Peluang Kerja Sambilan Dengan Jomniaga

Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Hari ini cik tom nak berkongsi salah satu kerja sambilan yang cik tom sendiri pernah join untuk tambah duit sampingan. Peluang kerja sambilan buat duit dengan jomniaga ini memang bersesuaian untuk semua kategori lapisan masyarakat iaitu pelajar IPTA/ IPTS, penganggur, suri rumah, pekerja sektor kerajaan mahupun swasta, pesara dan mereka yang memang tengah mencari peluang tambah duit sampingan @ sideincome.

Perniagaan Internet
Perniagaan Internet

Lagi-lagi sekarang sudah makin hampir dengan musim puasa dan seterusnya musim raya. Dengar-dengarnya juga bakal ada peningkatan harga barang runcit dan basah menjelang musim puasa dan raya. Memang banyak memerlukan duit terutamanya pada yang sudah berkeluarga. Tanggungjawab menjadi semakin besar untuk memberikan hanya yang terbaik buat keluarga tersayang.

Cik tom memang suka jadikan kerja sambilan di rumah dengan menggunakan teknik kerja sambilan secara online. Pelbagai program menjana pendapatan yang telah cik tom cuba di dalam dunia internet ini. Sesetengahnya pernah cik tom kongsikan dalam artikel category “buat duit”.

Antara Komisen disahkan dari Jomniaga bagi Tahun 2013 (14/05/2013)
Antara Komisen disahkan dari Jomniaga bagi Tahun 2013 (screenshot 02/05/2013)

Salah satu peluang kerja sambilan yang cik tom paling sukai ialah melalui program affiliates. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu program affiliates?? Affiliates ialah satu cabang perniagaan secara online yang menjadikan anda seorang agen (orang tengah) yang akan mempromosikan produk fizikal atau digital yang sedia  ada dari pihak lain samada usahawan persendirian mahupun syarikat (vendor). Seterusnya anda akan mendapat bayaran komisen (upah) jika ada orang yang membeli produk tersebut menggunakan link affiliate anda.

Program affiliate ni sama ke  dengan MLM?? Hehe… sama sekali tidak sama kerana affiliate ni kita akan jadi agen untuk promosi (mengumpan) potential customer beli produk atau servis menggunakan link affiliate kita. Manakala MLM ialah program kumpul duit mengikut level. Makin up level makin tinggi keuntungan diperolehi. Keuntungan akan diterima sekiranya terdapat downline yang mendaftar jadi agen di bawah kita. Jika takde kira burn camtu je bayaran yang dikenakan untuk jadi agen MLM.

Manakala program affiliate ialah salah satu peluang kerja sambilan tanpa modal @ percuma sahaja! Anda hanya akan mendapat komisen jika sekiranya terdapat customer yang membeli produk menerusi link affiliate anda.

Dibawah ialah gambar ranking Top 100 bagi tahun 2013, cik tom berada pada kedudukan nombor 41. Screenshot diambil pada 02/05/2013. Kedudukan ini mungkin berubah makin membesar nilainya atau makin mengecil. Harap-harap makin kecil hingga ke penghujung tahun 2013. hee… Gambar tue cik tom edit sebab panjang la kalau nak amik semua dari kedudukan 1 ke 41. huhu…

Kedudukan Ke-40 dari ranking Top 100 (screenshot pada 02/05/2013)
Kedudukan Ke-40 dari ranking Top 100 (screenshot pada 02/05/2013)

Ranking keseluruhan tahun 2012, kalau tak silap cik tom berada pada kedudukan ke 29 dari top 100 agen affiliate jomniaga. Korang dah daftar masuk jomniaga ni boleh cek ranking top 100 pada dashboard jomniaga> klik menu “Leaders”.

Apa yang best kerja sambilan di rumah dengan program affiliates Jomniaga ni?? Banyak perkara yang best tapi sebab nak pendekkan artikel ini, so cik tom listkan 10 perkara yang cik tom rasa best dengan jomniaga ni ye;

  1. Tanpa modal a.k.a Percuma!!
  2. Kerja sambilan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa menganggu sesiapa yang ada kerja tetap/ masih belajar mahupun surirumah.
  3. Cik tom tak perlu sebarang produk sendiri/ simpan stok untuk promosikan, guna produk disediakan oleh pihak lain di jomniaga
  4. Hanya memerlukan gadget berteknologi samada PC/laptop/ smartphone berserta internet untuk buat kerja sambilan dengan jomniaga.
  5. Terdapat pelbagai jenis produk fizikal dan digital yang terdapat di jomniaga yang boleh kita pilih bersesuaian dengan minat.
  6. Tak semestinya kita perlu ada blog! Kita boleh promosikan link affiliate di mana saja social networking contoh di facebook, twitter, forum, email dan sebagainya.
  7. Mudah untuk promosi kerana banyak bantuan. Jika korang adalah pengguna wordpress-> boleh gunakan plugin jomniaga+banner untuk promosi di blog, pengguna blogspot->boleh gunakan tutorial coding untuk masukkan random banner di blog. Jika korang takde blog-> boleh terus klik pada icon-icon sharing social networking yang memang sudah sedia ada di dalam web jomniaga  untuk promosi. Mudahkan???
  8. Sistem tracking link affiliate yang bagus. (penting untuk trace pembeli beli produk dari agen yang mana satu)
  9. Sistem affiliate yang boleh dipercayai dan membayar komisen tepat pada masanya (on time).
  10. Tiada risiko kerana untuk daftar jomniaga dan promosi semua produk di dalamnya adalah percuma!

Cik tom rasa cukup sampai disini dulu penerangan cik tom mengenai program affiliate jomniaga. Kan banyak nanti overload information susah jugak. Cik tom dah tunjukkan satu jalan untuk anda menjana pendapatan sampingan tanpa modal dengan jomniaga. Sekarang cuma tinggal korang yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting bertindak!

Jika korang berminat untuk mulakan langkah pertama menjana pendapatan online tanpa modal boleh mendaftar di website jomniaga dengan klik >>Daftar Jomniaga Percuma<<

atau boleh juga klik banner dibawah;

Artikel lain berkaitan kerja sambilan dari rumah yang boleh dilakukan secara online;

ps: Ada mana-mana blogger dapat email invitation “VIP Affiliate Ticket to JomNiaga Summit 2013” pada 22 Jun 2013 tak??

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Peluang Kerja Sambilan Dengan Jomniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!