Perbezaan Penyakit Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)

Adakah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah sama atau berbeza? Jawapannya ialah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah penyakit yang berbeza. Apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)? Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
demam campak

Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

chickenpox

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Perbezaan Penyakit Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)

  • August 15, 2011 at 9:40 am
    Permalink

    My new baby pun tengah kena chicken pox..kesian dia baru 2 bulan…merengek jer.BIla angkat nak dukung dia nangis, agaknya sakit pecah biji air dia tu.Hopefully cepatlah baik…

    Reply
  • September 6, 2011 at 2:03 pm
    Permalink

    kanak2 yg terkena penyakit chicken pox,boleh dimandikan ke,?

    Reply
    • September 13, 2011 at 6:09 pm
      Permalink

      boleh je…tapi pastikan jangan kena air hujan..

      Reply
      • February 8, 2012 at 8:00 pm
        Permalink

        cacar ain pun saya pernah kena lah :p

        Reply
        • February 19, 2012 at 7:23 am
          Permalink

          2-2 dah pernah kena la ni ye..

  • January 6, 2012 at 1:32 pm
    Permalink

    ciktom,tq atas imformation yg brguna ni… bru sya thu perbzaanye sb kwan sya sdang mghdapinya…..

    Reply
  • February 8, 2012 at 7:59 pm
    Permalink

    Kalau Deman Campak Ni Tak Boleh Pergi Sekolah Ker?

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:22 am
      Permalink

      xboleh nanti jangkit dengan yang lain.

      Reply
  • February 9, 2012 at 12:23 am
    Permalink

    Saya seorg ibu kpd 3 org anak kecil (8,7,2 tahun) sedang ngandung anak ke 4 skrg ni..kandungan dah 23 minggu..sy kena chicken pox dah masuk 2 minggu hari ni..dah nk sembuh insyaallah, byk yg da kering kecut..menjadi keruping…tiba tiba sekejap tadi, anak yg umur 2 tahun dah naik blisters tu kt bhg blkg bdn dia.. Ada 2 biji blisters berair dlmnya tu..kt perot da ada 1 biji…sian..tp elok kena masa kecil2 sbb budak2 dikatakan doktor lebih mudah dn cepat sembuh berbdg kita org dewasa ni.

    So saya sapukan dia bedak sejuk tabloq yg sy order dr tn.hj.nasir ( owner kilang) sbb memang bedak sejuk ni sgt bagus utk penyakit kulit mahupun kegunaan hari hari. Sy pun dpt th dr member yg kena cp ms dlm pantang baru ni..so, just nk share u all..bende yg elok tu.ubat yg mujarab dan murah lak tu.no chemical dn lulus sirim,kkm etc.tabloq namanya.google la. sy lumur setiap hari..besttt..

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:39 am
      Permalink

      thanks untuk perkongsian pengalaman putri..mungkin berguna untuk pembaca lain yang singgah di blog cik tom.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!