Mudahnya Simpan Beras Elak Kutu Beras

Mudahnya Simpan Beras Elak Kutu Beras | Assalamualaikum dan salam sayang.. Secara rasmi, Ciktom pindah rumah baru Padin pada Ogos 2017. Bila pindah rumah baru ni, macam – macam dalam kepala. Dari memikirkan kelengkapan peralatan sampai lah kepada idea dekorasi. Tapi bab dekorasi ni, Ciktom serah pada Padin jelah. Dia terlampau banyak idea itu ini.

Ruang yang betul – betul Ciktom concern adalah ruang dapur. Yelah, boleh kata ruang ni memang sepenuhnya diguna oleh kaum ibu ni. Ruang dapur rumah kami ni agak sempit, cukup – cukup makan. Ideanya memang lah kalau ada rezeki lebih nak bina kabinet dapur yang proper, tapi buat masa ni kita guna apa yang ada je lah kan. Sesuai la dengan kehidupan orang baru hidup berumahtangga kan.

Jadi ruang dapur yang ada dibahagikan kepada ruang memasak, tempat penyimpanan peralatan memasak, makanan dan tak lupa juga mesin basuh. Pada awalnya memang tangkap muat sahaja, asal boleh simpan dah cukup baik.

Mudahnya Simpan Beras Elak Kutu Beras

Yang menjadi masalah, beras takde tempat simpanan yang proper. Nak diletak atas rak, dah makan space pulak. Nak diletak bawah, jenuh pula nak tunduk, tambah pula masa tu Ciktom sarat mengandung Adira. Dan keberangkalian untuk tumpah dan bersepah adalah tinggi.

Tambah pula risiko beras akan menjadi lembab dalam ruangan terbuka, tu belum cerita kalau ada kutu beras. Yelah menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya.

Baca juga: Tips Hilangkan Kutu Beras

Bila bagitau Padin jawapannya asyik nanti dan nanti. Geram juga tapi at least mungkin ada dalam perancangan dia. Tunggu dan lihat.

Masa Ciktom di Terengganu menunggu masa untuk bersalin, Ciktom terima whatsapp dari Padin.

Mudahnya Simpan Beras Elak Kutu Beras

Emm, taktau nak kata apa tapi, bolehlah. Mungkin dia pun alami masalah sama bila nak masak nasi. Hehee

Padin beli container untuk simpan beras. Siap edit gambar tu macam surprise sangat. Hahaa tinggal seorang dan takde keja sangat kan, tu yang siap boleh edit gambar kot.

Penggunaan container ni nampak lebih praktikal. Beras boleh disimpan dalam keadaan tertutup, dapat menjimatkan ruang dan mengurangkan risiko beras tertumpah dan bersepah di lantai. Nak ambil beras, mudah je hanya tarik bahagian bawah container.

Sukatan untuk satu bekas tu adalah 80% dari sukatan 1 pot beras yang biasa. Jumlah beras yang boleh dimuatkan dalam satu – satu masa adalah 12 kg. Kalau beli beras 10kg dah OK sangat.

Problem Solved!

Buat masa sekarang, masalah tu beralih ke bahagian sinki pembasuhan pulak. Agak – agak apa pulak idea Padin? Kalau dia boleh maksimumkan idea kreatif D.I.Y dia kan bagus, tapi masalahnya nak dapat masa, idea dan kudrat dia tu kena tengok haribulan betul – betul. hahaha..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Mudahnya Simpan Beras Elak Kutu Beras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE