Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com Blog Titan Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua…. Cik tom telah terpengaruh untuk join Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dari blogger titan. Tahniah pada titan sebab taktik gerila beliau memang menjadi. Kalau sebut titan atau Earncent.com je mesti cik tom sengih sorang2 teringatkan term “kacak”. Macam dah trademark blog serba kacak sampaikan Trafik itu kacak. Artikel blog titan ini memang kacak sampai berpengaruh besar pada diri cik tom. Owner blog Earncent.com ni berani dan rajin mencuba apa saja dalam berblog sama macam tagline blog, Hidup Berani Untuk Gagal.

1. Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..

Dalam banyak artikel earncent.com, yang inilah paling berpengaruh kuat kat cik tom. Selama ini duk baca artikel dapat komisen itu dan komisen ini tapi sejujurnya cik tom just baca dan komen je. Takdelah fikir nak join sangat, kononnya busy tak sempat nak join gitu. huhu.. Tapi bila cik tom baca je entry ini terus je buka mata luas-luas. Fuyooo….titan yang kacak ni dah habis bayar PTPTN dalam masa 4 tahun setengah je!! Cik tom nak follow juga amalan mamat kacak ni bayar dan buat bodoh je.

Yelah kalau asyik duk fikir sayang nak bayar kot2 ada nak guna untuk lain sampai bila2 pun tak terbayar. Baca artikel ni je semangat cik tom berkobar2 plan nak aim dan langsaikan hutang PTPTN. InsyaAllah plan tue akan bermula tahun depan, 2012. Sekarang tengah buat kira-kira dan target dalam buku. Pasni tak kisah la orang cakap cik tom guna kereta kelisa tue kecil je pastu beli secondhand pun, asalkan cik tom beli cash duit sendiri takde hutang2 beli kereta baru. Biarlah tak bergaya asalkan tuannya comel takde hutang. *erk dah terjangkit dengan titan pulak. hehe…. Thanks titan untuk artikel yang kacak ni!

2. Apa itu superblog

Haa… yang ni pulak artikel berpengaruh Earncent.com ke 2 kat diri cik tom. Baca artikel ini buat cik tom fikir mendalam. Yelah kenapa aku tak terfikir pulak selama ini nak cuba buat blog lain untuk cari sideincome. Bukan luak apa pun kalau cuba. Untung nasib percubaan menjadi boleh dapat sideincome lain. Oleh sebab artikel inilah cik tom dalam proses nak buat satu lagi blog. Masih dalam proses sebab tengah berkira nak guna platform percuma or berbayar. Kalau semua berjalan lancar awal tahun depan muncul blog baru. Superblog untuk owner blog yang comel. hehe.. Dari blog lain ni boleh cik tom try and error tengok rentak dunia blogging, sideincome, affiliate dan sebagainya. Thanks titan untuk idea yang kacak ni!

3. Calon-calon yang mungkin menang..

Ini pulak artikel berpengaruh Earncent.com yang buatkan cik tom terus nak join segmen ni. Masa tengok artikel pertandingan sebelum ni takdelah teruja mana nak join. Tapi bila tengok tajuk calon-calon yang mungkin menang dan lanjutan tarikh sehingga esok rasa terpanggil nak join jugak. Nak cuba asah skill review men review ni. Selain tue, tertarik nak tengok blog ni boleh join ker dengan blog-blog lain yang hebat2 main SEO . Erk boleh ke lawan SEO blog Earncent.com? Kenalah cuba baru tahu kan. Boleh belajar try and error pasal seo ni. Thanks titan untuk peluang join & menang hadiah kacak!

****************************************

Memang banyak artikel berpengaruh dari blog Earncent.com bukan yang ada 3 dalam list ni je. Cuma atas blogger pandai nak amik input dan rajin godek entry lama2. Yang penting kena usaha jangan harap orang suap kat mulut je. huhu.. Pada yang berminat nak belajar pasal income, komisen, affiliate boleh pergi menuntut ilmu kat blog Earncent.com. Nasihat kena rajin mencuba, jangan sekali cuba dah frust. Suggestion sebelum masuk baca artikel lain dalam blog Earncent.com, sila baca dulu entry ni; Dilemma blogger-blogger baru. Pastu boleh menuntut ilmu dari blog artikel berpengaruh Earncent.com. Hadiah Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com sangat lumayan, rugi siapa yang tak join.

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel,ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com Blog Titan Kacak

  • December 30, 2011 at 6:18 pm
    Permalink

    semoga berjaya cik tom..:)

    Reply
  • December 30, 2011 at 9:15 pm
    Permalink

    ok. sudah update senarai calon..ni lagi sorang. aku dah pening dah nak pilih sapa yang menang nih..haha

    Reply
    • December 30, 2011 at 9:40 pm
      Permalink

      ok thanks titan..kl rs kacak kn bg cik tom menang..hehe…

      Reply
      • January 3, 2012 at 8:12 am
        Permalink

        patut la menang cessss… hahaha puji lebat nihh

        Reply
        • January 3, 2012 at 10:49 am
          Permalink

          eh pujian ikhlas ni..hehehee..
          ala sj pun menang komen terbanyak kan..lumayan tue..

  • December 31, 2011 at 1:16 pm
    Permalink

    Waaa…abes la akuu…hehehe
    Good luck cik tom…semoga berjaya….ingatkan tadi lom ready lagi entri nih…rope2nya dah siap dah pong…he3x!!!

    Reply
    • December 31, 2011 at 1:17 pm
      Permalink

      Paling atas lak tue…caya arrr…ha3x!!!

      Reply
      • December 31, 2011 at 3:59 pm
        Permalink

        eh dah paling atas ke?semalam cek bawah blog titan n farah lagi..ciktom br je publish..rs kena tunggu pas pertandingan ni tamat br betul2 tau mana yg plg atas..huhu

        Reply
    • December 31, 2011 at 3:53 pm
      Permalink

      thanks yas..ni entry dah publish semalam..saje bw baca entry blogger lain yang join jugak smbl tambah kenalan baru..hehee

      Reply
      • January 3, 2012 at 3:48 pm
        Permalink

        Tahniah cik tom sbb berjaya dpt hadiah misteri dr titan…hehehe

        Reply
        • January 4, 2012 at 2:10 am
          Permalink

          thanks yas..tahniah jgk sbb yas pn slh seorg pemenang!

    • January 1, 2012 at 6:25 pm
      Permalink

      hehe..semua join best2 sbb tue meriah!ciktom pun jd org last join..
      thanks n good luck ye wani!

      Reply
  • January 3, 2012 at 8:13 am
    Permalink

    pandai ciktom main SEO… ajar sikit…

    Reply
    • January 4, 2012 at 1:57 am
      Permalink

      xde la pandai pun..cuba2 je.. biasa suka buat entry panjang2 kl nak main seo..pastu keyword density guna setiap perenggan..

      Reply
  • January 10, 2012 at 10:29 am
    Permalink

    dah menang pun. tahniah dari aku.. lepas ni join contest
    denda sekolah plak yer.. hik3

    Reply
    • January 14, 2012 at 3:34 pm
      Permalink

      thanks nurmisnan..insyaAllah mmg plan nak join..skang tgh berkira2 nak buat entrynya..hee

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!