Pengalaman Kerja Sambilan dengan Menulis RM500/ Artikel

Salam Sayang… Cik tom tak sangka hasil dari artikel cik tom sebelum ini mengenai peluang kerja sambilan buat duit dengan menulis berjaya menarik minat pengunjung ke blog cik tom. Idea artikel tersebut ditulis berdasarkan pengalaman rakan sekerja, Hajar yang telah mula buat kerja sambilan dengan menulis artikel di majalah-majalah ketika masih status seorang pelajar. Untuk tahu lebih lanjut mengenai kisah tersebut boleh rujuk artikel>> Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis.

Kredit pic: MotivateUs

Artikel itu turut menarik minat penceramah/ trainer menghubungi cik tom bagi mendapatkan detail contact saudari Hajar. Tujuannya untuk tawarkan jemputan sebagai ahli panel undangan untuk menceritakan pengalaman beliau dalam usaha buat duit dengan menulis. Tapi sayang atas dasar menghormati hak privasi beliau tidak ingin segala maklumat diri diberikan pada orang lain sewenangnya.

Jadi kepada pengunjung lain juga (yang telah/ bakal bertanya perkara yang sama), maaf ye cik tom tak dapat berikan maklumat email mahupun nombor telefon Hajar. Hajar maklumkan segalanya sudah sedia dia maklumkan sepertimana apa yang dikongsikan oleh cik tom dalam entry tersebut. Korang yang kena berani mencuba untuk hantar draft artikel kepada pihak editor majalah. Jika tidak cuba, korang tidak akan tahu sampai bila-bila di mana tahap kemampuan korang.

Untuk berjaya tidak semuanya ada ditulis dalam panduan atau buku sepertimana kita pelajari di sekolah selama ini. Itu semua hanya sebagai guidelines sahaja. Yang lain terserah pada diri kita untuk menentukan kemanakah hala tuju kejayaan dalam hidup?

Maaf ya intro pun dah panjang lebar. hehe… Tapi cik tom perlu sedarkan pada2 mereka yang asyik PM cik tom bertanyakan “Bagaimana nak berjaya buat duit dengan menulis? Nak tulis artikel yang bagaimana? Berapa panjang artikelnya? Ada majalah lain tak selain majalah yang ciktom berikan tue? Tolong bagi tips menulis artikel yang bagus boleh? Sebulan berapa artikel boleh tulis? Sebulan berapa duit Hajar boleh dapat dengan menulis? Boleh bagi contoh artikel yang pernah ditulis Hajar tak?“.

Ok fullstop bab membebel tue. hehe…

Beberapa hari yang lepas cik tom turut dapat komen yang menarik dari saudara Adi 3121 yang menceritakan pengalaman beliau menulis secara sambilan di majalah “Perajurit”. First time cik tom dengar nama majalah ni. Tapi itulah yang menariknya di Malaysia ini terdapat pelbagai jenis majalah dan syarikat penerbitan yang ada. Nak tahu? Google je cari alamat atau email syarikat penerbitan.

Komen pengalaman menulis saudara Adi
Komen pengalaman menulis saudara Adi

Memang betul dengan menulis dapat menjana wang mudah. Tapi perlukan usaha yang konsisten. Saya menulis secara sambilan untuk majalah PERAJURIT. Alhamdulillah, sekarang dah jadi Penulis Tamu majalah tersebut. Tentang bayaran untuk sebuah artikel, jumlah tertinggi pernah saya dapat RM500/artikel. Bergantung kpd berapa m/s artikel tersebut. Rakan2 yang berminat untuk menulis, teruskan usaha anda kerana tak ada yang mustahil. Selamat menulis.-Adi 3121-

Pada asalnya saudara Adi hanya menjadi penulis sambilan. Tapi alhamdulillah akhirnya atas usaha konsisten beliau berjaya menjadi “Penulis Tamu” untuk majalah “Perajurit”. Malahan bayaran paling tinggi yang beliau pernah terima ialah RM500 untuk satu artikel! Wow tinggi kan??

Nasihat yang diberikan oleh Adi juga menarik iaitu “teruskan berusaha pada rakan yang berminat untuk menulis kerana x ada yang mustahil”.

Pada yang tambah ilmu macam mana cara nak menulis terbaik. Cik tom syorkan korang pergi baca tips dari saudara Aqif Azizan>> Rahsia Mudah dengan Menulis.

So??

Mulakanlah langkah untuk cari dimana kebolehan dan minat diri masing-masing. InsyaAllah akan datang cik tom akan usahakan kongsi tips ringkas untuk menulis artikel.

Kredit pic: Zulfa

UPDATE 2017

Pada yang banyak email cik tom bertanyakan mengenai panduan menulis diatas, cik tom minta maaf panduan tersebut telah dihentikan penjualan pada tahun 2016. Tapi jangan risau cik tom dah dapatkan source baru bagi korang yang berminat untuk belajar cara buat duit dengan menulis. Hasil nukilan dari saudara Shamsuriyadi seorang penulis buku yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis buku di pasaran.

Beliau seorang juga seorang blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. 🙂

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke website beliau>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis<<

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

55 thoughts on “Pengalaman Kerja Sambilan dengan Menulis RM500/ Artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.