Peranan SEDA Malaysia dan Pelaksanaan FiT

Hi semua! Korang masih ingat entri cik tom tentang penghasilan tenaga elektrik dari tenaga boleh baharu, feed-in tariff semua tue? Actually cik tom baru perasan dalam semangat duk cerita pasal semua tue, cik tom terlupa nak cerita lebih details mengenai SEDA Malaysia. Mostly ramai tak sedar akan kewujudan dan sumbangan SEDA Malaysia dalam kehidupan seharian kita.

SEDA Malaysia
SEDA Malaysia (Sumber: SEDA Malaysia)

SEDA  merujuk kepada Sustainabele Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia). SEDA merupakan badan berkanun di bawah kelolaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang ditubuhkan pada 1 September 2011 dengan tujuan utama untuk menguruskan sistem Feed-in Tariff (FiT) under Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

Baca: Feed-in Tariff (FiT)

FiT dilaksanakan untuk membangunkan pertumbuhan tenaga boleh baharu (TBB) yang membolehkan elektrik dihasilkan dari sumber TBB dijual kepada syarikat utiliti kuasa pada harga dan tempoh yang ditetapkan. FiT ini juga dilaksankan untuk elak kita terlalu bergantung pada bahan api fosil (minyak) yang bakal habis satu hari nanti dan mencemarkan alam sekitar.

Baca #1: Tenaga Boleh Baharu (TBB)
Baca #2: Sumber TBB dan Perbandingannya

Untuk menyokong pelaksanaan FiT, kerajaan menjadikan ia tanggungjawab bersama pengguna elektrik dengan membuat peruntukan RE Fund. Peruntukan bagi dana ini dikumpul melalui sumbangan daripada semua pengguna elektrik yang dikutip menerusi pengguna elektrik TNB.

Tapi surcaj 1.6% untuk RE Fund tersebut hanya dikenakan pada bil elektrik yang melebihi RM77 sebulan atau penggunaan 300kW ke atas. Ianya bersesuaian dengan pendekatan yang banyak menggunakan elektrik perlu menyumbang 1.6% kepada pelaksanaan elektrik dari sumber TBB.

Go Green
Go Green (Sumber: Go Green)

Bagi cik tom, ini salah satu cara alternatif untuk mendidik orang ramai agar lebih cekap dan cermat menggunakan elektrik ke arah penggunaan tenaga yang lestari.

RE Fund terkumpul ini akan diuruskan oleh pihak SEDA Malaysia untuk membayar elektrik yang kepada pemaju dan individu yang bekalkan elektrik dari tenaga boleh baharu mengikut kapasiti yang disalurkan ke grid elektrik dan juga membuka lebih banyak peluang serta kuota pemohonan FiT akan datang.

Antara peranan SEDA Malaysia secara amnya ialah;

  • Mengalakkan dan melaksana objektif dasar negara bagi tenaga boleh baharu
  • Melaksanakan, mengurus, memantau dan mengkaji semua Feed-in Tariff serta merekod statistik FiT
  • Memastikan proses permohonan dan peruntukan kuota TBB yang adil dan telus.
  • Meluluskan dan memantau penghasilan kuota elektrik dari pemaju atau individu yang melaksanakan TBB
  • Memupuk kesedaran orang ramai dengan pendedahan program tenaga boleh baharu dan program kecekapan tenaga.
  • Menjalankan pelbagai aktiviti, acara dan program untuk memaklumkan dan mendidik orang ramai mengenai manfaat dengan mengamalkan tenaga lestari
  • Mengemaskini dan menguruskan laman web SEDA Malaysia

Walaupun kita semua dah tau peranan dan sumbangan SEDA Malaysia ni. Jangan kita lupa juga tanggungjawab kita untuk sama-sama menyokong SEDA Malaysia dengan menggunakan tenaga secara lestari.

Bagi ibu bapa pupuklah tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga di kalangan anak-anak korang semenjak dari kecil lagi. Bak kata orang tua “Melentur Biarlah Dari Rebung”.  Ibu bapa perlulah jadi contoh terbaik dalam pelaksaan penggunaan elektrik dengan cara bijak dan berhemah. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak bagaimana menutup suis lampu dan kipas jika tidak menggunakannya.

Tanggungjawab bersama mendidik anak dalam melestarikan tenaga
Tanggungjawab bersama mendidik anak dalam melestarikan tenaga

Ini kerana cara pengajaran yang paling efektif adalah hasil gabungan dari segi teori dan juga praktikal.

Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Annual Report SEDA 2011.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Peranan SEDA Malaysia dan Pelaksanaan FiT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE