Pengalaman Budak Nakal di Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Rindu… Cik tom nak cerita pengalaman budak nakal di sekolah confirm ramai yang cakap cik tom ini termasuk kategori budak nakal kat sekolah. Tambahan pulak dari kisah Pengalaman Kena Denda di Sekolah dan Imbas Kembali: Pengalaman Kena Denda di Sekolah RendahTapi percayalah cik tom memang kategori budak baik dan tak menonjol pun dalam kelas. Cuma kadang-kadang tue datang juga perangai nakal nak bergurau senda dengan kawan-kawan. hehe..

Masa kecil cik tom kategori budak perempuan yang agak lasak. Takdenya nak main masak-masak. Biasa main bola, pergi masuk baruh, belukar dan macam lagi. Lintah, pacat, cacing, katak semua spesis tue cik tom tak geli. Cuma satu je cik tom geli ulat bulu!! Ada pengalaman yang menyebabkan cik tom geli ulat bulu tapi nanti lain kali kalau kesempatan cik tom cerita entry akan datang.

Masa sekolah dulu ada sorang kawan cik tom suka bawa mainan lipan yang jenis lembik macam gambar kat bawah. Cik tom dengan dia suka ambil lipan mainan pastu pergi pulas-pulas lipan tue sampai jadi bergulung. Lepas dah bergulung lipan tue, kitaorang pun pergi lempar dekat kawan2 yang tengah syok2 berbual. Bergerak-gerak la lipan tue macam hidup sebab dah bergulung kitaorang pulas sebelum ini kan. Semua menjerit-jerit terkejut. Tengok semua dah menjerit kitaorang gelak je. Ish..ish tak sepatutnya buat macam itu kat kawan sendiri. Ramai juga jadi mangsa kenakalan cik tom dan kawan masa sekolah tue.

Sumber: sini

Kawan-kawan siap marah lagi kat cik tom dan cakap buatlah sesuka hati mainkan orang lain. Nanti satu hari cik tom sendiri akan terkena dengan lipan betul baru tahu langit itu tinggi ke rendah. Masin betul mulut kawan cik tom sebab tak sampai seminggu dia cakap tue memang betul cik tom terkena pengalaman yang tak dapat dilupakan di sekolah.

Masa tue cik tom baru lepas sarapan pagi kat dewan makan sekolah. Cik tom pun pergi ke sink nak cuci tangan. Tengah cuci tangan tue rasa ada benda bergerak dan merayap dalam tudung kat bahu cik tom. Ishhh apa ke benda ni ek? Cepat-cepat cik tom basuh tangan dan on the spot juga selak tudung kat bahu tue. MasyaAllah lipan sebesar jari cik tom merayap kat bahu. Terkejut dengan drastiknya terus je cik tom tepis dengan tangan. Pastu sekuat hati pijak lipan tue sampai mati.
Lipan BetulKesian sampai mati lipan tue cik tom pijak dengan kasut. Semua kawan yang tahu bukannya rasa kesian malahan cakap padan muka kat cik tom. Itulah suka sangat mainkan orang lain dengan lipan mainan. Kan dah terkena sendiri baru tahu macam mana rasanya. huhu.. So, sebagai pengajaran janganlah mainkan orang lain sesuka hati ye.

Bila ingat balik zaman sekolah dulu rindu sangat. Bila imbas kembali masa sekolah memang banyak juga pengalaman cik tom dengan haiwan berbisa sebab belakang asrama tue hutan. Masa sekolah menengah cik tom pernah ada pengalaman bunuh kala jengking, kena sengat tebuan tanah, kerja cabut2 pacat dari kaki budak perempuan masa perkhemahan, bab tangkap apa2 jenis haiwan kecil especially lipas dah pro kot sebab yang lain geli. hehe… Pengalaman itu semua memang tak ternilai harganya dan takkan dapat dibeli dengan wang ringgit. Peace ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

52 thoughts on “Pengalaman Budak Nakal di Sekolah

  • January 27, 2012 at 1:30 am
    Permalink

    Baguslah tidak geli dengan mahkluk merayap. Kalau dapat anak-anak saya melompat-lompat menjerit mereka.

    Cicak bunyi pun sudah bulatkan biji mata. 🙂

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:04 am
      Permalink

      dari kecil lagi memang tak geli maybe sebab dah terbiasa main lasak..
      tp mmg budak skang penakut pun..
      tgk kambing pn takut..huhu

      Reply
  • January 27, 2012 at 2:00 am
    Permalink

    nasib baik lipan belum sempat gigit ciktom,,,,huhuhu..pengalaman masa memang indah dan sukar dilupakan,,,

    Reply
    • January 28, 2012 at 9:58 pm
      Permalink

      aah alhamdulillah lipan tu xgigit ciktom..maybe dia usik2 je kot..huhu

      Reply
  • January 27, 2012 at 4:42 am
    Permalink

    wohohoho..cik tom mmg ganas

    Reply
    • January 28, 2012 at 9:37 pm
      Permalink

      erk ganas??terpaksa ganas kalau tak ciktom pulak yang kena gigit dengan lipan..huhuu

      Reply
  • January 27, 2012 at 5:40 am
    Permalink

    Org yang sememangnya istimewa pasti mempunyai garis masa dan pengalaman yang berbeza daripada orang kebiasaan. Kerana itu, mereka akan sentiasa lain dari org lain 🙂

    Reply
    • January 28, 2012 at 7:40 pm
      Permalink

      siapa yang istimewa??heee….rasa pengalaman lain dari yang lain sebab orang tue pelik..huhu

      Reply
  • January 27, 2012 at 5:56 am
    Permalink

    ha ha..nakal ni..meh cikgu rotan

    Reply
    • January 28, 2012 at 7:37 pm
      Permalink

      xmoooo…larik cepat2 sblm cikgu rotan..hik3 ;p

      Reply
  • January 27, 2012 at 8:56 am
    Permalink

    Lipan kat tudung?? Uishhh…seb bek cik tom tak melatah ehhh…bahaya betul tuu…

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:57 pm
      Permalink

      tue la..alhamdulillah tak melatah..terus je tepis pastu pijak..hihihi

      Reply
  • January 27, 2012 at 10:29 am
    Permalink

    Nakal sikit2 masa sekolah takper he3…ular getah pun saya selalu lempat kat murid2 perempuan.

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:53 pm
      Permalink

      xpe kan nakal sikit..ala gurau je ngan kawan rapat..hee…ular getah xpernah guna pulak..

      Reply
  • January 27, 2012 at 10:51 am
    Permalink

    weh..mmg ganas amat cik tom ni dulu. ^__^
    saya ganas sikit2..stkt main lawan spider tu ada la.

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:52 pm
      Permalink

      ganas ke ni??gurau2 je..hehe
      wow main lawan spider…xpernah plk ciktom main camtu..

      Reply
  • January 27, 2012 at 11:07 am
    Permalink

    cik tom!!! lama tak dengar cerita.ingatkan dah tak aktif kat blog sebab kita ada letak link blog cik tom kat sidebar tu, tengok punye tekngok, dah lama tak update…tiba2 hr ni tergerak nak tengok blog cik tom.kenapa eh jadi mcm tu..hurmm…

    anyway…lps bca entry ni, kamu mmg sgt nakal :p. kan dah kna on the spot.hehe

    Reply
    • January 28, 2012 at 9:52 pm
      Permalink

      salam fiz..maybe sebab ciktom bertukar hosting bulan 4 tahun lepas…kalau nak letak lagi blog ciktom..remove url lama dan masukkan balik url blog baru..insyaAllah ok…

      nakal sikit2 je..pengalaman lalu mendewasakan cik tom..skang dah xnakal..hehe

      Reply
  • January 27, 2012 at 11:36 am
    Permalink

    lady suka main masak2.. xnakal.. jenis lembik :P.. hikhikhik..

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:21 pm
      Permalink

      every body different n special in her own way kan dear 😉

      Reply
    • January 28, 2012 at 5:21 pm
      Permalink

      kalau xberani nanti kena gigit pulak ngan lipan tue…huhu

      Reply
  • January 27, 2012 at 1:01 pm
    Permalink

    mak aihhhh gelinyee nengok itu lipan eyyyyy..
    btw, nuru pon penah kena denda kt skula ahahhaha

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:41 pm
      Permalink

      nuru kena denda apa sekolah dulu??mesti nakal ek kena denda..heee

      Reply
  • January 27, 2012 at 1:54 pm
    Permalink

    nakal gak yerk. tapi ok lagi nakal gitukan.. jangan yang pedajalkan orang sampai teruk orang tu dikejekannyer…

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:20 pm
      Permalink

      erk cik tom xdelah pedajalkan kawan2..just gurau2 je…

      Reply
  • January 27, 2012 at 3:16 pm
    Permalink

    Nakal yek ciktom dulu2

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:10 pm
      Permalink

      biasalah masa tue tak matang lagi akak..huhu

      Reply
  • January 27, 2012 at 4:38 pm
    Permalink

    kite geli dengan lipan..banyak2 binatang..kalau boleh taknak la jumpa dengan lipan ni..eeei..hehe

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:08 pm
      Permalink

      geli tengok kaki lipan tue banyak ke??heeee

      Reply
  • January 27, 2012 at 8:26 pm
    Permalink

    ooo kaki sakat ye cik tom ni ye…
    hihihi
    hahaha kan dah kene.kikiki..tapi takut tuh memang auto kut muncul berani nak selamatkan diri.sampai lunyai lipan tuh ek?hahahah

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:01 pm
      Permalink

      masa sekolah je suka usik..skang budak baik..hehee
      aah automatik jadi berani je..memang lunyai la lipan tue..dah xde rupa lipan..hehe

      Reply
      • January 29, 2012 at 9:17 pm
        Permalink

        ye ke baik..macam kuat sakat lagi je ni..hihihi
        hahaha,mesti lipan tuh mnyesal kan kaco cik tom

        Reply
        • February 19, 2012 at 8:28 am
          Permalink

          hehehe..dah mati pun..xsempat nyesal kot….huhu

  • January 28, 2012 at 10:31 am
    Permalink

    biasalah zaman sekolah…nakal nakal budak sekolah…tapi seram gak lipan dah naik ke bahu,mana datang lipan tu.ada lipan terbang ke? misteri ni….hehe

    Reply
    • January 28, 2012 at 4:39 pm
      Permalink

      entah la datang mana lipan tue.. takkan kawan ciktom nak aniaya guna lipan betul pulak..heeee
      tapi memang sekolah cik tom ni banyak haiwan berbisa…

      Reply
  • January 28, 2012 at 11:36 am
    Permalink

    Macam tak percaya je Cik Tom nakal masa zaman sekolah.. 😀

    Reply
    • January 28, 2012 at 4:37 pm
      Permalink

      hehe…kan dah cakap cik tom tak nakal kak nur..cuma suka usik2 kawan-kawan je..tue pun kadang-kadang..bukan selalu..hee

      Reply
  • January 28, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    hahaha… tapi, kalo dah suka ngusik orang camtu, bila dah kena kat kita balik, memang xde orang nak kesiankan dah… haha…

    Reply
    • January 28, 2012 at 9:36 pm
      Permalink

      haa tue la..padan muka..sebab tue xde yang kesian..hehee

      Reply
  • January 28, 2012 at 8:21 pm
    Permalink

    amboi. nakal kan main..

    Reply
    • January 29, 2012 at 4:28 am
      Permalink

      mana ada nakal..budak baik je..hehehee

      Reply
  • January 29, 2012 at 12:10 am
    Permalink

    Cik Tom,saya nak tau jugak dari mana Cik Tom dapat nama Cik Tom…hehehe…

    Reply
    • February 19, 2012 at 11:10 am
      Permalink

      nama cik tom dari nama blog “Tomato gurl’s life” sebab cik tom suka makan ulam buah tomato..pastu cik tom guna nickname “tomato” dan last “cik tom”..heeee

      Reply
  • January 29, 2012 at 1:19 pm
    Permalink

    cik tom ok tak ni,walaupun bnda tu dah lama.sy risau tau..hahaa

    #lain kali jangan suka kenakan kawan,cik tom jom outing nak?heheee

    Reply
  • January 30, 2012 at 4:52 pm
    Permalink

    hamboi cik tom…nakal juga tu..tp budak2 nakal camni, biasa geng ngn laki…betul tak?hehe

    bab lipan tu, laju jer cik tom bertindak…kalau tak..adui…

    Reply
    • February 19, 2012 at 10:28 pm
      Permalink

      hehee…masa kecil geng ngan laki..tapi besar dah kureng..heheee
      biasalah tindakan drastik..he

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE