Lelong

Hahah.. Bagi ciktom bab emas ni tak kisah la ko beli emas lelong ke beli emas baru memang berbaloi. Tengok jelah emas lelong suami beli tahun lepas 2.34g harga RM395. Kira dalam se gram tu harga dalam RM168+ kot. Tahun ni kaw- kaw naik harga emas dan semalam adik ciktom riki- riki harga emas kalau nak trade in mutu 916 ialah RM230-RM235/g.

RM230 x 2.34g = RM538.20 (harga trade in/jual emas di Kuala Terengganu pada 26/07/2020)

RM538.20-RM395 = RM143.20 (kenaikan harga berbanding masa beli bulan 4/2019)

So, korang boleh fikir berbaloi ke beli emas lelong?

Yang penting sebelum beli emas lelong tu survey dulu harga semasa dan juga harga jika trade in/ jual. Kemudian buat kira-kira berbaloi ke harga permulaan bidaan dan harga yang korang markup. Jika rasa berbaloi terus je beli.

Website Ar Rahnu Bank Rakyat

Untuk maklumat lanjut lain boleh la korang ke website Bank Rakyat >> Ar Rahnu Bank Rakyat.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Pengalaman Kedua Membida Emas Lelong Ar Rahnu Bank Rakyat

  • July 27, 2020 at 9:50 pm
    Permalink

    Pandai Cik Tom dan Padin bida emas. Tahniah menang bida. Pengalaman yang mahal. Rasanya pada masa akan datang selalu bida.
    Jom baca entri terkini azrinros …Bar emas 1 gram FrozenMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.