My Passion In Blogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Masih ada ke pembaca blog cik tom ni? Hehe… Dengan semangat penulis blog yang tenggelam timbul dalam menulis blog sepanjang tahun 2013.

Cik tom jarang update di blog ni bukan kerana tak sihat atau jugak bukan kerana cuti berkahwin cam sesetengah blogger komen di entry sebelum ini. Tapi lebih kepada passion cik tom dalam blogging ini dah merundum hilang.

Ada yang email cik tom tanya kenapa ye dah lama tak update blog sebab dah give up tak dapat income ke?

Hehe… Semua tue takde kena mengena pun dengan income blog dan alhamdulillah blog ini masih berjaya menghasilkan income monthly walaupun tak diupdate. Apa pun alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah.

Ada yang msg eh cik tom dah kahwin ke tengok pic wechat anak?

Haha.. cik tom tak kahwin lagi. Tue pic anak sedara la. InsyaAllah kalau bakal berkahwin or dah kahwin, cik tom akan maklumkan dalam blog. Terima kasih kepada teman blogger yang prihatin.

Rasanya semua sedia maklum passion ialah minat yang mendalam dalam apa jua yang dilakukan. Dengan adanya passion sesuatu yang dikerjakan satu perkara yang menyenangkan serta tidak menjadi beban. Tapi sekarang perasaan cik tom rasa nak update blog tue satu perkara yang menyusahkan. Erk.. Dahsyat!

Dulu cik tom rasa minat sangat menulis blog. Kalau boleh hari2 nak update blog. Bila siap satu artikel dan kawan blogger beri feedback ianya satu kepuasan bagi diri cik tom. Tapi sekarang bila nak mula menaip je terus rasa malas. Bila singgah blog lain cik tom tak tinggalkan pun komen.

Mungkin pengaruh usia makin tua jadi makin pemalas nak menaip. Haha.. Tapi semua ni tak boleh dibiarkan. I need to find my passion back in blogging. Kalau tak maybe blog ini bakal berkubur tak lama lagi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “My Passion In Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!