Peluang Perniagaan dengan Cetak Baju T-shirt

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ciktom.com…… Sejak akhir-akhir ini blog ciktom lebih berkisar kepada perkongsian bagaimana untuk jana pendapatan sampingan di rumah. Ini semua atas permintaan pengunjung blog yang ingin cik tom berkongsi lebih banyak peluang perniagaan serta idea bisnes yang menarik dengan modal minimun tapi untung berlipat kali ganda. Mungkin ada idea bisnes yang menarik dan bersesuaian yang ingin anda cuba sendiri.

Agak berat jugak tanggungjawab ini. Tapi insyaAllah cik tom akan cuba untuk cari dan berkongsi maklumat sedaya mungkin untuk membantu setakat yang cik tom mampu. Kerana seperti yang sedia maklum cik tom bukanlah seorang fulltime blogger. Selebihnya?? Sudah tentu bergantung pada usaha dan inisiatif anda sendiri untuk berjaya.

Minggu lepas, cik tom ada pergi menunjukkan tahap kerajinan cik tom dengan tolong jiran cik tom yang nak kahwin. Biasalah mostly orang tua je yang rajin menolong kat sana. Anak dara? Tak taulah..haha… Cik tom seronok jugak borak2 dengan mak cik2 kat sana. Salah seorang mak cik ini bagitau anak lelaki dia yang kerja Juru x-ray di Kelantan ada buat bisnes cetak baju kat rumah.

Cik tom WOW rajinnya. Tak busy or ganggu kerja dia ke? Cik tom yang kerja lecturer ni pun kadang2 tak reti nak manage masa. huhu.. Mak cik tue duk cerita laa kan. Takdelah anak mak cik tue buat time malam atau hujung minggu je. Dia guna bilik stor je untuk bisnes cetak baju ni. Tak payah guna ruang besar pun. Modal dia masa tue pun tak sampai RM500.

Korang mesti tak percaya kan2?? Cik tom pun sebenarnya langsung tak percaya cakap mak cik ni. Well.. fikir logik biasalah emak2 ni mesti la bangga dengan anak sendiri kan. hee…. So, cik tom dengan tak puas hati pergi tanya incik google sehinggalah cik tom sendiri menyaksikan sebuah video yang dikongsikan di laman website jomcetakbaju. Sila lihat video teknik mudah mencetak baju hanya di rumah;

Rahsia bisnes cetak baju yang ramai tidak sedari termasuk cik tom sendiri…hehe ;D

  • sangat mudah
  • tidak memerlukan mesin pun! (selama ni selalu duk pkir mesin buat baju ni mesti besar & kena sewa kilang..jakunnya…haha…)
  • kos permulaan yang rendah (RM250)
  • untung yang berlipat kali ganda!

Yang paling best admin jomcetakbaju[dot]com ada menyediakan pakej panduan lengkap bagaimana untuk buat bisnes cetak baju dari A-Z. Bagus kan? Senang nak belajar apa pun hanya di hujung jari gitu. Tue pic bawah cik tom cilok dari tuan website. Maaf ye tak mintak izin. hiihii…

Apa yang menarik mengenai pakej lengkap panduan jomcetakbaju ini ialah;

  • Pendedahan cara-cara mencetak baju langkah demi langkah
  • Lengkap dengan imej dan video
  • Beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk mencetak baju seperti heat transfer
  • Mengandungi pakej ebook, sumber rujukan, pelbagai design t-shirt serta video tutorial.
  • Untuk lihat preview ebook jomcetakbaju boleh ke>>Jomcetakbaju.
  • Pelbagai BONUS yang menarik antaranya Akses penuh GraphicGeneratorPro (Graphic Editor Online) bernilai $97! Untuk lihat senarai penuh bonus boleh ke>>Jomcetakbaju.


Tapi memang menguntungkan bisnes cetak baju ni. Company sektor swasta & kerajaan, sekolah, ipta/ipts, seminar suka buat event dan memang satu kemestian mesti buat baju khas. Kalau time cam PRU13 lepas lagi hebat! Macam-macam barang bercetak dapat. huhu….

Banyak lagi sebenarnya tapi malas cik tom nak kempen lebih-lebih. Bukan nak masuk pilihanraya pun. Cik tom tunjuk peluang dan idea-idea bisnes yang menarik je. Kalau korang nak, pergi jenguk usaha sendiri, baca, cari maklumat ye. Boleh klik pada banner cun kat atas tue atau klik >> jomcetakbaju.

nota jari: kalau cik tom buat bisnes ni mesti lagi untung ek. Paw student2 wajib kena beli dan pakai t-shirt cik tom jual time masuk kelas cik tom. hahahaa….(^_*)

NOTIS PEMBERITAHUAN: Haaf maaf, jualan untuk ebook jomcetakbaju telah ditutup bermula 2014. Sekiranya anda berminat, boleh lihat bisnes berikut;

  1. Buat duit dengan bisnes printing
  2. Buat duit dengan bisnes banner
  3. Buat bisnes dengan baju kurung

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Peluang Perniagaan dengan Cetak Baju T-shirt

    • June 2, 2013 at 9:29 pm
      Permalink

      sekarang semua dah moden…lagi mudah versi video..tak perlu nak baca dan khatam buku tebal2…hee…

      Reply
    • August 31, 2013 at 2:01 am
      Permalink

      dulu mungkin tak ada rujukan sekarang sudah ada

      Reply
    • June 2, 2013 at 9:28 pm
      Permalink

      oh ramai jugak yang join..bagus2 ni antara orang yang bijak dan “tak malas” amik peluang yang ada…

      Reply
    • June 2, 2013 at 9:28 pm
      Permalink

      sama2 bro…bro dah banyak income bisnes homestay..tak yah pening2 bab duit..hehe… Terima kasih semoga anuar pun sama ya 🙂

      Reply
  • June 2, 2013 at 8:48 pm
    Permalink

    memang untung berlipat kali ganda, tapi mesin tu taklah murah sangat… dalam ratus2 jugak, tak termasuk set yang lengkap dan block lagi… tapi yang bestnya kita boleh letak mesin tu kat ceruk mana pun…

    Macam mana saya tau? Sebab saya juga adalah penjual kain dan menyediakan perkhidmatan mencetak baju 🙂
    Jom baca entri terkini Mama Murai …3 komen terbaik daripada Rock Star untuk bulan MeiMy Profile

    Reply
    • June 2, 2013 at 9:23 pm
      Permalink

      yup sis…sis pun sama tak baca habis je nampak gayenya cam titan ni..huk3
      maybe sebab panjang kot…terpaksa explain panjang baru jelas buat yang berminat nak tau info bisnes ni..
      memang buat bisnes baju cetak ni mostly kalau “modal besar” memang akan beli mesin cetak..
      TAPI tak semestinya buat bisnes cetak baju ni kena guna mesin cetak cam sis MM buat…
      masih terdapat banyak cara lain yang akan diajar oleh pihak admin jomcetakbaju. mereka ada inform modal hanya RM250 utk mulakan bisnes ni based on experience mereka. salah satunya teknik cetak tanpa modal besar ialah heat transfer..nak cerita lebih tekniknya of course la cik tom xtau kan..sebab ciktom dah mention awal2 dalam entri ni yg cik tom xpernah buat bisnes ni..ciktom hanya ceritakan peluang yang ada berdasarkan penceritaan dari mak cik jiran ciktom +pembacaan di laman goole+jomcetakbaju..harap dapat pencerahan dari semua ya..hoho 😉

      Reply
    • August 31, 2013 at 2:09 am
      Permalink

      kerja itu popular di pekan ipoh…ramai yang ambil sub kontrak dg gomen isyh,,mesti kaya ni eee
      Jom baca entri terkini suri …Wanita BidadariMy Profile

      Reply
    • June 3, 2013 at 3:08 pm
      Permalink

      apa-apa bisnes pun memang kena kreatif..kalau x kreatif susah nak bersaing dgn bisnes lain..peluang xselalu dtg tp berapa kerat je yg berani amik peluang..yg tau nye merungut je bl xckup duit…wallahualam..

      Reply
    • June 3, 2013 at 3:21 pm
      Permalink

      nak buat sendiri boleh je..tapi kena cari ilmu jugak skit2…kl main redah je buat rugi tue modal…tue bagusnya kalau kita ada panduan dan support team utk guide..

      Reply
    • June 4, 2013 at 1:03 am
      Permalink

      kalau berminat boleh tuntut ilmu dgn kwn buat bisnes ni..lg senang…hee

      Reply
      • August 31, 2013 at 2:20 am
        Permalink

        selalu kena cari kawan kaki minat berniaga insyallah kta akan mudahkan jalan utk cari wang lebih..
        Jom baca entri terkini suri …Wanita BidadariMy Profile

        Reply
    • June 4, 2013 at 12:58 am
      Permalink

      yup betul tue ustazah…kemahuan sekalikan dgn usaha…insyaAllah berhasil kejayaan..

      Reply
    • June 4, 2013 at 12:58 pm
      Permalink

      xpe mana2 jenis cara pun nak berniaga yang penting kita kena pandai amik peluang mana yang sesuai dgn minat dan kebolehan kita…

      Reply
  • June 17, 2013 at 1:12 pm
    Permalink

    Ia merupakan sejenis kertas khas yang mempunyai filem nipis berwarna putih dan dicetak terlebih dahulu di kertasnya lebihan yang tidak dihendaki perlu dipotong, seterusnya memgunakan TS Transfer Sheet atau Masking Tape untuk pemindahan image demikian ke baju, akhirnya menggunakan Heat Press 5 dalam 1 ni untuk selama 15 hingga 20 saat sahaja.

    Reply
  • June 19, 2013 at 10:36 am
    Permalink

    salammmm

    ciktom lama dah tak dengar khabar berita…huhu…entry ciktom kali ni ada kena mengena dgn aiii…heheh husband aii pun cetak baju jugak kerojenyeee…tu la sumber pendapatan dan rezeki…yang penting biznes ni kena rajin…takleh malas…kena pandai design…pastu kena ada side yg lain juga dlm bidang yg sama selain cetak saje…contoh…jahit,potong n mengdesign baju…baru la masyuk…juga mencetak barang lain akak gift beg n yg jugak seangkatan dgn nya…
    Jom baca entri terkini aeyla …Kerenah Tahun Baru…My Profile

    Reply
    • August 31, 2013 at 3:01 am
      Permalink

      syukur ada rezeki ada penyambunga bila bersara nanti
      Jom baca entri terkini suri …NegarakuMy Profile

      Reply
  • July 10, 2017 at 1:20 pm
    Permalink

    bisnes percetakan memang syok tapi susah nak handle.. huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE