Menabung lagi Tabung Misi Iphone dan Kahwin

Assalamualaikum dan salam sayang…. Dah beberapa bulan stop menabung. Rasa rindu pulak nak simpan duit dalam tabung. hehe… Bulan lepas cik tom beli la satu tabung besi saiz sederhana di kedai ECO RM2 dan mula menabung.

Cik tom letak tabung ni sebagai tabung misi kahwin. Kahwinnya tak tahu la lagi bilanya tapi apa salahnya kita menabung dulu kan? Nanti tiba2 mengejut ada orang ajak kahwin. Dah ada la jugak backup saving kan. hihi…

Tabung Misi Kahwin dan iPhone

Minggu lepas, cik tom pergi lagi ke kedai ECO RM2. Tangan gatal lagi nak beli sebiji lagi tabung. Kali ni tabung untuk misi iPhone la pulak. Alamak iPhone dah la mahal kan. Bila la dapat penuh tabungnya. haha…

Tapi takpelah kita buat perancangan sampai dapat sebab dulu pun cik tom beli Note dari menabung dan hasil buat duit dengan blog jugak; Akhirnya Kau Berjaya Ku Miliki.

Macam mana nak mudahkan menyimpan duit?? Senang je korang kena praktis formula kewangan yang mudah dari asasnya pendapatan ialah;

Pendapatan = Perbelanjaan + Simpanan

Jadi untuk formula kewangan yang betul ialah;

Pendapatan -  Simpanan = Perbelanjaan

Bukannya formula ini, yang sebenarnya silap;

Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan

Kalalu korang biasa amalkan formula yang terakhir tu memang susah nak menyimpan. Sebabnya dah set mind korang yang alah ada duit lagi. So boleh belanja lagi. Tengok2 lastnya duit dah habis dan tak sempat untuk menyimpan.

Duit yang cik tom simpan dalam tabung ni untuk target. Duit saving kita simpan dalam bank la senang kan. Nak simpan banyak mana dari pendapatan? Sebaiknya disarankan 10% dari pendapatan.

10/100 x jumlah pendapatan= 10% jumlah simpanan yang disarankan.

10/100 x RM1000 = RM100 sebulan untuk simpanan

Tapi apa-apa pun semua terletak pada diri sendiri bagaimana cara nak menyimpan kan? Tepuk dada tanya hati. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Menabung lagi Tabung Misi Iphone dan Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE