Penjagaan Kura-kura | Segala Soalan dan Jawapan Mengenainya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia………

Cik tom tak sangka pulak respon yang begitu menggalakkan dari entry permulaan hasrat cik tom nak pelihara kura-kura kesayangan cik tom; “Nak Cari Teman Hidup” sehinggalah entry seterusnya berkaitan kura-kura. Ramai yang bertanyakan tips dan masalah berkaitan dengan penjagaan kura-kura kecil. So, cik tom ambil keputusan untuk kumpul semua pertanyaan pelawat blog cik tom dalam satu entry. Semua mengenai persoalan pasal cara nak jaga kura-kura berdasarkan pengalaman cik tom sendiri.

gambar kura-kura kecil jantina jantan dan betina yang comel
 

1. Apakah perbezaan antara kura-kura jantan dan betina?

Setahu cik tom, paling mudah nak bezakan antara jantina kura-kura jantan atau betina ialah saiz kura-kura betina lebih besar berbanding daripada kura-kura jantan. Selain tue, boleh tengok corak pada bawah cengkerang kura-kura. Kalau kura-kura jantan, corak bawah cengkerang ialah banyak dan rapat. Untuk tahu selanjutnya perbezaan kura-kura jantan dan betina boleh baca; “Tips Mengenali Jantina Kura-kura2. Kura-kura kecil suka makan apa?

Setakat ni cik tom hanya bagi makan pallet yang khas untuk kura-kura kecil. Pallet tue warna hijau gelap, berbentuk panjang dan berbau sedikit busuk. Pallet ni boleh didapati dimana-mana kedai haiwan yang berdekatan. Untuk permulaan bela kura-kura, cik tom sarankan potong pallet tue kepada 2 bahagian. Bagi memudahkan kura-kura makan dan juga untuk penghadaman. Apabila saiz kura-kura dah makin besar, boleh mula bagi makan sayur-sayuran seperti kangkung dan sawi.

3. Kura-kura besar makan kura-kura kecil tak?

Cik tom tak pernah pula bela kura-kura besar dan kecil sekali dalam satu aquarium. Tapi emak saudara cik tom pernah pelihara sekaligus kura-kura kecil dan kura-kura besar dalam kolam yang sama dan memang kura-kura besar tue makan semua kura-kura kecil. So, sebaiknya baik asingkan jenis dan saiz kura-kura bagi langkah berjaga-jaga.4. Kura-kura tahan berapa lama kalau tak makan?

Normal kura-kura tahan selama 3 hari sehingga seminggu walaupun tak makan. Cik tom dah pernah buat eksperimen ni pada kura-kura kesayangan cik tom, diego dan dora. Masih hidup sihat walafiat walaupun tak makan 3 hari. huhu ^_^

5. Bagaimana cara penjagaan untuk kura-kura?

Ramai yang bertanyakan tips penjagaan kura-kura. Macam mana nak bela kura-kura? Kena bela dalam bekas yang besar ke? Nak bela kura-kura ni senang je tak payah susah dan pening kepala. Hanya perlukan bekas yang kecil dan bersesuaian dengan saiz kura-kura. Kuantiti air hanya sedikit iaitu sekurang-kurangnya tenggelam separuh badan kura-kura. Sebabnya kura-kura ni lebih suka berjemur dan ia termasuk dalam golongan 2 alam. Nak tahu selanjutnya boleh baca; “Tips Penjagaan Kura-kura Kecil Versi Cik Tom

6. Berapakah saiz atau umur kura-kura yang sesuai untuk mengawan?

hahahhaha…soalan ni paling lucu kot. Cik tom bukan pakar atau doktor haiwan ye. Cik tom pun tak tahu bila usia kura-kura yang sesuai mengawan. Yang cik tom tahu cik tom dah kahwinkan kura-kura cik tom tue; “Wedding of The Year Diego dan Dora

7. Apa yang seronok bela kura-kura?

Cik tom rasa kura-kura tue comel je. Satu lagi pemalu. Takdelah aktif dan agresif sangat macam haiwan peliharaan yang lain dan yang paling penting tak berbulu sebab hidung cik tom sensitif pada haiwan berbulu ni al-maklumlah ada penyakit resdung; “Kelebihan Bela Kura-kura“.

8. Kenapa kura-kura yang saya baru beli tak nak makan pallet yang saya bagi?

Jangan bimbang ye memang normal kalau permulaan kura-kura tue tak makan. Maybe belum sesuaikan diri lagi dengan keadaan baru. Masa mula-mula cik tom beli kura-kura, hampir seminggu juga kura-kura tue tak makan. Pastu okay je. Tapi kalau korang tengok keadaan kura-kura tue pelik sangat cubalah rujuk pada doktor haiwan ye.

9. Berapa harga seekor kura-kura dan kat mana boleh beli?

Harga seekor kura-kura ni dalam anggaran RM 5-10. Depend pada kedai yang korang beli tue la. Kalau pandai menawar boleh la murah. Nak beli kat mana? Korang boleh beli kat kedai jual haiwan peliharaan, pasar yang ada jual kura-kura atau tangkap sendiri. huhu ;D

10. Macam mana nak potong kuku kura-kura?

Hmm….agak berat soalan ni cik tom nak jawab sebab sejujurnya sepanjang cik tom bela kura-kura ni memang cik tom tak pernah potong kuku kura-kura. Kura-kura cik tom pun tak pernah cakar muka diorang sendiri. Cuma cadangan cik tom bagi yang nak potong kuku kura-kura, kalau nak potong kuku kura-kura sila berhati-hati jangan potong sehingga terkena kulit kura-kura. Just potong sedikit kuku kura-kura pada bahagian yang hujung yang tajam.
********************************************
Cik tom bukanlah pakar mengenai kura-kura tapi ni semua berdasarkan pengalaman cik tom yang pelihara kura-kura. Siapa lagi yang bela kura-kura dan nak share tips kat sini boleh la juga ye. Atau ada yang baru berminat nak bela kura-kura? lalalalala~

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

115 thoughts on “Penjagaan Kura-kura | Segala Soalan dan Jawapan Mengenainya

  • March 7, 2011 at 4:14 pm
    Permalink

    sejak cik tom bagiyau kura2 air dia cepat busuk akak jadi tak berapa minat bela kura2 ni..
    hehhe..maklum la..pemalas!!hahha

    Reply
    • October 23, 2011 at 11:54 pm
      Permalink

      assalam.. πŸ™‚ sy isma.. sy nk tnye skit.. knp kure2 sy ni cpat lapar ek? asyik nk mkn je.. tp yg mbesr nye sekor je.. diorg sgt aktif.. sy jd risau pulak.. knp ek?

      Reply
      • October 27, 2011 at 1:07 pm
        Permalink

        wslm..memang kura2 kuat makan..kl isma google website indonesia pun ada cerita kura2 ni nafsu makan tinggi..tp jgn overload bg makan boleh sbbkan kura2 mati jgk..kura2 cik tom tue pun sama..yg betina je besar sbb kuat makan..yg kura2 jantan kurang makan/ beralah dengan kura2 betina..ciktom rasa xperlu risau selagi kura2 ni sihat dan xmenunjukkan simptom pyakit..

        Reply
  • March 7, 2011 at 4:35 pm
    Permalink

    ecah bela perut je skrg.huhuh..tp berminat gk nk bela.huhuhu

    Reply
  • March 7, 2011 at 4:37 pm
    Permalink

    panjang akal la ko ni…macam2 jenis tajuk ko buat ek…tajuk kura-kura pun jadik….hahahhahahhaha ;D

    Reply
  • March 7, 2011 at 4:49 pm
    Permalink

    Cik tom!..hihihi..Sama la plak..kura2!..ok saya nak tambah sikit sebab saya pun pembela haiwan eksotik kura2..kalau cik tom pnah tak bg makan kura2 cik tom selama 3 hari tapi saya 6 bulan!..hihihi..Bukan sebab saya zalim yek?..Kura2 saya menghilangkan diri dr aquarium..Bila kemas2 bilik setelah 6 bulan baru saya jumpa kura-kura saya dibawah almari..Masih hidup dan duduk sahaja dalam cengekrang..Jumpa2 dah besar..hihihi..mengikut pengalman saya plak kura2 kecil nie kita kena lindungi dia dr kena gigitan nyamuk dikepala sebab kalau kena gigit dia akan mati..hihi..Saya ada 6 ekor kura2..tapi sekarang dah tggl seekor yg baru dalam 1 tahun umur dia..yg lain2 saya dah lepaskan kehabitat sebenar..Nak jaga senang jer..Selain pallet,kalau keje slalu outstation mcm saya,just sediakan ikan yg murah sebanyak mungkin dlm aquarium supaya kalau dia lapar dia ble telan ikan tue..hihihi..Haiwan yang paling mudah nak jaga dan xle hidup dlm komuniti yang pelbagai sbb dia haiwan pemangsa..paling besar saya penah jaga adalah sebesar tapak tangan sebelum dilepaskan ke habitat sebenarnya disungai..hihihi..sorry panjang skit komen..hihihi

    Reply
    • May 18, 2011 at 12:41 pm
      Permalink

      di mana tempat terbaik untuk dilepaskan kura-kura yg sudah besar? Adakha selamat habitat barunye nanti? saya menetap di selangor
      emailkan kepada saya ye junko ke [email protected]

      terima kasih banyak-banyak

      Reply
  • March 7, 2011 at 5:39 pm
    Permalink

    Assalam ciktom…panjangnye komen Junko…he3.ciktom kat umah saye ade sekor kura2…adik dok beli…owh pallet tuu kena potong dua erk…ok2.mcm susah die nk makan besar2 tuu kn…hu3

    Reply
  • March 7, 2011 at 5:54 pm
    Permalink

    err…mish memang fail bab binatang..huhu

    Reply
  • March 7, 2011 at 6:01 pm
    Permalink

    Comel je cik tom bela kura- kura….:)

    Reply
  • March 7, 2011 at 8:10 pm
    Permalink

    salam ziarah pagi selasa..
    Salam pagi selasa ciktom
    Oh…ya…

    sambil promosikan blog su yang baru…
    jemput singgah sini
    Thanks so much sudi singgah..
    happy blogging from Sumanje

    Reply
  • March 7, 2011 at 9:11 pm
    Permalink

    comelnye kura2 teringin nak jaga jugak πŸ˜€

    Reply
  • March 7, 2011 at 11:38 pm
    Permalink

    Ellen plak suka tengok ja kura2 tapi tak suka bela..hehe

    Reply
  • March 8, 2011 at 12:45 am
    Permalink

    Tak penah cuba bela kura2 nie.. comelkan kura2 nie masa dia kecik:)

    Reply
  • March 8, 2011 at 2:36 am
    Permalink

    @β–ΊAdamXisβ—„

    hihihi..aku bab kura2 memang aku suka..so komen pun panjang lebar ble buat entri..wakakakaka

    Reply
  • March 8, 2011 at 4:54 pm
    Permalink

    persoalan ke 11,snggup ke ciktom bgi sy kura2 cik tom??heheeee

    Reply
  • March 9, 2011 at 1:42 am
    Permalink

    assalamualaikum… salam ziarah… hoho..aku pon ade bela gak si haiwan bernama kura – kura ni.. ade 3 ekor.. beliau sume masih kecik2 lg.. taraf budak2 tadika lg… haha…

    Reply
  • March 9, 2011 at 3:49 am
    Permalink

    piwit.. sudah jd pakar kura2.. tahniah! hehe..

    Reply
  • March 9, 2011 at 1:27 pm
    Permalink

    Kawan Shag pernah bela tiga ekor dulu kat rumah sewa kitorang. tapi, seko mati sebab yang TUA makan dia. Sob sob ;'(

    Lepas tu yang besar tu jugak pernah gigit hidung Chummy, kucing kesayaman Shag tu. Hahaha ;D

    Reply
  • March 17, 2011 at 3:20 am
    Permalink

    kalo kura2 tue tak buka mata nape ek…saya letak klorin utk antiseptik…tak elok gak..last die mati.dalam sebulan gak lah mata die takleh buka…cian die…

    Reply
    • April 27, 2011 at 3:21 pm
      Permalink

      kura-kura saya pom x mao bukak mata…saya pom x taw nape…makan pom x berapa nak…runsing saya dibuatnye…harap sangat cik tom boleh bagi jawapan..

      Reply
      • April 27, 2011 at 4:38 pm
        Permalink

        cuba tips salah seorang kawan yg ada masalah sama macam ni..dia sarankan guna air suam untuk kura2…bg masalah xbuka mata pulak cuba letak serbuk anti-klorin dalam air tue ye..sbb ada sesetgh kura-kura sensitif pada air biasa yang tinggi klorin…makanan plk awak bg makan pe ye?kl dia xnak makan pellet yang beli kat kedai..cuba awak bg makan sayur2an pulak…cuba tips tue dulu dan lihat perkembangan ye..

        Reply
        • April 27, 2011 at 11:14 pm
          Permalink

          oo..yang air suam tue dah cuba..ada sedikit perubahan..tapi sekejap je..saya bagi pellet kat kura-kura saya..keadaan kura2 saya skunk nmpak sangat pasif…asyik duk ats batu je..turn dalam air pom x mao..untuk pengetahuan cik tom..saya gunakan air mineral untuk kura2 saya..saya agak was-was untuk menggunakan air paip..namun kepala kura2 saya selalu menjengah keluar..cuma yang merisaukan saya adalah mata kura2 saya x mahu bukak..harap cik tom dapat membantu..

        • April 29, 2011 at 2:29 pm
          Permalink

          owh perubahan sekejap je…hurmm..tapi memang normal kura2 suka berjemur..cuba awak letak kura2 awak di kawasan yang ada cahaya utk berjemur..ada perubahan positif x?owh guna air mineral..cuba awak guna air paip+campur dengan anti-klorin(boleh beli kat kedai haiwan)…tengok ada perubahan bagus x?sebab mana tahu kura2 awak xsuka air mineral…baik awak cuba alternarif lain juga..pasal mata xbuka tue..byk kemungkinan…salah satu air yang xsesuai..atau mungkin mata sakit…tapi sebab cik tom bukan doktor haiwan cik tom tak boleh nak konfirmkan..tapi cuba alternatif tuker jenis air, letak berjemur di kawasan yang ada cahaya, tukar diet makanan pada sayur-sayuran atau buah-buahan…selamat mencuba..

  • April 20, 2011 at 10:20 pm
    Permalink

    saya nak tnye kura2 yang sy bli xnk mkn mkanan yang sy bg,,,skrg sy tgk keadaan die jd lemah…xbrmya….pa cdgan yang ptt sy wt….

    Reply
    • April 22, 2011 at 7:19 pm
      Permalink

      dah berapa lama bela kura2 tue?macam cik tom hari tu dekat seminggu kura-kura tue xmakan..tp lepas tue dah ok..maybe ambil masa nak sesuaikan diri kot…kalau dia tak nak makan jugak lepas 3 hari, cuba bagi makanan lain macam sayur-sayuran seperti sawi, kangkung..tengok kura-kura tu makan tak?

      Reply
  • April 24, 2011 at 7:17 pm
    Permalink

    asSalam…

    Saya nk share dan minta pendapat dari korang semua…Saya pun ada bela kura-kura juga…Charlie dan Chuckey…Saya dah bela diorang ni 8 bulan…Dah makin besar, nakal, cerdik dan kuat makan!!!Seronok bela kura-kura ni walaupun kita tak boleh nak belai dia selalu tapi telatahnya memang comel lagi-lagi bila time nak bagi makan…Saya bagi kura-kura saya makan pallet jenama sanyu dan anak ikan.Anak ikan ni murah je RM 1 = 15 ekor.Tapi diorang ni tak suka makan sayur…Boleh tak kalau cik tom bagi sikit tips supaya kura-kura saya makan sayur…Bagi kura-kura yang tak nak makan tu…Saya cadangkan letak kura-kura tu dalam air suam supaya kitaran perutnya berfungsi mungkin makanan dalam perutnya tak hadam…Saya rasa mungkin itu je kot yang saya nak share…Saya harap saya ada memberi anda semua sedikit ilmu…terima kasih…

    Reply
    • April 29, 2011 at 3:54 pm
      Permalink

      wsslm..wah dah 8 bulan!cik tom baru 6 bulan..hee..terima kasih share psl air suam tue..ada yang praktis dan menjadi..hee…
      erm pasal kura2 xsuka makan sayur susah jugak ek..cuba awak stop seminggu xbagi makan ikan dan letakkan sayur..tengok diorang makan x?selain sayur boleh cuba juga buahan macam epal dan pisang potong kecik3…cuba ye..harap dapat membantu ekin mus..

      Reply
  • April 26, 2011 at 8:45 pm
    Permalink

    sy adew bla gk 2 ekor…tp kcik glew..ntah blew na bsa..hahaha….

    Reply
    • April 27, 2011 at 5:08 pm
      Permalink

      memang masa mula2 kecik..nanti lama2 xsedar dan terkejut kura2 tue jadi besar..hehehe

      Reply
  • August 24, 2011 at 11:35 pm
    Permalink

    salam cik tom…kure-kure awek sye slalo skit..dan ade terdpt luke di kaki dorg..xlme pstu..mati…bnde ni berjangkit dr sekor ke sekor kure-kure…npe ek??
    Jom baca entri terkini ayie …selamat ari raye deyhh~~~ !!My Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 2:26 pm
      Permalink

      salam ayie..ciktom tak pasti la pasal penyakit kura2 ni tapi cik tom nak tanya ayie selalu tukar tak air dalam aquarium kura2 tue?sebab air yang tak bersih (kotor) ni mudah menyebabkan jangkitan penyakit pada kura2..satu lagi cahaya..bagi tak kura2 ni berjemur dekat cahaya?tue penting juga sebab kura2 memang 2 alam..so suka menyelam dan juga berjemur..

      Reply
  • September 4, 2011 at 8:56 pm
    Permalink

    kura kura saye dah setahun lebih dah besor dah tapi kuku die panjang kalo nak potong takut terkene kulit die karang menangis so nak what camne aaaa

    Reply
    • September 13, 2011 at 7:32 pm
      Permalink

      huh potong kuku?hehe..cik tom punya kura2 pun dah genap setahun jugak..tak pernah plk potong kuku..watpe nak potong?huhu

      Reply
  • September 27, 2011 at 8:54 pm
    Permalink

    Hai cik tom.. Bangga Ada penulis entri macam nie. Saya nak Tanya,sye Ada seekor kura2 nama dia Kim. Dia Tak mau basking la. Dulu Ada letak batu banyak utk basking tpi dia panjat pulak so skang Ada batu sikit plus tmpt dia tu mmg direka skli Ada tmpt basking tp kecik n dia xnk. Mngapa? BOleh Tak saya tggalkn dia dalam satu bekas kering bawah lamp warna Oren or warna putih ker tlg pilihkan n beri pendapat.. Thanks

    Reply
    • October 2, 2011 at 7:38 pm
      Permalink

      hi ash…thanks..entry ni berdasarkan pengalaman n pertanyaan pelawat yang singgah blog ni..biar la kim tue panjat batu tue kenapa ash adjust kecilkan ruang utk basking…sebab cik tom sendiri pun suka letak batu banyak2 bagi kura2 tue panjat dan basking atas batu yang paling tinggi. ash bimbang takut kim jatuh ke?yg warna lampu tue better warna oren..ash boleh letakkan dlm satu bekas kering n setiap hari bagi berjemur bawah lampu utk basking selama beberapa jam…kalau nak asingkan tempay utk bagi makan pun better jugak untuk elakkan air dlm akuarium cepat kotor…

      Reply
      • October 4, 2011 at 9:55 pm
        Permalink

        Oh yeke.. disebabkan ciktom lambat sesangat balas.. hehehe saya dah buat semua tuh. saya asingkan tempat makan,basking dan kadang2 saya bagi kim saya berenang bagi dia exercise sikit. Satu lagi pertanyaan.. bila diego dan dora dah besar ciktom nak jaga lagi ker or nak lepaskan. Kalau saya sayanglah.. Nasib baik haritu saya ronda ronda the store n jumpa plastik box yang boleh isi 80liter air sebesar aquariumlah jugak. Jawab yerr.. πŸ˜€
        Jom baca entri terkini ash …I LOVE PET!My Profile

        Reply
        • October 4, 2011 at 9:58 pm
          Permalink

          LAGI satu wahai ciktom.. saya punya kim tak nak makan sayur,saya dah bagi carrot,lettuce tapi dia tak makan walaupun dah ‘puasakan’ dia selama tiga hari.. AIshh.. tapi isi ikan mentah nak pulak makan. Tp saya rasa saya ptut cuba bila dia dah besar sikit sbb dia baru beberapa minggu.. πŸ˜€

        • October 7, 2011 at 12:05 am
          Permalink

          kura2 jenis omnivor so makan sayur n juga daging…so normal kalau dia nak makan ikan mentah/udang kecil..kalau kecil ni ash bagi pellet tue pun dah ok..bila besar sikit baru bagi makan isi ikan sbb makin membesar makin byk makan..xcukup just makan pellet je..

        • October 7, 2011 at 12:03 am
          Permalink

          sorry ciktom bukan on9 24hours…so bila berkesempatan on9 je ciktom akan reply komen…owh bagusnya dah buat sebelum cik tom bagitahu..heee…ciktom still jaga diego n dora sampai skang tapi ayah ciktom yg tolong jgakan kt umah sbb ciktom keje kat lain..ciktom letakkan kura2 ciktom dalam aquarium kaca besar sbb bekas akuarium kecil memang dah xdpt nak tampung..heee

        • October 7, 2011 at 6:01 am
          Permalink

          Ohh,nanti tolonglah baut entri cik tom psal diego n dora yang baru nak tgk jugak,tank setup cik tom ada diego n dora cik tom yang sekarang.. πŸ™‚
          Jom baca entri terkini ash …Kim’s Future HouseMy Profile

        • October 7, 2011 at 8:18 am
          Permalink

          ok je..tapi skang cik tom keje kat negeri 9..diego n dora kat terengganu…ciktom xsetup pe2 pun kat akuarium kura2 ciktom..just letak batu n air je…sebab makin besar makin cepat kotor air…lagipun ayah ciktom yang tolong jagakan skang…so xde setup apa2 utk mudahkan ayah tukar air..heee…tapi cantik la gmbr yang ash tunjuk dlm entry latest tue..teringin jgk nak setup camtu kalau ada masa nanti πŸ™‚

        • October 7, 2011 at 9:25 pm
          Permalink

          Sorry sbb reply kt sini. Tiba2 tak boleh reply pulak dekat comment cik tom tuh. Ohh.. jauhnyee diego n dora cik tom.. Oh tank setup yang dekat blog Ash tuh. Ash dapat dekat internet. Cantik die buat pakai plastik box jer.. πŸ˜€ Ash ingat nak buat mcm tuh lah. Hee

        • October 8, 2011 at 8:36 pm
          Permalink

          takpe reply je mana2 pun…mmg jauh..nanti cik tom balik cik tom upload gambar..tapi dgn cik tom ada gmbr time balik raya aritu..nanti cik tom masukkan dalam entry akan datang ye..tue la cik tom tengok cantik la tank setup tue..berkenan sangat…hee

        • October 8, 2011 at 9:07 pm
          Permalink

          aah simple n creative..ciktom dh tgk website yg asy bg tue…wah smuanya cntk2 n ada mcm2 jenis kura2 comel2..

        • October 9, 2011 at 12:19 am
          Permalink

          Comell gile kura-kura tuh. Tank setup last dia yang pkai aquarium tuh pun cntik. Simple,tpi.. Ash xnk aquarium susah nk travel. Sbb tuh prefer bekas plastik,walaupun besar.. still bleh bwk travel. Hee~ Jangan lupa entri diego n dora yg baru. tak sabar nk tgk πŸ˜€

        • October 12, 2011 at 2:50 pm
          Permalink

          tue la..ciktom tengok memang cantik..ciktom nak share gambar tank tue dalam entry akan datang cik tom..

  • September 30, 2011 at 3:44 pm
    Permalink

    kenapa kura2 saya asyik tidur saja? pantang letak atas katil dia mesti lari pergi bawah bantal tuk tidur… itu normal atau tidak?

    Reply
    • October 2, 2011 at 6:06 pm
      Permalink

      hehe…kura-kura memang suka tidur dan berjemur…tue memang normal tak perlu bimbang…pasal lari bawah bantal tue memang sifat kura2 pemalu dan suka menyorok…

      Reply
      • October 2, 2011 at 7:34 pm
        Permalink

        ok… trima kasih ya. saya juga bimbang kerna dia tidak mahu makan. sudah saya kasi itu platlet makanan dia tu, tapi dia tidak mahu makan jugak… dia baru 2 minggu saya bela…

        Reply
        • October 2, 2011 at 7:42 pm
          Permalink

          dah 2 minggu tak makan?lama tue…hmm pallet tue besarkan..cuba belah 2 masa nak bagi..kalau xnak pellet, cuba bagi makan ikan kecil or udang kering??kalau xna jugak cuba bagi sayur2an..kalau xjugak rajinkan tukar air setiap hari n masukkan anti-klorin dlm air tue…kalau still xde perubahan maybe boleh rujuk doktor haiwan..

        • October 3, 2011 at 11:12 pm
          Permalink

          makasih ya..hehehe… saya jugak risau bila di tidak mahu makan.. saya cuba bagi sayur tapi tak mahu makan juga… hari2 juga saya tukar air… saya selang2 guna air mineral dan air paip yg ditapis… hehe… gimana lagi?

        • October 6, 2011 at 11:04 pm
          Permalink

          sama2…dun worry..erm still xde perubahan ke??pallet tue dah potong kecil?dah try bagi makan udang kecil/kering??air tue try letak anti-klorin..

  • October 1, 2011 at 9:20 pm
    Permalink

    salam ciktom, sya bru je beli kura2..comel ajek..tpi kuku dia pjglah..dia da cakar muka sndiri n nmpak mcm luka skit..boleh ke letak mnyak gamat n lgi satu camana nk potong kuku kura2tu? sya tgah susah hati ni..huhuhu!

    Reply
    • October 2, 2011 at 5:40 pm
      Permalink

      kalau luka boleh letak minyak gamat tapi jangan letak minyak panas…hee…kenapa nak potong kuku?cik tom rasa tak perlu..maybe kura2 tue cakar muka sebab rasa tak selesa pada air dalam akuarium…rajinkan tukar air..kalau masih juga kura2 tue cakar muka, cik tom cadang cacha potong kuku sedkit je yang bahagian hujung yang tajam tue…

      Reply
  • October 2, 2011 at 10:31 pm
    Permalink

    Cik Tom !
    saye ade bele 2ekor kure2 , kecik lagi .
    saye konpius pasal air yg sesuai untk
    kure2 saye .. bole letak air masak yg da sejuk tk ?
    sbb rase mushkil jugak nk letak air paip nie . takot tak sesuai ..

    Reply
    • October 2, 2011 at 11:48 pm
      Permalink

      yup mia..pasal air boleh je letak air paip…macam cik tom memang dari first beli sampai skang pakai air paip je..cuma kalau kura2 tue tunjuk simptom xsukakan air tue/air paip nampak keruh(means byk klorin) so sebaiknya masukkan anti-klorin(boleh beli kat kedai)…kl nak letak air masak pun xde masalah…

      Reply
  • October 3, 2011 at 8:52 pm
    Permalink

    okey Cik Tom πŸ™‚
    Bagus lah Cik Tom nie . heehe πŸ˜€
    Tenkiu ye .. <3

    Reply
  • October 14, 2011 at 1:07 pm
    Permalink

    salam ciktom..sy pon baru je bela kekura start bulan 6 haritu..tp kekura sy tuh sy jumpa kat kampung je snanye..x beli pun..so tatau la dia jenis ape..tiba2 dtg kat depan rumah sekor2..so sy sian sbb cute sgt..sy pun ambik terus bela..tp tulah..nk belikan dia kawan tp tatau dia boleh hidup ke x dgn kekura jenis lain..camane ek cik tom?
    satu lg kan..sy terbaca kat sini, ciktom kata boleh feed dia dgn udang kering..betul ke ciktom?sy nak bg jugak tp takut sbb masin..boleh ke ek?

    Reply
    • October 20, 2011 at 3:54 pm
      Permalink

      bawak kura2 tue pergi kedai haiwan dan tanyakan apa jenis kura2 tue??pastu belikan yang sama spesis…aah ada pelawat lain share boleh bg makan udang kering..kl bimbang masin rendam dulu dlm air sekejap sblm bagi kura2 makan..

      Reply
  • October 18, 2011 at 2:16 pm
    Permalink

    salam ciktom..
    sy nk tny la..kalau mcm sy kan..sy x beli pun kura2 sy (nama dia chek ku)..sy terjumpa kat depan rumah kat kampung masa bulan puasa haritu..so sy x tau dia jenis ape..mcm mane ek nk tau?
    lg 1 kan..skang ni dah dekat 4 bulan sy bela chek ku..tp sian sgt kat dia coz xde partner..dah la tatau dia jantan or betina..pastu sy ada jugak becadang nak beli partner utk dia..tp takut la pulak dia x boleh nak kamcing ngn member baru tuh coz spesis lain or faktor umur..camane ek ciktom?

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:58 pm
      Permalink

      salam murni..pasal jenis kura2 cik tom xpasti la..cuma kalau kura2 yang cik tom ni jenis red ear slider (ras)…cuba murni bawak kura2 tue pergi kedai n tanyakan owner kedai jual haiwan peliharaan..pasal jantina pulak murni boleh baca kat entry cik tom tips jantina kura2 untuk murni kenalpasti jantina kura2 murni..ciktom ada buat page kura2 kat fb..http://www.facebook.com/pages/Kura-kura-Comel/296628063697626

      Reply
      • October 22, 2011 at 2:12 am
        Permalink

        hehehe tq ciktom..anyway sy dah beli dah lg 2 ekor kura2..jenis RAS hehe..sy bg nama kiki dgn koko..boleh je diorang duduk sekali dgn chekku tp chekku yg malu2..pastu chekku pulak skang dah besa so dia selalu terpijak kiki ngn koko so sy tepaksa pindah masuk kiki koko ke bekas lain..

        Reply
        • October 22, 2011 at 6:51 am
          Permalink

          ur welcome dear..aah kalau ada kura2 beza saiz memang kura2 besar suka buli yang kecil..better asingkan..sekali sekala boleh la sekalikan diorang time basking ke..

      • October 22, 2011 at 3:37 am
        Permalink

        tapi ada lg 1 masalah la ciktom..si koko ni la..nape ek mata dia sebelah kanan mcm ada selaput putihsampai tutup separuh mata..nak pegi check dekat klinik,kat tanjng malim ni sy blum penah nampak klinik haiwan..kesian la pulak tgk dia..takut dia sakit je..

        Reply
  • October 20, 2011 at 4:45 pm
    Permalink

    salam.
    sy ada sepasang kura2.. tapi yg betina (Ninie) ni kan, kuat sgt tdo.. dah 2 minggu beli tapi pernah sekali je die makan. Risau jugak. Sy memang guna air suam je untuk kura2 ni. Pelet makanan diorang tu pun siap patah 3 lg, still jugak yg betina tu xnak makan. Yg jantan (Ken) tu pulak dah 5 bulan bela, memang senang nk jaga. Makan pun kuat. Tp yg merisaukan sy si Ninie tu xnak makan. Nak buat mcm mane ye.. huhu
    Jom baca entri terkini aisya …Spontaneous ThursdayMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:15 pm
      Permalink

      yg kura2 betina tue baru lagi bela ek?mmg awal2 kura2 tue susah sikit nak makan mayb br nak myesuaikan diri..kura2 ciktom camtu jgk pmulaan bela..tp alhdulillah minggu ke 2 n seterusnya nmpk perubahan dan mula nak makan..sbb kura2 ni pemalu sifatnya..if xmakan juga boleh tukar bg makan udang kecil or sayur2an jenis kobis..

      Reply
  • October 21, 2011 at 6:28 pm
    Permalink

    sy ade seko kure2.keroro name die..dh bela die dkt 2 thn.dr die kcik sbesar sparuh tapak tgn smpai skrg die dh sbesar tapak tgn sy. πŸ™‚
    sy nk kongsi gak.kure2 sy ni mdiang nenek yg bg. kure2 kpg lh. so,sy juz bg die mkn sayur n buah2an. mcm kangkung.buah plak,pisang,atau betik. cerewet sikit sbb cepat busuk. so,kne tukar air n ‘mandikn’ keroro selang 2 hr.sy mmg syg kure2 sy. πŸ™‚

    Reply
  • October 22, 2011 at 7:44 am
    Permalink

    tip ini bohong kerena kura-kura senang mati kalau kurang makan atau tempat kecik nak bohong jangan main dengan ahli kaji hidupan kura-kura

    Reply
    • October 22, 2011 at 8:11 am
      Permalink

      apa yang bohong??saya rasa awak tak baca entry ni sepenuhnya dan sesuka hati je buat assumption yang entry ni bohong. Betul ke kura-kura senang mati kalau kurang makan??pernah ada yang komen entry cik tom sendiri bagitahu kura-kura dia hilang 3 bulan pastu jumpa balik still hidup ok dan sihat. Kura2 cik tom jugak 1st time bela seminggu tak makan apa2 but still hidup. pastu 3 hari tak makan pun still ok. so semua tue bohong ke kalau bukti dah depan mata with my own experience?? tempat kecil kalau saiz kura2 tue kecil..kalau kura2 tue makin membesar kena la tukar saiz tempat tinggal/akuarium yang besar juga..bergantung pada penumbesaran kura2..tapi awk pun betul ke ahli kaji hidupan kura2??cakap kosong sy pun boleh…huhu…

      Entry ini fully based on MY EXPERIENCE seperti yang dimentionkan di dalam entry..dan saya bukan pakar/doktor haiwan..semua tue memang saya dah mention..so before comment you should been read through all the entry.

      Reply
  • October 22, 2011 at 7:51 am
    Permalink

    kenapa ni dah tak boleh bohong dah sebab aku baru bukak fail kura-kura boleh hidup waulaupun kura-kura besar campur dengan kecik

    Reply
    • October 22, 2011 at 8:17 am
      Permalink

      awak ni still tak puas hati lagi ye..mana fail kura2 awak cakap tue??sila tunjuk bukti..kura2 kecil dan besar tak boleh campur sebabnya kura2 besar ni boleh makan kura2 kecil(pengalaman mak cik sy sendiri)..satu lagi kura2 besar tue boleh pijak kura2 kecil. (lainlah kalau kura2 yang jauh saiz tue betina dan jantan..tue lain kes sbb mmg tue cara diorg mengawan)..this entry is truly on my experience bela kura2 sendiri..dan saya takde bohong apa2..berani kerana benar..takut kerana salah..because of that jgk sy berani je jawab n also publish your comment..pada yang baca komen ni boleh fikir sendiri mana yang terbaik..mana yang bohong dan mana yang tak…up to u..saya xde efek apa2 pun..watpe nak bohong??saya cuma berkongsi minat dengan sesiapa yang suka bela kura2 jugak as a pet…

      Reply
  • October 22, 2011 at 11:40 am
    Permalink

    kalau tak percaya buka cara-cara membela kura-kura anne ahira atau turtle lover

    Reply
    • October 22, 2011 at 11:44 am
      Permalink

      sy nk bl kura-kura kt negeri 9 seremban ciktom rs mn sesuai
      ?

      Reply
      • October 27, 2011 at 1:15 pm
        Permalink

        cik tom xtahu la kat mana kedai jual kura2 di seremban..tapi try pergi shopping complex yg ada kedai jual haiwan peliharaan/pet..insyaAlalh ada jual kura2..

        Reply
  • October 22, 2011 at 11:48 am
    Permalink

    ciktom tinggal mn ?

    Reply
    • October 27, 2011 at 1:14 pm
      Permalink

      cik tom org terengganu tapi kerja di kuala pilah, n9..

      Reply
  • October 25, 2011 at 7:05 pm
    Permalink

    ciktom mn nk bl kura-kura kat seremban 2 .bagi la choice

    Reply
    • October 27, 2011 at 1:00 pm
      Permalink

      cik tom xtahu kat mana ada jual kura-kura kat seremban 2..try google kedai jual haiwan ternakan di seremban 2 ada x??cik tom beli kura2 ni kat terengganu..

      Reply
  • October 25, 2011 at 7:08 pm
    Permalink

    tolong jawab ini cepat OK

    Reply
    • October 27, 2011 at 1:01 pm
      Permalink

      sorry baru reply sebab busy dengan persiapan wedding abg 5/11 ni..try tanya kawan2 or google lokasi jual kura2 berdekatan ye..

      Reply
  • November 13, 2011 at 12:16 pm
    Permalink

    salam..
    sy pn ade bela kura-kura..smarties n twisties..dh dkt 6bln dh..org kedai tu ckp sepasang,tp entah la ye ke x..sbb yg betina tu garang sgt..smpai ilang satu jari kaki yg jantan die gigit..smarties plk baik sgt..cmne ye nk elakkan benda ni..kesian…:-(

    Reply
    • December 27, 2011 at 2:29 pm
      Permalink

      salam iqlima_nars….comel nama kura2…nama makanan..heee..biasa memang owner kedai akan jual kura2 sepasang..ish dahsyatnya sampai gigit putus jari..maybe sementara waktu asingkan kedua2 kura ni..

      Reply
  • November 30, 2011 at 9:34 pm
    Permalink

    kura-kura saya brtina jalan yer laju….
    jantan pulak masuk kan jer kepala…
    mcm mana dengan kura-kura sy??
    kura-kura jenis apa ni??

    Reply
    • December 4, 2011 at 12:21 pm
      Permalink

      lisa cuba upload kura2 adik dalm facebook kura-kura comel ye..takpun cuba tengok pic2 yang dah ciktom upload..ada x yang sama dgn kura2 lisa…normal memang kura2 betina lagi aktif dan kuat makan+besar saiz berbanding kura2 jantan..

