Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ciktom.com… Diharap kunjungan anda ke blog ini mendapat seribu manfaat dan apa yang dicari dapat diketemui. Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan? Kalau ada bakat, kenapa disia-siakan begitu saja? Kenapa tidak dikongsikan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca dengan menulis?

Pasti ada yang dah tak sabar-sabar nak tahu peluang kerja sambilan dengan menulis kan?? Cik tom pun tak sabar nak kongsikannya 🙂 Yelah dengan hanya bergantung pada gaji yang diperolehi tidak cukup untuk membuat persediaan hidup lebih selesa bagi keluarga tersayang. Jadi, semakin ramai yang mengambil inisiatif untuk buat kerja sambilan termasuk suri rumah sepenuh masa yang rajin ingin membantu suami tersayang.

Dulu selalu jugak cik tom dengar kerja sambilan dengan menulis atau menaip dapat bayaran lumayan. Tapi cik tom tak percaya sangat sebab tiada bukti depan mata masa tu. Bila dah alami sendiri dan dapat hasil bayaran dari menulis advertorial memang seronok tak terhingga! Untuk peluang kerja sambilan menulis advertorial insyaAllah nanti cik tom share dalam artikel akan datang ye. Sebabnya kali ini cik tom nak share peluang kerja dengan jadi penulis bebas di majalah-majalah.

Semalam cik tom berborak-borak dengan kawan sekerja, Hajar. Hajar lah yang bagitau dia selalu buat kerja sambilan dengan hanya menulis artikel dan hantar artikel tersebut ke majalah-majalah. Dia dah buat kerja ini semenjak dari belajar lagi sampai sekarang. Bayaran yang dia biasa dapat minimun RM200 untuk satu artikel! Pergghh lumayan tue kan?? Tue baru satu artikel. Kalau 5 artikel sebulan? Tak ke dah RM1000 hanya dengan menulis artikel dan hantar ke majalah.

Seronok cik tom borak-borak dengan Hajar korek rahsia cara nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan menulis. Alhamdulillah tuannya pulak tak lokek ilmu. Dia siap murah hati kongsikan dengan cik tom dan pembaca blog cik tom, 3 tempat utama rezeki dia hantar artikel iaitu Kosmik, Tunas Cipta dan juga Buku Prima;

  1. Kosmik- http://dwnkosmik.dbp.my/
  2. Tunas Cipta, Sastera Generasi Baharu- http://tcipta.dbp.my/
  3. Buku Prima-http://www.bukuprima.com.my/,  klik ke menu >> Kerjaya (http://www.bukuprima.com.my/kerjaya.asp)

Hajar bagitau banyak lagi majalah-majalah lain yang boleh hantar artikel. Contoh majalah-majalah under Karangkraf. Yang penting kita perlu pandai mencari peluang dengan menghantar draft artikel ke email mereka.

Pasti ada yang dah lemah semangat bila dengar bab bakat menulis ni kan?? Lepas itu terus lemah semangat bila rasa diri ini TAK BERBAKAT.

Tapi TUNGGUU…..

Sekiranya anda rasakan diri anda tiada bakat, jangan bimbang semua bakat itu dapat diasah dan digilap dari dalam diri anda semua. Jika sekiranya anda minat untuk mencuba dan berusaha ke arahnya. Based on experience, cik tom bukanlah seorang yang pandai dalam penulisan tapi cik tom berusaha untuk belajar. Jika cik tom mampu, pasti anda semua pun mampu!

Korang boleh cuba juga>>Buat duit dengan menulis<<. Asalnya tips ini ialah untuk idea penulisan blog. Tapi korang boleh gunakan teknik ini untuk buat dan hantar artikel ke majalah-majalah. Kerana point utama dalam penulisan ialah bagaimana untuk menjana idea yang bagus dalam penulisan. Dengan 37 teknik ini insyaAllah anda takkan kering idea untuk buat artikel. Kalau anda seorang blogger memang berbaloi belajar untuk jana idea update blog setiap hari.

Tapi kalau korang betul-betul serius nak buat duit dengan menulis jadi penulis bebas, boleh juga rujuk Rahsia Kerja Sambilan dengan menulis dari bro Shamsuriyadi. Beliau seorang penulis buku, blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. 🙂

 

Atau pada yang tambah ilmu macam mana cara nak menulis terbaik. Cik tom syorkan korang pergi baca tips dari saudara Aqif Azizan>> Rahsia Mudah dengan Menulis.

 

Semoga tahun 2013 menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih ceria buat kita semua dalam mencari rezeki sampingan yang Halal. InsyaAllah 🙂


 

UPDATE 2017

Pada yang banyak email cik tom bertanyakan mengenai 2 ebook menulis diatas, cik tom minta maaf kedua-dua link ebook telah dihentikan penjualan pada tahun 2016. Tapi jangan risau cik tom dah dapatkan source baru bagi korang yang berminat untuk belajar cara buat duit dengan menulis. Hasil nukilan dari saudara Shamsuriyadi seorang penulis buku yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis buku di pasaran.

Beliau seorang juga seorang blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. 🙂

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke website beliau>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis<<

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

53 thoughts on “Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!