Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong

Assalamualaikum dan salam sayang.. tadi blogwalking terbaca entri di blog anuar kisah; Emas Jatuh Paras Paling Rendah Sepanjang 5 Tahun. Cik tom jadi teringat yang cik tom pernah join satu lelongan emas dianjurkan oleh Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Felda (KPF). Cik tom lalui proses membida dan alhamdulillah menang dalam bidaan emas lelong. Jadi cik tom nak share serba ringkas pengalaman cik tom beli emas lelong pada 4 Jun 2015.

pelangi waktu senja
Kredit: Langitsunyi

Ini pengalaman pertama cik tom ikut serta membida emas lelong. Kebiasaan KPF akan buat majlis lelong emas dalam dua kali setahun. Emas dilelong bila mana tuan punya barang kemas tue tak datang menuntut dan tak lakukan sebarang pembayaran kadar simpanan emas selama setahun.

Proses pertama diorang akan letak notis untuk maklumkan hari dan waktu lelongan emas. Pastikan korang datang betul pada tarikh dan waktunya. Kemudian pada tarikh lelongan pekerja Ar-Rahnu KPF ni akan pamerkan emas yang dilelong berserta butiran mengenai emas tu seperti jenis, berat dan mutu emas.

Jadi korang survey la mana yang berkenan dan mengikut bajet yang korang ada untuk membida.

borang bidaan emas lelong KPF
borang bidaan emas lelong KPF

Kalau ada yang dah berkenan, boleh beli borang bidaan berharga RM3 untuk setiap satu bidaan. Kalau nak bida lebih dari satu kena beli borang berlainan. RM3 ini takkan dikembalikan kalau korang tak berjaya pun dalam bidaan sebab ia dikira untuk bayaran proses. Harga ini sebelum dilaksanakan GST sebab masa cik tom bida ni mula2 staff KPF nak caj sekali GST tapi last2 tak jadi. Alhamdulillah. hehe…

Cik tom bida 2 bentuk cincin emas belah rotan mutu 916 yang beratnya 2.07g. Ringan je sebab nak bida yang lain tak mampu dengan bajet. Rata-rata yang lain semua bernilai 1K keatas sebab diorang lelong barang kemas ni dalam satu surat pajak gadai. Contoh satu surat pajak tue ada 10 barang kemas jadi semua 10 barang kemas tu akan di lelong dalam satu bidaan. Kena ada banyak duit nak beli la jawabnya. Majoriti yang beli emas lelong ni pun tauke emas.

Harga yang ditetapkan untuk bidaan 1 gram ialah RM121. Jadi emas cik tom nak bida ini nilai permulaan ialah RM121 X 2.07g = RM250. Jadi cik tom pun bida la up RM5 jadi RM255.

Kelebihan beli emas lelong ni ialah harga yang ditawarkan RM121 ni memang murah dari harga emas semasa RM140-RM150. Selain itu, takde dikenakan kos upah untuk setiap barang kemas. Keadaan emas pun masih elok. Tapi ada juga emas lelong ni yang patah dan bengkok. Pandai2 la pilih ye.

Cik tom main bida ikut logik je sebab tak sempat nak google apa2 info teknik nak membida emas. Kira pergi bida ni pun last minute decide. Cik tom pergi dalam pukul 3.00 dan bidaan tutup 3.30 petang gitu. haha..

Tak sangka dalam pukul 5 petang hari yang sama cik tom dapat panggilan dari staff KPF ni maklumkan cik tom berjaya dalam bidaan dan diminta datang untuk bayar emas lelong pada hari yang sama.

Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong

Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong
Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong

Ayah cik tom kurang suka cik tom beli emas lelong sebab risau emas tu hasil curian yang dipajak oleh pencuri. Selain itu, pernah ada kes beli emas lelong tertipu dengan mutu emas boleh baca; Berhati-hati beli emas lelong.

Cik tom rasa kita bukan perlu berhati-hati beli emas lelong je. Beli emas perhiasan kat kedai pun kena hati-hati jugak sebab kawan cik tom yang kerja KPF ni pernah ceritakan kisah ada sorang mak cik ni datang nak pajak gadai gelang emas dia. Bila periksa nilai emas tu rupanya dicampur dengan besi. Gelang mak cik tue berat besi je dan disalut dengan emas.

Kalau korang suka nak beli emas lelong ni boleh drop nombor handphone korang pada staff Ar-rahnu atau mana-mana bank yang ada khidmat gadaian emas. Mintak diorang hubungi korang untuk maklumkan jika ada sebarang lelongan pada masa akan datang.

Jom baca: Rahsia Usahawan Emas

Korang pernah ada pengalaman bida atau beli emas lelong?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong

  • November 30, 2015 at 5:11 pm
    Permalink

    Mmg untung beli lelongan spt nie. dpt harga lebih rendah..

    psst: mungkin staff KPF tu peminat blog cik tom kot, tu yg tak kena gst. heee

    Reply
    • December 6, 2015 at 1:34 am
      Permalink

      haha..bukan ciktom je yg xkena gst borang tue..semua orang yg bida..

      Reply
  • November 30, 2015 at 7:35 pm
    Permalink

    Dulu ada kawan sepejabat saya rajin beli emas lelong delat bank rakyat.. biasanya lelongan dibuat pada hari Jumaat (kalau tak silap saya)..
    Beli emas lelong memang best.. boleh beli emas pada harga yg murah.. tapi kawan saya tak tahan sebab kena pergi bank rakyat yang kedudukannya 30 km dari tempat saya bekerja… huhuhu..
    Jom baca entri terkini anuar …Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…My Profile

    Reply
    • December 6, 2015 at 1:33 am
      Permalink

      pergh 30km tu mmg jauh..tp mmg seronok perasaannya bila berjaya dalam bidaan berbanding beli emas di kedai…hehe

      Reply
    • December 6, 2015 at 1:16 am
      Permalink

      memang harga yang dibelu murah dari pasaran..tapi tersilap bida mungkin rugi..

      Reply
    • December 6, 2015 at 12:42 am
      Permalink

      perancangannya macam tue la..kumpul sikit2 mengikut kemampuan semasa..insyaAllah dh ada tu boleh buat modal bisnes atau pe2 pada masa akan datang..

      Reply
  • December 1, 2015 at 10:32 pm
    Permalink

    Minat bebenor ciktom dengan emas ye. Dah banyak mana kumpul barang kemas?

    Reply
    • December 6, 2015 at 12:29 am
      Permalink

      haha..minat ja..xbyk pun..ciktom beli xpakai pun kecuali raya..yg lain simpan dalam bank le jawabnya..hehe

      Reply
      • December 29, 2018 at 7:25 pm
        Permalink

        Cik tom..brapa kadar cas kpada bank atas simpanan emas tu

        Reply
        • March 24, 2019 at 2:36 am
          Permalink

          maaf lambat reply..bergantung pada jenis bank..berlainan cas…boleh try tanyakan pihak bank dan buat comparison..mana satu yang berbaloi..

  • December 2, 2015 at 1:26 am
    Permalink

    Saya pun tak ada pengalaman sangat, tapi bila dapat beli emas dengan harga lagi murah… wah teruja pulak

    Reply
    • December 6, 2015 at 12:26 am
      Permalink

      kalau minat bab emas ni memang suggest beli emas lelong..mmg byk untung..kebanyakan tauke emas yg berjaya dalam bid emas lelong ni..

      Reply
    • December 5, 2015 at 10:43 pm
      Permalink

      yup memang lagi untung beli dalam kuantit banyak kalau poketnya pun tebal..tapi tue la maybe next time prepare duit awal2 bajet utk beli emas lelong ni..hehe

      Reply
  • December 16, 2015 at 11:40 am
    Permalink

    assalam, cik tom ada join mana2 group whatsapp emas lelong x? saya nak join jugak boleh…?

    Reply
    • December 19, 2015 at 12:20 pm
      Permalink

      wslm..maaf cik tom takde join mana2 group whatsapp emas lelong.

      Reply
    • February 17, 2016 at 5:19 pm
      Permalink

      cik tom tengok reen duk area negeri sembilan kan? rajin2 pergi beli emas kat kuala pilah tue..murah..ciktom suka beli emas kat sana..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE