Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom tengah sibuk men’google’ resepi murtabak diet akins kat satu blog koleksi resepi InaAchik. Cik tom terpandang la satu entri di sidebar dari blog utama Ina; Tasik Biru @ Pepsi Blue. Cik tom terdetik wah tasik pepsi blue? Macam menarik je. Nak tengok juga rupa tasik pepsi blue tue macam mana kan?

pemandangan indah di tasik biru @ pepsi blue
pemandangan indah di tasik biru @ pepsi blue

Subhanaallah cantik sangat pemandangan tasik biru atau lebih dikenali sebagai pepsi blue dikalangan penduduk kat sini. Cantik warna biru tasik buatan manusia ni.

Cik tom jadi tertanya-tanya kat mana tempat cantik sangat macam dalam gambar ni???

Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Kampungku
Tasik diberi nama pepsi blue kerana warna air tasik biru yang persis warna air pepsi blue

Tup.. tup tengok Ina bagitau tasik biru @ pepsi blue ni kat Rusila berdekatan Taman Kalongan Mas. Hahaha… gelak cik tom baca eh ni kampung aku ni. Haih kampung sendiri pun tak tahu ada tempat cantik macam ni. Duk sibuk berjalan tempat lain je. Adoii…

Bila cik tom bagitau kat adik bongsu respon;” Apa la kak ni ketinggalan zaman betul. Dah lama kot viral pasal tasik pepsi blue ni kat facebook. Ika banyak kali doh gi situ.” hahahaa….

Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu

Budak sekolah nakal datang ke tasik biru
Budak sekolah nakal datang ke tasik biru. bukan ponteng tau. tapi datang lepas habis sekolah.

Baru cik tom tau rupanya tasik biru @ pepsi blue ni sebenarnya bekas lombong emas. Oh kalau lombong emas ni memang dari cik tom kecik2 lagi famous dengan banyak kes kematian orang yang pergi menggali emas kat sana. Kebanyakannya kes tertimbus dalam lubang yang diorang korek waktu melombong. Bekas lombong emas ni biasa orang kat sini panggil LUBUK MANDI.

Jangan ikut aksi budak degil ini.
Jangan ikut aksi budak degil ini.

Cik tom ingat lagi pernah baca sebuah buku yang memang khas cerita kisah macam mana emas dijumpai kat lubuk mandi dan yang jumpa tu ialah ayah kawan ciktom. Tapi ayah cik tom bagitau emas kat sini jenis emas muda, tak banyak dan kurang kualiti. Pastu banyak pulak kes meragut nyawa. Kisah mistik pun memang melambak kat sini. huhu… Akhirnya lubuk mandi ni ditutup dari orang luar kerana merbahaya.

Bila tengok keindahan pemandangan di Tasik Biru ni, cik tom jadi teringin jugak nak berkunjung sekali kat sini. Lagi pun memang dah kira dekat sangat dengan rumah cik tom. Jalan kaki ke sana pun boleh je. Tapi rupanya ayah dah pesan kat adik awal-awal lagi jangan pergi ke sana dengan kawan.

Tips dari adik cik tom dah ke sana beberapa kali. Nak lawo nampok air kaler biru kena pergi waktu tengahari. Kalau waktu petang tak berapa clear nampak airnya biru. Haih macam2..

Jangan risau before autopublish entri ni cik tom dah nasihat kat adik jangan datang ke sini lagi. Lagi2 takde inspection dari orang dewasa. Apa2 jadi susah kan.

sakan no bergambar di tasik biru @ pepsi blue
Haih budak sekolah niii…

Ramai yang datang berkunjung semata-mata nak lihat kecantikan warna tasik biru. Lagi-lagi selepas viral difacebook, ramai pelancong yang bercuti di Terengganu ambil kesempatan melawat ke sini jugak. Mungkin pihak berkenaan boleh amik inisiatif untuk komersilkan tempat ni dengan jadikan ia lebih selamat kot.

Cerunan bukit yang merbahaya
Cerunan bukit yang merbahaya

Lokasi Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu

Peta lokasi ke tasik biru @ pepsi blue di terengganu
Peta lokasi ke tasik biru @ pepsi blue. Sumber: facebook

Peringatan Sebelum ke Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu

!!! PERINGATAN !!!

AWAS KAWASAN LARANGAN. Anda dilarang MENCEROBOH.

  1. Tindakan Undang-undang boleh diambil jika anda MENCEROBOH.
  2. Merbahaya kerana airnya berASID, pH 2.4 ,kulit anda akan menjadi gatal jika terkena airnya.
  3. Pihak kami telah melepaskan 2000 anak ikan, semuanya mati.
  4. Cerunan pada bukit tidak kukuh dan mudah runtuh.

Saya selaku Pegawai Keselamatan di kawasan lombong emas ini meminta jasa baik anda semua agar tidak beriadah di kawasan ini. HARAP MAKLUM. – Ku Napi ku Mat, Pegawai Keselamatan – ( SEGALA RISIKO DITANGGUNG SENDIRI)

Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu
Katanya datang release tension di tasik pepsi blue after exam

Tasik Biru di Johor

Selain di Tasik Biru @ Pepsi Blue di Terengganu rupanya terdapat juga Tasik Biru di Johor. Tengok pada gambarnya lebih kurang pemandangan di Terengganu. Persamaan yang lain ialah lokasinya turut tersembunyi dan terlarang bagi sebarang aktiviti riadah kerana dikatakan merbahaya.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE