Pelajar Lepasan SPM: Jangan Salah Pilih Kursus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Merencana masa depan dengan memilih kerjaya idaman yang sesuai dan serasi sememangnya suatu kemestian kepada pelajar terutamanya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar lepasan SPM yang sedang mencari pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran, mereka bukan hanya perlu bijak memilih kursus yang hendak diikuti, malah aspek lain juga perlu diberi perhatian seperti kos pengajian, kemudahan disediakan, penginapan, lokasi dan paling penting, kolej serta kursus ditawarkan diiktiraf oleh kerajaan. Semua ini perlu dititikberatkan supaya pelajar lepasan SPM jangan salah pilih kursus.

Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM

Pelajar lepasan SPM perlu sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut kawan tetapi menilai sendiri kelayakan, minat, tahap kelulusan serta keupayaan diri sebelum memohon sesuatu kursus.

Dalam zaman teknologi serba moden kini, pelajar boleh mendapatkan segala maklumat hanya di hujung jari saja. Pucuk pangkalnya kerajinan pelajar lepasan SPM untuk mencari maklumat kursus dan pengajian yang diperlukan kerana kini semua IPTA dan kolej menyediakan laman web.

Jika mempunyai peluang dan kelayakan untuk memilih kursus di menara gading, pilih kursus yang mempunyai permintaan tinggi di alam pekerjaan agar mudah memasarkan diri nanti.

Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal permohonan ke IPTA, boleh juga memilih IPTS sebagai tempat pengajian tetapi perlulah membuat rujukan dan semakan samaada kursus yang ditawarkan itu diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

p/s: Jadi kemana hala tuju anda selepas ini? Kepada yang masih belum pasti, boleh cuba mengetahui arah tuju anda dengan >>rujukan informasi kerjaya lepasan SPM<<.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

31 thoughts on “Pelajar Lepasan SPM: Jangan Salah Pilih Kursus

  • May 17, 2012 at 8:38 pm
    Permalink

    jadi nak pilih kursus kenalah ikut minat…
    kalau ikut org lain jwbnya…jadi tak minat lah nnti..

    Reply
    • May 19, 2012 at 11:05 pm
      Permalink

      ye dengar tue ramai yang pakar bagi nasihat..

      Reply
  • May 17, 2012 at 10:05 pm
    Permalink

    lepasan spm memang kena tahu rancang hala tuju demi masa depan nanti, kalau tidak akan menyesal atau membuang masa pulak nak tukar jurusan, tahu kemampuan diri dan minat. tanya guru guru dan orang yang lebih arif , kaji sama ada sesuai dgn diri msg2 sblm buat keputusan.

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:58 pm
      Permalink

      ye kena banyak tanya pendapat yang lebih pakar tentang pilihan pelajar lepasan spm..

      Reply
  • May 18, 2012 at 12:13 am
    Permalink

    betul tu. nak pilih course biarlah sesuai dengan result. kalau result ok blh la pilih course tinggi dan kalau result sedang2 tanya la org lebih pakar sblm buat keputusan. nnti xde la frust kalau xdapatt.

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:55 pm
      Permalink

      yup kena pilih course berdasarkan kelayakan dan juga kemampuan diri..

      Reply
  • May 18, 2012 at 1:31 am
    Permalink

    ramai yang pilih kursus kerana nak belajar
    sudahnya tak dapat peluang kerja lepas belajar

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:45 pm
      Permalink

      setuju dengan pendapat cikgu tehr..belajar ni kena fikir juga untuk kerjaya..bukan hanya nak belajar je.

      Reply
  • May 18, 2012 at 8:45 am
    Permalink

    bahaya klu pilih kusus…klu slh pilih leps tu minat xpe. klu leps tu trus xmnat susah hala tuju..

    suke handbag n purse..??
    come visit my another blog.,

    lalamerpatis.blogspot.com
    tq. 🙂

    Reply
  • May 18, 2012 at 9:34 am
    Permalink

    Dilema Pelajar Lepasan SPM adalah pilih kursus. Harap entri ni dapat membantu 🙂

    Reply
    • May 18, 2012 at 8:28 pm
      Permalink

      boleh pelajar jadikan sebagai panduan..selebihnya terserah pada diri sendiri juga untuk tentukan mana yang terbaik..

      Reply
  • May 18, 2012 at 11:07 am
    Permalink

    kalo x dpt ipta dpt ipts pon ok..x kurang hbatnya juga.. 🙂

    Reply
    • May 18, 2012 at 8:20 pm
      Permalink

      yup ipts pun ok..cuma sblm masuk pelajar lepasan spm kena pastikan kursus yang ditawarkan diakreditasi oleh LAN.

      Reply
  • May 18, 2012 at 12:36 pm
    Permalink

    yang penting minat. jangan ikut orang tapi masih bermasalah kalau ibu bapa halang minat anak contohnya anak minat multimedia tapi keluarga suruh pilih engineering..timbul masalah minat atau derhaka pada ibu bapa.

    Reply
    • May 18, 2012 at 8:15 pm
      Permalink

      memang ramai anak yang dilemma juga antara minat dan kehendak ibu bapa..

      Reply
  • May 18, 2012 at 2:19 pm
    Permalink

    jgn salah pilih..kalau tak,tak pasal2 menganggur mcm sy ni..sedih ,keja kilang je mampu..

    Reply
    • May 18, 2012 at 8:13 pm
      Permalink

      eh ada pulak ke situ..setiap orang ada rezeki dan bahagian masing2…

      Reply
  • May 18, 2012 at 10:08 pm
    Permalink

    memang bahaya kalau salah pilih kursus..untuk masa depan tuh..

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:38 pm
      Permalink

      kena buat pilihan betul ikut kemampuan diri dan juga minat..

      Reply
  • May 18, 2012 at 11:03 pm
    Permalink

    Masalahnya ramai dari ibu bapa yang nak anak die jadi itu ini sampai lupakan kemampuan dan minat anak… 🙁

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:36 pm
      Permalink

      memang ramai yang dilemma antara minat dan kehendak ibu bapa..

      Reply
  • May 19, 2012 at 10:52 am
    Permalink

    Sekarang ini hendak sambung belajar tidak susah kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTS pun banyak. Yang penting mempunyai semangat untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:56 pm
      Permalink

      yup banyak peluang didepan mata…tapi kena pandai pilih..silap percaturan merana diri di kemudian hari..

      Reply
  • May 21, 2012 at 12:31 pm
    Permalink

    Jika anda bkerja semata-mata utk wang, anda tidak akan mjadi kaya kerananya.. tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akn mjadi milik anda.. – Ray Kroc, Pngasas McDonald.. ^^,

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:00 pm
      Permalink

      yup betul tue..kdg2 bila dah lama bekerja ni jd terpupuk minatkan kerja..

      Reply
  • January 10, 2013 at 1:51 pm
    Permalink

    assalamualaikum….
    jika pelajar gagal untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA selepas mengisi UPU,jgn risau kerana masih ada lagi kampus-kampus yang bersekutu dengan IPTA yang lebih dikenalih dgn pnggil singkat KKB,iaitu anak tiri kepada mana-mana IPTA lah.macam di pihak UNIFIELD TECHNOLOGY COLLEGE pula,pihak kami menjalankan usahasama dengan UITM dan UTM dimana kami akan menolong pelajar2 yang gagal melanjukan pelaran mereka ke induk IPTA,kami akan menawarkan program IPTA,IPTS dan juga kemahiran malaysia di bawah kementerian sumber manusia lah…jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi sy di no 011-29023033

    Reply
  • February 5, 2013 at 4:06 pm
    Permalink

    akak, kalau spm addmath d ade pluang nk masuk ipt @ matrik x?

    Reply
    • February 19, 2013 at 1:58 am
      Permalink

      matrix akak tak sure sgt..tp kl xsilap kena kredit add math..
      kl ipt ok je asalkan course yang alia amik tue takde prasyarat utk addmath..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!