Menyampah tengok mamat psiko ni! grrr…..

Grrr…. menyampah betul tengok mamat psiko ni! Ish… sehari kalau tak nampak dia memang tak sah. Apa la nasib diri cik tom ni.. Sejak kenal mamat psiko ni kan… Tidur malam tak cukup lena. Rasa dah tukar jadi burung hantu, asyik tidur lewat malam je. Nasib badanlah… grrr…

Korang tau tak apa tue psiko? Kan bebel panjang2 mamat psiko ni tapi tak faham maksud psiko tak best jugak ekk…

Apa itu psiko?? Psiko adalah seseorang dengan buah fikiran yang luar biasa dari fikiran normal. Psiko tidak sama dengan gila kerana pelakunya sedar sepenuhnya atas perbuatan yang dilakukan. Kebanyakan orang yang hebat biasanya termasuk dalam kategori psycho. 15-20% psycho terdiri dari golongan yang melakukan jenayah a.k.a criminal. Selebihnya adalah memiliki peribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. Penghidap penyakit psiko ini sukar disembuhkan.-wikipedia

Mesti ada yang cakap, ishhh tak baik la cik tom ni. Memandai je label orang psiko. Macam mana cik tom tau dia tue psiko ke tak? Ok.. cik tom cakap mamat ni psiko based on 6 ciri-ciri lelaki psiko.

Ciri-ciri Lelaki Psycho

  1. Ego dan menganggap dirinya hebat
  2. Bijak manipulatif
  3. Bertindak agresif dan suka tidur larut malam
  4. Tidak punya rasa sesal dan bersalah
  5. Biasanya mempunyai IQ yang tinggi
  6. Sikap acuh tak acuh
awek bertudung comel idaman mamat psiko

Cik tom tak kenal sangat pun mamat ni. Bercakap dengan dia pun tak pernah lagi. Tapi mamat ni suka psiko cik tom thru blog dia. Pasal mamat dan blog dialah cik tom jangkit penyakit susah nak diubati ni. Yelah mesti blog mewakili perangai tuan dia kan. Tuan blog psiko=blog psiko. Menyampah betul tengok blog dia yang psiko tuee. Meh cik tom review one by one ciri-ciri blog psiko yang suka sangat psiko cik tom.

Ciri psiko 1: ego dan menganggap dirinya hebat

Point pertama, blog psiko ni memang EGO dan poyo. Tak percaya? pi try masuk blog mamat ni >>Blog mamat psiko<< Pastu tengok apa yang dia tulis atas posisi belah kiri header blog dia?? korang pandai2 la tengok.. malas nak cerita lebih kalau tuan blog pun dah mengaku. Tak gitu?

Ciri psiko 2: Bijak manipulatif

Tak percaya jugak ek?? Tajuk artikel2 mamat ni dalam blog memang psiko giler. Buat sesiapa tak keruan & psiko kita WAJIB nak datang baca. Gaya penulisan mamat ni kadang merapu tapi itulah yang buat kita senyum2 je bila baca. Kadang2 jadi hanyut dalam khayalan Maikel & Mercidez dia tue. Entah wujud ke tak?? Sehari tak singgah baca blog psiko dia boleh tak tidur lena.

Kawan mamat psiko>> Maikel dan Mercidez
Kawan mamat psiko>> Maikel dan Mercidez

Ciri psiko 3: Bertindak agresif dan suka tidur larut malam

Ini memang tip top betul. Cuba pi tengok blog dia part category buat duit. Giler punya agresif sampai berlambak entri komisen itu dan ini. Naik juling mata kita tengokk. Ada satu komisen ni sampai ke 100x dah dapat. Entah nujum mana dia menuntut pun kita tak tau. Bab suka tidur lewat malam tue tengok jelah time dia publish entri blog dia. Memang laju je time lewat malam.

Ciri psiko 4:Tidak punya rasa sesal dan bersalah

Memang entri-entri di blog psiko ni langsung takde rasa bersalah atau sesal pun. Siap suruh pembaca blog dia “sila cemburu“. Psiko tahap mahaguru dah ni.

Langsung tak rasa bersalah letak salji berguguran. Rasanya dulu dia pernah bagitahu tak suka singgah blog camtu. Aik tengok2 blog dia pulak yang buat. Apa motif letak efek animasi salji berguguran? Dalam hati ada taman ke? huhu.. Nasib baik ringan lagi nak load. Kalau tak dah laju-laju klik “X”.

Ciri psiko 5:Biasanya mempunyai IQ yang tinggi

Ni cik tom akui memang IQ mamat ni tinggi. Kalau tak macam mana dia pandai bagi umpan terbaik kat blog dia? Sampai berduyun-duyun ikan duyung dugong semua datang makan. Pernah taip 100 artikel sehari? Memang kerja gila tapi tak mustahil. Orang bijak dan kacak je pandai manage duit dan dah setel bayar hutang PTPTN.

Tue baru citer bijak part tue. Kalau kira IQ dia dalam target alexa rank, pagerank, keyword, trafik blog kat blog psiko dia tue boleh buat entri by part. Hmm malas eh citer.. Korang pergi je lelaju tengok blog dia ada citer pasal ranking blog yang cun dalam entri yang lepas-lepas.

Ciri psiko 6: Sikap acuh tak acuh

Pesal lu tak letak link related post untuk setiap entri kat blog lu?? Ish lu ni acuh tak acuh je ek. Dah la psiko gua pi blog lu suh komen banyak2. Pastu susah kan gua pulak nak kena pi godek kat sitemap lu tengok entri. Kalau lu malas install je plugin related post kat blog lu.. bukan susah sangat pun. –cuba tiru style lu gua..tapi pelik rasanya..haha ;D

Kenapa ek gambar income tue acuh tak acuh je tak letak watermark kat gambar dalam blog? Kita dah pernah jumpa screenshot income awak tue blog lain curik. Owner blog tue siap mengaku income tue dia punya hasil jana wang online. Dah tengok yakin tue bukan blog awak. Tak baik kan.. ish2… ciann wakk. Pasni rajin2 la letak watermark ek.. Kalau malas takpe boleh upah kita  je,,, Satu pic kite charge murah je $3…

Tapi dalam banyak psiko, ada la entri blog mamat psiko ni buat kita tersenyum riang. Hati bunga-bunga gitu. hee…. Terima kasih ye awakk. Ni rasa nak apply no. 4 ada kosong lagi tak?? hahahaa…. cuba tiru style kita awak. erk rasa gedik..-

****************************************************

Dah2 stop menaip. Makin merapu pulak jadinya. Ni semua penangan bedah siasat sitemap dari mukasurat 1 hingga no. 23. Nak terima kasih banyak2 sebab mamat & blog psiko dia salah satu sumber inspirasi cik tom untuk lebih serius dalam jana wang secara online. Walaupun mamat ni tak pernah pun direct ajar cik tom macam mana caranya tapi entri-entri psiko di blog dia tue la banyak cabar diri cik tom dari “STOP SAYING I WISH…START SAYING I WILL

Apa yang mamat ni psiko cik tom sampai menyampah??? Haa semua cik tom dah cerita dalam tue. Pandai2 la cari point. Kalau lain kali berpeluang jumpa insyaAllah cik tom akan ucap terima kasih directly dengan mamat ni. Nanti cik tom belanja cendol 10 tingkat eh silap 10 mangkuk. hehe..

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir, RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa.

nota jari lenguh menaip: saje taip panjang sebab mamat ni memang malas baca artikel panjang2. Komen pun ciput ikut suka hati dia je. haha… Tak kira kali ni lu wajib baca sampai habis 1163 patah perkataan!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

80 thoughts on “Menyampah tengok mamat psiko ni! grrr…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE