Mencari Damai DisisiNya (Adab Wanita Muslimah )

Assalamualaikum dan salam sayang.. Cik tom bukanlah seorang yang arif bercakap isu agama tapi cik tom masih tahu serba sedikit hukum apa yang halal atau haram yang dah Allah tetapkan dalam Islam. Cuma cik tom akui yang cik tom ni manusia kerdil yang sentiasa alpa dengan urusan duniawi semata-mata sehinggakan cik tom sengaja memejamkan mata apa yang dah disyariatkan Islam dan perkara yang paling nyata adab dan landasan aurat bagi seorang wanita muslimah.

Kalau sebut pasal aurat je pasti orang terus bayangkan “pakai tudung” dan “pakai baju menutup badan”. Sedangkan kalau pakai tudung pun tak semestinya menutup aurat. Kenapa? Sebab bertudung tapi nampak rambut dan leher. Bertudung tapi masih menampakkan dada. Bertudung tapi menampakkan bonggol unta. Berbaju labuh tapi kainnya jarang dan ketat. Dan diakui cik tom sendiri paling lemah bab pakaian dan tudung. Pakaian dan tudung cik tom still tak memenuhi kriteria yang disyariatkan oleh Islam.

Erm emak cik tom pun sentiasa bertanyakan cik tom, “bila nak berubah?”. Setiap kali emak tanya cik tom akan jawab tunggu habis sekolah. Lepas habis sekolah jawab lepas habis belajar. Lepas habis belajar pulak cik tom cakap tunggu lepas kahwin. Ish teruknya kan?? Sampai bila pun ada je alasan yang akan cik tom jawab. huk3… Terfikir nak lakukan perubahan tapi asyik tertangguh je. Tak tahu bila nak mulakan kalau diri sendiri tak bertegas.

Aurat seorang wanita muslimah
Aurat seorang wanita muslimah

***************************************

1. Bulu kening

“Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)”

2. Kaki (tumit kaki)

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ” (An-Nur : 31)

# Menampakkan kaki
# Menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
# Wangian

3. Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : 31)

4. Gigi

“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” (Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Muka dan leher

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”

# Bersolek (make-up)
# Menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

6. Muka dan Tangan

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

7. Tangan

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

8. Mata

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

9. Mulut (suara)

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ” (Al Ahzab : 32)

10. Kemaluan

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga malunya (tidak berzina) dan menta’ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya ” (Riwayat Al Bazzar)

11. Pakaian

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

# Berpakaian tipis/jarang
# Berpakaian ketat/membentuk
# Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu

” Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ” Al Ahzab : 59

12. Rambut

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

***************************************

Kenapa Islam wajibkan wanita menutup aurat? Kerana Islam mengangkat tinggi martabat wanita. Wanita itu untuk dilindungi bukannya untuk dijadikan hamba perhiasan dunia. Ya Allah bagilah kekuatan pada hambaMu ini untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. amin…

Sumber rujukan: Adab Seorang Wanita Muslimah

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Mencari Damai DisisiNya (Adab Wanita Muslimah )

  • September 18, 2011 at 1:19 pm
    Permalink

    alhamdulilah..nice entry cik tom 🙂
    thanks for sharing tau..sme2 laa kite brubah ke arah kebaikan smentara mase mseh ade uhuk9!~
    Jom baca entri terkini nuruashia …Stok geli geli. awwwww.My Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 12:14 pm
      Permalink

      sama2 akak..harap2 dapat buatnya..amin

      Reply
  • September 18, 2011 at 5:37 pm
    Permalink

    menuju ke arah menjadi wanita muslimah..
    insyaallah…:)

    Reply
  • September 18, 2011 at 6:39 pm
    Permalink

    perlahan2 berubah ye ciktom kalau mendadak sgt pun takut hangat2 tahi ayam je ..
    Jom baca entri terkini puanbee …Belajar SEOMy Profile

    Reply
  • September 18, 2011 at 7:41 pm
    Permalink

    As salam CT,
    Suatu masa dulu pun saya menutup aurat tetapi tak sempurna. Selepas mendirikan rumahtangga, mr suami byk menegur terutama bab berpakaian yg dituntut islam. Suami selalu kata ” awk xkesian kat abg ke? banyak tanggungjawab yg terpaksa abg pikul. dosa diri sendiri dan dosa org2 yg dibawah tanggungan abg”. contnya kalu ada benda2 yg tak baik dibuat oleh sya, maka dosa dibahunya. Bila suami cakap macam tu membuatkan sya berfikir dan ambil peduli ttng nasihatnya itu.
    Jom baca entri terkini Mekar …Puasa Enam Tampung Puasa RamadhanMy Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 12:07 pm
      Permalink

      wslm akak..thanks utk perkongsian akak ni…hrp jadi manfaat bersama..

      Reply
  • September 18, 2011 at 9:05 pm
    Permalink

    masyaallah..kekadang kita yang dah tua ni pown..lupa bila nak bersiap..nak cantik punya pasal…insyaallah sentiasa cuba memperbaiki diri..

    thank cik tom, nice sharing ya
    Jom baca entri terkini ayu jamal …What is Premium Beautiful?My Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 11:57 am
      Permalink

      ni ingatan untuk diri cik tom sendiri..huk2…sama2..

      Reply
  • September 19, 2011 at 11:26 am
    Permalink

    “susahnya nak tutup aurat.” kata perempuan yang suka bersosial..

    kalaulah dunia ni tercipta dengan sendirinya macam kepercayaan karut orang atheist, tak payahlah nak masuk islam. Islam itu agama fitrah, sesuai dengan cara hidup manusia termasuk cara berpakaian.
    Jom baca entri terkini ROJAK …Ramlah Ram is John Cena ?My Profile

    Reply
  • January 31, 2012 at 12:03 am
    Permalink

    salam,,mohon share utk dgunakan sbgai article ye.thnx =)

    Reply
  • March 12, 2012 at 1:35 pm
    Permalink

    ramai kwn saya yang school agama & background family kuat agama tetapi bila berkahwin tak ikut agama cth makeup lebih, baju ikut body cutting etc.mak ayah tidak larang kata anak ikut trend

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:10 pm
      Permalink

      ish sayangnya dah ada background agama tapi kalau xikut landasan yg ditetapkan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!