Pengalaman cik tom menduduki MTeST

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Thanks pada yang bertanyakan macam mana mtest cik tom. So, kali ni seperti dijanjikan cik tom akan ceritakan experience cik tom masa ambil mtest pada sabtu lepas (13/11/10). Kepada yang tak mengetahui apa tue mtest?

Mtest ialah merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut Pendidikan Guru(IPG). Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

Cik tom bertolak pukul 7.30 pagi dari rumah menuju ke IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar kerana sehari sebelum tue cik tom dah survey untuk laluan nak pergi sana dan bertanyakan di mana tempat exam mtest tue. Masa sampai tue dah ramai yang bersesak check list nama di luar dewan. Rupanya kena check dulu nama pada list yang ditampal, tandatangan dan lihat nombor meja. Cerewetnya dan langsung tak bersistematik.

Masa tue dah gelabah sebab nama cik tom takde dalam list tue. Tanya pengawai yang bertugas, dia cakap kalau takde kat list tue kena check pulak kat list 2 tempat lagi di bangunan seberang sana. Huh! Jauh bangunan tue, cik tom pun dengan beberapa orang kawan baru (kenal masa tue.hehe) terus je pergi ke bangunan sana.

List ke 3 cik tom check barulah ada nama cik tom. Semua yang amik mtest sama dengan cik tom marah2 sebab sistem yang entah apa-apa. Berterabur je. Dan oleh sebab itu jugak exam dimulakan lambat sebab ramai yang tak jumpa list nama masing-masing.

Ini merupakan pengalaman pertama cik tom menduduki mtest. Memang agak blur masa menjawab mtest. Tambahan lagi dengan persediaan yang tak secukupnya. Terdapat 5 set soalan dan diberi masa 30 minit bagi setiap set. Jumlah keseluruhan 2 jam 30 minit. Cik tom akan cerita pengalaman mengikut susunan set soalan yang cik tom dapat;

Set B : Kuantitatif (30 Soalan)

Serius dari sekolah lagi memang kelemahan cik tom ialah math. Tapi dapat first set math pulak. Yang pelik bila kitaorang tanya tak disediakan ke kertas kira-kira. Diorang cakap takde just congak dalam otak je. Giler! Dah la tak boleh guna kalkulator. So, cik tom main jawab ikut logik akal+sambil conteng meja tue. Huhu..

Yang geramnya bila next pertukaran set, tup2 muncul kertas kira-kira. Bila tanya diorang cakap maaf ingatkan takde tadi. Kertas tue baru je sampai. Tak adil betul. Kami yang first ni terkontang kanting jawab soalan math. Sistem pengurusan berterabur lagi. Grrr…

Set A : INSAK (135 Soalan)

Tak tahu la soalan ni mencabar ker tak tapi cik tom main jawab je. Ada yang cakap kena jawab semua positif dan pemikiran mestilah seperti seorang guru. Cik tom jawab rasa logik je dengan masa yang limited+banyak soalan. Cik tom perasaan soalan ni macam ada trick jugak sebab ada soalan yang diulangi pada akhir soalan dengan ayat yang berbeza. Kalau jawab berlainan memang nampak sangat tipu. Hehe ;))

Set D : Analitikal (20 Soalan)

Bagi cik tom dalam banyak2 set soalan, analitikal la cik tom paling suka. Nak jawab soalan ni kena baca betul2, fahamkan dan listkan apa yang korang faham dari petikan yang diberi kerana ada 5,6 soalan diberi. Maybe ada yang cakap susah dan mencabar tapi cik tom seronok jawabnye. Huhu..

Set E : Verbal (25 Soalan)

Yang ni memang pening nak jawab. Kena padankan/samakan perkataan diberi mengikut kategori yang korang rasa sesuai. Tapi pening nak pilih jawapan sebab rasa semua jawapan hampir2 je. Yang ni pun cik tom main jawab sesuka hati je. Hik3…

Set C : Bahasa Inggeris (25 Soalan)

Set english pun boleh dikatakan fevret cik tom. Dari sekolah cik tom memang suka subjek english. Tapi jawapan yang cik tom beri tue tak tahulah betul ker tak? Sebab dah lama tinggal grammar tue semua. So, sama jugak pasrah je la jawab set bahasa inggeris ni.

***************************************

Keputusan samaada layak untuk ke saringan seterusnya iaitu temuduga pada 3/12/2010. Rasanya harapan agak tipis. Tapi takpelah cik tom doakan semoga apa2 pun keputusan yang keluar adalah yang terbaik untuk diri cik tom 😉

p/s: maaf entry takdee gambar sebab tnet slow…entry autopublish~

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

49 thoughts on “Pengalaman cik tom menduduki MTeST

  • November 24, 2010 at 4:04 am
    Permalink

    cik tom nak jadi cikgu ke??
    lepas ni boleh panggil cikgu tom..
    sedap tu

    Reply
  • November 24, 2010 at 4:15 am
    Permalink

    ciktom! mtest ni mmg dari dulu tak sistematik.. dah la list name tu tempek je kat dinding.. ramai2 conteng2 kat dinding tu.. hahaha.. cuma nad rasa mtest kali ni mcm senang sikit la drpd yg awal tahun aritu.. tak byk sgt soalan trick.. apa2 pun gud luck utk ciktom ye! 🙂

    Reply
  • November 24, 2010 at 4:21 am
    Permalink

    tak pe la cik tom..
    sekurang kurang nye dah cuba..
    dengar2 kalau 1st time buat mtest ni susah nak dapat..
    tapi akak harap cik tom berjaya la..

    Reply
  • November 24, 2010 at 5:08 am
    Permalink

    hi cik tom. lama saya x tegur cik tom. kawan sy pon g mtest gak. mesti debar2 tgu result kan. =)

    Reply
  • November 24, 2010 at 5:18 am
    Permalink

    1st time jawab soklan dgn senyuman lebar je..hihi

    samelah mase ana jwb math pon drg ckp xde kertas..

    last2 ade pulak..

    huh ketidakadilan berlaku!! hohoho

    gud luck utk kite cik tom!! ^^

    Reply
  • November 24, 2010 at 6:44 am
    Permalink

    cik tom cikgu ye 🙂
    sukanya

    Reply
  • November 24, 2010 at 6:50 am
    Permalink

    Ellen doakan yang terbaik untuk Tom dan yakin Tom akan berjaya..chayo2…Kalo tak..cuba dan terus cuba ya…jangan putus asa kerana putus asa la yang menjahanamkan segala galanya..ahaks!

    Kalo dah berjaya, jangan lupa ellen ya..hehe

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:34 am
    Permalink

    hehe ciktom..samerla pengalaman kiter..mtest aritu ntah aper2 jer..dahla lmbt..pagi tu jugak baru nk setup

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:36 am
    Permalink

    dni dulu dapat interview ye… tak dapat jadi cikgu. sobss

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:45 am
    Permalink

    semoga berjaya untuk proses temuduga selepas ini.. klau nak petua apa2 ker.. pengalaman masa interview mktb.. leh la berkongsi dgn saya..

    ikhram, ipg kpp

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:45 am
    Permalink

    semoga berjaya untuk proses temuduga selepas ini.. klau nak petua apa2 ker.. pengalaman masa interview mktb.. leh la berkongsi dgn saya..

    ikhram, ipg kpp

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:56 am
    Permalink

    ye cik Tom.. gayah sentiasa doakan cik tom berjaya… ade rezeki adelah ya..sabar ya yank…

    Reply
  • November 24, 2010 at 7:58 am
    Permalink

    huhu…dasat cik tom leh ingat semua

    Reply
  • November 24, 2010 at 8:09 am
    Permalink

    cik tom apa2pun semoga berjaya ye…

    Reply
  • November 24, 2010 at 8:11 am
    Permalink

    hope cik tom dapat ni eyh 🙂

    Reply
  • November 24, 2010 at 8:26 am
    Permalink

    Selamat berjaya cik tom!!

    Reply
  • November 24, 2010 at 9:17 am
    Permalink

    perkongsian yang baik, mana tahu ada lagi calon nanti boleh rujuk pengalaman cik tom,

    Reply
  • November 24, 2010 at 9:38 am
    Permalink

    saya penat tunggu cik tom jawab mtest dari pukul 8 sampai pukul 12..ish.hihi

    Reply
  • November 24, 2010 at 10:51 am
    Permalink

    ooohhh baru la sy tau ape tu mtest.hee..nway gud luck result nye ye! 😉

    Reply
  • November 24, 2010 at 11:29 am
    Permalink

    Yas doakan cik tom dpt gak le KPLI tu biarpun ada sikit halangan…mana tau mende tu hanye satu ujian dariNYA…

    err…yas pun,pg td baru anta adik g interview kat putrajaya…x taulah cmne tuu.

    Reply
  • November 24, 2010 at 12:00 pm
    Permalink

    Wah………
    cm tu rupanya soalan Mtest..
    Ader bhgn2 nye.
    Cm mncbr jerk…
    hmmm….
    INSAK?
    tERingat masa g tmudugA dulu..
    xcukup masa..
    slebihnyer hentam shj..
    huhhuhu…
    Smoga cik tom dpt menempatkan dri dlm kpli..
    Amin…….

    Reply
  • November 24, 2010 at 12:13 pm
    Permalink

    susah jugak ek cik tom.ape2 pun ml doakan ciktom berjaye 🙂

    Reply
  • November 24, 2010 at 12:19 pm
    Permalink

    Apasal tak mesej akak nak hint utk Mtest…akak boleh bagi….

    Reply
  • November 24, 2010 at 12:23 pm
    Permalink

    kat tempat lain berterabur jugak cik tom.. i ngtkan no tu same ngn no meje 😛 hihihihi.. bygkan bersusun2 nak check nama.. lps tu kene check meje lak.. camne nak wat lebih sistematik ek?

    Reply
  • November 24, 2010 at 12:32 pm
    Permalink

    rindu kamu..heeee…..

    Reply
  • November 24, 2010 at 1:28 pm
    Permalink

    wahh.. semoga berjaya.. sy doakan.. 😀

    Reply
  • November 24, 2010 at 1:42 pm
    Permalink

    tima kasih info pasal 3/12…akak uma Omu lupa nak print kalendar KPLI…Moga cik Tom berjaya…

    Reply
  • November 24, 2010 at 1:43 pm
    Permalink

    hye cik tom,

    Just to let u know yang ministry of moment tgh buat contest, winner gets RM2,000 worth of photography package. Jemput join ya? Details di blog roe. 🙂

    Reply
  • November 24, 2010 at 1:53 pm
    Permalink

    Mak aih, byknya soklan.. Lau sy, tengok soklan je da pinsan..hu3. Fenin2…

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:09 pm
    Permalink

    nak jawab komen ciktom kat blog dilla 🙂

    cik tom syg ~ dilla buat sume dlm blog dilla nih sume atas jasa cik tom 🙂

    and ade blogger yg puji page dila… so dila promotela kt dorg mintak tlg pd cik tom. tak bagus pulak dila kalau buat tutorial kt cni kan.. cik tom dh tlg dilla…so dilla tlglah cik tom 🙂

    tq again cik tom 🙂

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:22 pm
    Permalink

    erm…bagi nas aku lebih suke soklan quantitatif ngan soklan verval…ehehhehehe..analitikal susah laa

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:30 pm
    Permalink

    Singgah check jawapan ciktom,,semua ok ja
    ada harapan tu, gudluck

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:47 pm
    Permalink

    jawab soklan insak tu tak payah fikir-fikir..yg terlintas dlm kepala, tulah diri kita yg sebenar.
    ada soklan yg mmg negative spt soklan 'saya tidak pernah menipu seumur hidup saya'..kalau jawab ya..nmpk sgt penipu.

    anyway, good luck!

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:47 pm
    Permalink

    hye mira singgah sini baca ebtry2 yang ada..hehe

    Reply
  • November 24, 2010 at 2:48 pm
    Permalink

    Hopefully u will pass this exam with flying colours…

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:25 pm
    Permalink

    akak doakan Tom berjaya…Insyaallah..rezeki id tangan tuhan dan selebihnya nasib….Tuhan hanya akan berikan kita yang terbaik…semoga berjaya…

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:27 pm
    Permalink

    xpe ciktom..try je..mana tau rezeki kan2..hihi..erm..best lg jwb xm spa la nie kan2…hihi

    newy tq sudi komen n3 ifa tue..n i still cant smile ciktom..sedih..nak wat n3 pun xde mood..hhuhu..macam2 dugaan ifa nie..=(

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:36 pm
    Permalink

    uiii… bakal cikgu la ni eh.. hehehe..
    nway, gudluck la ye!
    all da besh!

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:38 pm
    Permalink

    good luck cik tom.. all the best..
    harap dapat peringkat seterusnya..
    ramai yg dah berkali2 mengikuti MTEST ni pun ada.. huhu

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:56 pm
    Permalink

    ciktom…
    all da best.
    moga mnjadi guru yang baek.

    Reply
  • November 24, 2010 at 3:58 pm
    Permalink

    wahh minat jadi cikgu rupanya…=) syabas…kenapalah saya x ada minat tu..hmmm…

    Reply
  • November 24, 2010 at 4:03 pm
    Permalink

    pelik betul kategori dia owh
    hohohoh

    inshaAllah boleh dpt..
    gd luck cikgu Tom hahaha
    ;D

    Reply
  • November 24, 2010 at 4:47 pm
    Permalink

    mak ooiii…susah jugak nak jadik ckg nie, ada pulak banyak jenis soalan.

    Per2 pun, smoga berjaya cik tomato

    P/s: sy suka mkn tomato,tp sy bkn tomatoman

    Reply
  • November 24, 2010 at 5:00 pm
    Permalink

    cam seronok jer g mtest nie..hehe..cian..dorang ni tak patut kan..patut nye ade ketas kira2..tu

    Reply
  • November 24, 2010 at 5:02 pm
    Permalink

    menarik mtest ni..mencabar minda dan jiwa betul..

    semoga berjaya cik tom! ^__^

    Reply
  • November 24, 2010 at 10:01 pm
    Permalink

    Gudluck cik tom.Semoga dpt jd cikgu..hehe..

    Reply
  • November 25, 2010 at 3:09 am
    Permalink

    cikgi tom.

    hehehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!