Percutian Bulan Madu 2H1M Santai di Pulau Kapas

Assalamualaikum dan salam ceria…

Selepas selesai majlis perkahwinan di rumah cik tom, ada gap seminggu lagi sebelum majlis di rumah suami, padin pulak. Jadi dari awal lagi kami dah rancang dalam tempoh seminggu tu selain dari melawat saudara mara cik tom. Kami akan pergi bercuti untuk pra-bulan madu ke Pulau Kapas untuk 2H1M.

Kenapa pra-bulan madu? Sebenarnya kami punya bulan madu ialah selepas selesai kenduri dua belah pihak ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah

Baca: Pengalaman Bercuti di Pulau Redang
Percutian Bulan Madu 2H1M Santai di Pulau Kapas
Pemandangan di Pulau Kapas

MakCik Gemok Boat Service

Untuk ke sana, kami decide naik boat di Jeti Marang menggunakan khidmat Makcik Gemok Boat Service dengan tawaran harga RM35 seorang untuk return (Harga sebenar tiket boat return ialah Dewasa; RM40, 5-12 tahun; RM20 seorang). Selain dari MakCik Gemuk Boat Service, korang boleh jugak sewa bot dengan MGH Boat Service. Rate harga sama je RM40 dewasa.

Kami bergerak ke Jeti dalam pukul 7.30 pagi untuk naik bot paling awal iaitu 8 pagi. Kami parking kereta berbayar di tepi jeti dengan bayaran RM7 semalam. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas ambil masa lebih kurang 10-15 minit.

Tiket 2 orang (return): RM35x2=RM70 
Parking kereta 1 malam= RM7

Tips: Sebaiknya korang bawak makanan ringan macam air kotak, air mineral, roti atau apa2 makanan untuk bawa ke sana. Kat sana kedai runcit buka tak ikut masa dan tak banyak barang. Harganya pun berganda mahal dari biasa.

Backpack? Day Trip? atau amik Pakej?

Korang ada pilihan untuk ke sana by day trip untuk sehari sahaja. Pulau Kapas ni kecik je, one day trip pun korang dah boleh explore macam-macam. Tapi nak best lagi stay kat sini la kan. Boleh BBQ malam2. hihi…

Ada pelbagai pakej ditawarkan seperti Pakej Day Trip, Honeymoon dan Student/ Group.

Harga untuk pakej Day Trip ialah RM60 include Boat, Lunch, Toilet & Prayer Hall (Muslim) and Snorkelling Equipment. Murah je kan? Kalau korang nak percutian bajet ke pulau, cik tom sarankan ke Pulau Kapas. Tempatnya pun cantik.  Air laut biru jernih serta banyak coral cantik2 dan ikan jinak.

percutian bulan madu di pulau kapas

Kami pergi ke sana takde amik apa pakej sebab padin cakap tak nak terikat dengan jadual. Nak gerak ke mana bebas je nak buat apa-apa aktiviti pun.

Tips: Kalau jumlah korang kurang dari 4 sebaiknya tak perlu amik pakej. Nak ke mana-mana aktiviti mudah je boleh call je no driver boat. Nak sewa perkakas snorkelling pun ada banyak servis kat pulau tu. Lagi2 kalau cuaca kurang menentu (hujan/laut berombak) agak merugikan amik pakej.

Ok..Next..

Senarai Penginapan di Pulau Kapas

Terdapat banyak pilihan penginapan kat Pulau Kapas iaitu 12 buah resort. Korang boleh pilih berdasarkan bajet korang dari serendah RM10 (sewa campsite), RM25-RM45 (dorm), RM50-RM130 (fan room) dan RM125-RM880 (Air-cond room). Tepuk dada tengok pada bajet dan bilangan korang untuk pilih bilik yang bersesuaian. Untuk detail dan harga bilik boleh refer pada gambar dibawah;

harga penginapan di pulau kapas

 Ombak Kapas Island Beach Resort

Kami setuju nak book bilik air-cond di Ombak kapas. Oleh sebab hasil bodek abang boat tu yang mengatakan kalau nak pergi honeymoon lagi best Ombak Kapas. haha.. Taklah sebenarnya cik tom dah google beberapa review dari blogger lain yang ke sana. Kebanyakan mengatakan tempat bersih, menarik dan cafe dengan makanan yang sedap ialah di Ombak Kapas dan Ombak Cafe.

Kalau nak view chalet depan laut, boleh ambil Pak Ya Seaview Chalet.

Blik twin room (Air-cond): RM150 semalam.

InshaAllah entry review resort Ombak Kapas pada entri susulan.

Antara Aktiviti Menarik di Pulau Kapas

Terdapat banyak aktiviti menarik bagi yang sukakan aktiviti outdoor dan air. Antara aktiviti wajib kami sudah semestinya mandi manda di pantai sambil berjalan kaki mengelilingi pulau di sepanjang pesisiran pantai.

Aktiviti ambil gambar ;p
Aktiviti ambil gambar ;p

Aktiviti no.1 di bawah je tak dikenakan bayaran. Yang aktiviti lain berbayar dan rate ialah seperti di dalam gambar di bawah senarai di bawah;

  1. Mandi manda
  2. Snorkelling
  3. Round Island
  4. Kayak
  5. Jungle Tracking
  6. Fishing Trip
  7. Squid Jigging (Mencandat sotong)
  8. Surf Lesson
  9. Ujung Tenggara Trip
  10. Trip ke private island, Pulau Gemia

aktiviti menarik di pulau kapas

Oleh sebab ini percutian pra-bulan madu yang santai je. Kami mandi manda sampai puas kemudian lapar pergi makan. hehe..

aktiviti santai di pulau kapas
Melihat kecantikan flora dan fauna di Pulau Kapas

Tengahari mula nampak mendung risau nak buat aktiviti di laut guna boat ni. Jadi kitorang just spend masa jalan-jalan tengok flora dan fauna je. Seperti dijangka petang tu memang hujan.

Cuaca mendung di Pulau Kapas
Cuaca mendung di Pulau Kapas

Tempat Makan Best di Pulau Kapas

Hasil survey melalui carian di google, kebanyakan yang pernah berkunjung ke Pulau Kapas menyarankan tempat Ombak Cafe, Pak Ya Seaview Restaurant dan Koko Restaurant.

Kami sempat merasa makan di Ombak Cafe dan Pak Ya Seaview Restaurant je. Tak sempat nak cuba Koko Restaurant memandangkan lokasi agak jauh dari Ombak Kapas Resort tempat kami menginap.

Makanan bagi kedua2nya memang sedap. Tapi jika ditanya mana yang terbaik menjadi pilihan kami ialah Ombak Cafe. Dekorasi cafe yang menarik dengan diiriingi muzik english memang menampilkan suasana romantis. Malahan terdapat pelbagai menu western. Cashier Ombak Cafe ni rupanya ada iras Wak Doyok. Makanan yang disediakan juga rasanya sedap, presentation menarik dan staff yang friendly.

Americano breakfast sambil menghadap pemandangan laut
Americano breakfast sambil menghadap pemandangan laut
*Lunch di Pak Ya Seaview (nasi goreng kampung, bihun goreng, teh tarik, tea o ais, french fries)= RM33
*Dinner di Ombak Cafe (chicken chop RM23, nasi goreng pattaya RM12, nasi goreng kampung RM12, nugget RM5, teh tarik RM4, milo panas RM4)=RM60
*Brunch di Ombak (americano breakfast RM10, roti canai 2 kpg RM6, french fries=RM5,tea tarik RM4, milo panas RM4)=RM29

Bagi kami harga yang dikenakan agak berbaloi dengan kualiti dan kuantiti makanan yang sedap dan banyak di Ombak Cafe.

Cenderahati & Kedai Runcit di Pulau Kapas

Sepanjang kami round pulau tu hanya nampak sebuah kedai runcit je iaitu sebelah Ombak Cafe. Tak tahulah kalau ada yang lain. Itu pun petang cik tom nak beli air mineral tapi tutup.

Kat kedai runcit ni jugak ada jual barang cenderahati seperti patung penyu, keychain, fridge magnet dan t-shirt. Tapi kami tak beli pun disebabkan tidak menarik dan harga dikenakan tidak berbaloi dengan kualiti barang.

Contoh t-shirt pulau kapas dengan kualiti t-shirt  yang nipis RM10 dan hanya cetakan tulisan pulau kapas berharga RM30.

Air mineral 500mL (2 botol)=RM4

Batu karang di tepi pantai Pulau Kapas

Kiraan Kos Percutian Santai Pulau Kapas 2H1M

Sebenarnya untuk percutian ini cik tom bajet untuk spent hanya RM300 bagi kesemua kos untuk percutian bulan madu secara santai di sana. Tapi kami terlampau seronok menternak lemak di sana. Kos terlajak dari bajet. huhu…

Transport Boat (2 pax) RM70
Penginapan RM150
Makanan & Minuman RM126
Parking kereta RM7
Total  RM353

Kos diatas ialah jumlah untuk 2 orang.

RM353÷2=RM176.50.

Anggaran kos untuk seorang bercuti versi santai ke Pulau Kapas ialah RM176.50.

bergambar di pulau kapas
Ambil gambar sendiri pun pejam mata..haha

Nota jari: Awal-awal tulis details senang elak dari limpahan pertanyaan di email.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Percutian Bulan Madu 2H1M Santai di Pulau Kapas

    • November 13, 2016 at 12:29 am
      Permalink

      itulah kitorang makan kat kedai je..tak buat pun bbq kat sana…hehe

      Reply
    • November 13, 2016 at 12:23 am
      Permalink

      yup..semua pemandangan di sini indah.

      Reply
  • November 4, 2016 at 4:41 am
    Permalink

    wih mantap bener nih, cocok banget buat berdua-duaan hehe

    Reply
    • November 13, 2016 at 12:21 am
      Permalink

      memang tempat sesuai untuk honeymeoon atau jugak bersama keluarga..

      Reply
    • November 13, 2016 at 12:15 am
      Permalink

      tak jumpa pulak ikan nemo..spesis ikan lain banyak..cantik2 dan jinak…nanti boleh bawak famili datang bercuti ke pulau kapas.memang best.

      Reply
    • November 12, 2016 at 11:32 pm
      Permalink

      memang best dan cantik sangat view pulau kapas..cuma sayang time cik tom pergi cuaca tak mengizinkan nak explore banyak lagi aktiviti best kat sana..tapi takpe dekat je jeti tu dengan umah ciktom..

      ciktom pun teringin nak tanya awak kembar wak doyok ke tapi segan pulak..hehe

      Reply
  • November 6, 2016 at 8:08 am
    Permalink

    Cik tom selalunya bulan berapa elok pergi sebab takut musim tengkujuh ombak bergelora

    Reply
    • November 10, 2016 at 6:15 pm
      Permalink

      elakkan pergi bulan oktober-februari..biasa orang pergi pulau in between mac-september.. penghujung september aritu ciktom pergi pun cuaca dah tak okay sgt..huk3

      Reply
  • November 7, 2016 at 4:18 pm
    Permalink

    Amboi siap ada pra-honeymoon. So pasni ada post-honeymoon la plak. Hehee gurau je. Saya pernah ke Pulau Kapas ni masa zaman remaja. Aktiviti paling best mesti la snorkelling. Ikan nemo tak jumpe tapi saya jumpa ikan jaws la. Heheh. Skang ni dah ade anak2 kecik, tak sesuai dah Pulau Kapas.
    Jom baca entri terkini Wan Syahida …Apa Nak Buat Apabila Dipatuk Ular?My Profile

    Reply
    • November 10, 2016 at 6:01 pm
      Permalink

      ehehe..aah pasni ada masa free update post-honeymoon ke sabah pulak..ciktom pun tak jumpa ikan nemo..tapi memang banyak ikan kecik comel dan cantik2..aik ciktom tengok mat salleh dari denmark siap bawak anak2 diorang ke pulau kapas..nampak best je…

      Reply
  • November 8, 2016 at 8:01 am
    Permalink

    Salam Cik Tom…agaknya kalau bulan November sesuai ke nak ke Pulau Kapas

    Reply
    • November 10, 2016 at 5:02 pm
      Permalink

      Wassalam..tak sesuai awak…biasa pulau tutup bulan oktober-february…better awak pergi lepas raya cina tahun depan je..masa tu air laut dh okay..

      Reply
  • February 1, 2017 at 3:39 am
    Permalink

    wah keliatannya sangat enak pemandangannya, terutama pantainya. saya sangat mentukai pantai.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE