Menabung lagi Tabung Misi Iphone dan Kahwin

Assalamualaikum dan salam sayang…. Dah beberapa bulan stop menabung. Rasa rindu pulak nak simpan duit dalam tabung. hehe… Bulan lepas cik tom beli la satu tabung besi saiz sederhana di kedai ECO RM2 dan mula menabung.

Cik tom letak tabung ni sebagai tabung misi kahwin. Kahwinnya tak tahu la lagi bilanya tapi apa salahnya kita menabung dulu kan? Nanti tiba2 mengejut ada orang ajak kahwin. Dah ada la jugak backup saving kan. hihi…

Tabung Misi Kahwin dan iPhone

Minggu lepas, cik tom pergi lagi ke kedai ECO RM2. Tangan gatal lagi nak beli sebiji lagi tabung. Kali ni tabung untuk misi iPhone la pulak. Alamak iPhone dah la mahal kan. Bila la dapat penuh tabungnya. haha…

Tapi takpelah kita buat perancangan sampai dapat sebab dulu pun cik tom beli Note dari menabung dan hasil buat duit dengan blog jugak; Akhirnya Kau Berjaya Ku Miliki.

Macam mana nak mudahkan menyimpan duit?? Senang je korang kena praktis formula kewangan yang mudah dari asasnya pendapatan ialah;

Pendapatan = Perbelanjaan + Simpanan

Jadi untuk formula kewangan yang betul ialah;

Pendapatan -  Simpanan = Perbelanjaan

Bukannya formula ini, yang sebenarnya silap;

Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan

Kalalu korang biasa amalkan formula yang terakhir tu memang susah nak menyimpan. Sebabnya dah set mind korang yang alah ada duit lagi. So boleh belanja lagi. Tengok2 lastnya duit dah habis dan tak sempat untuk menyimpan.

Duit yang cik tom simpan dalam tabung ni untuk target. Duit saving kita simpan dalam bank la senang kan. Nak simpan banyak mana dari pendapatan? Sebaiknya disarankan 10% dari pendapatan.

10/100 x jumlah pendapatan= 10% jumlah simpanan yang disarankan.

10/100 x RM1000 = RM100 sebulan untuk simpanan

Tapi apa-apa pun semua terletak pada diri sendiri bagaimana cara nak menyimpan kan? Tepuk dada tanya hati. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Menabung lagi Tabung Misi Iphone dan Kahwin

    • February 17, 2016 at 8:14 am
      Permalink

      amboi nak kumpul duit kahwin sekurang2nya 5 tahun sebelumnya??? Memang grand betul majlisnya kalau camtu..hehe

      Reply
    • February 17, 2016 at 8:12 am
      Permalink

      amin..hrp2 masin mulutnya..haha…kalau yang cepat penuh tu tabung bro biomed…incomenya masyuk..hehe

      Reply
    • February 17, 2016 at 8:10 am
      Permalink

      yup..yang ni pun cik tom baca dari buku2 tips kewangan…dapat gaji tu siap2 simpan terus 10% @ mengikut bajet…selebihnya baru buat bayar hutang dan akhirnya belanja…. kalau nak membeli, utamakan beli yang keperluan berbanding kehendak..tapi apa salahnya sekali sekala treat jugak diri sendiri kan..hihi

      Reply
    • February 17, 2016 at 10:55 am
      Permalink

      nampak simple tapi kadang2 payah nak buat bila tak betul2 tekad..

      Reply
  • February 17, 2016 at 8:48 am
    Permalink

    Semoga dipermudahkan segala urusan…dapat menatap Cik Tom di atas pelamin!
    Jadikan dua2 tabung tu untuk weddding biar cepat sikit… Nanti hantaran minta iphone! hehe…
    Jom baca entri terkini BM …Tudung Bawal Makin Lama Semakin BerhargaMy Profile

    Reply
    • February 17, 2016 at 10:51 am
      Permalink

      terima kasih atas doanya..amin…
      menarik jugak idea mintak iphone sebagai hantaran..hehe

      Reply
    • February 17, 2016 at 4:15 pm
      Permalink

      ni main simpan je duit..takde tetapan berapa jumlah nak simpan kali ni..berjaya ke tak kumpul dengan jayanya..hehe

      Reply
    • February 17, 2016 at 4:10 pm
      Permalink

      tak tahu la nak beli iphone mana satu..hahah..letak je la dulu sebagai target…tue tabung kahwin suka2 je..kalau nak saving betul memang kena makan tahun gak tue..kot2 tabung ni boleh cover bahagian barang2 hantaran skit2 ke..konon la..

      Reply
    • February 17, 2016 at 11:22 pm
      Permalink

      memang betul tu semua mahal..plan je iphone..seab note pakai sekarang kerap meragam..tapi kalau tiba2 meragam tak boleh guna terus..beli je apa yang patut..xpakai iphone pun okay je..hehe

      Reply
  • February 18, 2016 at 5:52 am
    Permalink

    menabung adalah tindakan yang tak seronok namun memberi impkasi paling seronok ketika duit dah terkumpul banyak..lebih-lebih lagi tabung kahwin..semangat ada lebih sikit
    Jom baca entri terkini mrhanafi …3 Cara Bijak Guna Media SosialMy Profile

    Reply
    • February 24, 2016 at 2:42 am
      Permalink

      rasa biasa je..maybe dah faktor usia..kurang dah rasa excited..hehe

      Reply
  • February 18, 2016 at 11:51 am
    Permalink

    DT sekarang buat simpanan untuk pi umrah..
    untuk kahwin belum lagi..
    insyaAllah lepas capai umrah , terus fokus pada perkahwinan
    Jom baca entri terkini Datin Tyka …Datin Tyka Masuk MajalahMy Profile

    Reply
    • February 24, 2016 at 2:53 am
      Permalink

      bagus2..ciktom main kumpul je..kahwinnya pun tak tau la bila..hihi

      Reply
    • February 27, 2016 at 9:41 pm
      Permalink

      cuba bukak..mesti dah banyakk beranak pinak dalam tu..haha

      Reply
  • February 19, 2016 at 12:27 am
    Permalink

    Lagi satu cara yang mak saya orang kampung pesan cara nak cepat menabung/menyimpan/seumpama dengannya adalah dengan BANYAK kan bersedekah… sedekah kat siapa? Pasti ciktom lebh bijak dalam hal ini…

    InshaALLAH TABUNG AYAM ciktom akan cepat beranaknya… 🙂

    Iphone tue tunggu jek contest2 blogger ada punya bagi hadiah tue nanti.. 🙂

    p/s: Elok laa tue dah berumahtangga…dah beli rahsia maskahwin belum… 😀
    Jom baca entri terkini si bongkok …#Review Sistem Funnel Atau Pemasaran Power Gila Dari Oswald JustinMy Profile

    Reply
    • February 28, 2016 at 11:27 pm
      Permalink

      yup betul..emak ciktom pun selalu nasihat macam tu jugak…ada contest terdekat blogger nak bagi iphone ke??hehe
      belum beli rahsia maskahwin…sbb rumahnya takde tangga lagi..haha

      Reply
    • February 28, 2016 at 12:10 pm
      Permalink

      inshaAllah split dua..baru fair and square..hehe

      Reply
    • February 27, 2016 at 9:35 pm
      Permalink

      macam cara nak menyimpannya ni..boleh pilih cara yang kena dengan jiwa..ok dah tu terus simpan sbhagian gaji dapat.

      Reply
    • February 24, 2016 at 2:57 am
      Permalink

      jom2 buat tabung target…nak target melancong pun boleh..

      Reply
  • February 27, 2016 at 7:24 pm
    Permalink

    saya setuju dengan formula ciktom “pendapatan – simpanan = perbelanjaan”. Bila dapat gaji, terus bayar commitment bulanan dan buat simpanan. Selebihnya baru buat belanja.

    Insya Allah….semoga ciktom berjaya mencapai misi 🙂
    Jom baca entri terkini kimmie …1MalaysiaGRIPMy Profile

    Reply
    • February 28, 2016 at 7:14 pm
      Permalink

      ini bukan formula ciktom..formula dari pakar kewangan tapi rasa perkara ni biasa orang terlepas pandang kan..terima kasih atas doanya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!