Persoalan Yang Selalu Bermain di Fikiranku

Kenapa aku sering diuji?

Firman ALLAH, maksudnya; “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman ALLAH, maksudnya; “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya ALLAH amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“(Surah al-Baqarah: 216)


Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman ALLAH, maksudnya; “ ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.“(Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimana akan ku hadapi ujian ini?

Firman ALLAH, maksudnya; ” Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan).“(Surah al-Imran: 200)

Firman ALLAH lagi, maksudnya, “ Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman ALLAH, maksudnya; ” Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka…”(Surah al-Taubah: 111)

******************************

Sumber catitan dipetik: Majalah Solusi, Artikel bertajuk “Kenapa aku…telah dijawab” m/s 61.

Sumber gambar:http://www.tafreehmela.com


Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “Persoalan Yang Selalu Bermain di Fikiranku

  • September 27, 2010 at 12:18 pm
    Permalink

    *insaf*

    mmg itu lah soalan yg keluar klau kne btg hidung sendiri. skang kena la tahu sbb ape πŸ˜€

    Reply
  • September 27, 2010 at 12:20 pm
    Permalink

    nice info dari cik tom..:)

    Reply
  • September 27, 2010 at 12:32 pm
    Permalink

    cik tom, keep it up. nice entri :))

    Reply
  • September 27, 2010 at 12:52 pm
    Permalink

    suke ini!

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:01 pm
    Permalink

    aku juga sedang diuji.

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:08 pm
    Permalink

    @poyaty: cik tom pun sama rasa insaf..tp kdg2 kan manusia termasuk cik tom sendiri insaf kejap pastu lupa balik..so entry ni untuk kt sm2 ingt mengingati…

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:11 pm
    Permalink

    Weehuu.. Entri terbaik dari ladang.. ahakz..
    "Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sungguh, besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cubaan; Dan sungguh, Allah Ta'ala apabila mencintai sesuatu kaum, diujiNya mereka itu dengan cubaan. Untuk itu, barang siapa yang redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah", Hadis Riwayat Tirmidzi.

    Maka rakan-rakan sekalian, Allah uji kita kerna sayang dengan kita. Hanya kita yang memilih, menghadapi cara baik, atau cara jahat.. eh? macam buat entri.. har3x~

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:15 pm
    Permalink

    @adah:tenkiu..ni info share dari majalah solusi..

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:17 pm
    Permalink

    @aretikz: alah mentang2 la cik tom puji entry best..selalu je buat entry kat komen cik tom..tp xpe cik tom suka…huhu..yup Allah sayang semua umatNya…

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:17 pm
    Permalink

    @fairuz: tenkiu bg support..untuk renungan kita bersama..

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:19 pm
    Permalink

    @anis: cik tom pun suka..untuk renungan bersama πŸ™‚

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:20 pm
    Permalink

    @papadam: cik tom buat entry ni sebab moody giler arini..so ni kira peringatan untuk cik tom jgn sedih2..huhu

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:27 pm
    Permalink

    Haha.. "Ter" la katakan.. Besa2 jak la entri tu.. orang yang baru berkecimpung kan.. tu yang sampai "ter" tulis entri.. gara-gara kebaruan.. gaga~

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:32 pm
    Permalink

    @aretikz: ye ker baru??wah mantap2 punye entry..tahniah anda mmg blogger hebat (promote ni)..ngeh2..

    Reply
  • September 27, 2010 at 1:59 pm
    Permalink

    ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya….ayat yang sangat menyentuh peribadi ellen sendiri…kita sepatutnya tidak akan membuat sesuatu di luar kesanggupan kita..Allah itu Maha adil dan Maha Pemurah….

    Thks for this info…i like it…

    Reply
  • September 27, 2010 at 2:28 pm
    Permalink

    terpikir sekejap..
    sebenarnye satu2 kejadian yang berlaku pada kita tu sebenarnye adalah bersebab..
    cuma kita ni saje bila diuji sedikit je mula la mengeluh..
    padahal benda tu terjadi cuma untuk kita lepas ke tahap yang satu lagi..

    Reply
  • September 27, 2010 at 2:46 pm
    Permalink

    soalan dan jawapan yg penuh informasi..
    thx

    Reply
  • September 27, 2010 at 3:48 pm
    Permalink

    @ellen: alhamdulillah kalau ellen menyukai info ni..iye memang Allah tak pernah membebani umatNya..keran Allah tahu kemapuan umatnye..dan setiap terjadi tue pasti Allah dah buat hikmah yang sebaik2nya bagi umatNya..renung2kanlah πŸ™‚

    Reply
  • September 27, 2010 at 3:51 pm
    Permalink

    @diana: betul tue akak..biasalah manusia selalu alpa termasuk cik tom..tue la fungsinya kita sesama manusia saling ingat memperingati dan mangajak ke arah kebaikan..

    Reply
  • September 27, 2010 at 3:54 pm
    Permalink

    @sop: sememangnya Al-Quran tue selengkap2 mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang dijadikan sebagai panduan umatNYa sepanjang zaman..

    Reply
  • September 27, 2010 at 4:00 pm
    Permalink

    sabao cik tom..
    klu cik tom xsabao camner la kite nk sabao jugak..
    hehe

    Reply
  • September 27, 2010 at 4:08 pm
    Permalink

    hoho insaf seketika.. πŸ™‚
    hmm..macam kena sangat dengan keadaan siti sekarang.. nice info.. πŸ™‚

    Reply
  • September 27, 2010 at 4:17 pm
    Permalink

    good good..ehehe

    Reply
  • September 27, 2010 at 6:01 pm
    Permalink

    @azrul: cik tom sedang cuba menenangkan diri…azrul pun sabar ye…

    Reply
  • September 27, 2010 at 6:03 pm
    Permalink

    @siti: jom sama2 insafkan diri kita..tabahkan diri ye siti..good luck stpm yunk!

    Reply
  • September 27, 2010 at 6:04 pm
    Permalink

    @miss chekleen: tenkiu darl~

    Reply
  • September 29, 2010 at 1:08 am
    Permalink

    Pembetulan: Siti bukan amek stpm la cik tom.. stam yg sebetulnya.. hehe

    Reply
  • March 7, 2011 at 10:07 am
    Permalink

    mnsia sllu berasa tidak bersyukur..bila diberi kesenagan,lupa dri,lupa pada allah yag beri rezeki..tapi bila allah uji walupun sedikit,..mengeluh sana sini memohon pertolongan ilahi..nasihat untuk achie sndri cik tom..ermmmm

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE