Pelan Internet Home Broadband Laju dan Murah dari TIME

Sejak berpindah ke rumah sendiri, ciktom memang berkira-kira nak bertukar ke pelan internet yang lebih berkelajuan tinggi dengan harga yang berbaloi. Dalam proses survey jenis telco, pelan internet, kapasiti kelajuan berserta pakej harga yang murah. Ciktom ternampak promosi pelan internet berkelajuan tinggi dengan harga murah yang menarik perhatian ciktom dari TIME.

Pelan Internet Home Broadband Laju dan Murah dari TIME

Ciktom sebagai blogger mestilah selidik apa yang menarik dengan pelan jalur lebar yang ditawarkan oleh TIME. Oh rupanya pada 7 Oktober 2018, TIME internet telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar rumah (broadband) menggunakan fiber optik terpantas di Malaysia dengan kadar kelajuan sehingga 1 Gbps.

Pelan Internet Home Broadband Laju dan Murah dari TIME

Yang ciktom suka ialah TIME menggunakan fiber optik sebagai rangkaian penghantaran yang mana merupakan teknologi terkini yang menawarkan kelajuan terbaik dan stabil dalam talian (online). Bagi korang yang suka live streaming online dan kaki download movie macam ciktom pasti super excited dengan offer dari TIME!

Part paling menggembirakan,sempena pelancaran tersebut TIME menawarkan harga baru bagi kesemua pelan internet termasuk pelan internet berkelajuan tinggi untuk home broadband 100Mbps dengan harga mampu milik dipasaran iaitu hanya RM99 sahaja!! Pelan ini boleh dilanggan secara ekslusif hanya melalui atas talian (online) dan sah dalam masa yang TERHAD. Jadi korang jangan ketinggalan untuk jadi antara pelanggan terawal melanggan pelan TIME home broadband 100Mbps.

Ciktom siap survey untuk compare harga bagi kelajuan 100Mbps bagi 3 telco yangberlainan iaitu TIME,Unifi dan Maxis. Pergh korang tengok tu harga untuk pakej TIME hanya RM99 berbanding Unifi dan Maxis iaitu RM129 bagi kapasiti kelajuan yang sama, 100Mbps.

Ciktom survey analisis Home Broadband bagi berlainan telco dan juga tahap kelajuan yang berada di pasaran Malaysia. Dari analisis ni,ciktom boleh conclude yang pelan internet dari TIME paling berbaloi untuk harga berserta kelajuan internet.

Senarai pelan internet di rumah yang ditawarkan oleh TIME internet. Yang ciktom paling berminat ialah pelan TIME 100Mbps iaitu hanya RM99 sahaja. Lagi best hanya daftar secara online sahaja tanpa perlu keluar rumah. Proses daftar secara online pulaksangat mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Jimat minyak petrol kereta korang tau.hehe..

Nak lagi jimat?? Dah la harga pelan internet Home Broadband TIME ni murah, tambah jimat lagi korang boleh nikmati potongan sehingga RM100 untuk bil pertama korang. Woww best sesangat!

Kenapa Fiber Optik menjadi pilihan pengguna internet?

Kini kebanyakan pengguna internet termasuk ciktom memang mencari telco yang menawarkan pakej internet yangmenggunakan fiber optik berbanding kabel tembaga sebagai rangkaian penghantaran data internet kerana;

  • Sambungan internet lebih pantas
  • Lebih lancar kerana fiber optik lebih berdaya tahan terhadap gangguan luar seperti cuaca yang buruk, bangunan tinggi dan sebagainya.
  • Berpatutan dan mampu milik
  • Muat turun tanpa had
  • Pengunaan lebih selamat

Cara Pendaftaran Pelan Internet TIME Secara Online

Ciktom rasa korang pun sama mesti lebih suka proses pendaftaran yang mudah tanpa perlu mengambil nombor giliran dan menunggu begitu lama hanya bagi proses pendaftaran pelan internet. Jangan risau dengan TIME, korang boleh daftar hanya dirumah atau dimana sahaja secara online. Prosesnya amatlah mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Selepas mendaftar dan pilih tarikh untuk pemasangan secara online, korang boleh relaks dan tunggu panggilan pengesahan dan membantu korang yang hal berkaitan pelan internet dari staff bahagaian pemasangan TIME.

Mudah kan??

Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk jadi pelanggan terawal yang melanggan pelan internet dari TIME dengar kadar berpatutan iaitu hanya RM99 untuk kelajuan internet 100Mbps. Lagi best dapat potongan sehingga RM100 untuk bil pertama tau! Tawaran dari TIME ini hanya pada waktu terhad dan secara online sahaja. Untuk maklumat lanjut atau ingin jadi pertama yang mendaftar, jom klik sekarang >> http://bit.ly/2QpMgh1.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Pelan Internet Home Broadband Laju dan Murah dari TIME

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE