Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya

Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya | Salam… Harap semuanya ceria dan gembira sentiasa dalam dunia blogging mahupun seharian. Tak perlu kontroversi untuk mendapatkan trafik murahan. Tingkatkan prestasi jauhi kontroversi ye. Ok cik tom tak nak ceritakan isu kontroversi tapi nak cerita mengenai apa itu domain dan hosting serta perbezaannya. Sebelum ini, cik tom dah pernah buat entry mengenai domain. Untuk entry kali ini cik tom akan share secara ringkas je apabila ramai yang mesej facebook cik tom untuk bertanyakan perbezaan keduanya. Mengenai soalan perbezaan penggunaan blogspot dan wordpress tunggu cik tom akan cuba ceritakan akan datang ye.

  1. Apa itu domain?
  2. Apa itu hosting?
  3. Kelebihan domain berbayar
  4. Kelebihan hosting berbayar
  5. Apa perbezaan hosting dan domain?
  6. Bagaimana Nak Beli Domain Dan Hosting?

Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk blog korang bagi mudahkan pelawat mengakses di web browser. Contohnya sekarang ni, domain blog cik tom yang korang tengah layari atau tengok ni www.ciktom.com. Selain [dot]com, ada banyak lagi subdomain yang boleh dibeli seperti (.net, .org, com.my, .my, .tv, .name, .info, .biz, dan sebagainya). Sebaiknya korang fikir masak-masak untuk pilih nama domain blog korang sebab alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser (contoh web browser; mozilla, internet explorer, chrome, opera) untuk pergi ke blog korang. Kiranya domain ni lebih kurang fingerprint or trademark bagi blog korang. Pemilihan domain yang bagus akan mewakili identiti blog. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati. Untuk tahu lebih lanjut tipsnya boleh rujuk entry cik tom sebelum ni; Tips Pemilihan Nama Domain Yang Mudah Dan Simple.

“Biar kita cerita perumpamaan sikit. Okey sekiranya kita meminjam DSLR dari sahabat kita untuk mengambil gambar, adakah anda merasa puas semasa proses mengambil gambar? Sudah tentu tidak sebab DSLR tu bukan punya kita, kita tidak bebas menggunakannya. Begitu juga dengan domain. Domain berbayar adalah empunya kita. Jelas terasa puasnya.” –beaty

Apa itu hosting?

Kebiasaannya ramai yang dah tahu apa itu domain tapi jarang yang faham bab hosting ni. Termasuklah cik tom masa permulaan nak berhosting. Macam-macam perasaan masa nak mula berhosting. Tapi bila dah buat alhamdulillah lega dan happy. Hosting ni fungsinya macam tempat untuk storage segala data mengenai blog korang seperti file, post entry, komen, gambar dan segala kandungan yang terdapat dalam blog.

Bagi hosting terdapat pelbagai pakej. Semua pakej ni depend pada capacity size memory, bandwith dan lain-lain lagi yang ditawarkan oleh syarikat yang jual hosting. Kebiasaannya memang kalau korang beli hosting ni akan automatik percuma satu nama domain tapi kalau korang dah ada domain dan baru nak pakai hosting. Tak perlu risau korang boleh je guna nama domain yang lama untuk berhosting. Pelbagai syarikat yang jual hosting ni yang direkemen oleh ramai blogger lain macam netkl, serverfreak, datakl, fivio dan banyak lagi. Tapi cik tom pilih servis dari netkl sebab pakejnya berpatutan dan pihak netkl ni mesra pelanggan. Segala masalah kita ajukan cepat je respon bagi maklumbalas.

“Korang pinjam external hardisk kawan korang,korang isi macam macam cerita,tapi kawan korang buat bodo je..satu hari kawan korang tu nak gune hardisk die,tapi full..so die pon selambe je la delete cerita2 korang letak tu,sebab dah itu external hardisk die,nak buat camna,ye dak ? same goes to blogspot user. so bile orang2 blog cakap hosting sendiri tu means,ruang kite sendiri..ruang kite untuk kite simpan segala data2 blog..hosting sendiri ni,kite kene bayar..ye lah, dah nama nak space sendiri untuk simpan data, kene la bayar”—ini woot woot

Kelebihan Domain Berbayar

Antara kelebihan berdomain ialah blog korang akan lebih mudah terindeks di enjin carian. Sebabnya? URL Blog yang mudah untuk diingat kerana lebih ringkas dan pendek. Yelah kalau korang sendiri, mana yang lagi mudah nak ingat? www.ciktom.com atau ciktom.blogspot.com? Kalau korang nak tulis perkataan tue pun mana yang lagi cepat siap tulis? Begitu jugaklah sistem enjin carian. Terdapat banyak lagi kelebihan domain berbayar ni yang pernah cik tom cerita sebelum ni. Korang boleh rujuk kat entry; Kelebihan Domain Berbayar Berbanding Domain Percuma.

Kelebihan Hosting Berbayar

Segala data dan maklumat disimpan dalam storage sendiri kerana blog korang hak korang 100% selagi tak melanggar peraturan berblog. Kelebihan bagi yang nak cari duit sebab blog ni jenis self-hosting yang mesra SEO. Kalau dah mesra SEO percentage untuk SERP (Search Engine Result Page) terawal lebih tinggi bagi enjin carian. Kebiasaannya trafik blog masyuk kalau guna hosting. Bagi yang rajin la. Cik tom terkecuali. heehe..

Perbezaan hosting percuma dengan hosting berbayar ialah korang boleh lakukan apa sahaja dengan hosting yang korang bayar selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Kalau korang nak masukkan apa-apa (contohnya popular post, recent comment)  hanya gunakan plugin je. Takde pening sangat nak main code macam blogspot. Tapi kalau guna banyak sangat plugin akan effect pada size dan loading blog. So, kena beringat juga walaupun boleh just install plugin je. Kelebihan hosting berbayar ialah korang bebas nak simpan segala manakala kalau anda menggunakan hosting percuma seperti blogspot ianya terhad.  Satu lagi rasa macam blogger yang professional je bila berhosting.

Apa Perbezaan Hosting dan Domain?

Nama domain ialah nama url blog atau alamat blog korang manakala hosting ialah tempat untuk menyimpan segala data entry, komen, gambar dan segalanya dalam blog. Kalau korang pengguna blogspot, korang boleh beli nama domain kepada www.xxx.com tapi korang hanya beli nama domain je dan masih guna hosting percuma dari blogspot. So means semua data still under blogspot dan korang tak bebas nak simpan segala data. Nak tahu lanjut boleh baca entry; Perbezaan Hosting dan Domain oleh Adamxis dan Perbezaan Hosting dan Domain oleh Muhammad Tarmizi.

Bagaimana Nak Beli Domain dan Hosting?

Korang boleh beli domain dan hosting di mana server yang menawarkan pakej domain dan hosting. Tapi cik tom rekemenkan NetKL kerana harga yang murah dan yang paling penting servis yang bagus. Sebab kalau harga murah tapi service tak ok, tak guna juga kan. Detail tentang NetKL boleh baca entry; Domain di NETKL Terbaik Berdasarkan Pengalaman Blogger. InsyaAllah kalau berkesempatan, akan datang cik tom akan buat tutorial bergambar bagi yang berminat untuk beli domain dan hosting dari NetKL.

JOM BELI DOMAIN DENGAN KLIK BANNER NETKL DI BAWAH;


 

JOM BELI HOSTING DENGAN KLIK BANNER NETKL DIBAWAH;


Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

33 thoughts on “Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya

  • June 1, 2011 at 12:37 am
    Permalink

    hmnn..insyaAllah nnti nak jugak ada domain sendiri..ehee tp x taw la bila

    Reply
  • June 1, 2011 at 5:48 pm
    Permalink

    sama je guna blogspot ke apa, cuma bezanya berbayar dan yang percuma. Kelebihan berbayar nih keselamatannya terjamin, dan yang percuma kalau maybe boleh ditarik balik, lenyap terus tanpa ada jejak.
    Jom baca entri terkini eiela …Best Ke Jatuh Cinta NihMy Profile

    Reply
  • June 2, 2011 at 2:16 am
    Permalink

    terbaiklah…
    bagus n3 ni.. ramai yg tak tahu pasal ni.. elok Cik Tom terangkan..
    Jom baca entri terkini Gayahspears …Aku nak ‘terberak’My Profile

    Reply
  • June 2, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    weehuu ~ cik tom telah menerangkan seeloknya, semoga perkongsian ini, menambahkan kefahaman terhadapan orangan ramaian <– ayat apakah ini?

