Nasi Dagang Terengganu Sedap di Pasar Malam Kuala Ibai, Terengganu

Assalamualaikum dan salam sayang…. Apa khabar semua? Ada yang nak berkunjung ke Terengganu dalam masa terdekat ni? Mai cik tom nak promote satu gerai jual nasi dagang Terengganu sedap. Tapi pakcik dan mak cik jual ni takde kedai makan. Diorang hanya jual di pasar malam yang terletak di Kuala Ibai, Terengganu.

Lokasi Gerai Nasi Dagang Terengganu

Gerai Nasi Dagang Terengganu Sedap
Gerai Nasi Dagang Terengganu Sedap

Kalau orang kat sini panggil Pasar Malam Kuala Ibai. Terletak berhampiran Mydin Kuala Ibai. Pasar malam ni hanya di buka setiap hari rabu sahaja. Bermula selepas asar sehingga pukul 9 malam. Tapi kalau nak beli nasi dagang kat sini kena cepat la. Sebab laris dipasaran. Biase cepat tutup gerai.

Yang special gerai nasi dagang kat pasar malam ni kena ambil nombor giliran menggunakan kertas yang terletak pada penjuru meja. Satu tindakan yang bijak nak elak ter”miss” giliran pembeli. Yelah ramai betul pelanggan nasi dagang gerai ni. Takdelah timbul isu marah dari customer yang kena potong queue kan.

sila ambil kertas nombor giliran di dalam kotak
sila ambil kertas nombor giliran di dalam kotak

Waktu cik tom sampai tue dalam pukul 5 camtu. Nombor giliran yang cik tom dapat dah no.46!

Aiyokkk dah nombor 46
Aiyokkk dah nombor 46

Apa yang sedap nasi dagang kat situ? Cik tom tak boleh nak komen lebih sebab cik tom tak suka makan nasi dagang. hee…

Tapi memang favourite emak ayah cik tom. Ayah cik tom cakap nasi cukup lemak dan rasanya. Kuahnya pun pekat pedas umpph. Boleh request jugak kalau nak tambah telur rebus.

Ayah komen lagi kalau nak pekena nasi dagang asli ganu kena makan air tangan diorang nih. Sebab kedai lain jual biasanya tawar atau resepi kureng asli gitu. Warna kuah pun pucat je, halba dan halia kurang.

Harga nasi dagang ni pun berpatutan. Satu bungkus nasi beserta kuah dan seketul ikan ialah RM3.50.

Pelanggan tak putus-putus datang beli nasi dagang
Pelanggan tak putus-putus datang

Maaf gambar nasi lupa nak ambil. Dah selamat ayah dan emak cik tom makan. hehe…

Nasi dagang ialah salah satu makanan tradisi rakyat Terengganu. Kalau berkunjung ke Terengganu jangan lupa dijadikan salah satu menu wajib makanan Terengganu untuk korang rasai.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Nasi Dagang Terengganu Sedap di Pasar Malam Kuala Ibai, Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE