Cadangan Penambahbaikan Blog Ciktom[dot]com

Salam.. Terima kasih atas segala komen mengenai blog ciktom[dot]com bersempena Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes. Jangan bimbang cik tom terima segala komen dengan hati yang terbuka dan senang hati kerana segala komen ini bertujuan penambahbaikan blog menjelang tahun 2013.

Cik tom kumpulkan kesemua komen dari 24 peserta ke dalam entri ini;

1. Header yang kecil

Okay ini komen paling banyak yang cik tom terima mengenai header. Saiz header yang asal bagi theme twenty eleven ialah 1000×288 tapi cik tom dah ubah kepada saiz header yang lebih kecil yang sedia ada sekarang kerana fikir masa tue nak jimat bandwith blog. huhu.. Tapi sepanjang guna header tersebut memang banyak dapat komen mengenai saiz header yang terlalu kecil.

Cik tom mula2 plan nak buat contest reka header dan tagline baru blog ini tapi bila fikir2 makan masa nak buat. Nak buat sendiri takde masa pulak. Header lama pun cik tom main hentam je buat. hehe.. So, cik tom amik inisiatif pergi upah servis buat header baru. Korang tunggu jelah rupa baru header yang cik tom tempah tue ye.

2. Tab menu tidak tersusun

Tak perasan pulak bab tab menu yang tak tersusun kat blog ini. Rupa-rupanya dah masuk 2 baris untuk tab menu. Memang tak berapa kemas nampaknya. Cik tom dah baiki menu jadi sebaris atas rekemen dari korang semua.Β Thanks sangat2 pada yang tegur.Β 

3. Iklan yang banyak

Ini pun ramai yang tegur. hehe.. Diakui blog cik tom memang banyak iklan tapi kalau korang nak minta cik tom buang memang tak dapatlah sebab semua iklan tue ialah berbayar termasuk iklan affiliate. Iklan banner affiliate yang korang nampak tue ialah kepunyaan orang lain bukan cik tom punya tau. Mostly dah bayar untuk tempoh 3-6 bulan. Malah ada yang dah bayar untuk tempoh setahun. Lagipun korang cakap load blog cik tom still LAJU kan walaupun BANYAK IKLAN. hee.. Tapi cik tom akan cuba limitkan sewa ruang iklan untuk masa akan datang ye.

4. Sidebar tidak tersusun

Ok cik tom dah baiki sidebar cik tom tapi tetap rasa agak serabut jugak. Entah dah nak baiki camane. Maybe sebab banyak iklan kot. huhu.. Entri terkini cik tom dah letak kat tengah2 seperti yang Hafizul rekemenkan.

5. Footer reciprocal link tidak kemas

Okay cik tom pun tak alert selama ini pasal reciprocal link kat footer luar dari theme. Cik tom main letak je asal namanya kat footer. Cik tom pun dah baiki letak dalam theme dengan bantuan Amirez. Thanks ye.

6. Post tips, tutorial dan resepi untuk tarik pembaca wanita

Isk..isk… Ini komen yang paling buat cik tom termenung seketika membacanya. Sedih pun ada. Bukan sedih sebab marah pada komen tersebut. Tapi sedih mengenangkan yang memang benar apa yang dikatakan sekarang blog cik tom dah makin kurang dapat komen dari blogger wanita. Ini semuanya sebab bila diorang masuk blog tak tau nak komen apa bila entry cik tom asyik duk cerita pasal sideincome je. Bila cik tom cerita bab resepi dan tips baru diorang komen. Nampaknya untuk tahun 2013, cik tom kena alert dan seimbangkan jenis artikel dalam blog.

7. Post personal mengenai kerja dan review makanan di restoran pilihan

Okay bro ladfeamir bagitahu yang blog cik tom ialah personal tapi takde ceritakan entry kerja, anak murid dan review makanan di restoran pilihan. Ada je cik tom ceritakan tapi jarang kot. InsyaAllah cik tom akan cuba tambah untuk entry personal. Tapi bab review makanan kat restoran tue cik tom memang tak dapatlah kot sebab cik tom kerja di Kuala Pilah. Tempat makanan limited, jadi cik tom prefer masak sendiri so tue yang banyak entry resepi kat blog skang. πŸ™‚

8. CommentLuv

Dulu blog cik tom pernah guna plugin CommentLuv tahun 2011 tapi oleh sebab masa tue blog ada masalah cik tom buang plugin tue sampai sekarang. Cik tom amik keputusan masukkan balik plugin commentluv. Commentluv tue ciktom dah setting untuk dofollow ye. So, boleh la korang komen banyak2 untuk dapat backlink. Tapi jangan spam sudahlah ye.

9. Komen pada artikel lama telah ditutup

Memang dah lama cik tom tutup ruang komen untuk artikel lebih dari 3 bulan. Bukan saja2 cik tom tutup tau. Cik tom terpaksa tutup sebab tak sempat nak manage segala komen berunsur pertanyaan di artikel lama. InsyaAllah cik tom akan cuba buka semula komen untuk semua artikel bagi 2013.

10. Tukar font entri

Cadangannya ialah tukar font entri untuk kelainan. Ok jugak cadangan tue cuma cik tom kena cari jenis font yang bersesuaian. Kalau pelik-pelik nanti susah pula pembaca nak bacanya.

11. Masukkan gambar cik tom

Erk.. yang ini agak payah pula. Dulu masa awal berblog cik tom ada je masukkan gambar. Tapi pastu cik tom dah buang semuanya. Sebab cik tom rasa tak best nak tunjuk gambar. Takut nanti ramai kenal. hehe.. Lagipun cik tom ni biasa je orangnya tak cun pun macm blogger lain yang cantik menawan tue. Cukuplah dengan gambar pada profile google plus cik tom je ye.

12. Tukar warna yang terang untuk link.

Yang ini pun cik tom dah adjust. Tapi rasa warnanya terang sangat pula sampai berpinar mata. Rasa cam nak ubah warna lain pulak. Yang gelap sikit. Ke korang rasa macam mana??

Blog cik tom sekarang dalam proses penambahbaikan. Bagi warna baru sikit dan make up sana sini. Tukar theme lain? Tak kot buat masa sekarang sebab tak jumpa theme yang berkenan di hati. Nak dapatkan servis theme berbayar tapi entah cik tom tengok ada beberapa blog yang dapatkan servis theme tue cam ada problem je. Ada yang tak compatible dan kemas pada pandangan cik tom. Jadi takpelah cik tom hold dulu niat untuk theme berbayar.

ps: ada cadangan atau komen lain mengenai blog ini dipersilakan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “Cadangan Penambahbaikan Blog Ciktom[dot]com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE