Pengalaman Kena Denda di Sekolah Yang Memalukan

Cik tom nak kongsikan pengalaman kena denda di sekolah. Masih terngiang-ngiang pengalaman kena denda di sekolah yang memalukan cik tom alami dalam ingatan dan takkan dilupakan sampai bila2. Denda yang paling memalukan diri cik tom. Kisah denda ini bermula ketika cik tom sekolah tingkatan 3. Berdasarkan ujian pertengahan tahun sekolah, siapa top 3 dalam kelas akan dapat naik kelas dan siapa 3 last akan turun kelas. Masa tue cik tom kelas ke 2 dan tersenarai dalam top 3. Cik tom pun kena naik kelas pertama.

Denda

Pengalaman kena denda di sekolah

Cik tom memang tak nak masuk kelas pertama. Sebab apa?? Sebab cikgunya pilih kasih hanya sayangkan murid yang pandai je. Budak yang tak pandai dia tak suka. Cik tom siap pergi jumpa Cikgu H, Ketua Penyelaras Tingkatan 3.

Cikgu, saya tak nak naik kelas A cikgu. Biarlah saya belajar je kelas B ni. Sama je belajar mana-mana pun. Lagipun saya dah suka kelas saya sekarang. Boleh tak cikgu?

Eh, mana boleh. Dah awak tersenarai top 3, so awak kena masuk kelas A.

Hmm nak tak nak, cik tom dan kawan-kawan masuk juga kelas A tapi yang mengejutkan takde seorang pun pelajar dari kelas A yang turun ke kelas B sebab Cikgu S berkeras tak nak seorang pun pelajar dia turun kelas. Di sinilah titik tolak pengalaman kena denda di sekolah yang paling memalukan.

Hari pertama masuk kelas A….

Saya tak nak pelajar-pelajar baru yang masuk kelas A ni burukkan rekod nama kelas A. Rekod budak kelas saya semua baik2 dan bersih. Saya tak nak ada yang langgar peraturan sekolah.

Macam la kitaorang ni jahat sangat je bunyinya” **bisik hati cik tom.

Semenjak dari hari itu, banyak juga kisah lara cik tom dan 2 orang lagi kawan cik tom. Kitaorang bertiga memang dianaktirikan oleh Cikgu S. Tak tahulah apa salah kitaorang. Tapi demi tuntutan ilmu cik tom pejamkan mata je.

Hari kejadian bersejarah pengalaman kena denda di sekolah dalam hidup cik tom.  Hari itu ujian subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Cikgu panggil nama setiap pelajar untuk cek senarai kedatangan pelajar ke sekolah. Bila giliran panggil cik tom.

Cik tom?

Ye saya!

Cik tom?

Ye saya!

Cik tom ada tak ni?

Ye saya!!‘ ** dengan suara yang sedikit kuat.

Awak cik tom mari datang sini!!!

Em ye cikgu

Lantas tudung cik tom ditarik kasar. “Paaaaannng!!!!!!!” Sebijik lempeng lempang hinggap di pipi cik tom. Terkejut lantas berderai-derai air mata jatuh mengalir. Apalah salah diri ini sehingga dilempang di hadapan kawan sekelas lain.

Awak tue dah la baru menumpang masuk kelas ni tapi nak sikap kurang ajar dengan saya ye! Cakap kasar langsung tak hormat cikgu.

Tapi cikgu saya jawab ye tadi kuat sikit sebab cikgu tak dengar“**jawabku sambil menangis teresak-esak. Betapa luluhnya hati bila niat cik tom disalah anggap.

Dah pandai menjawab pulak ye. Pergi duduk, awak kena denda tak payah ambil ujian.

Dengan teresak-esak, cik tom menangis menuju ke tempat duduk. Semua kawan yang lain dah mula menjawab ujian tapi cik tom sorang2 menangis kesedihan. Ikut hati nak keluar je dari kelas. Macam melukut di tepi gantang je.

Tiba-tiba..

Cik tom, awak datang sini!

Awak ni tak reti nak minta maaf ke? Dah buat salah tak reti nak minta maaf?

Iskk..saya minta maaf cikgu..iskk

Saya denda awak kena berikrar depan semua orang sambil angkat tangan dan berjanji yang awak tak bersikap kurang ajar lagi dengan saya.

Iskk…Baik cikgu

Ikut apa saya cakap. Angkat tangan. Saya, Cik tom mengaku bersalah dan berjanji tidak akan bersikap kurang ajar lagi dengan Cikgu S.”

Iskk…Saya, Cik tom mengaku bersalah dan berjanji tidak akan bersikap kurang ajar lagi dengan Cikgu S.” **sambil angkat tangan berikrar.

Dah ambil kertas, pergi jawab ujian.

Tapi cik tom tak jawab pun ujian tue. Tinggal kosong je. Habis basah kertas ujian dengan air mata cik tom. Yela hati tengah sedih. Pipi pun sakit kena lempang. Takkan salah camtu sampai dapat pengalaman kena denda lempang di sekolah. Cik tom tak pernah pun kena lempang dengan emak ayah sendiri. Itulah lempang kali pertama dan terakhir cik tom pernah rasa. Selepas habis ujian, semua kawan-kawan lain dalam kelas tue pujuk cik tom. Diorang semua terkejut dengan tindakan drastik Cikgu S kena kan denda cik tom macam tue. Kawan-kawan cakap suara cik tom takdelah bunyi kasar lawan cakap cikgu pun. Maybe cikgu tue ada masalah lain sebab mula2 masuk kelas dah muka kelat masam je. Hmm entahlah.

Sedih

Memang cik tom malu gila. Pengalaman kena denda di sekolah yang paling memalukan takkan dilupakan sampai bila2 sebabnya cik tom ni kategori budak baik. Budak skema yang memang tak langgar peraturan sekolah. Seminggu cik tom jadi senyap dan tertekan dengan peristiwa kena denda. Alhamdulillah kawan sekelas yang banyak bagi semangat untuk cik tom belajar. Cikgu S mengajar subjek bahasa inggeris dan cik tom salah seorang yang pandai jugak dalam subjek bi. Lepas Cikgu S “nampak” kewujudan cik tom barulah sayang cik tom. Siap photostat karangan bi cik tom untuk dijadikan contoh dalam kelas.

Sebelum PMR, Cikgu S personally datang jumpa dan peluk2 cik tom. Cikgu S beria-ia minta maaf dengan cik tom jika selama ini dia banyak buat salah silap kat cik tom. Tapi nasi dah jadi bubur kan? Tak guna kenang banyak tapi hati yang terluka dengan pengalaman kena denda di sekolah memalukan susah juga nak ubati. Masa Cikgu S minta maaf itulah kali terakhir cik tom jumpa dia. Cik tom dapat A untuk subjek bi tapi tak jumpa dia lagi dah pastu sebab cik tom pindah ke sekolah lain masa form 4.

Itulah pengalaman kena denda lempang dan berikrar di sekolah yang cik tom alami rasai. Korang ada pengalaman kena denda di sekolah yang sukar nak dilupakan?? Kenangan kena denda yang menyedihkan atau melucukan??

****************************************************

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

108 thoughts on “Pengalaman Kena Denda di Sekolah Yang Memalukan

  • January 15, 2012 at 12:30 am
    Permalink

    Gila kentang lah Cik Tom. Tak ambil tindakan ke ? Kalau Shag memang dah jumpa terus Pengetua. Pernah sekali Shag buat jumpa Pengetua terus, buat aduan pasal Cikgu – tak ingat kes apa. Tapi, Cikgu memang kena balun jugak lah dengan Pengetua. HAHA 😀

    Shag selalu lari dari kena denda. Jadi tak ada pengalaman lah. HAHA.

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:15 pm
      Permalink

      tak ambil tindakan pun sayam.. masa tue fikir malu je. dengan emak ayah pun cik tom tak cerita kisah ni sebab takut nanti kena marah pulak. jenis ayah cik tom ni tegas, dia tak kan sebelahkan anak dia semata-mata..nanti mesti dia cakap cik tom yang salah..xkan saja2 je cikgu tue nak tampar cik tom. so better tak payah cerita terus.. sob3 T_T

      Reply
  • January 15, 2012 at 2:05 am
    Permalink

    kat skolh pun orang panggil ciktom ke?ehhehe

    #gud luck sayam^^

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:16 pm
      Permalink

      hehee..tue saje2 je la sebab xmo reveal nama sebenar..kat sekolah panggil nama sebenar la..
      thanks sayam!

      Reply
      • January 15, 2012 at 6:37 pm
        Permalink

        nak tahu nama sebenar cik tom..rasanya tahu sebelum ini,tapi lupa la..ermmm

        #selamat petang sayam..ada gath kat terengganu tak silap,nak jumpa cik tom..hehehee

        Reply
        • January 15, 2012 at 9:21 pm
          Permalink

          gath kat terengganu bila??xtau pun..huhu..xpe achie pergi la wakil cik tom..hee
          aah achie dah pernah tau nama sebenar..lupa plk ek..xmo dah bagitau..huhu

  • January 15, 2012 at 2:37 am
    Permalink

    alalala..ciannya dia..kena lempang juga rupanya..mesti malu gila kan? kan? hehe..

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:17 pm
      Permalink

      sadis betul kalau ingat..ni pasal nak join contest titan la flashback balik memori paling memalukan yang kalau boleh nak lupa terus..mmg malu giler…huhu

      Reply
  • January 15, 2012 at 7:45 am
    Permalink

    Jahat! Suka-suka hati dia je. Saya malas nak masuk contest, sebab jarang kena denda. Ehehe. Tapi, pernah la kena cubit sebab jadi ketua kebersihan anak buah pulak tak nak bertugas. Kena la bertanggungjawab. Bengang betul. Lepas tu, kena denda berdiri atas kerusi sebab tak bawak buku teks BI. Saja tak bawak, berat beg. Semua ni masa sekolah rendah je.

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:18 pm
      Permalink

      owh ciktom pernah kena denda time sekolah rendah..banyak gak kena denda masa sekolah rendah..time sekolah menengah tue sajelah pengalaman kena denda kat sekolah..

      Reply
  • January 15, 2012 at 8:18 am
    Permalink

    #untung la kan kena denda… DAMN !

    saya dulu kena denda sebab nak selamatkan cnior.. Okey saya pasrah bab 2 !

    Yang sya xlh terima knytaan. Guru besar denda saya sebab saya bising ! Padahal yang bising tu kawan saya yang dok belakang saya tu.. #memangcilakalatime.. Oh aku xdpt terima hakikat ini…. Orang lain yang buat salah orang lain kena denda.. SANGAT TIDAK ADIL.. Malu kot berdiri diperhimpunan 1 1/2 jam.. Orang dok tengok je… #memang menyumpah2 time 2.. Nak lawan tak mampu sebab baru darjah 4.. Malu sih dengan jnior + snior time tu. Sorang2 berdiri di depan… Memang benci terus dekat guru besar tu. Yang peliknya time ada kes orang curi barang boleh pulak Guru besar tu maafkan budak tu.. Tak bagi amaran pun. Tengok muka budak tu then terus lepaskan…#sialansialansialan.. Taksukataksuka..

    Aku diperlakukan sebegitu. Eh, saya budak baik tau. Nak je boom guru besar tu. Hari terakhir guru besar tinggalkan sekolah saya dah xjumpa dah dia. Ghaibkan diri.. #bencikot. Suka-suka hati je mempermalukan orang + menuduh orang tanpa usul periksa. Malu2 nak nyorok bawah katil jap.. #pura2 pitam… senggal…

    p/s : sory ye cik tom.. Dah macam tmpat meluahkan prsaan pulak.. adoi=_=”

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:20 pm
      Permalink

      untung??malu kot..huk3 ;(
      wow malu jgk pengalaman kena denda masa sekolah peyan..xpe kita fikir positif walaupun agak sadis..sob3..

      Reply
  • January 15, 2012 at 9:04 am
    Permalink

    gud luck cik tom. bahaya la, tak pernah lg pipi ni kena lempang. cikgu tu bad mood kot.

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:21 pm
      Permalink

      thanks..tp mmg sedih ingat balik pengalaman kena denda di sekolah ni..entah la maybe kot cikgu s tue bad mood aritu..huhu

      Reply
  • January 15, 2012 at 9:55 am
    Permalink

    smpai kna lmpang…npe x ambil tndakan msa 2…klaw sya siap cikgu tu hihihi…

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:22 pm
      Permalink

      masa tue rasa lurus je. fikir malu je. tak fikir dah nak ambil tindakan ke apa..huhu

      Reply
      • January 15, 2012 at 10:04 pm
        Permalink

        huhuhu xpe2 last2 dya myesal gak kn….:-)

        Reply
        • January 17, 2012 at 12:10 am
          Permalink

          aah sebab tue cikgu minta maaf..he

  • January 15, 2012 at 10:10 am
    Permalink

    Kejam giler cekgu tu. Tapi peristiwa tu mematangkan cik Tom kan?

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:22 pm
      Permalink

      kejam? zalim kot..heee…memang peristiwa kena denda ni matangkan cik tom. untuk jadi tabah n cekal..hee

      Reply
  • January 15, 2012 at 11:20 am
    Permalink

    ishhhh..ckg S tgh dtg bulan kaa?? x pon dah menopouse?? tabikk r c.tom..mmpu lg mlayan ckg S tuu..klau husna..ouh seyezly x mmpu den..

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:25 pm
      Permalink

      wallahualam yunk..menopouse xmungkin kot sebab muda lagi time tue..hee…dah jadi student kena la sabar…kalau xsabar dah lama drop sekolah..hee

      Reply
  • January 15, 2012 at 12:35 pm
    Permalink

    sedihnya kena layan mcm tue… memang kalo kena kat zie pown, zie xboleh lupa sampai bila2..

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:26 pm
      Permalink

      memang sedih dan still ingat sampai ke hari ni.. still terbayang-bayang lagi cikgu tarik tudung dan lempang muka ni. sob3

      Reply
  • January 15, 2012 at 12:40 pm
    Permalink

    kalo kena kat zie pown, zie xboleh lupakan.. tp cik tom maafkan cikgu s tue ke x??

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:27 pm
      Permalink

      mulut cakap maafkan tapi tak berapa nak ikhlas kot sebab pengalaman denda tue memalukan diri cik tom.

      Reply
  • January 15, 2012 at 12:46 pm
    Permalink

    tsk tsk tsk… cik tom dah maafkan cikgu s tue??

    Reply
  • January 15, 2012 at 12:47 pm
    Permalink

    hahahaaha….cikgu bermasalah tu…..kah kah kah..tah2 baru gaduh dgn laki dia..

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:28 pm
      Permalink

      entah la tapi maybe kot baru gaduh dengan suami..hee

      Reply
  • January 15, 2012 at 12:59 pm
    Permalink

    Cikgu pun juga manusia biasa. Begitu juga doktor kalau kita lihat mereka merokok tentu rasa pelikkan.

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:32 pm
      Permalink

      memang cikgu manusia biasa tapi cikgu kan dah diberikan akal untuk fikir sebaiknya. tak boleh ikut emosi je sebab cikgu ni contoh kepada anak murid sebagaimana tema guru 2011 “guru penjana transformasi negara”..kalau guru dah ikut emosi bagaimana pula dengan murid didikan? wallahualam.. ^_^

      Reply
  • January 15, 2012 at 1:11 pm
    Permalink

    CikTom tentu menjadi seorang terpelajar sekarang kerana ketegasan guru itu…..denda sebenarnya menjadi pengajar dan pengajaran kepada kita jika kita berusaha menjadi seorang yang positif. tapi budak-budak sekarang menganggapkan ia sebagai negatif dan akan terus melawan guru-guru….

    Reply
    • January 15, 2012 at 3:48 pm
      Permalink

      pendapat cik tom dari pihak yang pernah kena denda di sekolah. nak kenakan denda biarlah kena pada tempatnya. memang denda akan jadi pengajaran pada pelajar..tapi bila mana denda yang dikenakan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang cikgu tanpa soal selidik dan sebagainya..dan kita kena tengok jugak konsep denda tu…denda tue sesuai tak untuk dilaksanakan dengan kesalahan yang bagaimana..bagi cik tom tidak patut seorang cikgu menampar/ lempang muridnya..cukup la denda kesalahan dengan denda rotan atau yang lebih simple..wallahualam..

      Reply
  • January 15, 2012 at 1:26 pm
    Permalink

    cikgu tu mental ke cik tom? suka2 hati je tampar org.

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:50 pm
      Permalink

      entah la yunk..maybe ada problem masa tue sebab tue emosi tak stabil kot…sbb tue bila time kerja kita kena jadi profesional..tak boleh campur adukkan masalah peribadi dengan kerja..wallahualam

      Reply
  • January 15, 2012 at 3:01 pm
    Permalink

    bila baca kisah ciktom memang rasa geram sgt kat cikgu S.
    mungkin boleh maafkan tp akan igt smpai bila2

    Reply
    • January 15, 2012 at 3:39 pm
      Permalink

      sabar yunk..cik tom pun geram kena denda tampar berikrar camtu sekali..tapi dah xpernah jumpa last dari cikgu s tue minta maaf dengan cik tom..entah kat mana dia sekarang..

      Reply
  • January 15, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    Alaaahhhh . kesiannya . huda nangis kowt baca cerita cik tom . hurm , mak ayah tak pernah lempang , tp kat sekolah cikgu suka sgt lempang bdk2 . :'(

    Reply
    • January 15, 2012 at 3:36 pm
      Permalink

      kalau huda dah sedih..ciktom yang alami sendiri pengalaman kena denda ni lagi sadis..
      malu dapat..sakit pun dapat tapi xsalah pe pun..huk3

      Reply
  • January 15, 2012 at 3:19 pm
    Permalink

    Akhirnya cik tom…..hehehe

    #Pengalaman kita hampir sama la cik tom cuma yas kena backhand jerr….dulu2 cikgu mmg garang gila…x mcm skg, cikgu lak yg kena berhati2 dgn anak murid.

    Reply
    • January 15, 2012 at 3:33 pm
      Permalink

      akhirnya tertulis jugak pengalaman kena denda di sekolah ni..huhu…
      ciktom br pi baca entry ke 2 yas…tue la cikgu dulu garang2 kan..dah la xmai selidik2 dah..terus pi lempang sesuka hati..

      Reply
  • January 15, 2012 at 4:26 pm
    Permalink

    sedihnya baca citer ciktom…
    ciktom x bersalah tapi kena lempang…

    saya pun penah kena lempang sekali..cikgu tu pun paling garang…
    lupa nak buat owork..hehe..memang patut…

    Reply
    • January 15, 2012 at 4:39 pm
      Permalink

      tapi ciktom ikhlas ke maafkan cg s tu…?
      maklumla..malu giler masa tu…

      Reply
      • January 15, 2012 at 8:40 pm
        Permalink

        erk no komen..jwpn standard artis..hik3

        Reply
    • January 15, 2012 at 8:48 pm
      Permalink

      memang sedih tapi dah ramai yang komen ni bila fikir2 balik semua ni mematangkan lagi fikiran cik tom..
      pengalaman mengajar seribu erti kehidupan..

      oh ramai jugak blogger yang pernah kena lempang..tapi perempuan setakat ni cam cik tom sorang je..huk3

      Reply
  • January 15, 2012 at 4:44 pm
    Permalink

    pehal cikgu tu giler ke ape ? -..-“

    Reply
    • January 15, 2012 at 8:39 pm
      Permalink

      entah la syafiq…tue kena tanya cikgu tue..hihi

      Reply
  • January 15, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    arghhhhhhhhhhhh kejamnya cikgu tu:( cian cik tomm:(

    p/s= haah kat pilah ni.. bru pndh kolej jururawat tu:) ciktom pilah kat ne?

    Reply
    • January 15, 2012 at 8:52 pm
      Permalink

      huk2..cian kan??* tagih simpati..hii

      owh dekat je tue…cik tom kerja kat uitm beting, pilah tue je..hee

      Reply
  • January 15, 2012 at 4:59 pm
    Permalink

    huhu..hsna baru blik dr kem..mlas lg nk update blog..
    ^^

    Reply
    • January 15, 2012 at 6:23 pm
      Permalink

      xpe yunk..nanti bila2 xbusy+ ada mood boleh update blog..cik tom pun bukan tiap2 hari update blog..hee

      Reply
  • January 15, 2012 at 5:21 pm
    Permalink

    sandis jugak pengalaman cik tom ya. Sampai kena lempang begitu sekali. Moga menjadi pengajaran agar tidak melakukan perkara yang sama apabila terpilih menjadi seorang guru kelak.

    Reply
    • January 15, 2012 at 9:16 pm
      Permalink

      hmm..mmg sadis..yup dpt dijadikan pengajaran buat diri cik tom..

      Reply
  • January 15, 2012 at 8:27 pm
    Permalink

    Hmm, kenangan zaman sekolah kann, saya teruk kot dulu .

    Reply
    • January 15, 2012 at 8:37 pm
      Permalink

      cerita la…boleh share pengalaman zaman sekolah dulu..

      Reply
  • January 15, 2012 at 9:05 pm
    Permalink

    tak suka cikgu yang angin banyak badan ni
    baik tak payah jadi cikgu je

    Reply
    • January 16, 2012 at 1:04 pm
      Permalink

      cik tom nak jadi cikgu..tp nk jd cikgu yang baik2..xde angin..hehee

      Reply
  • January 15, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    askm. kesian n simpati dengar cerita ni. yg pasti xboleh lupa.

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:11 am
      Permalink

      wslm..memang pengalaman denda yang tak boleh dilupakan walaupun dah lama..

      Reply
  • January 15, 2012 at 10:42 pm
    Permalink

    xpa.. saya memahaminya.. kerana saya pun pernah kena terhadap kesalahan yg xdak dilakukan (sambil post macho merenung cik tom, ahakz)

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:19 am
      Permalink

      baguslah kalau atik memahami..
      opps post macho cam nak goda cik tom je ni..hehee

      Reply
  • January 15, 2012 at 11:19 pm
    Permalink

    Adehh, nape cikgu tu buat camtu ye..
    Tak pasal2 kena lempang..

    Kalau zaman sekarang cikgu lempang cenggiti, sure cikgu yang kena balik 🙂

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:28 am
      Permalink

      ntah la mj..maybe masa tue cikgu cik tom ni ada problem kot…
      zaman dulu lain dengan zaman sekarang..

      Reply
  • January 15, 2012 at 11:27 pm
    Permalink

    kalau zaman sekarang ni kena lempang ngan cikgu tanpa sebab dah lama cikgu tu kena ngan kitorang

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:29 am
      Permalink

      itu bezanya sekolah zaman dulu dengan zaman sekarang..hee
      lama menyepi yunk..baru muncul…dah habis spm ek?

      Reply
  • January 16, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    CIK TOM, tentu cik tom akan ingat cikgu tu sampai bila2….

    Reply
    • January 17, 2012 at 10:28 am
      Permalink

      yup memang ingat cikgu S ni sampai skang..huk3

      Reply
  • January 16, 2012 at 9:35 am
    Permalink

    kesian cik tom..tak patut la cikgu tu denda melulu jek..
    saya pon penah kene denda..tapi tu semua kenangan..
    bila kenang2…ada manisnye jugak..hehe

    Reply
    • January 17, 2012 at 10:39 am
      Permalink

      aah dah jadi kenangan yang tak boleh lupa…
      xpelah nasi dah jadi bubur…
      pengalaman yang mematangkan diri cik tom..

      Reply
  • January 16, 2012 at 11:08 am
    Permalink

    sedihnya…mengapa ada cikgu yg begitu pilih kasih…sabar ciktom mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu

    Reply
    • January 17, 2012 at 10:47 am
      Permalink

      um ye..yup bila fikir2 balik memang banyak hikmah yang tersembunyi..hee

      Reply
  • January 16, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    pergh…memang sadis kena lempang macam tu.Memang dalam dunia perguruan ada cikgu yang terlalu emosi dek kerana kerja kerja pengkeranian yang terpaksa dibuat.tambahan pulak bila menanda buku,perkara yang pada meraka sangat mudah untuk difahami oleh pelajar,bila “rait” kertas ada jugak pelajar yang salah pulak jaawab soalan tu.hangin memang hangin.Tapi cikgu cikgu kena tau tak semua murid cepat dan pick up laju.ada gak yang lemah.
    Cikgu yang senang naik marah memang ada tekanan jiwa mungkin tak la seserius orang yang ada masalah jiwa yang dalam ward tu.

    Apa pun mekasihlah sebab berkongsi pengalaman dengan kami

    Reply
    • January 23, 2012 at 1:47 pm
      Permalink

      sama2..thanks juga sudi share pendapat…
      ada blog x??
      sebab takde letak link blog pun..lupa ke??huhu…

      Reply
      • January 24, 2012 at 2:55 am
        Permalink

        blog saya kainvietnamterbaik.blogspot.com. singgah ler hehe

        Reply
        • January 24, 2012 at 3:02 am
          Permalink

          ok dah pernah singgah…hihi

  • January 16, 2012 at 3:29 pm
    Permalink

    cikgu garang adalah cikgu yang selalu dikenang sampai bila2 🙂

    Reply
  • January 16, 2012 at 3:33 pm
    Permalink

    kesiannya.. takpe ciktom ..ianya akan berubah menjadi pengalaman manis untuk di ingati

    Reply
  • January 16, 2012 at 4:49 pm
    Permalink

    pergh..menyirap darah yana baca kisah ciktom ni..dan dan rasa nak lempang jugak cikgu tu..
    ha ha..
    ciktom tak rasa dendam ke?pengalaman pahit betul..
    yana pun banyak pengalaman kena denda..
    tapi tak sampai lempang2 kan..
    sakit pipi..skit lagi hati..

    Reply
    • January 17, 2012 at 12:28 pm
      Permalink

      xterfikir pulak nk pi lempang balik cikgu tue..fikir sedih, sakit n malu jee….
      pengalaman denda yang paling pahit n memalukan…

      Reply
  • January 16, 2012 at 10:45 pm
    Permalink

    kena pukul tanpa sebab musabab..chii pun pernah skali..time tu jawab peksa maths..tetiba sorang cikgu cina ni kata ” i said silent” chii wat bodo..ingtkan dia kata kat sape..tetiba dia bgn..dia kasi sedas kat blkg chii..ampeh…je…grr

    Reply
    • January 17, 2012 at 11:28 am
      Permalink

      geram kan kalau kena denda bukan atas kesalahan kita sendiri..grr…

      Reply
  • January 17, 2012 at 5:12 pm
    Permalink

    bolehlah ciku saya merayu ni heee…masa tu muka mesti comel sgt2kan heeee

    Reply
  • January 18, 2012 at 12:34 am
    Permalink

    cikgu tu datang bulan agaknya kot. haha..

    Reply
  • January 23, 2012 at 7:49 pm
    Permalink

    kesiannye cik tom,apalah naseb kan!!!cikgu nie mmg,mntg2x dieorg cikgu kite nk ckp benda yang betul pon salah kan?apa bleh buat?sabar je lah!

    Reply
  • January 23, 2012 at 7:50 pm
    Permalink

    kesiannye cik tom,apalah naseb kan!!!cikgu nie mmg,mntg2x dieorg cikgu kite nk ckp benda yang betul pon salah kan?apa bleh buat?sabar je lah!ok lah cik tom!good luck in your life!

    Reply
    • January 23, 2012 at 8:25 pm
      Permalink

      thanks mirza..nak wat camane dah namanya student masa tue..terpaksa je terima..hee…good luck in your life to dear mirza 🙂

      Reply
  • January 26, 2012 at 11:35 pm
    Permalink

    Ini bukan denda dah ni, ni kes aniaya. Kalau zaman sekarang dah kena lempang balik dengan murid-murid.

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:05 am
      Permalink

      rasa kes aniaya juga tapi dah cikgu tue cakap denda..huk3

      Reply
  • January 27, 2012 at 2:10 am
    Permalink

    salam..
    lucu pun ada baca kisah ni
    apa pun pengalaman mendewasakan
    anda dan meninggalkan kenangan manis

    Reply
    • January 28, 2012 at 9:38 pm
      Permalink

      salam…lucu?1st komen yang cakap lucu..hehee…yup pengalaman memang mendewasakan kita..

      Reply
  • January 27, 2012 at 5:09 am
    Permalink

    Sob Sob…..sedey sudey saya baca kisah cik tom ni….huhu..pengalaman menjadikan kita lebih matang….tak gitu.

    Reply
    • January 28, 2012 at 7:44 pm
      Permalink

      yup pengalaman mematangkan kita…jangan sedih ye..dah lama berlalu pun..

      Reply
  • January 30, 2012 at 10:35 pm
    Permalink

    Mmg sedih dan memalukan.kesimpulannya akak blh ckp cikgu ti kejam dan kurang ajar.tak mustahil klu jmp susah utk slm dan tegur dia kan?huhu

    Reply
    • February 21, 2012 at 7:37 pm
      Permalink

      maybe akak tp sib baik xpernah jumpa dah lepas form 3 tu..huhu

      Reply
  • May 13, 2017 at 3:04 pm
    Permalink

    Saya kene command dekat skolah,,sampaikan kene ejek..malunya,esok kene lagiii* crying

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!