Mudahnya Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti

Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Cik tom dan adik-adik memang jenis penggemar aiskrim. Adik pulak ada 5 orang. Ramai tue kan?? Kalau beli 1 bekas aiskrim 1.5 L tue memang tak cukup la nak share makan 5 orang. Itu pun kalau aiskrim biasa. Kalau aiskrim yogurt Tutti Frutti tue mau berdarah hidung nak beli banyak. Huhu…

Kawan cik tom pernah cakap patut la promosi aiskrim Tutti Frutti tu boleh kuruskan badan. Sebabnya lepas beli pokai pastu berjimat makan. So, boleh la kuruskan badan kan. Haha..

Ok. Dah tak puas nak makan kan? Jadi apa solusinya? Kita buat sendiri aiskrimnya la. Lagi sedap air tangan sendiri. Then kita tahu apa bahan yang dimasukkan. Tanpa was-was.

Ini percubaan pertama cik tom cuba buat resepi aiskrim yogurt ala-ala Tutti Frutti gitu.

Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti

Nak tengok senarai entri resepi aiskrim lain yang pernah cik tom kongsikan dalam blog ni? Klik je mana-mana link entri dibawah ye;

Resepi asalnya cik tom ambil dari blog Dapur Mamasya. Tapi cik tom takdelah follow bulat2 resepinya. Sebab ada guna bahan berlainan dari Mamasya punya resepi dan cik tom tak nak guna gula. Jadi cik tom tambahkan kuantiti susu pekat. Selain tu, cik tom up kan juga kuantiti ovalette dari 1 sudu kecil ke 2 sudu besar. Nak bagi aiskrim lagi gebuuu gitu. Hihi…

Kat bawah resepi asal ye before resepi diubahsuai dalam perkongsian entri cik tom kali ni;

Resepi Strawberry Frozen Yogurt

Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti

Sumber: Dapur Mamasya
Diubahsuai: Cik tom

Bahan-Bahan Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti ;

1 bekas yogurt perasa strawberry (750 mL)
250 mL @ 1 cawan whipping cream
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil pewarna merah
secubit garam

Cara-cara Buat Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti ;

  1. Mula sekali masukkan whipping cream, susu cair dan ovalette dalam mixer. Putar sehingga nampakk gebu.*takde mixer boleh je guna blender pun.make sure bukan blender guna cili. Nanti pedas aiskrimnya.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan yang lain dan putar sekali lagi sehingga kembang. Biar jadi kembang sampai 2x ganda dari asal ye. *putar dalam 10minit atau sehingga kembang.
  3. Dah siap, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan semalaman dalam peti.
  4. Esoknya dah beku boleh makan dengan topping kesukaan.*ciktom guna topping choc rice and strawberry syrup.

Aiskrim Yogurt Strawberry GebuMacam mana nampak gebu tak hasil aiskrim yogurt ala tutti frutti cik tom buat kali ni??? Hoho.. Tengok hasil ni cik tom boleh buat bisnes aiskrim jual ni. Hmm idea menarik. Boleh pelbagaikan perasa buah-buahan lain lagi.
Rahsia bisnes aiskrim
Ada yang berminat nak buat bisnes aiskrim boleh baca panduan bisnes aiskrim dari rumah boleh jana duit sehingga RM5000 sebulan. Wow kan?? Tapi tak mustahil.. Nak tahu lanjut baca jer–> Panduan Bisnes Aiskrim Jana RM5000 sebulan secara part time.

Mudah kan penyediaannya? Selamat mencuba Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

50 thoughts on “Mudahnya Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE