Perginya 2016 Bergantinya 2017

Assalamualaikum dan salam sayang…Macam biasa setiap tahun pasti ada kenangan pahit dan manis diharungi. Pada tahun 2016, cik tom sudah berhenti jadi tenaga pengajar di sebuah IPTA. Kini cik tom sepenuhnya fulltime freelance dan surirumah. hoho..

bunga tulip

Alhamdulillah pada April lepas, cik tom dah mendaftarkan perniagaan cik tom dengan SSM atas nama Cik Tom Global Resources. Manakala pada September pula, cik tom buka akaun perniagaan di Maybank. Untuk personal life, bulan Mei majlis merisik manakala September; cik tom melangsungkan perkahwinan.

Itu kira kenangan manis la.

Kenangan pahit pun banyak jugak.

Tapi yang terasa cik tom dua kali masuk wad dan kena emergency operate pada akhir April. Pastu kena berpantang makan dan pergerakan sebulan. Bagai jatuh ditimpa tangga sehari lepas operate kena sengat tebuan. Yang kelakar ciktom relak je kena operate. Tapi nangis bila kena sengat. Sakit oii..

Berkaitan: Selamat Tahun baru 2016, Azam Lama dan Baru

Azam Tahun 2016

  1. Beli set sofa untuk emak
  2. Cari halatuju hidup
  3. Perbaiki diri untuk lebih baik
  4. Kahwin
  5. Derma
  6. Maintain kan berat badan
  7. Tambah aset kurangkan liabiliti
  8. Bahagiakan hati ibu bapa
  9. Update blog
  10. Optimunkan income blog 4 angka sebulan

perjalanan hidupList azam di atas ialah bagi tahun 2016 yang lepas, seperti biasa jom kita review azam cik tom samaada berjaya atau tidak. hehe…

Beli set sofa untuk emak– sedih jugak azam ini masih belum tercapai dan duit yang dikumpul masih tersimpan elok tak terusik dalam bank. Cik tom dah bawa emak survey ke kedai perabot tapi emak cik tom berkenan harga perabot melebihi bajet yang kami kumpul. Emak cakap tak nak beli lagi, dia nak tambah duit dia sendiri hasil dari jualan karipap pusing frozen.

Dia pesan tak payah dah ciktom dan adik tambah duit lagi. Katanya yang dah bagi tu pun dah cukup. Tahun lepas pulak duit cik tom banyak guna untuk persiapan duit kahwin dan perbelanjaan musim perayaan. Adik Yaty pulak dengan pertambahan ahli baru.

InsyaAllah usahakan tahun ni untuk kumpul duit tambahan beli atau maybe tukar je beli barang perabot/ keperluan emak yang lain.

Cari halatuju hidup– Rasanya hampir 80% cik tom dah nampak halatuju hidup cik tom. Walapupun tak sepenuhnya tapi InsyaAllah berpegang pada Allah yang Maha Esa. Segala jalan lain akan dipermudahkan olehNYA.

Perbaiki diri untuk lebih baik– Masih belajar dan buat penambaikan diri untuk jadi insan yang lebih baik dan berguna. Ada banyak jugak perangai buruk dah jadi habit agak sukar nak ubah. Doakan cik tom slowly dapat berubah pada yang lebih baik dari sebelumnya. amin..

Kahwin– Alhamdulillah cik tom dah berkahwin pada September 2016 yang lepas. Berkahwin dengan rakan blogger, padin yang dah lama cik tom berkawan sejak 2010 lagi. Dulu cik tom siap cakap kalau takde lelaki dalam dunia pun cik tom takkan kahwin dengan dia sebab cik tom tak suka lelaki kepala botak. Akhirnya tak sangka dah jadi suami. haha.. Itulah namanya jodoh.

Derma– Yang ini pun tak berapa konsisten. Cik tom derma waktu teringat. Banyaknya kalau ke masjid atau nampak tabung hulur mana yang patut. Maybe cik tom kena set schedule je part derma ni automatik potong dari akaun setiap bulan. Tapi tak berapa best la ek.

Maintain berat badan– Ni failed lagi2 la lepas kahwin asyik makan je kerja. Suami ajak teman makan. Dulu masa bujang boleh makan suka hati pukul berapa. Kalau diet masak simple je. Ni dah kahwin banyak kena fikir. Lagi-lagi baru kahwin kan semangat lebih sikit nak masak.

Tambah aset kurangkan liabiliti– Aset yang nyata cik tom dapat kumpul untuk tahun lepas ialah koleksi emas. Liabiliti ada satu bertambah iaitu ciktom ada buat loan ASB dengan tujuan tertentu. Tapi lepas buat rasa menyesal pulak. Time join tu lebih kepada pujukan kawan yang kerja Maybank. huhu..

Bahagiakan hati ibu bapa– Cik tom tak pernah pulak tanya samaada apa yang cik tom buat selama ni bahagiakan hati emak ayah ciktom. Tapi tengok diorang senyum je tu okay la kot. Cuba realisasikan segala keinginan diorang yang cik tom tahu dan mampu. Selalu call bertanyakan khabar. Ciktom perasan moment paling happy bila diorang tengok ciktom dah kahwin. Emak ciktom siap pernah bagitau sebelum tutup mata nak tengok ciktom kahwin. sob3…

Update blog– Setiap bulan cik tom ada update entri kecuali bulan Jun 2016. Cik tom pun dah lupa rasanya busy bulan puasa/raya kot masa tu sampai tak terupdate. Tapi tak realisasi nak update at least 3 entri seminggu.

Optimunkan income blog 4 angka sebulan– Alhamdulillah untuk tahun 2016 cik tom berjaya capai target kecuali untuk 2, 3 bulan. Ada waktu yang sibuk buat preparation kahwin dan slowdown rest after operate.

Azam Tahun Baru 2017

  1. Beli set sofa/dll untuk emak
  2. Perbaiki diri untuk lebih baik
  3. Bahagiakan suami dan ibu bapa
  4. Kuruskan badan
  5. Tambah aset kurangkan liabiliti
  6. Projek e-commerce
  7. Buat duit USD
  8. Menulis Ebook
  9. Konsisten Update Blog
  10. Optimunkan income blog

perjalanan hidup

Panjang lebar ni rasa lenguh pulak menaip. Banyak projek dalam kepala nak buat tapi entah kena fokus 1 by 1 baru berjalan dengan baik.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Perginya 2016 Bergantinya 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE