Perkara asas yang perlu dilakukan sebelum berkahwin

Setiap pasangan pengantin pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna serta tampil anggun menawan di hari persandingan. Untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna ini sudah pasti menuntut usaha keras antara pasangan dalam persediaan dan perancangan yang teliti agar perkahwinan berjalan dengan lancar serta sempurna.

Pelamin pengantin perempuan
Pelamin pengantin perempuan

Sebaiknya pasangan merancang majlis kahwin seawal 6 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan berlangsung agar perkahwinan dapat disediakan lebih rapi dan anda mempunyai masa untuk membuat pilihan sebelum menetapkan sesuatu keputusan.

1. Rancang Tarikh Akad Nikah dan juga Tarikh Majlis Perkahwinan

Perkara paling pertama sekali dalam merancang persediaan kahwin ialah dengan menetapkan tarikh hari akad nikah dan juga majlis perkahwinan. Adakah anda inginkan pada hari yang sama atau hari yang berlainan? Tarikh ini perlu dirancang dengan sebaiknya supaya tiada pertindihan dengan majlis perkahwinan saudara mara rapat yang lain.

Tarikh dipilih ini juga penting supaya anda boleh cepat book untuk tok kadi dan juga tukang masak/ catering supaya tidak bertindih dengan pasangan lain. Al-maklumlah kalau tarikh HOT memang ramai yang akan pilih jugak. hehe..

2. Rancang Bajet Perbelanjaan Berkahwin

Sudah pilih tarikh, maka perkara kedua yang penting dilakukan sebelum berkahwin ialah anda perlu merancang berapakah bajet perbelanjaan perkahwinan yang akan dikeluarkan.

Kenal pasti perbelanjaan seluruh majlis kahwin untuk memudahkan anda menyediakan persediaan yang bersesuaian dengan bajet kahwin anda.

Bajet ini meliputi kos untuk makanan, hantaran, cincin, kad kahwin, pelamin, baju pengantin, makan beradab, photographer, goodie bag dan banyak lagi. Bajet ini perlu dirancang dengan sebaiknya supaya tidak ada yang ter”exceed” dari bajet. Untuk details checklist, saya sarankan anda rujuk>> Persediaan Perkahwinan Melayu.

3. Rancang Tempat Majlis Akad Nikah dan Majlis Bersanding

Tempat akad nikah dan jamuan ialah antara perkara terpenting yang perlu dititikberatkan. Anda perlu membuat keputusan samaada akad nikah dan jamuan kahwin hendak diadakan dirumah, dewan atau masjid. Jika dilakukan dirumah tidak menjadi satu masalah yang besar.

Namun sekiranya di dewan atau masjid, anda perlu menempahnya terlebih dahulu al-maklumlah mungkin ada pasangan lain juga bakal berkahwin pada tarikh yang sama.

4. Jumlah Tetamu Yang Akan diundang ke Majlis Perkahwinan

Untuk jumlah tetamu sebaiknya anda dapatkan senarai saudara-mara dari ibu bapa anda. Sebaiknya sediakan sebuah buku untuk senarai ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat handai yang bakal dijemput. Ini bagi mengelakkan “terasa hati” dikalangan saudara jika ada yang terlepas pandang.

Jumlah tetamu yang dijemput ini juga penting untuk menentukan jumlah kad kahwin yang anda perlu tempah dan berapa bajet makanan untuk jamuan kahwin. Untuk majlis perkahwinan saya, insyaAllah saya bakal tempah 500 kad perkahwinan. Anggaran kasarnya untuk 1000 tetamu yang bakal datang ke majlis perkahwinan.

5. Rancang Jamuan atau Kenduri Kahwin

Alhamdulillah dah rancang asas tarikh, bajet kahwin,  tarikh akad nikah, tempat kahwin serta jumlah tetamu. Anda perlu merancang jamuan kahwin pula. Anda kena rancangkan apakah menu yang bakal disediakan dalam jamuan tersebut. Nak buat nasi beriani ke? Nasi hujan panas atau nasi putih?? Lauknya apa pulak? Gulai patin masak tempoyak? Daging atau ayam masak merah?? Gulai daging atau ayam??

Anda perlu membuat pilihan samaada makanan jamuan dimasak secara gotong-royong, catering atau dapatkan khidmat tukang masak.

Saya membuat pilihan untuk dapatkan khidmat tukang masak kerana kosnya lebih murah berbanding catering. Untuk gotong-royong pula kurang sesuai diadakan dikawasan taman perumahan kerana kurang semangat gotong-royong seperti dikampung. Jadi anda bagaimana?? Pastikan anda membuat keputusan berdasarkan situasi dan juga bajet anda.

Kebiasaannya jumlah kepala (orang) untuk jamuan makan ini akan didarab 2 kali ganda dari kad kahwin yang diedarkan.  Contoh;

Kad kahwin diedarkan: 500 kad
Tetamu bakal datang: 500 kad x 2 = 1000 orang

6. Rancang Konsep dan Tema Majlis Perkahwinan

Setiap pengantin pasti mempunyai “dream wedding” merangkumi segala aspek. Sebaiknya berbincang dan berkongsi dengan mereka yang lebih arif dan bidang ini seperti dapatkan khidmat wedding planner jika anda mempunyai bajet yang tinggi.

Konsep bagaimanakah menjadi pilihan anda? Konsep fairytales? Konsep wedding dalam taman? Konsep urban? Konsep arabic? dan sebagainya.. Bagaimana pula tema warna perkahwinan? Adakah warna lembut atau kombinasi warna apa yang sesuai?

Pada yang tidak mempunyai bajet untuk wedding planner jangan bimbang. Anda masih boleh dapatkan khidmat nasihat percuma dari perunding pakej perkahwinan di mana-mana butik perkahwinan yang anda survey. Jangan malu untuk bertanyakan dengan mereka dan jangan pula mudah termakan pujuk rayu. Pastikan anda buat survey harga & kandungan pakej perkahwinan sebelum membuat keputusan.

Selain itu, anda boleh juga dapatkan tips daripada majalah atau website. Untuk majalah saya sarankan majalah- Inspirasi Perkahwinan (majalah pengantin bulanan yang berharga RM12.90) atau majalah Perkahwinan (majalah pengantin bulanan yang berharga RM14.90). Anda boleh dapatkan dimana-mana kedai buku berhampiran.

hantaran akad nikah
hantaran akad nikah

Biarlah majlis perkahwinan ini menjadi majlis anda iaitu momen indah untuk anda ingati sepanjang hayat. Pendapat keluarga dan ibu bapa boleh diambil sebagai panduan. Tapi ingat segala keputusan terletak pada tangan anda untuk menentukan. Yang penting jangan berlebihan dan niat untuk menunjuk-nunjuk. Niatkan nawaitu anda ianya kerana Allah.

Ini ialah gambaran awal apa perkara asas yang penting perlu dilakukan sebelum berkahwin. InsyaAllah akan datang saya akan cuba kongsikan checklist yang lebih teliti.

Mungkin ada sesetengahnya yang masih bingung dari mana untuk anda mulakan. Saya sarankan baca strategi perkahwinan dari saudara Suhaimi, pasti anda makin semangat nak buat kumpul duit dan buat persediaan kahwin>> Strategi Nak Kahwin Cepat & Kaya.

Download Panduan Persediaan Perkahwinan 
Download Panduan Menambat Nafsu Suami
Download Panduan Menambat Nafsu Isteri
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

Sharing is caring

yaty rushdi

Saya merupakan penulis ketiga di blog ciktom[dot]com. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog personal hanya sebagai diary saja iaitu Sophisticated Girl Life. Saya sekarang menanti detik untuk diijabkabul. Atas suggestion cik tom, saya akan share segala pencarian maklumat dan tips mengenai kisah pertunangan (september 2013) dan perancangan perkahwinan saya (mac 2014) di dalam blog ini. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin..

13 thoughts on “Perkara asas yang perlu dilakukan sebelum berkahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!