Post navigation

Pengalaman Bercuti di Pulau Redang

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Cik tom nak share cerita pengalaman cik tom pergi bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia pada bulan lepas. Masa cik tom pergi bercuti di pulau redang pada 13/3/2011 juga bersamaan dengan tarikh berlakunya tsunami di Jepun. Memang berdebar jugaklah sebab pada malam kejadian kitaorang diingatkan berjaga-jaga sehingga pukul 4 pagi oleh polis marin pulau redang. Malaysia dikhuatiri turut terkena tempias Tsunami Jepun terutamanya kawasan persisiran pantai. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Cik tom sangat kagum dengan keindahan pulau redang, pasir pantainya halus memutih dan air laut yang berwarna biru lembut sangat jernih sehinggakan nampak batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan juga terumbu karang. Betapa besarnya kehebatan Allah.

pemandangan pulau redang

Hari pertama cik tom dan kawan-kawan sampai ke pulau redang, aktiviti snorkelling petang tu tergendala oleh sebab ombak laut yang bergelora. Jadi kitaorang tukar kepada aktiviti jungle trekking. Sepanjang perjalanan jungle trekking takde apa yang best pun sebab mendaki bukit biasa je. Tapi… SubhanaAllah bila kitaorang sampai ke puncaknya, pemandangan pulau redang dari atas bukit memang tersangat indah. Rasa berbaloi hampir sejam lebih mendaki.

pemandangan pulau redang 2

Pada keesokkan harinya, air laut sudah sedikit tenang dan kitaorang ambil keputusan untuk meneruskan perancangan snorkelling di Pusat Taman Laut, Pulau Redang. Memang seronok snorkelling di taman laut sebab kita boleh bagi ikan tu makan roti. Kalau datang ke sini jangan lupa bawa roti sekali ye. Terdapat pelbagai jenis warna ikan yang berwarna-warni dan cantik yang berebut-rebut nak makan roti kat tangan. Tapi sayang cik tom takde ambil gambar bagi makan ikan. Untuk gambar bagi ikan makan, cik tom pinjam gambar dari blog alami terengganu.

bergambar sebelum pergi snorkelling

gambar bagi ikan makan di pulau redang

Pada sebelah petang pulak, sepatutnya kitaorang pergi snorkelling lagi di Pulau Kerengga tapi terpaksa dibatalkan disebabkan air laut kembali bergelora. So, kitaorang teruskan dengan plan B iaitu bermain bola tampar pantai, bina istana pasir dan bola bayang (ada yang panggil bola tengah dan ada juga bola beracun). Bagi bina istana pasir, kitaorang buat pertandingan kumpulan mana yang paling cantik istana pasir dan 5 bungkusan hamper hadiah disediakan bagi pemenang.

aktiviti main pasir pantai

main bola tampar pantai di pulau redang

Waktu malam paling best dan happening untuk aktiviti barbeque dan majlis pengumuman pemenang dan seterusnya bagi hadiah. Lepas tue, plan untuk sesi berkaraoke tapi rupanya alat karaoke rosak. Banyak jugaklah kekurangan kat tempat ni sebab resort bajet murah. Perkara yang dijanjikan pun tak berapa nak sama dengan quatation. Pastu banyak pulak pusing fakta kepada auta. Huk3…

gambar aktiviti barbecue di pulau redang

Esokknya kitaorang pun balik tapi banyak juga masalahnya dengan bot rosaklah. Dijanjikan balik pukul 10 pagi. Alih-alih bot rosak pulak. Dekat pukul 1 tengahari baru naik bot nak ke Jeti Pulau Redang di Merang, Setiu. Cik tom cadangkan korang pergilah bercuti ke Pulau Redang. Tempatnya memang best dan pantai pun cantik. Cuma cik tom serik je pergi dengan resort bajet murah ni sebab banyak masalah. Kalau nak pergi cubalah cari resort yang ternama dan berpatutan dengan pakej disediakan ye. Asalkan puas hati dan nyawa pun lebih terjamin. Huhu..

persisiran pantai pulau redang

Kawan blogger cik tom, cik zara yang pergi sekali bercuti di pulau redang ada buat entry jugak pengalaman kitaorang bercuti di pulau redang; Pulau Redang Dan Tsunami Di Jepun (Bila Holiday Agak Tak Kena Masa).

********************************************************
klik sini


58 thoughts on “Pengalaman Bercuti di Pulau Redang

  1. Subhanallah canteknya..berapa kali gak sblom ni plan nk g pulau redang, tp xjadi2..huuu..tgk gmbar kt blog ciktom pun jadi lah
    ha.s recently posted..HotMy Profile

    • memang cantik..ni cik tom letak gambar kecil je dan xberapa jelas..kalau gambar guna dslr lagik cun…hehe….cik tom rekemen has pi bercuti ke pulau redang..memang berbaloi..

  2. mc, best je..sy org terengganu sendiri’p belom pernah sampai ke pulau redang tu..hehe

    • boleh nanti pertengahan tahun pergi bercuti kat pulau redang..memang best…bawak mrs dan belalang junior ye..hee

    • wsslm adam..memang syok mandi kat pulau…lain perasaannya..hehe…tue la alhamdulillah semuanya selamat..hee

  3. ciktom!!! jom pergi perhentian pulak. tapi kali nih takpe lah kalo mahal sikit. serik dah kalau resort gini. tapi awesome jugak. pengalaman lain dari lain. ye lah. siap ada jaga2 suma. fuh. tp takot gak.

    best best! best sebab pegi ngan korang-korang je aa. hehehhe
    zaradgreat recently posted..kuala terengganu- remis ke remih tak tahu eja macam manaMy Profile

    • setuju2..jom pakat gi geng kita 4 orang nak?cik sue, mek, zara n ciktom..best jugak tue..nanti kita plan terbaik punye..hehee

  4. ramainye yg pegi..bestnye tgk cik tom ngan kwn2..dh lama teringin nk pegi pulau redang tp salu x jd..huhu

    • satu kelas…cik to cadangkan dyla pergi..memang best..tapi kalau boleh pergi dengan pakej yang puas hati…macam pakej cik tom pergi ni kurang sikit…hehe

    • nanti time cuti sem trylah pergi bercuti pulau redang..kalau xtidur pun pergi pagi dan balik petang..just pergi snorkelling kat taman laut pulau redang…

  5. wahhh.. bestnye cik tom bercuti.. alhamdulillah, takde apa2 yg tak diingini berlaku.. teringinnye nak ke Pulau Redang… nak plan la suatu harii nnt akan sampai juga ke sana… hhhehe… =)

  6. Salam ciktom. Sihat ker? Akak tak penah pegi Pulau Redang lagi. Suami susah nak turun belah pantai timur. Lagipun kami duk berulang ke Langkawi saban minggu. Itu yg tak de rasa nak pegi pulau2 lain.
    Masa kejadian tsunami baru2 ni pun kami seronok naik bot. masa tu tak tau apa2. Bila naik darat baru kecoh2 berita tsunami melanda Jepun. Alhamdulilah tiada kejadian buruk berlaku di langkawi masa itu
    mekar recently posted..“Kelemahan” Roti Putih pada KesihatanMy Profile

    • salam akak…ciktom xsihat mana..skang demam..huk3..
      owh akak pun tak tahu time tsunami tue ek..
      alhamdulillah la kita semua selamat..

  7. Pingback: Hampir Lemas Di Pusat Taman Laut, Pulau Redang - Ciktom

  8. resort pe ek cik tom nginap spnjg kt pulau redang…dn cntik x resort tu?

    • yup betul tue..kalau buat haji lagi bagus tapi belum berkemampuan ke arah tue..tapi still cik tom menyimpan duit utk pergi haji ke mekah sikit demi sikit dalam tabung haji..ni hanya sampingan dan aktiviti masa cik tom study..xkan xnak attend kan sbb fakulti dah bagi budget percuma pergi pulau redang.. :)

  9. wah…berapa budget nak bercuti kat sana cik tom??mmg teringin nk pg sana..tp fulus je lah masalahnya…pg sorang2 tak best…konvoi ramai2 baru terasa..heheh

    • salam smz..em xboleh bagitau kan xpasal2 kena saman..hehee…tapi better jauhkan tempat yang dalam pakej Rm400 ke bawah…sbb pakej yg ciktom dapat tue rm350..

  10. Salam cik tom,saya nk tau jugak la nama resort yg cik tom duduk tu.. sbb saya nati nk gi hanimun kat sana ,takut tkene resort cik tom je.. bole emel kat saya?
    Azuan6670@gmail.com
    Terima kasih