    Reply
  • Pingback:Keyword, blogging dengan keyword |

  • June 3, 2011 at 9:33 pm
    Permalink

    mula2 nak ada blog sendiri , memang pening juga fikirkan apa itu hosting&domain. Tak lama kemudian sya beli sebuah ebook pasal cara2 nak bina blog.com. dlm buku itu semuanya lengkap. sehingga terhasillah blog yg saya ada skrg. Memang best blog berbayar ini. cuba la kpd yg belum ada tu
    Jom baca entri terkini mekar …Keindahan di Sebalik Jendela Langkawi Lagoon ResortMy Profile

    Reply
    • June 4, 2011 at 10:58 am
      Permalink

      owh akak siap beli ebook lagi..bagusnya..cik tom banyak google dan tanya pada rakan blogger…hehe…alhamdulillah dapat la faham pasal domain dah hosting ni…hehe….yup memang berbaloi pakai hosting ni…rasa seronok dgn kepuasan tersendiri..hehe

      Reply
  • June 4, 2011 at 2:23 pm
    Permalink

    Yas dedulu rase bersemangat giler je ngan blog…tp tak tau napa la ni mcm dh slow sikit..
    Dulu mmg rase cam nak beli domain sendiri jerr…tp bila dh mood kureng ni trus…x pa..tgu dulu arrr…
    Andaikata bila dh beli domain dan hosting sendiri…pas tu x sambung..ape akan jadi ngan blog kita? masih terindeks kt google atau terus semua hilang?
    Jom baca entri terkini yas …Anda seorang penggangurMy Profile

    Reply
  • June 7, 2011 at 8:43 pm
    Permalink

    aik, cik tom pon pelanggan netkl ker, saya pon, hehe

    Reply
  • June 21, 2011 at 9:40 pm
    Permalink

    cik tom tom bak ! xD

    Reply
  • July 9, 2011 at 4:11 pm
    Permalink

    Cik Tom,

    Bagaimana sekiranya sy mempunyai domain, tapi hosting tidak aktif?
    Kemudian, sy bukan webmaster, tetapi diminta membantu kawan sy yg ada domain, tapi hosting tidak aktif sbb webmaster x aktifkan hosting (kes tipu lh nie)..boleh bantu?

    Reply
  • October 21, 2011 at 8:02 am
    Permalink

    cik tom,

    segala2nya sudah jelas..dulu blur2 jugak…nice artikel..ibarat memiliki umah atas nama sendiri…tak gitu??

    Reply
    • October 21, 2011 at 10:18 pm
      Permalink

      salam ariza..alhamdulillah kl dah jelas..thanks..yup hosting ni ibarat memiliki rumah (hosting) atas nama sendiri( domain)..nice comparison..berminat utk domain n hosting?good luck!

      Reply
  • October 22, 2011 at 5:54 pm
    Permalink

    cik tom,
    pagi td register own domain dgn netkl..ikut advice cik tom..teruja & tgh excited sgt2 nie..next step is kita kena manually import dari blogsport to wordpress,rite ?? kepada kawan2 semua, milikilah domain anda sebelum ianya diambil org lain..

    Reply
    • November 26, 2011 at 4:13 pm
      Permalink

      sori sgt2..ciktom br bc ur comment..ariza beli domain je or sekali dgn pakej hosting ye???kalau kedua2nya sekali utk import blogspot ke wordpress, netkl yg uruskan kesemuanya…apa link blog ariza ye?

      Reply
  • Pingback:Apa Itu Plugin Wordpress? Senarai Plugin Wordpress Terbaik - Ciktom

  • February 4, 2012 at 10:51 am
    Permalink

    ciktom kita nak buat la.. hosting n domain sendiri.. tapi x berapa clear. cemana. ym klo free eh???

    Reply
    • February 19, 2012 at 8:20 am
      Permalink

      sori yunk busy giler..ni baru on9 baca msg..jap cikttom emaik shima ek..

      Reply
  • Pingback:Komisen terkumpul NetKL-Domain dan Hosting - Ciktom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE