Memori Bersama Yeo’s Dulu, Kini Dan Selamanya………..

Gempar!! Dunia blogger kini diserang oleh satu wabak yang makin menjadi-jadi. Wabak penyakit ini dikenali dengan nama “YEO’S“. Sana-sini blog hangat menceritakan mengenai kehebatan produk Yeo’s. huhu…

Kawan-kawan yang sporting sukakan Yeo's ;)
WE LOVE YEO’S

Cik tom jadi tertarik nak ceritakan segala memori cik tom bersama Yeo’s dari dulu, kini dan selamanya. Amboi dah cam tagline apa je ek. hehe… Produk Yeo’s memang dekat dihati cik tom dan boleh dikatakan surrounding cik tom dikelilingi dengan famili dan rakan yang sukakan Yeo’s.

Cik tom dah kenal dan gunakan Yeo’s ni semenjak dari kecil lagi. Banyak kenangan manis bersama Yeo’s. Salah satu pengalaman yang paling cik tom tak boleh lupakan ialah bersama keluarga tersayang.

Masa kecik-kecik dulu, kami sekeluarga memang suka sangat pergi jalan-jalan. Anak ramai, so ayah dan emak lebih prefer pergi jalan cam berkelah tepi pantai atau air terjun. Biasanya emak akan save bajet dengan sediakan bekal untuk kami sekeluarga.

Keluarga tercinta
Keluarga tercinta

On the way nak pergi jalan jauh, nak “diam”kan kami yang hyperaktif dan suka sangat bergaduh ni biasa ayah akan bawak bekal sekali air kotak Yeo’s dan jugak lolipop. Umpan supaya kitaorang stop bergaduh.

Ayah akan suruh kami minta maaf sesama beradik. Sape yang degil tak mau mengalah tak kan dapat minum Yeo’s. Masa tu 1 nikmat sangat kalau dapat minum air kotak yeo’s. Lepas dapat air kotak yeos semua terus diam khusyuk minum. Hehe… Yeo’s mengikat kasih sayang kami sekeluarga untuk saling memaafi.

Actually ayah cik tom jenis yang agak alim. huhu…. So, ayah memang amat menitikberatkan pemakanan dimakan serta gaya hidup yang sihat untuk kami sekeluarga. Ayah memang sukakan produk Yeo’s sebab ia dijamin halal, packaging yang mudah untuk diminum dan rasanya enak menjadi kegemaran anak2.

Yeo’s jugak produk sihat yang berasaskan buah-buahan sebab ayah memang larang anak-anaknya minum minuman berkarbonat yang tak berkhasiat.

Nak minum air bergas kena curik-curik. Kalau ayah tau memang siaplah! hehe..

Famili cik tom pernah buka kedai runcit tapi sempat 6 bulan je sebab takde orang nak jaga bila adik sambung belajar. Ayah malas nak jaga, lagi suka pergi keluarkan peluh ke kebun.

Kedai runcit ni langsung takde jual makanan ringan @ jajan. Ayah bagitau kena jual makanan yang berkhasiat je. Tak elok jual jajan kat budak. Baik diorang beli air kotak. Minum pun kenyang dan bagus untuk badan.

Kedai runcit keluarga turut jual Yeo's
Kedai runcit keluarga turut jual Yeo’s.. sempat buka 6 bulan je sebab takde orang nak jaga bila adik sambung blaja. hehe…

Waktu buka puasa memang satu tradisi famili at least 1 minggu sekali sepanjang sebulan puasa akan minum soya yeo’s campur dengan cincau. Perghh minum yeo’s time buka puasa terus rasa satu nikmat yang tak terkata dan terus hilang dahaga. Semua berebut nak minum 2 gelas!

Ayah cik tom pesan minum soya yeo’s dulu sebab perut dah kosong puasa sepanjang hari. So, tak elok kalau terus mengejut makan  banyak makanan berat cam nasi. Sebaiknya makan kurma and then minum air soya. Minum soya ni dah mengenyangkan. Kemudian solat maghbrib dulu baru la sambung buka puasa.

Cik tom jenis malas nak makan sahur. Biasanya ayah akan paksa ciktom bangun untuk makan kurma dan minum air soya favourite cik tom. Alhamdulillah bersahur minum soya yeo’s mengenyangkan dan bertahan sampai ke petang. huhu…

zakwan semangat minum air favourite soya yeo's
zakwan semangat minum air favourite soya yeo’s lepas penat main gelongsor

Cik tom teringat pulak time kak ipar pregnant dulu dia tak suka sangat minum susu, sebagai pengganti susu dia minum air soya Yeo’s. Mula-mula akak cerita bimbang nak minum soya kotak sebab normally air kotak ada kandungan gula yang tinggi.

Zakwan tertawa riang dengan Soya Yeo's
Zakwan tertawa riang dengan Soya Yeo’s

Tapi bila try minum air soya Yeo’s alhamdulillah okay, kandungan yeo’s yang kurang manis (tiada gula tambahan). Jadi kak ipar minum dengan senang hati sebab bila minum takde masalah naik paras gula dalam darah sepanjang mengandung sehingga sihat lahirkan anak buah cik tom. Penangannya sampai ke anak buah cik tom yang lahir suka sangat minum air soya Yeo’s.

Em rindunye zaman kanak-kanak dulu. Alangkah best kalau masa boleh diputar balik ek??

Zaman kanak-kanak dulu takde kamera nak snap masa minum Yeo’s tapi cik tom pergi godek gambar lama ada terjumpa beberapa gambar kenangan bersama Yeo’s;

Majlis buka puasa student BiSAC, 17 Julai 2008

Kalau tak silap kami berbuka puasa kat Restoran Selera Kampung, Seksyen 7 Shah Alam. Memang meriah sangat masa tue. Yang kelakar semua berebut nak minum Yeo’s yang sedap, tak nak minum air limau yang disediakan kat kedai tue. haha….

Sekarang semua dah sibuk bekerja dan ada yang dah berkahwin. Tapi segala memori indah buka puasa dengan Yeo’s dulu tetap tersimpan disanubari selamanya.

Memori majlis buka puasa student BiSAC, 17 Julai 2008
Memori majlis buka puasa student BiSAC dengan Yeo’s, 17 Julai 2008. Cik tom yang tudung hijau tue..huhu..

Canopy walkway di Taman Negara Pahang, 1 Januari 2014

Cuti tahun baru 1 Januari lepas, cik tom dan kawan ada pergi ke canopy walkway di Taman Negara Pahang. Saja spend masa dengan gaya hidup yang sihat dari terperuk dalam rumah je kan?

Canopywalk ni setinggi pokok 10 meter so si Zaty nak hilangkan loya sebab gayat dengan ketinggian minum air laici yeos before start nak canopywalk. Tengok gambar bergaya tak boleh blah.. Dah ala-ala model Yeo’s je. hahaa

Zaty minum Yeo's untuk hilangkan rasa loya dan gayat canopy walk di Taman Negara Pahang (1 Januari 2014)
Zaty minum Yeo’s untuk hilangkan rasa loya dan gayat canopy walk di Taman Negara Pahang (1 Januari 2014)

Lepas dah minum dan bertenaga terus semangat nak canopy walkway kan? Cik tom minum 2 kotak air soya untuk tenaga sepanjang trip ke sana. Jauh jugak jalan kaki kira-kira 1.6 km sebelum sampai ke tempat canopy walkway. Alhamdulillah hilang dahaga dan juga badan rasa lebih bertenaga dan sihat dengan protein dari soya yeo’s.

Terus semangat dan bertenaga dah tak rasa loya nak canopy walkway
Terus semangat dan bertenaga dah tak rasa loya nak canopy walkway

Jamuan kenaikan pangkat pensyarah sains gunaan

Ini jamuan kenaikan pangkat untuk pensyarah sains gunaan. Tahniah pada yang naik pangkat dan terima kasih belanja kitaorang semua makan. hehe…. Semoga dimurahkan rezeki. amin.. Tengok semua dah gaya budak-budak bila happy dapat makan dan minum air kotak. Cuba tengok air kotak pe diorang duk minum? Tak lain tak bukan Yeo’s. Meraikan kegembiraan kenaikan pangkat dengan Yeo’s dan rakan

Jamuan kenaikan pangkat pensyarah kanan.. tahniah pada hendrie, kak fiza dan kak zurhana...
Jamuan kenaikan pangkat pensyarah kanan.. tahniah pada hendrie, kak fiza dan kak zurhana…

Bila perut meragam.. Cik tom lebih suka minum air tea atau yogurt yeo’s perasa grape. Alhamdulillah lepas tue insyaAllah senang nak lawaskan sistem penghadaman perut. Elakkan hidup terlalu banyak bergantung pada ubat. Guna cara hidup yang sihat untuk lawaskan sistem penghadaman korang ye.

Cik tom sarankan korang minum air yogurt bagus untuk kesihatan badan yang lebih sihat. Air yogurt Yeo’s ada perasa original, oren dan grape. Boleh pilih mana yang sesuai dengan citarasa. Jangan lupa amalkan jogging at least 3x setiap minggu jugak. hee…

Jom amalkan gaya hidup sihat dengan Yeo's
Jom amalkan gaya hidup sihat dengan Yeo’s

Ada certain masakan yang gunakan susu tapi famili cik tom tak suka susu, cik tom akan gantikan dengan soya yeo’s. Hasilnya masakan masih rasa berlemak bertambah lagi khasiat contohnya dadih handmade; boleh gantikan susu cair dengan soya yeo’s. Soya yeo’s lebih berkhasiat compare dengan susu cair kerana mengandungi sumber protein yang tinggi dan bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme. So, nak gaya hidup lebih sihat mulakan tukar susu cair pada soya ye.

Produk Yeo's Malaysia
Produk Yeo’s Malaysia

Fakta yang ramai yang tak berapa tahu yang produk Yeo’s ni bukan limited pada air minuman je tau. Actually Yeo’s jugak ada dalam bentuk makanan bertin, sos dan juga produk mee segera Cintan. Mesti ramai baru tau kan??

Cadangan cik tom untuk Yeo’s work more on marketing on others products sebab mostly yang famous product Yeo’s only on air minuman. Kawan-kawan cik tom semua terkejut cakap yang maggi cintan tue pun produk keluaran Yeo’s. Tapi maggi cintan femes gak. Cik tom selalu beli time study dulu. hehe..

Selain tue, cuba pulak Yeo’s keluarkan new produk based on air tenusu dan paling utama air tomato! Kalau ada air tomato cik tom la orang pertama yang akan beli. hahaa… Lagipun produk tenusu dan air tomato bagus untuk kesihatan serta kecergasan badan.

Untuk segala update terkini, sejarah mengenai Yeo’s Malaysia dan senarai produk yang terdapat dalam Yeo’s Malaysia boleh rujuk di social networking Yeo’s;

Jom sama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

 

New update: pendaftaran untuk #SBB2014 telah ditutup terlebih awal kerana sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah cik tom sempat daftar. Jumpa korang kat sana ye. 😉

Note: Mohon KLIK BUTTON “share facebook” dan “google plus” sebagai tanda sokongan untuk entri cik tom. Thanks in advanced.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Memori Bersama Yeo’s Dulu, Kini Dan Selamanya………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE