Mudahnya Detox Setiap Hari Untuk Badan Kurus Sihat

Mudahnya Detox Badan Setiap Hari Untuk Kurus Sihat | Assalamualaikum dan salam sayang… Harapnya anda semua sihat selalu. Pada yang selalu follow up blog ciktom pasti tahu yang ciktom rajin share pengalaman serta tips untuk kurus badan jadi sihat. Salah satu cara ciktom praktiskan selain dari penjagaan pemakanan dan senaman ringan ialah DETOX!

Apa itu detox? Detoksifikasi atau detox adalah cara untuk membersihkan tubuh dari segala toksin dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Haa toksin ni semua dari pemakanan kita seharian la. Lagi2 kalau sumbat fast food hari-hari. Sayur dah la liat nak makan kan. Siapa macam ni?Baik ngaku cepat!

Makin seronok sakan lemak menternak dalam badan.

Ciktom sendiri lepas habis pantang makan tak ingat dunia. Banyak kali jugak singgah/ drive thru fastfood. Alasan ciktom duk pegang alah takpe menyusu anak kena makan lebih. Bila dah berat tak turun2 asyik kepala 6 je kat depan. Baru nak sedar ciktom oiii!

Mudahnya Detox Setiap Hari Untuk Badan Kurus Sihat

Selama ni ciktom suka detox mengunakan air buahan menggunakan hirisan lemon, timun, daun pudina yang direndam air kosong semalaman dalam peti sejuk. Yang kekadang ciktom malas terlupa nak sediakan kerana sibuk uruskan rumahtangga.

Sekarang ciktom dah jumpa penyelesaian masalah ciktom iaitu menggunakan ZERO BELLY FRUITEA DETOX dari Imaan Suci World.

Mudahnya Detox Setiap Hari Untuk Badan Kurus Sihat

Fruitea Daily Detox adalah 100% gabungan daun Teh serta buah-buahan banyak khasiat seperti Mulbery, Markisa, Durian Belanda dan Daun Galenggang.

Untuk pakej Fruitea Detox ni, ciktom dapat 1x tumbler yang comel, 1x krim lotion dan 25 uncang teh dalam 5 peket aluminium.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa rasa teh detox ni ye? Sedap ke Fruitea Detox Daily dari Imaan Suci World?

Pertamanya ciktom suka teh detox ni bau wangi buah-buahan. Sebelum hirup teh tu dah rasa relax dan tenang je minda. Kira macam terapi minda. Rasa teh ni pulak sedap dan tak pahit, rasanya teh buahan mulberi dan markisa. Nasib baik dah bagitau sesiap 2x sehari je minum. haha..

Kesannya sistem pembuangan ciktom makin lawas bukan cirit birit ye. Kalau makan banyak 2-3 kali sehari ke toilet. Sebelum ni makan banyak mana pun membuang sekali je sehari,tu pun tak menentu waktunya. Lepas consume detox teh ni alhamdulillah pepagi membuang dulu. hihi..

Ciktom suka minum teh dengan air panas 300mL, kat tumbler tu ada level sukatan dari 100mL sehingga 500mL. Apa yang ciktom suka ialah ciri-ciri tumbler yang BPA Free, food & drink safe, tahan air mendidih, kuat, lasak serta tahan lama. Jadi boleh gunakan untuk air panas untuk rendam teh Fruitea Detox Daily setiap hari.

Tumbler ini ergonomik dengan pemegang. Mudah nak dibawa kemana-mana; tempat kerja atau riadah. Lepas minum teh, boleh masukkan air masak 500mL x6 untuk cukupkan minum 3 liter air sehari.

uncang fruitea daily detox

Uncang teh dalam peket alumiumium bagus untuk memastikan uncang sentiasa kering dan preserve dalam keadaan baik.

Patutlah ciktom perasan kulit muka macam lembap rupanya kandungan Mulberry dalam teh ni mengatasi masalah kulit dan anti penuaan. Makin awet mudalah ciktom walaupun dah umur 32 tahun. hihi..Manakala markisa dalam teh sesuai untuk diet dan menstabilkan berat badan berlebihan ciktom alami.

zero belly lotion

Zero Belly lotion ni berwarna hijau cerah jenis ringan dan tidak melekit. Walaupun warna hijau tapi once sapu kat perut tak melekat pun warna pada baju. Mula-mula ciktom agak risau nak sapu bebanyak pernah experience lotion jenis panas. Yang bestnya lotion ni langsung tak terasa panas tau dan berbau wangi daun pudina.

Ciktom perasan loose sikit kat pinggang kalau pakai seluar ciktom atau maybe getah seluar ke makin loose? hehe…
fruitea daily detox

Teh ini didatangkan dalam peket saiz kecil yang mudah di bawa travel ke mana sahaja dengan hanya masukkan ke dalam handbag comel ciktom.

Yang menyakinkan ciktom sebelum mencuba Zero Belly Fruitea Detox ialah teh ini dikilangkan di premis yang mempunyai GMP dan SO ( 9001/22716 ) serta telah mendapat persijilan disahkan SELAMAT daripada MELAKA BIOTECH CORP yang diiktiraf oleh KKM.

Jom tengok gambar ciktom selfie satu kali dengan tumbler Zero Belly yang comel ni. Ciktom rasa macam kecik sikit pipi bambam ciktom. Ke ciktom sorang je perasan?haha..

model fruitea daily detox

Ini testimoni ciktom sendiri selepas mencuba dalam 2 minggu termasuk makan banyak setiap hari masa family ciktom datang bercuti ke sini seminggu. hehe..

Dari permulaan ciktom sebelum cuba Fruitea Daily Detox ialah 62.5 kg-> 61.2kg-> 60.9kg-> hari ini 60.2kg tapi sayangnya oleh sebab handphone ciktom tengah problem sekarang tak dapat snap gambar berat latest. Nanti weekend baru ciktom pergi baiki handphone, dah okay ciktom update new picture kat sini ye. hihi…

testimoni zero belly fruitea daily detox

*maaf gambar kaki terpaksa blur/icon, lupa nak pakai stokin before amik sebab bangun tidur je excited timbang. hihi.. 😉

Total lost berat ciktom ialah 2.3kg untuk 2 minggu tanpa senaman. Maybe anda rasa alah sikit je nak heboh kat blog. Tapi ciktom yang struggle nak turunkan berat ni je tahu betapa payahnya nak turunkan hatta 1 kg. Makin berumur makin rendah kadar metabolisme yang membantu proses pembakaran lemak.

Oleh sebab ciktom masih menyusukan Adira umur 7 bulan lebih, ciktom hanya minum satu uncang teh pagi sebelum sarapan dan recylce balik uncang yang sama malam before tidur. 1 uncang limit boleh guna 2 kali je.

Bukan kedekut nak jimat tau! Cuma langkah berhati-hati risau drastik untuk kesan penyusuan pada Adira. Kalau hari ciktom makan terlampau banyak baru ciktom minum 2 uncang teh sehari.

Alhamdulillah sistem pembuangan adira macam biasa masih membuang 1/2 hari sekali. Poo poo Adira pun macam biasa normal, takdelah jadi tercirit ke apa.

Saranan penggunaan teh bergantung pada apa tujuan anda untuk detox;

Pencernaan – sehari 1 uncang
Kurangkan berat badan – sehari 2 uncang
Kekalkan berat badan – 3 kali seminggu

Pada yang berminat nak cuba seperti ciktom, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di media sosial berikut;

Website: http://www.imaanworld.com.my
Facebook: Imaan Suci World HQ
Instagram: @Imaan.suci.world.hq
Email: [email protected]
Contact: 019-286 2828

Jangan risau Fruitea Detox ini boleh diminum dari umur 7 tahun ke atas serta sesuai juga buat wanita menyusu. Kalau wanita mengandung tu tak payah gatal nak cuba pulak, jaga kandungan elok2. hihi..

Dan detox ini bukan untuk orang gemuk je, orang kurus pun kena detox al-maklumlah kita makan macam-macam setiap hari.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Mudahnya Detox Setiap Hari Untuk Badan Kurus Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE