Pelancaran honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia

Pelancaran secara eksklusif honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia Sempena Super honor Day | Hi sayang.. Ciktom nak share good new for uolls terutamanya kepada peminat Shopee dan juga honor. Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018


Dari kiri ke kanan: Category Manager of Shopee; Calvin Teng, honor Malaysia E-commerce Director; Antonio Zhang bersama Super honor Fan, Ahmad Khamis memperkenalkan harga honor 7A sempena Super honor Day pada 8 Jun 2018

Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Dari kini ke kanan: Rachel Tan , Head of Marketing Shopee; Calvin Teng,
Category Manager of Shopee; Antonio Zhang, honor Malaysia E-
commerce Director; Zhao Zhiwei, Head of honor Malaysia and Super
honor Fan, Ahmad Khamis

“Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik;

  • Paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang.
  • Dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang
  • Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan.
  • Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi.
  • honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.

Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang promosi Super honor Day.

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

honor 7A yang baharu stok terhad dengan harga eksklusif RM429 (RRP: RM479) boleh dapatkan di Shopee bermula 9.00 pagi pada 8 Jun 2018

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/

Jom, jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Pelancaran honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE