Penyakit Itu Penghapus Dosa-dosa Kecil.. InsyaAllah..

Salam hujung minggu kepada semua… Dah seminggu blog cik tom tak terupdate dengan entry. Thanks pada yang bertanyakan khabar cik tom. Sebenarnya minggu lepas cik tom tak berapa sihat dan tak sempat nak buat entry autopublish. Tue yang blog tak terupdate seminggu. Mula-mula, demam 2, 3 hari pastu melarat pulak dengan sakit tekak sampai seminggu. Nak makan, minum, cakap pun seksa sebab luka dan bengkak dalam anak tekak. Ni pun still tak baik lagi.

Sebelum ni pun cik tom selalu jugak post entry penyakit under category kesihatan antaranya cik tom terkena penyakit chicken pox. Dan ada yang tertanya kenapa cik tom ni asyik tak sihat je ek? Sebabnya cik tom memang lemah sikit antibodi badan ni. Kalau ada orang lain tak sihat memang mudah nak terjangkit kat diri cik tom. huhu..

Bila selalu sakit ni, kadang-kadang terdetik juga hati cik tom ishh asyik sakit je. Terseksanya sakit, asyik makan ubat dan macam-macam lagi. Yelah cik tom pun manusia biasa yang suka merungut itu dan ini tapi sekarang cik tom cuba nak positifkan diri fikir yang ni semua dugaan dari Allah buat cik tom yang selalu lupa akanNYA. Sebenarnya penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Sepatutnya cik tom bersyukur akan nikmat kesakitan dari Allah inilah yang akan menghapuskan dosa-dosa kecil cik tom dan renung/muhasabah kembali akan kekhilafan diri sendiri. InsyaAllah dengan izin dan kehendak dariNYA.

sakit itu penghapus dosa

********************************************

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

Baca artikel penuh selanjutnya di iLuvIslam | Sakit – Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat

********************************************

Hikmah sakit dan musibah ini untuk menyedarkan hambaNYA agar tidak lalai dan jauh dari mengingati Allah. Jika Allah menguji hambaNYA dengan suatu penyakit atau musibah barulah kita merasakan kelemahan dan teringat akan dosa-dosa serta ketidakmampuan kita di hadapan Allah. Sehinggalah kita kembali kepada Allah dengan penyesalan, memohon keampunan dan berdoa kepadaNya.

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup sempurna dan sihat sehingga buatkan kita terlupa akan ujian dari Allah itu sentiasa ada buat hamba yang dikasihiNYA. Untuk merenung kembali akan segala dosa yang telah dilakukan samaada secara sengaja mahupun tidak. Allhamdulillah… Bersyukur dengan ujianMU ini Ya Allah kerana buatkan diri hambaMU ini sentiasa mengingatiMU dan lebih dekat denganMU. Bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai segala kegembiraan, kesedihan, kasih sayang serta nikmat yang tak ternilai harganya sehingga kini. Dan Alhamdulillah kerana hambaMU ini dilahirkan dalam Islam dan juga dibumi Indah Malaysia 😉

p/s: Sesungguhnya setiap kata-kata diatas adalah peringatan untuk diri cik tom dan insyaAllah buat rakan semua.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

51 thoughts on “Penyakit Itu Penghapus Dosa-dosa Kecil.. InsyaAllah..

  • October 2, 2011 at 6:00 pm
    Permalink

    iyer lah ciktom penyakit tu penghapus dosa tapi boleh usaha kan utk sihat hehe .. akak amalkan ambil suplement ..
    Jom baca entri terkini puanbee …Kawan Terhangat SeptemberMy Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 2:11 am
      Permalink

      ye akak..tue dah usaha makan ubat nak cepat baik..hee…bab makan supplement tue memang cik tom agak malas..heee

      Reply
  • October 2, 2011 at 6:42 pm
    Permalink

    Laaa ciktom x sihat ke? patutla lama senyap tu yg ada tanya tu 🙂 anyway syukur ok dah. btl tu, sume ada hikmahnya. tuhan syg ktia n itu akan menghapuskan dosa2 kecil insyaallah 🙂
    Jom baca entri terkini shah Blogger …Algoritma Google Terbaru Update ?My Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 2:18 am
      Permalink

      aah xberapa sihat sebelum ni…skang alhamdulilah beansur pulih cuma sakit tekak tue xbaik2 lagi…

      Reply
  • October 2, 2011 at 6:54 pm
    Permalink

    betul..sekalipun cuma tercucuk duri.
    drpd kena seksa dineraka, lebih baik tanggung sakit di dunia yg sementara ni.
    Jom baca entri terkini ujie …Bagaimana…?My Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 2:09 am
      Permalink

      yup betul…baik tanggung sakit yang sikit kat dunia dari azab kt neraka..tapi baik terus hindari dari buat dosa yg terbaik 😉

      Reply
    • October 3, 2011 at 2:07 am
      Permalink

      thanks dear..aah skang memang musim org demam..kebynkan student pun demam time exam..tue yang mudah terjangkit..hee

      Reply
    • October 3, 2011 at 8:14 am
      Permalink

      bz nak kahwin?xlah..heee…skang alhamdulillah dah beransur ok..cuma tgl sakit tekak xbaik2 lg..aritu dah pergi klinik private tp dah habis mkn ubat still xok..so ptg ni nak try gi klinik gomen plk…

      Reply
      • October 3, 2011 at 8:57 pm
        Permalink

        mas this year,lagi2 sejak bulan 4 lepas,mas batuk teruk & demam panas lagi2 waktu maghrib.bila mak buat doa,jam2 tuh terus kebah dari demam.terus menggigil sejuk.until la sekarang tak de la batuk teruk n demam teruk.just 2weeks ni sakit tekak lepas kurang air coz puasa 6 time tuh.~xsuka klinik gov so lembap! bagi mas swasta w/p mahal,ubat mesti ok n cepat sembuh.
        Jom baca entri terkini maya_mustwany …TUTORIAL 8-SILA AMBIK PERHATIAN BLOGGERMy Profile

        Reply
        • October 6, 2011 at 8:17 pm
          Permalink

          owh tue sakit betul2 ke pe sbb time maghri je mas jd batuk n demam…alhamdulillah kl dah ok..erm mmg kl gomen lembap sikit…swasta sbb service berbayar tue pantas n cekap..

    • October 3, 2011 at 8:22 am
      Permalink

      yup Allah xkan menguji diluar kemampuan hambaNYA….

      Reply
  • October 2, 2011 at 10:45 pm
    Permalink

    setuju dengan entry nih

    Reply
  • October 2, 2011 at 11:50 pm
    Permalink

    cik tom, moge cpt sihat yer, ermm..tol tu, sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil. emiey pun xbape sihat kblangan ni, bile dok asrama..pape pun kena redha & berlagak kuat jugak sb jauh dr family dan smestinyer mmg kne jaga diri sendiri 🙂
    Jom baca entri terkini emieysandra …Pagi-pagi lagi dah jatuh cinta.My Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 8:29 am
      Permalink

      thanks dear..skang memang musim demam..student ciktom pun ramai yg xsihat..tue lecturer dia jangkit jugak tue..heee

      Reply
  • October 3, 2011 at 12:17 am
    Permalink

    Salam cik tom.
    Satu nasihat yang bagus. Kalau sakit jer kadang-kadang baru kita ingat mati.
    Itulah hikmatnya Allah uji kita dengan sakit. Hapus dosa kita. Dalam masa yang sama biar kita selalu ingat dia – solat dan zikir.

    Awak suka dengar ceramah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ker. Bagus la tuh. Saya pun minat dan selalu ikuti perkembangan dia. Saya anggap dia pakar kewangan islam no. satu kat malaysia. Idea dia cukup bagus dan bernas. Tapi herannya ada juga yang pandang serong kat dia. Saya tanya kenapa? setahu saya dia tak der kontroversi pun.
    Jawab dia, ustaz tu berat kepada kerajaan.

    Tu jer alasan dia. Berat betul. Ada jugak orang macam ni.Huhuhu….
    Jom baca entri terkini shamizu …Serangan WTC New York Angkara Israel dan kerajaan AS sendiri?My Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 9:02 am
      Permalink

      salam shamizu..nasihat untuk diri sendiri dan insyaAllah untuk kawan2 juga..kita sesama umat Islam kena la saling ingat memperingati kan…

      erm cik tom xpernah dengar ceramah ustaz zahiruddin..cuma ciktom suka baca penulisan ustaz di blog ustaz, akhbar metro dan juga majalah solusi…sebab penulisan mudah untuk difahami dan jelas…pasal ustaz tue berat kpd ke arah kerajaan wallahualam sebab cik tom xpernah dgr lg ustaz ni masuk arena politik..

      Reply
    • October 3, 2011 at 2:02 am
      Permalink

      yup..alhamdulillah Allah memang sentiasa sayangkan hamba2NYA 🙂

      Reply
  • October 3, 2011 at 2:04 am
    Permalink

    betul cik tom..
    jangan ingat diri tak sakit2 itu maknanya Allah sayang kita lebih dari orang lain pulak..
    sihat dan sakit tu pun satu ujian hidup jugak tu…
    di berikan sakit untuk menghapuskan dosa2 kecil kita..
    diberikan kesihatan untuk memudahkan kita melakukan ibadat pada Nya..jadi bersyukur la apa ada nya..

    Reply
    • October 3, 2011 at 8:38 am
      Permalink

      ye 2-2 tue ujian dari Allah untuk menguji hambaNYA ketika sihat dan sakit…macam orang kaya dan miskin jugak 🙂

      Reply
    • October 3, 2011 at 8:34 am
      Permalink

      bukan baru kena chicken pox..ni dah kali ke 3 ken chicken pox..huhu

      Reply
    • October 3, 2011 at 8:33 am
      Permalink

      xpe renungan untuk kita bersama..sama2 muhasabah diri..semoga cepat sembuh..

      Reply
  • October 3, 2011 at 3:32 am
    Permalink

    Moga Cik Tom sentiasa berada dlm rahmat dan limpahan kasih sayangNYA…

    Reply
    • October 6, 2011 at 3:38 pm
      Permalink

      ye betul..selalu penceramah akan sebut pasal isu penyakit tue penghapus dosa kecil..

      Reply
  • October 3, 2011 at 11:31 am
    Permalink

    Betul tu ciktom.. sakit ni sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita.. Pelbagai cara Allah memberi kemudahan untuk kita mensucikan diri daripada dosa-dosa. Alalh menyayangi kita.. tiada satu apapun yg dibuat-Nya untuk melihat kita sengsara.
    Jom baca entri terkini LadyBird …Kepentingan Air Liur Dalam PerubatanMy Profile

    Reply
    • October 6, 2011 at 4:00 pm
      Permalink

      ye..setiap apa yang berlaku tue pasti ada hikmah yang tersembunyi..

      Reply
  • October 3, 2011 at 11:34 am
    Permalink

    Cik tom saya pun mengalami nasib yang sama sebelum nie , 3 kali juga kena , masa kecik dua kali dah besar masa tahun 2010 dulu…tapi kali yang ketiga tu kuar habis dari atas kepala sampai tapak kaki..orang kata kalau x kuar habis ia akan datang serang lagi..hope pasni amek supplement ok..
    Jom baca entri terkini amysyaquena …Belajar untuk menerima perubahanMy Profile

    Reply
    • October 6, 2011 at 4:18 pm
      Permalink

      owh ptt la ciktom kena 3 x..means tak habis lagi kuar chicken pox masa tue kot..heee…kl ciktom mmg malas makan supplement…heee…semoga amy cepat sembuh..amy..thanks tau bg kad raya kat ciktom…ciktom br tau ms raya aritu yg dpt kad raya..xdpt nak balas…blh x amy bagi alamat umah amy kat email cik tom; fyrus_22@yahoo.com

      Reply
  • October 3, 2011 at 9:56 pm
    Permalink

    semoga ciktom sihat-sihat hendaknye lepas ni…=)
    Jom baca entri terkini zahidah seran …jom blogwalkingMy Profile

    Reply
    • October 6, 2011 at 8:21 pm
      Permalink

      harap2nya begitulah…akak pun sama semoga sentiasa sihat selalu 😉

      Reply
    • October 6, 2011 at 3:23 pm
      Permalink

      autopost??schedule je set masa dan tarikh utk publish entry..or nizam ni tnye idea utk buat autopost??kl idea..just taip apa yang dirasakan menarik nk buat entry kot..heee

      Reply
  • October 6, 2011 at 10:29 pm
    Permalink

    saya juga sedang demam selsema ketika membaca entri ini. Saya tak dapat fokus nak baca semua, sbb ‘running nose’ ni sgt teruk. Skip 2-3 baris. But i get the picture.

    Semoga kita cepat sembuh.
    Jom baca entri terkini faizul …Kutipan Panggung Filem Melayu TerhebatMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!