Oh Jerawat!! Macam Mana Nak Hilangkan Jerawat + Parut (2 in 1)

Perangai orang perempuan kalau sehari tak tilik muka depan cermin memang tak sah. Mesti nak tengok juganya cermin. Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan. Pastu bila dah tilik sana.. tilik sini.. Mulalah mengeluh.. Oh jerawat! Kenapalah ko suka sangat membiak kat muka aku ni?? terus jadi stress tak nak keluar rumah. Kemudian, menghadap laptop “google” sana sini cari “macam mana nak hilangkan jerawat?”. Ok jumpa>>Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat.. Dah hilang jerawat, google lagi carik cara nak hilangkan parut jerawat. hahaa…

Kredit pic: Huda

Semua yang cik tom cakap atas tue ialah based on pengalaman diri cik tom sendiri. hehe… Tension je kalau sebut bab jerawat ni. Dah 3, 4 orang doktor pakar kulit & jerawat dah jumpa. Time berubat dan follow up in six months ok la muka. Muka pun licin cun melecun je. Bila habis je treatment dan tak larat nak follow up produk diorang jual yang “mahal”. Muka naik jerawat jugak cuma tak la sebanyak before pergi treatment.

Ada jugak orang tua-tua cakap cara paling mujarab menghilangkan jerawat ialah kena KAHWIN! Sebabnya jerawat tue jerawat gatal. So dah kahwin tak gatal. Jerawat pun hilang. hahaa… Tipu je… tengok kawan2 dah kahwin still je ada jerawat… Pandai betul ek orang tua dulu psiko anak perempuan diorang kahwin cepat2. hee…

Sebelum ni cik tom dah pernah share tips hilangkan jerawat yang pernah cik tom cuba dari zaman sekolah lagi. Tapi bila dah masuk kerja ni dah tak berapa nak rajin nak guna kayu manis untuk jerawat dan juga cara menghilangkan jerawat dengan tomato. Kayu manis untuk jerawat bagus tapi mostly kulit sensitif tak sesuai+ just letak amount sikit je atas jerawat dah rasa panasnya woow. Nak hilangkan jerawat dengan tomato memang best cuma leceh sikit. Lembik dan ada yang tak suka kan… hihi..

Beberapa hari lepas jerawat datang lagi. Kat hidung..kat dagu… adehh…(-.-) Ngadulah kat mak kan muka kite ni naik jerawat. huk3… Emak pun suggest tue try sapu jerawat dengan minyak gamat asli yang abg zul beli masa kat Langkawi bulan lepas. Dengarnya bagus kecutkan jerawat dan hilangkan parut  jerawat sekali. Function 2 in 1 gitu..

Minyak Gamat Haji Din
Minyak Gamat Haji Din

Ok.. ciktom try sapu malam nak tidur. Baunya jangan cakaplah.. busuuuk… warna hitam legam.. Dah namanya pun gamat asli kan? Letak kat tepi katil tertengok muka Haji Din ni malam2 rasa seram je. Terus cik tom amik buang habis dia punye pembalut. Terus jadi bogel botol minyak gamat haji din ni.. hehe..

So, how the result kan? Alhamdulillah bangun pergi mandi tengok jerawat dah kecut. Yeayy!! Lepas mandi tue pakai lagi (2x sehari). Alhamdulillah dalam masa 2 hari jerawat jadi kecut then hilang melarikan diri… yang paling best parut jerawat pun takde. hoho… Ini entry review dari pengalaman cik tom. Takde lagi company Minyak Gamat Haji Din ni bayar ke pe. In future tak taulah kalau tiba2 diorang contact cik tom untuk review berbayar masyukk. amin.. hihi…

Kredit pic:PakCekBiola

2 lagi produk anak beranak Gamat yang cik tom suka macam dalam gambar kat bawah. Kalau sapu-sapu kat area badan yang lenguh ke time sakit perut orang pompuan ke memang best! Baunya wangi dan panas2 gitu. Jenis losyen ni bukan minyak tau. Tapi dah lama tak guna. Last time belajar aritu. Tue gambar cilok dari google. Siapa ada jual?? Rasa nak beli la…

Selain cara yang biasa cik tom praktis kat dalam entri ni kan. Korang boleh try tengok juga satu panduan untuk kawal masalah jerawat selama 60 hari dari doktor pakar bab jerawat, Dr. Hasseenah iaitu>> Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah. Tengok hasil dari feedback ramai customer yang berpuas hati. Maybe anda yang dah letih mencuba pelbagai produk dan banyak habiskan duit tapi masih belum berhasil, try jenguk website Dr. Hasseenah>> Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah.

Ok sampai di sini saja rancangan review kecantikan kelolaan cik tom yang bertajuk cara menghilangkan jerawat dan parut jerawat secara tradisional dan cepat! hehe… InsyaAllah dijamin selamat asalkan korang tak telan minum teguk. Kos pun murah je. Tak sampai RM10 sebotol harga minyak gamat tue. Ok.. Selamat mencuba!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

73 thoughts on “Oh Jerawat!! Macam Mana Nak Hilangkan Jerawat + Parut (2 in 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!