Penjelasan Ini Bukanlah Blog Tutorial

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…….

Semalam pada sesiapa yang sedar cik tom buat lagi tutorial untuk kali ke 13 selama 3 bulan cik tom berblog. Bunyinya memang kerapkan? Cik tom dah mendapat teguran seseorang yang blog cik tom ni dah jadi blog tutorial bukan lagi blog personal. Terima kasih pada teguran itu ye dan memang cik tom perasan sejak akhir-akhir ni makin ramai yg bertanyakan tutorial itu dan ini pada cik tom. Pada yang mampu cik tom jawab akan cik tom jawab. Pada yang tak tahu memang direct cakap tak tahu.

Entry ni dibuat bukanlah nak marah mahupun untuk meraih simpati tapi rasanya cik tom terpanggil untuk menerangkan hal sebenarnya dari prinsip diri cik tom sendiri.Harap takde sesiapa terasa hati baca entry ni sebabnya cik tom rasa bukan kawan cik tom tue sorang je salah anggap camtu maybe ramai lagi. So cik tom nak jawab secara bersoal jawab yang cik tom reka je ni;

Kenapa nak buat tutorial? Dah banyak blog tutorial.

Cik tom pernah jelaskan dalam entry sebelum2 ni yang cik tom buat tutorial sekadar satu perkongsian ilmu yang cik tom belajar dari orang lain atau try and error. Selain itu, setakat ni kebanyakan tutorial memang permintaaan dari kawan-kawan blogger yang tak tahu bagaimana nak buat. Cik tom nak share ilmu yang ada sebabnya masa mula berblog dulu siyez banyak menda cik tom tak tahu dan apabila tanya kat blogger lain diorang buat tak tahu je. Yelah blogger picisan tepi jalan siapa nak pandang. So sebab itu cik tom ajar je mana yang termampu. Adakah korang rasa niat cik tom nak menunjuk2??

Kenapa tak bagi je link dari mana cik tom belajar tutorial?

Cik tom memang biasanya akan bagi link tutorial pada sesiapa tanya kalau diorang tak tahu. Kalau tak percaya sila tanya kak sarah, mish, jayne, alkisah belalang, shag (hanya menyebut beberapa nama). Memang first cik tom bagi link tapi kalau ada kawan yang still tak berapa memahami dan request cik tom buat tutorial adakah patut cik tom menidakkannya??

Hurm.. ada tutorial tue dah lama cik tom buat iaitu maybe 2, 3 bulan yang lepas. Contohnye tutorial linkwithin.Banyak tutorial cik tom belajar dan cik tom takde pulak nak simpan dari mana dapat tutorial tue. Dan siyez memang lupa dari mana belajar sebab blog yang buat tutorial melambak2. Dan cik tom yang pernah buat ni apa salahnya kongsi ilmu yang ada supaya tak di cop kedekut ilmu. Kalau korang simpan ke link entry tutorial yang korang pernah buat??


Kenapa tak ajar je direct pada orang tue kiranya tak perlu buat tutorial?

Hurm.. sesiapa yang pernah belajar dan di ajar oleh cik tom setakat ni tahu yang memang pernah je cik tom ajar secara personal di shoutmix mahupun ym. Siapa orangnya tak perlu la nyatakan takut nati nak di anggap berlagak pulak. Tapi adakah patut 10 orang tanya 10 kali cik tom perlu ajar perkara yang sama??


Tutorial cik tom buat sama je dengan entry tutorial dari blog lain?

Maybe pada asasnya memang coding sama. Nak cari kat mana di dunia ni,coding yang berbeza kecuali terer sangat nak reka coding sendiri. Cik tom ajar dengan gaya cik tom sendiri dan tidak meniru bulat-bulat dari step blog tutorial. Kebanyakan tutorial cik tom juga secara bergambar untuk mudah memahami. Kalau korang rasa ada yang sama sila tunjukkan pada cik tom.

Dah tue ni blog personal ke blog tutorial?

Ingin cik tom jelaskan sejelas-jelasnya yang ni blog personal cik tom. Blog yang ikut keselesaan diri cik tom untuk menulis seperti kehidupan peribadi, contest, pendapat, lirik lagu, tips, berita mahupun tutorial. Setakat ini segala entry cik tom takde sama je sebab macam-macam jenis entry pernah cik tom buat secara berselang seli/pelbagai. Kalau tak percaya sila tengok di sidebar belah kanan “Koleksi Bebelan Cik Tom” atau “Cop Mohor Tomato” bawah sekali.

************************

Diharap entry ni dapat menjawab segala persoalan yang bermain-main di fikiran kawan-kawan blogger. Walau apa pun tanggapan korang selepas ni memang cik tom tak dapat nak buat apa-apa lagi. Terserah pada korang nak menilai mana yang terbaik. Segala yang baik dari Allah dan segala kekhilafan tue dari diri cik tom sendiri. Maaf cik tom ni pun manusia biasa, tak dapat nak puaskan hati semua orang.


Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

47 thoughts on “Penjelasan Ini Bukanlah Blog Tutorial

  • November 6, 2010 at 4:02 am
    Permalink

    buat ape yg cik tom suke..xprlu kisah pe org ckp..sharing is caring… πŸ™‚

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:13 am
    Permalink

    buat ikut suka cik tom je.. hehe… pasal tutorial tu semua kan kira personal cik tom jugak nak mengajar kan? tak pe.. teruskan.. saya ni macam lama sikit jer dari cik tom, tapi bab2 tutorial semua benda alah ni memang malas sikit.. bagus la ada orang macam cik tom.. hehe… yang hari tu, saya dah belajar dah.. cuma belum ada kesempatan nak buat entri yang macam gitu.. hehe… thanks dear…=)

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:21 am
    Permalink

    Cik Tom sayang…dalam dunia ni,apa-apa yang kita buat pun tak kan dapat memuaskan hati semua orang…jadi,kita buatlah apa yg kita rasakan baik dan tak melanggar landasan hidup dan berblogging…harap mereka yang bertanya tu,faham dengan penjelasan Cik Tom….akak suka dengan apa saja yang Tom tulis…keep the gud work and effort my dear…

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:21 am
    Permalink

    Cik Tom sayang…dalam dunia ni,apa-apa yang kita buat pun tak kan dapat memuaskan hati semua orang…jadi,kita buatlah apa yg kita rasakan baik dan tak melanggar landasan hidup dan berblogging…harap mereka yang bertanya tu,faham dengan penjelasan Cik Tom….akak suka dengan apa saja yang Tom tulis…keep the gud work and effort my dear…

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:22 am
    Permalink

    heheheh..jgn marah ye cik tom…ingatkan blog tutorial… hikhikhik…mahapkan daku tau..:) skg da tau ni…:)

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:32 am
    Permalink

    eeee..kesian cik tom..dlm donia ni..payahnya nak puaskan hati orang ek..mcm2 cabaran..

    beginilah cik tom..bagi akak..cik tom teruskan aje mcm ini..jika hdk buat tutorial..cik tom buat sb ada request dr blogger lain..sebab tulah ada quotation–> SHARING IS CARING..kenapalah disalah anggap pulak jika ada orang ingin berkongsi tips atau tutorial..

    bukan semua blog tutorial kita jelajah utk dpatkan ilmu..kdg2 kita jelajah blog2 yg kita suka aje..jika BW..lain cerita..utk traffics aje..

    nanti..jika ciktom tak layan request kawan2 pulak..kang org cakap macam2 pulak..

    nilah skrg situasinya:
    ditelan mati mak..diluah mati bapak…

    jadi cik tom..tepuk dada tanya minda dan hati nurani ciktom…sampai bila kita nak dengar rungutan dari orang2 yg sentiasa tak puas hati dgn kita..sampai bila???..sampai kita tutup blog????…oh tidak!!!

    cik tom teruskan berkarya begini…chaiyok2 ci tom..sharing is caring dear..

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:39 am
    Permalink

    first time baca blog ni pun memang terasa blog ni blog personal.

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:59 am
    Permalink

    sape la yg cakap cik tom mcm tu..
    nie kan blog cik tom..
    so suke ati cik tom la nak tulis entry ape asalkan tak sakitkan ati spe2..
    kongsi ilmu pon salah ke..
    ergh !
    mati la mcm nie.. !

    Reply
  • November 6, 2010 at 5:14 am
    Permalink

    ape masalahnyer, blOg tutorial n blOg personal..sambil bercerita n mnyebarkan ilmu..
    emiey pun ingt nak buat tutorial mase cuti nnti, menjawab soalan org len pasal blOg ni..lbih2 lagi clasmate sndiri yg ade blOg..

    jangan difikirkan sgt kata2 org 2, buat ape yg cik Tom suke.
    emiey suppOrt cik Tom πŸ˜€

    Reply
  • November 6, 2010 at 5:19 am
    Permalink

    Hai Cik Tom,
    I like your blog sebab macam-macam ada. Terus terang, I always refer your tutorial to learn because its easy to understand…
    You are right, kita tak boleh nak puas kan hati semua orang and no one is perfect…
    As long you are happy and comfortable with your own blog, just go on with it. Tulis lah apa saja, personal or whatever I will still come to read and support your blog πŸ™‚
    Chayo2 Cik Tom ^ ^

    Reply
  • November 6, 2010 at 5:28 am
    Permalink

    haha.. buat je..abaikan yg lain.. πŸ™‚ suka je dgn tutorial dan entri di blog ciktom πŸ™‚

    Reply
  • November 6, 2010 at 5:37 am
    Permalink

    x kesah la ciktom, tu kira personal gak, personal tuto πŸ˜›

    buat je ape yg kita terlintas nak uat..at least next time belek2 blog, leh gak tgk, tuto tu… sharing is caring kan πŸ˜›

    Reply
  • November 6, 2010 at 6:11 am
    Permalink

    salam sayang cik tom..huhu..niat murni manusia ni biasala..sering orang pandang 2 penjuru..aihh..xpe..xpe..mish penah jadi anak murid cik tom kan…mish sangat berpuas hati…orang lain tak kenal cik tom rapat mungkin tak berapa nak tahu kot konsep blog cik tom ni…keep it up k ciktom.jangan give up terus..cian mereka yang nak timba ilmu…macam saya…hehe

    Reply
  • November 6, 2010 at 6:15 am
    Permalink

    teruskan apa yg dah dibuat. blog tutorial atau personal bukanlah persoalan. ini blog cik tom, boleh tulis apa yg disukai

    Reply
  • November 6, 2010 at 6:19 am
    Permalink

    bagi akak tak jadi hal la cik tom..biar blog kita serba ada.
    boleh jugak jadi rujukan kawan2.lebih senang sebab kalau tak tahu,tak la rasa malu sangat nak tanya sebab ni blog kawan2 kan??kalau tuan blog tu tak berapa rapat dengan kita jadi segan sikit nak tanya lebih2..
    betul tak>??
    cik tom paham ke tak ape maksud akak ni..
    heheh…

    Reply
  • November 6, 2010 at 6:20 am
    Permalink

    cik tom… it's ok. saya tau ni blog personal cik tom and tak salah cik tom buat tutorial. especially untuk orang mcm saya yg malas nk google.

    thanks cik tom. =)

    Reply
  • November 6, 2010 at 7:13 am
    Permalink

    teruskan je buat tutorial tu.bukannya ngko kenakan bayaran pun..kongsi ilmu dapat pahala (ustazah aku cakap la..)

    Reply
  • November 6, 2010 at 7:13 am
    Permalink

    apa pun..kita tulis kat blog kita…adalah dari uah fikiran kita ..apa yang terlintas je..di kepala..blog kite kan…

    Reply
  • November 6, 2010 at 7:19 am
    Permalink

    Huhu..Tom jangan ambik hati yer apa yang ditegur…anggap sebagai penguat semangat ni dan jalan untuk memperbaiki diri..faham gak entry ni dibuat untuk back up diri Tom tapi rasanya persoalan begini tak perlu diperbesar2 kan sebab semua orang punya hak untuk bercakap dan memberikan pendapat dear..,dari kita sendiri dapat menerima atau tidak sebarang teguran itu.

    Harap selepas Tom buat penjelasan ini, mereka2 yang berkenaan tidak terlalu mengharap plak Tom membuat Tutorial sebab sudah dijelaskan dengan nyata sekali ini bukan blog Tutorial.Hehehe..pendapat ikhlas dari seorang kawan saja Tom..

    Reply
  • November 6, 2010 at 7:31 am
    Permalink

    salam cik tom..

    walaupun dh byk tutorial..tp cara penyampaian tu tak sama…ada yg mudah faham…ada yg susah nak paham…byk tutorial tak pe..senang blogger nk cari yg mana senang nak faham..kan cik tom….

    Reply
  • November 6, 2010 at 8:15 am
    Permalink

    blog banyak tutorial pun ada org marah ka?? adoih.. suka hati lah kan blog kita.. apa2 pun.. sabar yea cik tom.. tak payah peduli ckp org sgt..

    Reply
  • November 6, 2010 at 8:16 am
    Permalink

    haha dalam blogsphere ni, tidak dapat tidak mungkin kandungan akan sama dengan yang lain, terutama tuttorial..

    kenapa?apa salahnya blog personal publish entry tutorial? aku xnampak apa2 kesalahan di sini. so, cik tom kalau rasa selesa kongsi tuto, teruskan..

    mungkin orang yang bertanya tu jeles pasal xde orang request pada dia, atau tak reti nak buat tutorial? miahahaa

    wah, panjang lebar pulak aku mengomen.. mengomen takpe, jangan beromen, hahahaa

    uikss, terus ada poll? aku jawab.. blog tom ni jenis blog tomato wakakaa joking~

    Reply
  • November 6, 2010 at 8:55 am
    Permalink

    xkisah la c tom nak tlis pe pon
    janji c tom happy kan. heheheheh

    Reply
  • November 6, 2010 at 10:31 am
    Permalink

    hihsh.ade ke yg tny2 cmtuh?
    biarkan la dieorg cik tom.
    rmai lg yg syg cik tom ;D

    Reply
  • November 6, 2010 at 11:21 am
    Permalink

    abaikan jew yg tnye tu cik tom..nmpak mcm dye tasuke jew ngn usaha cik tom..ag pon,ok ape usaha cik tom wt tuto nie..xsume guru2 tuto kt blog nie dyeorg follow kn…

    Reply
  • November 6, 2010 at 11:44 am
    Permalink

    haiii, saya dtg nk byr hutang. hahaha

    ala cik tom, ni blog sapa?

    cik tom

    sapa yang tulis?

    cik tom

    sapa yang baca

    mereka

    bia lah mereka nk kata ni blog apa pun. kan ni hak cik tom. kalau mrk x suka, jgnlah mrk baca

    kan cayang? xmo ssh ati lagi k

    Reply
  • November 6, 2010 at 11:58 am
    Permalink

    Cik tom.
    Tak payah pening-pening nak jawab pertanyaan orang lain rasanya. Yang penting ramai orang nak baca dan mencari maklumat yang kita berikan. serta ilmu yang kita berikan itu betul dan membantu orang lain.

    Reply
  • November 6, 2010 at 12:26 pm
    Permalink

    akak tak kisah apa entri yg cik tom tulis akak suka baca, tak kisah tutorial ke personal, janji kita dpt berkongsi sama2..tulis la apa saja yg terlintas di hati dan selesa dan jangan pedulikan sgt apa orang lain nk cakap..cik tom jadi diri cik tom k..

    Reply
  • November 6, 2010 at 12:29 pm
    Permalink

    blog personal tak boleh buat entry tutorial?
    blog personal tak boleh buat entry jualan?
    blog personal tak boleh buat entry download?
    blog personal hanya cerita mengenai peribadi?
    kita perlu terbuka.. apa sahaja penulisan adalah hasil kita, ia dari kita.. jadi ia adalah sekeliling kita..

    penerangan yg jelas cik tom.. harap semua faham.. huhuhu

    Reply
  • November 6, 2010 at 12:44 pm
    Permalink

    Pakwi dah bc semua komen kat atas, kbanyakannya mnta Cik Tom pedulikan suara2 yg tak puashati…
    betul lah apa org tua kata..
    "buat baik pun orang kata, buat jahat lagi laa.."….
    namun begitu Cik Tom, prjalanan perlu diteruskan, ranjau dan duri itu adalah guru terAgung dan sebenarnya mendewasa dan mematangkan kita….
    asam garam kehidupan….kalau tak, kita takkan rasa kemanisan hidup…

    Reply
  • November 6, 2010 at 1:42 pm
    Permalink

    sabar je la cik tom, masa tengah top ni mesti ramai yang dengki. blog cik tom ni macam-macam ada.(tiru slogan astro)

    Reply
  • November 6, 2010 at 2:00 pm
    Permalink

    blog cik tom, hak cik tom so suka hatilah cik tom nak tulis apa pun…

    apa salahnya ambil ilmu org lain untuk dikongsi pula dengan orang lain… yang penting jangan copy n paste, ubah suai untuk kefahaman pembaca

    Reply
  • November 6, 2010 at 2:08 pm
    Permalink

    lady suke je ciktom wat tutorial.. leh share ilmu.. nanti kalau org gune leh dpt pahala.. biasanya kalau kite tulis tutuorial berdasarkan kefahaman kite, pasti org lain mudah faham.. macam cik tom buat.. sebab tu org suke tanye cik tom.. :)..
    cik tom teruskanlah.. leh share ilmu :).. ini blog cik tom, cik tom bebas nak buat ape sahaja.. melalui blog kite leh baca org.. ape yg leh lady tgk.. ciktom seorang yang baik dan caring.. serta bijak.. :).. teruskan menulis yer cik tom :)..

    Reply
  • November 6, 2010 at 3:35 pm
    Permalink

    tengok cktom.. ramai kan kasi semangat kat ciktom.. huhu, jeles i.. ;p

    tp, nak share jugak pndapat saya.. saya rasa kite blh buat dua dlm satu.. blog personal + blog tutorial.. tak salah rasenye kan ciktom kan?

    p/s: sape yg cakap macam tu kat ciktom? meh nak piat sikit die. hehe, gurau je.. =)

    Reply
  • November 6, 2010 at 3:36 pm
    Permalink

    hai cik tom.tulis je ape-ape yang patut mesti akan bagi manfaat kat orang. 10 orang bace maybe 5 daripada tu dapat info berguna. lebih baik dari takde kan..ecewah banyak pulak bebel kat sini πŸ˜‰

    Reply
  • November 6, 2010 at 4:19 pm
    Permalink

    Saya terasa bersalah dalam hal ini.. semua orang.. tembak saya.. saya yg ptut disalahkan.. gaga~ na.. terbuat suda.. ngam.. yg pntg.. kita hepi apa kita wat.. kan dapat pahala sharing ilmu? jeng3x~ hehe..

    Reply
  • November 6, 2010 at 6:18 pm
    Permalink

    ala cik tom…xkesahla..sekali sekali selit2 tutorial ape salahnye kan?..Janji ML suke dtg bace blog cik tom.hehehehe..=D

    Reply
  • November 6, 2010 at 7:45 pm
    Permalink

    Inilah yg terpaksa ditempuh dlm usaha kita utk mbantu yg lain..

    Hope Cik Tom akn terus success dlm dunia blogging wlpn apa je org nk ckp…

    Reply
  • November 6, 2010 at 9:07 pm
    Permalink

    blog cik tom, cik tom punya suka la kan… bukan kena bayar.. hehe..

    Reply
  • November 6, 2010 at 10:22 pm
    Permalink

    relax cik tom,tu semua yg dengki la tu,da blog cik tom mcm artis..
    yang penting kita happy je,diorg takde kena mengena dgn ini cerita..:)

    Reply
  • November 6, 2010 at 11:46 pm
    Permalink

    salam…

    komen Pakwi semalam xlulus utk tayangan perdana ke…huhu

    sabor deh Cik Tom….

    Reply
  • November 7, 2010 at 2:42 am
    Permalink

    sokong cik tom!
    biarlah ape org nak kate..
    selagi nawaitu kite betul,go on cik tom!!
    jom mkn tomato!!hihi

    Reply
  • November 7, 2010 at 4:41 am
    Permalink

    πŸ˜‰
    kita share apa yang kita tahu… kita rasa.. kita ingin tahu.. kita itu dan ini.. ini belog kita… ibarat rumah kita… kalau datang rumah orang, tak elok kutuk2 rumah orang… masuk kena berhemah dan menghormayi hak2 tuan rumah.. kan cik tom… biarlah mereka yang busuk2 tu. tak mandi ler tu. hik3…
    cayam cik tom!

    Reply
  • November 7, 2010 at 1:44 pm
    Permalink

    huhu alaa..terpulang lah kat cik tom. takkan lah. dah orang tanya. kita buat kan je lah. tak de salahnya pon. πŸ™‚ mungkin cara kita buat tutorial tu lagi mudah orang faham. lain orang lain cara.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE