Penginapan di Korea @ 2nd Hostel KW Pencil Seoul

Assalamualaikum dan Salam Sayang…  Seperti yang dijanjikan, cik tom nak share penginapan cik tom sepanjang di korea pada 20 Mei sehingga 27 Mei 2014. Cik tom dan kawan-kawan menginap kat Hostel KW Pencil (2nd) di Hongdae, Seoul, Korea Selatan selama 7H 6M. Malam last tue stay kat airport je sebab flight balik awal pagi.

Kitaorang follow guide dari youtube nak ke Hostel KW Pencil ni dari Hongik Uni Station [jalan kaki dalam tempoh 5-10 minit].

If korang nak tengok video guide “2ndpencilhostel.mp4”  kat Youtube boleh klik link ni ye>> http://youtu.be/mLHVqEDQePA. [Video masih valid even tahun 2011 punye.]

First impression time nampak je bangunan hostel ni, cik tom suka tengok mural kat dinding nampak kreatif dan cantik gitu. hehe…

 Penginapan di Korea @ 2nd Hostel KW Pencil Seoul

Hostel KW Pencil, Seoul, Korea Selatan
Hostel KW Pencil, Seoul, Korea Selatan

Ana yang tempah hostel ni secara online thru agoda.com. Kitaorang book untuk “4 bed family room“. Harga RM1556/4 pax, so sorang kos penginapan 7H6M kat korea dalam RM389.

Time untuk check-in pukul 2.00 pm and check-out 11.00 am.

Finally sampai jugak.. bilik kitaorang tingkat 3..
Finally sampai jugak.. bilik kitaorang tingkat 3..

Kat hostel ni provide 2 katil double, wifi, aircond, TV, dapur elektrik, almari, kabinet dapur, peti sejuk 2 pintu, microwave, gelas 4 biji, chopstick, sudu, but takde heater (cerek elektrik), iron, periuk. Kalau nak boleh mintak dengan staff but with deposit  10,000 won. But don’t worry nati nak check-out dapat balik deposit tu.

Dapur mini provide stove, sinki, washing machine, microwave, kabinet, dan peti sejuk
Dapur mini provide stove, sinki, washing machine, microwave, peti sejuk dan kabinet…. ada juga provide 4 gelas, sudu, chopstick dan span pinggan…..

Senang boleh masak sebab kat korea susah nak cari makanan halal. Tapi takde sediakan sabun cuci pinggan but staff ada jual 1000 won. So, kalau nak sewa sini bawak siap2 terus dari Malaysia boleh save cost. Jangan lupa bawak sekali sabun taharah nak samak sudu, gelas dan periuk kat sana.

Masa check-in tu diorang ada bagi 4 helai towel kecik, 1 buku sabun kecil dan 1 roll tisu. If nak stay sini korang kena bawak sendiri barang2 untuk mandian semua sebab tak disediakan k.

Ruang yang ada digunakan dengan sepenuhnya... jauh beza dengan Malaysia..
Ruang yang ada digunakan dengan sepenuhnya… berbeza dengan Malaysia..

Takde langsir dan juga cadar katil. Yang ada satu comforter nipis je atas tilam, bantal dan selimut. Tapi bagi cik tom okay je kira sesuai dengan harga kot. Huhu..

Katil 2 tingkat include tilam, comforter, selimut dan bantal
Katil 2 tingkat include tilam, comforter, selimut dan bantal

Lagipun bagi cik tom pergi bukan nak tidur lebih so tak berapa kisah sangat tempat tidur asalkan boleh tidur, bersih dan safe environment.

Posing sat lepas penat angkut beg naik tingkat 3... ;p
Posing sat lepas penat angkut beg naik tingkat 3… ;p

Jenis2 bilik yang terdapat kat Hostel KW Pencil ni;

  • 4 bed family room
  • Twin room
  • Double room
  • Triple room
  • 4 bed female dormitory room

Yang ni pulak rupa bilik air+toilet. Quite nice but design cam sesuai untuk orang kurus2 je masuk. hehe…

Bilik air bersih walaupun kecil.. ada heater, plug dan provide hair dryer
Bilik air bersih walaupun kecil.. ada heater, plug dan provide hair dryer

Staff Hostel Pencil ni okay je mesra.. Tapi ada sekali tu hari ke-4 toilet tu stuck, cik tom pi la bagitau kat staff perempuan yang jaga shift malam tue. Dia bagi cik tom pump untuk pump sendiri je toilet tu. Sadis betul. huhu…

Dia cam tau2 je cik tom pernah keja plumber dulu. haha… Alhamdulillah problem setel lepas keje mengepam dan juga guna air panas. hehe…

Overall stay kat sini kira puas hati dan keadaan selamat. Cik tom bagi rate 7.5/10.

Hostel KW Pencil
570-10, Yeonnam-dong,
Mapo-yu, Shinchon/ Hongdae,
Seoul, South Korea.
Contact no.: +827042745622

If nak pergi ke Hello Kitty Cafe & Trick Eye Museum memang dekat stay sini. On the way ke Hostel Pencil ni ada banyak restoran (nonmuslim), cafe, bustop, convenience store (GS25 & Mini Stop) dan juga Starbucks.

  1. http://www.ciktom.com/tabung-korea-misi-ke-korea-2014/
  2. http://www.ciktom.com/tertunai-hasrat-di-hati-korea/
  3. http://www.ciktom.com/contoh-itinerary-trip-ke-korea-cik-tom/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

50 thoughts on “Penginapan di Korea @ 2nd Hostel KW Pencil Seoul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE