Pengalaman Cik Tom Pajak Gadai Emas di Ar-Rahnu KPF

Assalamualaikum dan salam ceria selalu… Jika sebelum ini cik tom pernah kongsikan pengalaman beli emas lelong iaitu emas yang telah dipajak gadai dan tak dibayar dalam tempoh 6 bulan. Kali ini pengalaman cik tom pajak gadai emas di Ar-Rahnu KPF pulak.

Kalau dengar orang pajak gadai emas ni mesti orang tu sengkek tak berduit ke? hihi…

Diakui dulu itu antara mentaliti cik tom sendiri bila dengar cerita dari rakan ada ibu bapa yang terpaksa gadaikan barang kemas bagi menampung kos perbelanjaan anak masuk ke sekolah/ universiti.

Baca juga; [Puanbee.com] Gadai Emas di Ar-Rahnu Bukan Tak Ada Duit

Pengalaman Cik Tom Pajak Gadai Emas di Ar-Rahnu KPF

Tapi sekarang selepas banyak hasil bacaan ilmu mengenai emas, pelaburan emas, pajak gadai emas yang cik tom baca dari masa ke semasa. Alhamdulillah persepsi cik tom sekarang sudah berubah dan makin celik akan kelebihan menyimpan emas sebagai satu asset untuk masa depan. Malahan ianya kini menjadi salah satu hobi cik tom.

Kenapa cik tom nak pajak gadai emas di Ar-Rahnu?

Nak tahu macam mana cik tom boleh terjebak dengan memajak rantai tangan emas?

Rantai tangan emas tu sebenarnya hak milik suami cik tom (ketika kejadian bakal suami). Suami cik tom ni pernah beli rantai tangan tu secara online berat 5.57 g dan panjangnnya 14cm. Dia cadangnya nak bagi hadiah rantai tangan tu untuk majlis kahwin kitorang.

Tapi dia tak tahu yang rantai tangan 14 cm tu kecik biasanya saiz kanak-kanak. Memang tak muat la cik tom nak pakai. Ukur lilit ketat pergelangan tangan cik tom dah 15cm. Nak selesa longgar 16 cm la kan.

Jadi suami cik tom cadangkan jual je rantai tangan tersebut dan tambah duit beli rantai tangan yang baru. Cik tom rasa sayang pulak nak jualkan sebab waktu dia beli memang murah RM117 segram.

Kalau jual memang untung dah sebab harga untuk jual balik paling mahal cik tom jumpa waktu tu RM155 segram. Cuma nak beli lain takkan dapat dah harga camtu. Cik tom rasa sayang. So, penyelesaiannya cik tom cadangkan buat pajak rantai tangan tu. Nati bulan2 bayar balik pinjaman sampailah dapat tebus balik barang kemas tu.

Senarai Ar-Rahnu yang cik tom pernah nampak dan biasa dengar..

Ada banyak tempat untuk pajak gadai di Malaysia. Tapi kita sebagai orang Islam mestilah memilih tempat gadaian yang patuh syariah iaitu Ar-Rahnu. Ada banyak Ar-Rahnu tapi ini yang cik tom biasa dengar dan pernah nampak kedainya.

  1. Ar-Rahnu Bank Rakyat
  2. Ar-Rahnu Pos Malaysia
  3. Ar-Rahnu Agrobank
  4. Ar-Rahnu YAPEIM
  5. Ar-Rahnu MAIDAM, Terengganu
  6. Ar-Rahnu KPF

Cara Pajak Gadai Emas di Ar-Rahnu KPF

Senang je cara nak pajak gadai emas di Ar-Rahnu KPF ni, bawak;

  1. Bawak diri penggadai ke Kedai Ar-Rahnu
  2. Bawak kad pengenalan penggadai
  3. Bawak emas untuk digadai samaada emas dalam bentuk barang kemas/dinar/goldbar dan sebagainya

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pajak emas di Ar-Rahnu. Yang ada ialah upah simpan emas je. Cara kiraannya sila baca sehingga habis.

Cara Kiraan Pinjaman

Kiraan ini berdasarkan Ar-Rahnu KPF iaitu nilai pinjaman kali pertama ialah 70% dari jumlah harga emas. Pinjaman kali kedua dan seterusnya ialah 75% dari jumlah harga emas.

Oleh sebab cik tom kali pertama, nilai pinjaman ialah 70%.

Contoh;

Harga gadaian emas pada hari tersebut RM172 segram bagi emas 916.

Berat rantai tangan emas ialah 5.57 gram.

Jadi RM172 x 5.57 gram = RM958.04 (nilai sebenar emas)

Nilai pinjaman ialah 70/100 x RM958.04 = RM670 (selepas dibundarkan)

Jadi cik tom dapat nilai pinjaman untuk gadaian ialah RM670. Itu cik tom amik maksimun  70% kali pertama. Korang boleh request kalau nak kurangkan lagi nilai peratus. Nak amik just 60% je ke dari nilai emas. Asalkan kurang dari 70%, lebih tak boleh.

Cara Kiraan Upah di Ar-Rahnu KPF

Sepanjang tempoh gadaian, barang gadaian akan disimpan bagi pihak penggadai dengan dikenakan upah bagi setiap RM100 nilai emas/ marhum ke atas upah seperti berikut;

Nilai Emas/ Marhum Upah Simpanan Sebulan bagi setiap RM100
RM1-RM1000 RM0.65
RM1001-RM5000 RM0.75
>RM5000 RM0.85

Jadi kiraan upah simpan ialah;

RM958.04/ 100 x RM0.65 = RM6.23 (upah simpan sebulan)

RM6.23 x 6 bulan = RM37.38 (upah 6 bulan)

Kalau nak bayar setiap bulan secara konsisten selama 6 bulan nilai pinjaman+upah= (RM670 + RM37.38) ÷ 6 bulan = RM117.90 (setiap bulan selama 6 bulan)

Kalau dapat tebus lagi awal barang gadaian lagi bagus sebab upah akan dikira berdasarkan berapa bulan tempoh simpan barang.

Contoh Surat Akuan Gadaian Ar-Rahnu KPF

Surat Akuan Gadaian Ar-Rahnu KPF

Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu

Sebenarnya waktu cik tom pajak gadai rantai tangan emas tu cik tom pilih Ar-Rahnu KPF atas dasar ada kawan yang bekerja di Ar-Rahnu KPF. Jadi senanglah cik tom nak bertanyakan apa-apa kemusykilan bila-bila masa, dimana jua. Whatsapp je…;)

Kedua, lokasi Ar-Rahnu KPF yang mudah untuk parking dan tidak terlalu ramai pelanggan. Jadi urusan pun jadi mudah dan cepat. hehe…

Tapi sebaiknya kalau nak optimunkan keuntungan dalam buat pajak gadai emas ni. Cik tom sarankan korang baca tips dari Mohd Zulkifli dahulu sebelum buat sebarang gadaian emas dengan klik link website di bawah;

Baca juga; [Mohdzulkifli.com] 9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu

Tips tambahan dari kak bee, mesti kena komited diri untuk bayar balik duit pinjaman setiap bulan. Jangan culas. Kalau dah termiss bayar memang makin liat nak bayarnya bila tengok jumlah masih banyak. hehe..

Cara Nak Tebus Barang Gadaian

Nak tebus barang gadaian ialah paling penting bawak surat akuan gadaian Ar-Rahnu beserta dengan jumlah pinjaman dan upah simpan. Pesanan dari staff Ar-Rahnu make sure simpan elok2 surat gadaian. Kalau hilang tak boleh tebus melainkan korang kena dapatkan surat akuan sumpah pulak. Kan leceh tue. Sebaiknya simpan elok2.

Korang pernah ada pengalaman pajak gadai emas tak?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Pengalaman Cik Tom Pajak Gadai Emas di Ar-Rahnu KPF

  • October 26, 2016 at 5:55 am
    Permalink

    Setakat ini saya pernah memajak emas di dua tempat sahaja.. iaitu di Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu pejabat pos…
    Surat pajak tu kena simpan elok-elok.. saya pernah kehilangan surat pajak.. memang letihlah dibuatnya.. kena buat surat akuan sumpah dekat suruhanjaya sumpah.. huhuhu..
    Jom baca entri terkini anuar …Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu UberMy Profile

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:32 am
      Permalink

      Oh ciktom ingat pernah baca entri tu kat blog anuar..yg lagi better pajak di ar-rahnu pos malaysia kan..ciktom baca tips pun kalau nak pajak yg emas PG yang berseal better di pos malaysia sebab tak perlu buka seal kalau nak pajak. kalau tempat lain kena buat plastik seal tu and automatik nilai spread emas jatuh lagi tinggi 25-30%.

      Reply
    • October 27, 2016 at 9:29 am
      Permalink

      terima kasih berkunjung ke blog ciktom..

      Reply
    • October 27, 2016 at 9:21 am
      Permalink

      haha..itu kebiasaannya mentaliti orang yang tak faham.. tapi betul dah tu okay dari meminta dengan orang lain kan.

      Reply
  • October 26, 2016 at 11:25 am
    Permalink

    Berapa lama boleh buat untuk tempoh gadaian ni cik Tom? setahun @ cuma 6 bulan saja?
    Memang sayang nak jual kan, sebab nak beli konpem tak dapat dah rega murah.. Melambung je 🙂
    Jom baca entri terkini Myra Jay …Persediaan sebelum Menunaikan UmrahMy Profile

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:09 am
      Permalink

      kat ar-rahnu kpf ni boleh buat tempoh gadaian selama 6 bulan. then boleh lanjut lagi sehingga berapa lama tu ciktom kurang kepastian pulak..nanti ciktom cuba tanyakan kawan staff KPF dulu ye. hehe

      Reply
    • October 27, 2016 at 8:52 am
      Permalink

      boleh kongsikan proses pajak terbaik yang bro tau dalam artikel blog akubiomed akan datang? nak tahu jgk sbb bro selalu pergi bengkel emas PG kan.. cik tom pun tak pasti Ar-Rahnu mana yang ada link CRISS. Tapi rasanya Ar-Rahnu KPF ni takde sebab kawan yang keje sana cakap tak pernah dengar..

      Reply
  • October 27, 2016 at 8:45 am
    Permalink

    Memang better guna Ar Rahnu drpd guna khidmat pinjaman ‘berlesen’ yg skrg ni tumbuh mcm cendawan sebab AR lebih selamat & teratur. Ikut pengalaman, proses Ar Rahnu Ypeim sgt teratur – rajin bagi reminder & ada automatic extension 2 bulan kalau terlupa nak byr/sambung slps tempoh 6 bulan. 😀
    Jom baca entri terkini Zurainny Ismail …Online Shopping – 10 Easy Tips on How to Get the Best DealsMy Profile

    Reply
    • November 16, 2016 at 4:14 pm
      Permalink

      terima kasih share pengalaman sis..alhamdulillah dah tebus rantai tgh yg gadai ni..maybe next time kalau urgent nak guna apa2 boleh ciktom try ar-rahnu yapeim pulak…tq

      Reply
    • November 16, 2016 at 4:04 pm
      Permalink

      aah itu yang terbaik..kena gadai di ar-rahnu.

      Reply
  • January 15, 2017 at 11:36 am
    Permalink

    Ciktom..kalau mcm kes sy ni,mak sy yg gadai barang tu kt ar rahnu..dia skrg sakit,dh lupa mana dia letak surat..tp sy ada simpan gambar surat gadai tu..mcm mana ye,kena buat akuan sumpah jugak ke kalau mak sakit

    Reply
  • September 5, 2018 at 11:21 am
    Permalink

    Nak tanya, urusan nya cepat tak? Maksud saya kalau ke pejabat ar rahnu tu harini, harini juga ke settle nya?

    Reply
    • September 6, 2018 at 12:40 pm
      Permalink

      urusan apa tu ye?pajak gadai ke?mmg proses pajak gadai settle hari sama je.

      Reply
  • August 14, 2019 at 12:57 am
    Permalink

    Hi , sekiranya kita dh gadai tpi tfikir pula tak nak tebus balik. Mcm mna eh dgn baki pinjaman tu? Bru je gadai brp hari.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!