      Reply
  • November 30, 2011 at 9:44 pm
    Permalink

    bila dia akn besar…..
    dah setahun sy bela….
    rasa macam sedih jer…

    Reply
    • December 4, 2011 at 12:25 pm
      Permalink

      kura2 ni haiwan yg paling panjang umur..kura2 lisa tue dah besar mana skang?bagi makan secukupnya tak?kalau semua ok insyaAllah kura2 akan cepat membesar..macam kura2 cik tom..sampai xmuat nak bela dalam akuarium..terpaksa dilepaskan kat kolam bulan lepas…sedih..sob3..

      Reply
  • December 1, 2011 at 9:59 am
    Permalink

    cepat la balas…..

    Reply
    • December 4, 2011 at 12:34 pm
      Permalink

      sorry lisa..sabar ye..cik tom bukan on9 24 jam..

      Reply
  • December 2, 2011 at 12:46 pm
    Permalink

    boleh x isi kura-kura dalm air klorin cm air paip 2…byak ner ek skali bgi kura-kura mkn n bpe kali sehari..

    Reply
    • December 4, 2011 at 12:39 pm
      Permalink

      cik tom just guna air paip je..kalau air paip tue keruh means byk klorin disarankan aziin letak serbuk anti-klorin…bg makan kura2 ni depend besar mana kura2 tue..kalau kecil lagi bagi 2, 3 pellet sekali makan…sehari 3x bg makan..makin besar kura2 makin bertambah blgn pellet tue..

      Reply
  • January 3, 2012 at 11:20 pm
    Permalink

    sy ade spasang anak kure2,dah sbulan sy jge..tp skng,c jantan tu asyik gigit2 kaki yg betina,gigit cengkerang betina..xtau knape,so sy dah asingkan..nak tau knpe c jantan wat camtu n ape tindakan seterusnya yg perlu sy buat??thnks~

    Reply
    • January 13, 2012 at 12:39 pm
      Permalink

      asingkan sementara waktu..selama seminggu..pastu cuba letakkan sekali lagi..tgk ada perubahan x?
      pastikan juga tempat tinggal kura2/ akuarium tue besar..jangan terlalu sempit shgga kura2 xselesa..
      air secukupnya dan juga tempat utk basking (berjemur)..

      Reply
  • January 7, 2012 at 1:18 am
    Permalink

    tips yg bagus.. sbb sy baru bela kura2.. jd tips ni amat berguna bg sy yg baru berjinak2 bela kure2 ni thx 4 the tips…

    Reply
    • January 13, 2012 at 1:03 pm
      Permalink

      sama2..semoga beroleh manfaat dengan tips ni…good luck!

      Reply
  • January 27, 2012 at 12:48 pm
    Permalink

    Askum CikTom,kenapa saye dah letak makanannya tapi die x makan dan kenapa die asyik tidur dan die selalu menyorok?

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:44 pm
      Permalink

      wslm..maybe kura2 tue xdapat nak sesuaikan diri lagi..cuba tgk utk seminggu..ada perubahan x?kalay xde cuba letak air suam dalam akuarium..tukar makanan kpd sayur or udang kering..tengok kura2 tue makan x?kura2 mmg suka menyork…so perkara tue xpelik..

      Reply
  • January 27, 2012 at 5:24 pm
    Permalink

    Askum CikTom,kenapa kura2 saye die asyik menyorok dan seko lagi die suka mamanjat kenapa?

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:05 pm
      Permalink

      wslm..memang sifat semulajadi kura2 pemalu so suka menyorokkan kepala dalam cengkerang..memang kura2 amik masa utk sesuaikan diri di tempat baru…bagi kura2 yang aktif memang suka memanjat dan kuarkan bunyi yang bising apabila lapar..seeloknya sediakan tempat untuk kura2 berjemur..

      Reply
  • January 30, 2012 at 3:44 pm
    Permalink

    terima kasih ciktom

    Reply
  • February 20, 2012 at 8:55 pm
    Permalink

    salam ciktom..saya da bela kura2 dlm smggu..tp knpe kura2 saya xpnh berjemur??asyik duk dlm air n ske duk bwh batu…dye segan ke??..huhu..kura2 bleh hidup bpe lame tnpa air??

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:07 pm
      Permalink

      kalau dia xsuka berjemur pun cuma 2x seminggu keluarkan kura2 dari akuarium dan jemur di bawah sinaran matahari..kura2 mmg spesies haiwan pemalu dan suka menyorok..kura2 jenis haiwan 2 alam..so memamng boleh hidup di air atau darat..

      Reply
  • March 19, 2012 at 5:39 pm
    Permalink

    cik tom , can u show me picture about the spots under the shell of turtle pellets ? aku sangat confuse nih kak . kedua dua nya skli images tuh . jantan n betina .

    Reply
  • March 2, 2016 at 6:29 pm
    Permalink

    SLM…kura2 sy nmpk mcm cengkerang dia kecik dr bdn..dulu awl2 beli nmpk cengkerang tu besar Sgt dgn bdn dia…adakah sbb kura2 sy gemuk atau salah makanan kurang protein mungkin??

    Reply
    • March 3, 2016 at 9:06 pm
      Permalink

      wassalam..kalau cengkerang kecik dari badan tu rasa ada kurang zat makanan..tapi ciktom pun tak pasti secara spesifik sebab tak pernah lagi pengunjung share masalah macam ni..saranan ciktom kurangkan makan hanya pada 2 atau 3 kali sehari…pastu selang seli pellet dengan sayuran atau ikan kecil..

      Reply
  • June 12, 2017 at 12:45 pm
    Permalink

    Cik tom..nak tnya….kura2 makan kangkung bahagian mana?batang ka yg daun tu?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE