Cik tom nak kongsikan pengalaman kena denda di sekolah. Masih terngiang-ngiang pengalaman kena denda di sekolah yang memalukan cik tom alami dalam ingatan dan takkan dilupakan sampai bila2. Denda yang paling memalukan diri cik tom. Kisah denda ini bermula ketika cik tom sekolah tingkatan 3. Berdasarkan ujian pertengahan tahun sekolah, siapa top 3 dalam kelas akan dapat naik kelas dan siapa 3 last akan turun kelas. Masa tue cik tom kelas ke 2 dan tersenarai dalam top 3. Cik tom pun kena naik kelas pertama.
Pengalaman kena denda di sekolah
Cik tom memang tak nak masuk kelas pertama. Sebab apa?? Sebab cikgunya pilih kasih hanya sayangkan murid yang pandai je. Budak yang tak pandai dia tak suka. Cik tom siap pergi jumpa Cikgu H, Ketua Penyelaras Tingkatan 3.
” Cikgu, saya tak nak naik kelas A cikgu. Biarlah saya belajar je kelas B ni. Sama je belajar mana-mana pun. Lagipun saya dah suka kelas saya sekarang. Boleh tak cikgu?“
” Eh, mana boleh. Dah awak tersenarai top 3, so awak kena masuk kelas A.“
Hmm nak tak nak, cik tom dan kawan-kawan masuk juga kelas A tapi yang mengejutkan takde seorang pun pelajar dari kelas A yang turun ke kelas B sebab Cikgu S berkeras tak nak seorang pun pelajar dia turun kelas. Di sinilah titik tolak pengalaman kena denda di sekolah yang paling memalukan.
Hari pertama masuk kelas A….
“Saya tak nak pelajar-pelajar baru yang masuk kelas A ni burukkan rekod nama kelas A. Rekod budak kelas saya semua baik2 dan bersih. Saya tak nak ada yang langgar peraturan sekolah.“
“Macam la kitaorang ni jahat sangat je bunyinya” **bisik hati cik tom.
Semenjak dari hari itu, banyak juga kisah lara cik tom dan 2 orang lagi kawan cik tom. Kitaorang bertiga memang dianaktirikan oleh Cikgu S. Tak tahulah apa salah kitaorang. Tapi demi tuntutan ilmu cik tom pejamkan mata je.
Hari kejadian bersejarah pengalaman kena denda di sekolah dalam hidup cik tom. Hari itu ujian subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Cikgu panggil nama setiap pelajar untuk cek senarai kedatangan pelajar ke sekolah. Bila giliran panggil cik tom.
“Cik tom?“
” Ye saya!“
“Cik tom?“
” Ye saya!“
“Cik tom ada tak ni?“
“Ye saya!!‘ ** dengan suara yang sedikit kuat.
“Awak cik tom mari datang sini!!!“
“Em ye cikgu“
Lantas tudung cik tom ditarik kasar. “Paaaaannng!!!!!!!” Sebijik lempeng lempang hinggap di pipi cik tom. Terkejut lantas berderai-derai air mata jatuh mengalir. Apalah salah diri ini sehingga dilempang di hadapan kawan sekelas lain.
” Awak tue dah la baru menumpang masuk kelas ni tapi nak sikap kurang ajar dengan saya ye! Cakap kasar langsung tak hormat cikgu.“
” Tapi cikgu saya jawab ye tadi kuat sikit sebab cikgu tak dengar“**jawabku sambil menangis teresak-esak. Betapa luluhnya hati bila niat cik tom disalah anggap.
“Dah pandai menjawab pulak ye. Pergi duduk, awak kena denda tak payah ambil ujian.“
Dengan teresak-esak, cik tom menangis menuju ke tempat duduk. Semua kawan yang lain dah mula menjawab ujian tapi cik tom sorang2 menangis kesedihan. Ikut hati nak keluar je dari kelas. Macam melukut di tepi gantang je.
Tiba-tiba..
“Cik tom, awak datang sini!“
“Awak ni tak reti nak minta maaf ke? Dah buat salah tak reti nak minta maaf?“
“Iskk..saya minta maaf cikgu..iskk“
“Saya denda awak kena berikrar depan semua orang sambil angkat tangan dan berjanji yang awak tak bersikap kurang ajar lagi dengan saya.“
“Iskk…Baik cikgu“
“Ikut apa saya cakap. Angkat tangan. Saya, Cik tom mengaku bersalah dan berjanji tidak akan bersikap kurang ajar lagi dengan Cikgu S.”
“Iskk…Saya, Cik tom mengaku bersalah dan berjanji tidak akan bersikap kurang ajar lagi dengan Cikgu S.” **sambil angkat tangan berikrar.
“Dah ambil kertas, pergi jawab ujian.“
Tapi cik tom tak jawab pun ujian tue. Tinggal kosong je. Habis basah kertas ujian dengan air mata cik tom. Yela hati tengah sedih. Pipi pun sakit kena lempang. Takkan salah camtu sampai dapat pengalaman kena denda lempang di sekolah. Cik tom tak pernah pun kena lempang dengan emak ayah sendiri. Itulah lempang kali pertama dan terakhir cik tom pernah rasa. Selepas habis ujian, semua kawan-kawan lain dalam kelas tue pujuk cik tom. Diorang semua terkejut dengan tindakan drastik Cikgu S kena kan denda cik tom macam tue. Kawan-kawan cakap suara cik tom takdelah bunyi kasar lawan cakap cikgu pun. Maybe cikgu tue ada masalah lain sebab mula2 masuk kelas dah muka kelat masam je. Hmm entahlah.
Memang cik tom malu gila. Pengalaman kena denda di sekolah yang paling memalukan takkan dilupakan sampai bila2 sebabnya cik tom ni kategori budak baik. Budak skema yang memang tak langgar peraturan sekolah. Seminggu cik tom jadi senyap dan tertekan dengan peristiwa kena denda. Alhamdulillah kawan sekelas yang banyak bagi semangat untuk cik tom belajar. Cikgu S mengajar subjek bahasa inggeris dan cik tom salah seorang yang pandai jugak dalam subjek bi. Lepas Cikgu S “nampak” kewujudan cik tom barulah sayang cik tom. Siap photostat karangan bi cik tom untuk dijadikan contoh dalam kelas.
Sebelum PMR, Cikgu S personally datang jumpa dan peluk2 cik tom. Cikgu S beria-ia minta maaf dengan cik tom jika selama ini dia banyak buat salah silap kat cik tom. Tapi nasi dah jadi bubur kan? Tak guna kenang banyak tapi hati yang terluka dengan pengalaman kena denda di sekolah memalukan susah juga nak ubati. Masa Cikgu S minta maaf itulah kali terakhir cik tom jumpa dia. Cik tom dapat A untuk subjek bi tapi tak jumpa dia lagi dah pastu sebab cik tom pindah ke sekolah lain masa form 4.
Itulah pengalaman kena denda lempang dan berikrar di sekolah yang cik tom alami rasai. Korang ada pengalaman kena denda di sekolah yang sukar nak dilupakan?? Kenangan kena denda yang menyedihkan atau melucukan??
****************************************************
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com



bolehlah ciku saya merayu ni heee…masa tu muka mesti comel sgt2kan heeee
hehehee…..ye2 je..
cikgu tu datang bulan agaknya kot. haha..
wallahualam cikgu…hehehe
Pingback: Imbas Kembali: Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah - Ciktom
kesiannye cik tom,apalah naseb kan!!!cikgu nie mmg,mntg2x dieorg cikgu kite nk ckp benda yang betul pon salah kan?apa bleh buat?sabar je lah!
kesiannye cik tom,apalah naseb kan!!!cikgu nie mmg,mntg2x dieorg cikgu kite nk ckp benda yang betul pon salah kan?apa bleh buat?sabar je lah!ok lah cik tom!good luck in your life!
thanks mirza..nak wat camane dah namanya student masa tue..terpaksa je terima..hee…good luck in your life to dear mirza
Pingback: Hadiah Misteri Istimewa dari Titan Kacak - Ciktom
Pingback: Pendahulu Cabaran SEO yang kacak. | EarnCent.com
Ini bukan denda dah ni, ni kes aniaya. Kalau zaman sekarang dah kena lempang balik dengan murid-murid.
rasa kes aniaya juga tapi dah cikgu tue cakap denda..huk3
Pingback: Pengalaman Kena Denda di Sekolah - Ciktom
salam..
lucu pun ada baca kisah ni
apa pun pengalaman mendewasakan
anda dan meninggalkan kenangan manis
salam…lucu?1st komen yang cakap lucu..hehee…yup pengalaman memang mendewasakan kita..
Sob Sob…..sedey sudey saya baca kisah cik tom ni….huhu..pengalaman menjadikan kita lebih matang….tak gitu.
yup pengalaman mematangkan kita…jangan sedih ye..dah lama berlalu pun..
Mmg sedih dan memalukan.kesimpulannya akak blh ckp cikgu ti kejam dan kurang ajar.tak mustahil klu jmp susah utk slm dan tegur dia kan?huhu
maybe akak tp sib baik xpernah jumpa dah lepas form 3 tu..huhu
Pingback: Dua hari terakhir.. | EarnCent.com
Pingback: 15 Blogger kacak di Malaysia. | EarnCent.com