Pengalaman Booking Hotel Jimat Berganda di Traveloka

Assalamualaikum dan salam ceria.. Cik tom nak kongsikan satu pengalaman cik tom booking hotel jimat berganda di Traveloka. Kalau nak diikutkan semenjak cik tom mengenali searching site untuk hotel and flight di Traveloka, sudah dua kali cik tom booking hotel di Traveloka. Kali pertama hotel ketika honeymoon di Kota Kinabalu dan keduanya ketika kursus di Cyberjaya.

Cik tom jatuh hati dengan Traveloka kerana website yang mudah untuk diakses, cara booking yang mudah tanpa kredit kad, boleh buat pembayaran secara online banking maybank2u dan paling awesome ialah coupon untuk jimat berganda.

Cik tom nak kongsikan pengalaman cik tom booking hotel dengan Traveloka. Tapi gambar langkah di bawah ni cik tom guna screenshot terkini sebab terdelete gambar yang lama. Gambar dua terakhir tu barulah screenshot cik tom sebenar untuk tempahan pada 29 September 2016.

Langkah Pertama

Buka website Traveloka dan search nama hotel atau lokasi hotel yang ingin ditempah. Cik tom memang dah target nak book Celyn City Hotel. So, terus cik tom;

  1. Search hotel yang cik tom nak booking
  2. Pilih tarikh nak check in dan berapa malam nak stay kat hotel
  3. Pilih bilangan guest dan jumlah bilik.

Pengalaman Booking Hotel Jimat Berganda di Traveloka

Dah siap klik button “Search Hotels”.

Langkah Kedua

Next, akan keluar hotel pilihan korang dan segala details mengenai hotel tersebut seperti gambar-gambar hotel, rate hotel, apa kelebihan hotel tersebut (lokasi menarik berdekatan dan fasiliti hotel), jenis dan harga bilik.

interface website Traveloka

Oh ya, lupa terdapat juga review dari previous users Traveloka dan TripAdvisor. So, kita boleh la buat pertimbangan nak pilih hotel tu based on review diorang. Review diorang ni lebih telus dan menyakinkan untuk korang buat pilihan nak stay kat mana. Ini memang salah satu kriteria cik tom prefer bila nak pilih hotel. huhu..

Dah tetap pilihan nak book bilik mana berdasarkan keselesaan dan juga budget, klik button “Book Now!”.

Langkah Ketiga

Sila isi segala detail yang dikehendaki dan kalau ada special request (optional) boleh isikan pada ruangan. Macam cik tom pilih tue ada pilihan katil double atau katil twin, so ciktom letak pada special request untuk katil double.

cara booking hotel di Traveloka

Pastikan segala details betul pada “Booking Details” dan “Information Details”. Klik button “Continue to Review”.

Akan keluar pop out tanya betul tak segala details yang diberikan. Kalau ye klik je “Yes, My Contact is Correct”, then klik button ” Continue to Payment”.

Langkah Keempat

Akan keluar details booking. Sila pilih cara pembayaran yang korang prefer. Cik tom prefer Maybank2u dan tick pada gambar payment pilihan masing2.

cara isi kupon promosi di Traveloka

Kalau ada kupon boleh tick ON pada “Have Traveloka Coupon?” dan masukkan kod kupon korang ye.

Mana nak cari coupon Traveloka?? Korang boleh check latest promotion dengan klik >>Coupon Promotion.

Next, keluar details bayaran selepas diskaun menggunakan coupon. Contoh dalam gambar dibawah cik tom guna kupon “Long Weekends Hotel Promo” dapat less 40% sebanyak RM48.65. Memang berbaloi dan jimat berganda!

jimat berganda dengan traveloka

Then, klik button “PAY”.

Langkah Kelima

Korang akan redirect ke website online banking pilihan. Sila login dan bayar mengikut arahan.

Payment korang akan diproses dan tunggu resit serta voucher yang akan dihantar dalam bentuk file PDF ke email yang didaftarkan.

resit booking hotel di Traveloka

Print voucher dan serahkan pada receptionist pada tarikh korang check-in.

DONE!! Mudah je kan?? Yang cik tom suka sebab Traveloka ni selalu ada promosi yang jimat. Dua2 kali cik tom book hotel di Traveloka gunakan coupon. Memang survey harga lagi murah compare website yang lain.

Untuk dapatkan promosi bagi jimat berganda, rajinkan diri check segala promosi terkini di Traveloka. Untuk pergi travel tak perlu banyak duit tapi yang penting perancangan yang teliti dan bijak supaya travel lebih berbaloi serta indah.

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Pengalaman Booking Hotel Jimat Berganda di Traveloka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE