Pengalaman Cik Tom Berniaga Semasa Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Entry kali ini saje nak share pengalaman cik tom berniaga semasa sekolah. Sebenarnya cik tom mula belajar berniaga semenjak dari tingkatan empat. Masa tue, cik tom baru masuk ke sekolah berasrama penuh. Emak cik tom memang suka bagi bekal kerepek ubi pedas dan juga karipap mini kat cik tom. Semua kawan-kawan yang makan cakap sedap dan kat asrama tue pulak susah sangat nak dapat stok makanan ala jajan. Sehinggalah tercetusnya idea untuk buat jualan kerepek ubi pedas. Yelah masa prep budak perempuan kan suka kunyah2 sambil study.

Kerepek Ubi Kayu
Kerepek Ubi Kayu. Sumber: hidupcikpau

So, starting cik tom hanya berniaga kerepek ubi kayu pedas dan juga karipap mini inti serunding ikan. Sebungkus harganya 50 sen. Minggu pertama, cik tom hanya jual di dorm cik tom je. Segan sangat nak pergi jual kat dorm-dorm yang lain. Minggu kedua, kawan cik tom bagi semangat untuk promosi ke dorm-dorm lain supaya lagi cepat laris hasil jualan cik tom. Ya Allah masa tue, malu sangat tapi cik tom tebalkan juga muka pergi dorm ke dorm menjual dan Alhamdulillah hari yang sama juga semuanya habis dijual. Perasaan gembira dan bangga habis jual 100 bungkus dalam masa seminggu lebih.

Cik tom hanya luangkan masa semalam untuk promosi kerepek dan selepas itu tak putus-putus junior dan senior datang beli langsung dari dorm cik tom. Panggilan glamour cik tom masa tue โ€œakak kerepekโ€. Haha.. Kadang-kadang sampai seram pun ada especially bila balik dari prep je, pasti ramai yang dah [email protected] serbu kat katil cik tom nak beli kerepek. Sampai ke hari ini pun still ada junior dan senior yang tegur cik tom di facebook โ€œeh akak/ adik ni yang jual kerepek dulu masa kat hostel kan?โ€. Hehe..

Selepas itu, 2x sebulan emak cik tom akan datang ke sekolah untuk hantar stok jualan makanan ringan. Dari permulaan 2 jenis je, emak cik tom pelbagaikan lagi kepada kerepek ubi masin, maruku, kuih getah bergula, kerepek bunga, kuih gunting dan nama kuih yang cik tom sendiri pun dah lupa. Hehe.. Semuanya emak cik tom masak sendiri bukan beli borong pastu bungkus tau. Setiap kali habis terjual semuanya akan dapat dalam RM200-RM300 untuk 2 minggu. Masa tue, nilai ni memang sangat tinggi. Yelah budak sekolah mana biasa pegang duit banyak2 kan. Upah cik tom dapat pun lumayan. Semua upah cik tom menabung dan simpan dalam bank.

Bila naik ke universiti, lagi banyak bisnes yang cik tom pernah cuba antaranya bas charter balik kampung ke terengganu dan kelantan, bisnes topup reload dan juga kad, jual karipap mini, upah jual kuih raya, komisyen jual produk katalog, bisnes kerongsang dan bisnes kain pasang. Rasanya entry ini pun dah meleret panjang. Kalau berkesempatan akan datang cik tom share pula pengalaman cik tom berniaga semasa universiti. Untuk tips berniaga ini, permulaan paling penting ialah promosi dan pastikan kualiti produk atau servis terbaik pasti keuntungan akan berterusan. InsyaAllah…

gambar lemang
Motif gambar lemang?? Tak Sabar Nak raya. hehe..

Korang pulak macam mana? Ada pengalaman berniaga? Jom share kat komen ๐Ÿ™‚

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Pengalaman Cik Tom Berniaga Semasa Sekolah

  • May 28, 2012 at 7:23 am
    Permalink

    fulamak…lumayan tu..
    rajin betul ya ciktom berniaga..tak sangka pulak laku..
    kaya jugak akak kerepek ni…hee

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:24 pm
      Permalink

      hahaha…kaya gak la akak kerepek time tue… seronok berniaga ni..

      Reply
  • May 28, 2012 at 10:18 am
    Permalink

    Pernak jual jeruk buah je dekat sekolah..Best berniaga nie..lagi2 bila dapat hasil..

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:23 pm
      Permalink

      wah jeruk buah best makan.. tue la best kan berniaga bila part kira duit.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  • May 28, 2012 at 1:28 pm
    Permalink

    bagusnye cik tom.. lady ade pengalaman sebagai pembeli jerk..

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:18 pm
      Permalink

      pengalaman jadi peniaga masa student memang best sbb pegang duit sendiri..

      Reply
  • May 28, 2012 at 4:30 pm
    Permalink

    aku dah cite kat blog. ko dah tau kan aku niaga apa. haha..

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:17 pm
      Permalink

      tak tau..tak tau.. ce citerr… hahahaa…

      Reply
  • May 28, 2012 at 5:39 pm
    Permalink

    apesal bebudak lelaki tak terpikir nak niaga benda ni,yg ada dalam kepala rokok dgn megi

    Reply
    • May 28, 2012 at 10:53 pm
      Permalink

      memang jarang kot budak2 laki nak meniaga.. tapi abang cik tom masa study kolej dulu pun berniaga kat hostel.. jual burger, megi, air kotak dll.. rokok ada jugak kot.. huk3..

      Reply
  • May 28, 2012 at 7:52 pm
    Permalink

    bagusnya dah mula berniaga sejak zaman sekolah. biasa orang start meniaga masa dah masuk U. sekarang ni tak jual dah ke? maybe secara online, mana tau ada rezeki berlipat kali ganda ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • May 28, 2012 at 10:52 pm
      Permalink

      jadi businessgirl bidan terjun juga kot masa tue..hee… sekarang dah tak jual.. ada buat bisnes kain pasang dan brooch tapi offline jual kat kawan2 je..hee.. nak jual on9 kena bisnes lg besar kot.. tp dlm perancangan juga tue..doakanlah..

      Reply
  • May 28, 2012 at 9:36 pm
    Permalink

    dsytnya..dulu sekolah rendah sy jual nasik lemak dan kuih time bdak2 tgh tunggu pi sekolah.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • May 28, 2012 at 10:38 pm
      Permalink

      hehe..JO lagi hebat..sekolah rendah dah berniaga macam adik cik tom pulak.. hee

      Reply
  • May 28, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    Berniaga suatu yang amat menyeronokkan. Nak-nak kalau berjaya…

    Pernah berniaga kerepek dan baju masa dulu. Skang dah xbuat..

    Reply
    • May 28, 2012 at 10:37 pm
      Permalink

      memang seronok berniaga bila kira duit.hehe…
      sm jgk pglaman kita berniaga ye..
      maybe ada masa blh berniaga lg..

      Reply
  • May 28, 2012 at 11:44 pm
    Permalink

    Huiyoooooo..bisnes minded gak cik tom ni yeh?? Rajin berniaga utk tambah2 duit poket

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:45 pm
      Permalink

      haha… kalau yang kenal cik tom mmg tau cik tom suka meniaga.. suka cr duit ๐Ÿ™‚

      Reply
  • May 29, 2012 at 1:05 am
    Permalink

    kite berniaga ramai2 beselah . yang hari koperasi tuh , huhu . tp best kan ? dapat timba pengalaman . ๐Ÿ™‚

    Reply
    • May 29, 2012 at 2:48 am
      Permalink

      berniaga hari koperasi pun best juga tapi cik tom xpernah join..tengok kawan2 yg join mmg best..

      Reply
  • May 29, 2012 at 1:16 am
    Permalink

    kat matrik dulu, tolong pensyarah jual nasik lemak… masa tu kewangan keluarga memang sangat2 tak stabil.. at least dapat la cover duit makan sehari. sekarang kewangan family dah ok, alhamdulillah… adik-beradik yang lain tak perlu merasai pengalaman pahit abang diorang ni… huhu~…

    Reply
    • May 29, 2012 at 2:49 am
      Permalink

      xpe susah2 dulu bersenang kemudian.. semua tue pengalaman yang tak ternilai harganya.. buat kita lebih menghargai hidup ni..

      Reply
  • May 29, 2012 at 1:32 am
    Permalink

    otak bisnes ni, aku hanya tau beli barang je ๐Ÿ™‚

    Reply
    • May 29, 2012 at 2:56 am
      Permalink

      xdelah otak bisnes sangat tapi suka duit.. hehe ๐Ÿ™‚

      Reply
  • May 29, 2012 at 12:02 pm
    Permalink

    akk pun suka bisnes , dari dulu sampai sekarang , sekitar umur 10 tahun dah mula bisnes , kutip limau pastu jual kat kedai , dapat lah sehari RM5 , gitu … seronok bangat , dulu RM5 banyak nilainya .. setiap kali dpt duit boleh beli kaler , beli ais kacang , layang-layang , ye lah famili org susah nak apa2 akk kena cari sendiri , kadang2 limau dah habis , kutip pucuk paku n pucuk ubi n kangkung pulak jual ..

    itu pertama kali berniaga lah tu ..

    Reply
  • May 29, 2012 at 12:53 pm
    Permalink

    mesti ciktom femes masa tuh

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:32 pm
    Permalink

    suka kerepek ubi pedas dn biasa tu.dulu kt ada jual mkn ringan bgni skrg dah sepi jer..

    skrg sush nak cri kerepak..bukana pa klu mkn masa kunyah tu mmg bunyi berderap2kan hee

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:32 pm
    Permalink

    cik tom klu 50 sen ok juga..skrg klu nak berniaga kenalah naikkan rm tu sikit hee..

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:50 pm
    Permalink

    a’a, sama la kita dari kecik dah start meniaga. rasanya masa study lg senang, tampal je kertas kat notisboard, tgh2 mlm pun budak dtg.

    Reply
  • May 29, 2012 at 3:16 pm
    Permalink

    aku biasa tolong beri barang2 untuk kedai runcit mak ku je

    Reply
  • May 29, 2012 at 3:33 pm
    Permalink

    Tiada pengalaman,tapi ada pengalaman sebagai pembeli jer,support kawan yg berniaga he3…Berniaga itu sunnah ๐Ÿ™‚

    Reply
  • May 30, 2012 at 11:44 am
    Permalink

    Haha..baca entri ni teringat zaman duk asrama..sapa yang jual makanan time tu,memang dapat untung la..nak kata org duk asrama ni kebulur, makanan macam biasa tak terputus…bagus cik tom bnyk pngalamn berniaga..

    Reply
  • May 30, 2012 at 1:33 pm
    Permalink

    Masa sekolah rendah pernah jual pen dan dan barangan katelog… Sekolah menengah jual makanan…. Dekat U jual software dan service laptop… ๐Ÿ™‚

    Reply
  • May 30, 2012 at 3:01 pm
    Permalink

    Assalam..
    Otak business nih..
    masa sekolah rendah dulu pernah jugaj jual sagon..

    Reply
  • May 30, 2012 at 6:55 pm
    Permalink

    Pengalaman lalu mendewasakan kita…betapa besarnya nilai itu.hanya mereka yg dh melaluinya saja akan tahu besarnya nilai itu….

    Reply
    • June 6, 2012 at 11:11 pm
      Permalink

      xdelah bisnes minded mana pun..berniaga sikit2 tue boleh la..

      Reply
  • May 31, 2012 at 11:29 pm
    Permalink

    cik tom ni otak bisnes ni..yang penting ada usaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE