Peluang Perniagaan Taufufah dan Air Soya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua…. Hari ini cik tom nak perkenalkan satu peluang perniagaan yang menggunakan modal rendah tapi keuntungan berlipat kali ganda. Bisnes tersebut ialah dengan meniaga taufufah dan air soya. Kedua-duanya pun memang antara favourite cik tom kalau pergi beli di pasar malam.

Taufufah dan air soya ialah minuman popular yang menyejukkan badan selain memberi sumber protein yang mengenyangkan. Pernah tak lagi korang cuba hidangan taufufah cendol, taufufah krim karamel, taufufah jagung koktel, taufufah kek karamel, taufufah jelly strawbery, taufufah air tebu dan banyak lagi?? Mesti rata-rata belum kan?? Hidangan pelbagai aneka taufufah ini memang sedap dan lazat.

Apa yang menarik, kos pembuatannya amatlah rendah. Dengan kos kacang soya sekilo RM3.00 boleh menghasilkan lebih kurang 10 liter air soya. Keuntungannya melebihi 30 kali ganda. Ini barulah dikatakan UNTUNG. Kalau nak makan sendiri pun boleh menikmatinya sepuas hati.

Kalau korang masih bekerja, perniagaan ini boleh dilakukan secara sampingan bagi menambah pendapatan sampingan. Yelah dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi sekarang. Ramai yang mencari peluang untuk jana pendapatan sampingan untuk kehidupan keluarga yang lebih selesa.

Kenapa korang perlu mencuba peluang perniagaan taufufah dan air soya?

  1. Permintaan tinggi tanpa mengira semua peringkat umur dan kaum (orang dewasa, kanak-kanak, warga tua, melayu, cina, india, dll)
  2. Pasaran yang meluas iaitu di pasaraya, kedai-kedai, pasar malam, pasar tani, pasar ramadhan, taman perumahan, dan banyak lagi.
  3. Modal rendah, untung tinggi iaitu modal buat taufufah dan air soya yang rendah tapi KEUNTUNGAN TINGGI !
  4. Cara teknik pembuatan taufufah dan air soya yang mudah & dijamin sedap untuk dipelajari.

Siapakah yang sepatutnya mencuba perniagaan menjual taufufah dan air soya?

  • Pengemar taufufah yang ingin menikmati taufufah sepuasnya dengan hasil tangan sendiri yang jauh lebih enak mengikut citarasa sendiri.
  • Surirumah yang ingin menambahkan lagi menu hidangan keluarga dengan kepelbagaian aneka taufufah.
  • Pekerja sektor awam/swasta yang ingin menjana pendapatan sampingan dan melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan.
  • Peniaga-peniaga yang ingin menambah lagi produk jualan dan menambah lagi ilmu bisnes makanan.
  • Pelajar, bekas pelajar dan penganggur yang ingin mendalami dan memulakan bisnes pasar malam yang menguntungkan.

Kini korang boleh menikmati taufufah dan air soya kegemaran pada bila-bila masa mengikut citarasa tersendiri. Korang boleh membuatnya sendiri dengan mudah melalui panduan video langkah demi langkah di ajar oleh saudara Hairul melalui >>Pakej Lengkap Rahsia Taufufah.

Apa kelebihan Pakej Lengkap Rahsia Taufufah?

Panduan Pakej Lengkap Rahsia Taufufah ini memang cik tom jamin LENGKAP kerana ia mengajar kita bermula dari A-Z. Korang akan diajar cara-cara bagaimana membuatnya sendiri melalui video yang jelas oleh saudara Hairul. Video ebook ini mengajar kita dari asas membasuh kacang soya sehinggalah menghasilkan pelbagai taufufah dari original sehingga special edition. Apa yang bagus video tersebut mengabungkan text, gambar dan video yang sangat jelas membantu membuat hidangan taufufah yang putih, licin dan enak dimakan.

Jangan tunggu lama-lama, jom pelajari membuat taufufah yang lembut, enak dan juga air soya yang sedap. Pakej ini turut mengajar anda ilmu-ilmu yang amat penting untuk anda survive dalam perniagaan air soya dan taufufah. Strategi-strategi bisnes air soya dan taufufah turut didedahkan. Bukan itu sahaja, saudara hairul turut mendedahkan mesin membuat taufufah, pengiraan kos, strategi pasar malam dan banyak lagi. Semuanya ditunjukkan dengan jelas dan lengkap di dalam Pakej Lengkap Rahsia Taufufah .

Kandungan Pakej Lengkap Rahsia Taufufah & Air Soya
Modul 1: Pelajari Buat Original Taufufah
Modul 2: Pelajari Buat Aneka Taufufah
Modul 3: Resepi Pembuatan Air Soya
Modul 4: Pendedahan Mesin Air Soya
Modul 5: Pengiraan Kos & Break Even Point (BEP)
Modul 6: Strategi Bisnes Pasar Malam
Dengan Starter Kit
BONUS!!!
1. Video Membuat Tauhu Lembut & Keras
2. Ebook Coconut Shake
3. Empat (4) Ebook Pencuci Mulut yang Lazat


Video Ebook Air Soya + Aneka Taufufah+ BONUS
Harga Pakej : RM60.00
(Harga Termasuk DVD + Starter Kit + Penghantaran)

Bagi yang berminat, klik banner diatas atau link berikut untuk maklumat lebih lanjut>> Pakej Rahsia Taufufah dan Air Soya.

Korang akan terima starter kit dan DVD yang mengandungi kesemua 6 modul dan bonus di dalam Pakej Lengkap Rahsia Taufufah dan Air Soya. Starter kit dan DVD akan diposkan terus ke pintu rumah korang. Mudahkan? Bertindaklah dari sekarang kerana ia penentu kejayaaan masa depan anda!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

47 thoughts on “Peluang Perniagaan Taufufah dan Air Soya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!