Mudahnya Memasak dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Mudahnya Memasak dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia | Assalamualaikum dan salam sayang.. Budaya masyarakat Melayu dalam penggunaan daun pandan dalam kehiudpan seharian memang tidak dapat dipisahkan lagi bak irama dan lagu. Daun pandan bukan sahaja digunakan dalam masakan sebagai penambah aroma wangi pada makanan, malah digunakan secara meluas sebagai bahan pewarna, pembalut kuih muih, dimayang menjadi bunga rampai serta turut digunakan sebagai perubatan.

Ciktom sendiri pengguna tegar daun pandan dalam masakan. Maklumlah suami ciktom penggemar tegar nasi lemak dan kuih ketayap, memang takde ummpph kalau takde daun pandan. Ciktom pernah cuba tanam pokok pandan tapi dah 3 kali gagal dan mati pokoknya. Sadis sangat. huhu.. Tinggal kat bandar agak sukar nak dapatkan daun pandan segar.

Lagi renyah pula nak kena potong dan kisar daun pandan sebelum ditapis untuk dapatkan ekstrak air pandan yang asli dan wangi. Ciktom pernah guna pewarna dan perasa pandan yang terdapat dipasaran tetapi sayangnya rasanya kurang asli dan bahan pewarna sintetik yang digunakan juga terlampau kuat (bukan warna asli pandan).

Ciktom memang katakan TIDAK pada perasa dan pewarna sintetik yang tiada rasa semulajadi dan mungkin tidak selamat. Oleh sebab itu, ciktom memilih ekstrak pandan dari Natural Pandan Leaf Extract Bio Nutricia produk keluaran Bio-Nutricia Manufacturing Sdn Bhd.

Mudahnya Memasak dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Apa yang ciktom suka dengan ekstrak Bio-Nutricia ialah ekstrak pandannya yang tulen, semulajadi dan pekat. Ianya diekstrak dengan teknik pemprosesan Green Bio-Technology (ultrasonik & enzimatik) dengan menggunakan daun pandan berkualiti tinggi.

Seterusnya dipertingkatkan lagi dengan teknologi Encapsulation yang memelihara rasa dan warna pandan secara semulajadi. Oleh sebab itu bila ciktom buka je penutup botol Pandan Leaf Extract memang jadi harum semerbak dapur ciktom.

Yangh bestnya dapat menjimatkan masa dan tenaga ciktom. hihi.. Ciktom hanya ambil je 1 sudu kecil ekstrak daun pandan ni dan campurkan ke dalam masakan atau minuman. Mudah kan kerja memasak?
Produk Bio-Nutricia ini ada 2 jenis; serbuk dan juga cecair tau. Setakat ini, ciktom dah cuba yang jenis cecair. Manakala untuk esktrak pandan jenis cecair, mempunyai dua jenis iaitu minuman dan bakery.
  • Minuman (Klorofil yang lebih rendah tetapi phytonutrient yang lebih tinggi): Untuk tujuan minum. Warna lebih kepada cahaya hijau kuning.
  • Produk Bakeri (Klorofil yang lebih kuat & aroma tetapi phytonutrien yang lebih rendah): Warna lebih terang sehingga ia akan tetap hijau selepas tertakluk kepada keadaan baking suhu tinggi.

Yang ini botol gambar cawan ialah esktrak pandan untuk minuman. Ia boleh dijadikan sebagai tonik minuman kesihatan untuk harian. Sukat 2 sudu kecil dalam 250mL air panas. Bila bercampur air suam/panas akan mengeluarkan aroma wangi pandan. Tunggu sebentar dan kacau sebati sebelum minum

Rasanya lembut, enak dan wangi dengan aroma pandan. Ciktom minum pula awal pagi, terus celik mata ciktom dari mengantuk. hihi..

Secara alternatif, boleh juga tambah ekstrak padan ini ke dalam madu, sirap, soya, susu, kopi, latte, smoothies, coco, oat / bijirin, pencuci mulut dan sup.

Dengan struggle berdukung dengan Adira dan kuali nonstick ciktom yang dah tak berapa smooth dah permukaan tu berjaya jugak ciktom buat kuih ketayap. Kelapa parut takde pulak so ciktom ganti dengan inti telur hancur.

Ciktom letak 1 sudu kecil ekstrak pandan dalam adunan tepung ciktom. Terus naik aroma wangi. Yang ciktom suka tengok warna asli hijau daun pandan. Kalau suka pekat boleh tambah lagi sukatan mengikut bancuhan masakan masing-masing.

Ianya sesuai untuk ditambah dalam masakan seperti aiskrim, kuih muih, jeli, kek, biskut, jem, puding, coklat, bao / bun, roti, pencuci mulut, popcorn, grazing dan filling.

Daun pandan telah diakui sejak turun temurun mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Antara khasiat yang terdapat dalam Natural Pandan Leaf Extract Bio Nutricia ialah:

 Mengandungi phytonutrient semulajadi
 Mengandungi asid amino semulajadi yang membantu meningkatkan tenaga tubuh dan meningkatkan prestasi dalam senaman
 Kandungan Antioksidan yang tinggi
Minuman yang menenangkan dan beralkali
Pemulihan tenaga dengan cepat
Menyejukkan dan melegakan panas badan

Ciktom suka botolnya yang kecil dan packaging menarik. Mudah nak simpan atau nak selit kat mana-mana rak. hihi… Cara nak guna pun memang mudahnya, hanya campurkan beberapa sudu ke dalam minuman atau masakan.

Tapi yang paling penting sekali bagi ciktom ialah esktrak pandan Bio Nutricia ini menggunakan bahan semulajadi, selamat dan organik. Ia keluaran 100%  dari Malaysia.

Kalau korang nak mudah memasak macam ciktom? Jangan jadi ketinggalan untuk dapatkan jugak ekstrak pandan ini sekarang di website>> Natural Pandan Leaf Extract

Untuk maklumat lanjut tentang Natural Pandan Leaf Extract Concentrate, boleh layari:

Website: https://bionutriciaextract.com/

Facebook: https://www.facebook.com/pandanextract/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Mudahnya Memasak dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE