PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA TERBAIK DI MALAYSIA

sukarelawan muslim volunteer malaysiaAssalamualaikum dan salam sejahtera.. Sejak dari zaman belajar di UiTM lagi, ciktom memang berminat dalam menyertai pelbagai  aktiviti sukarelawan Malaysia. Kali terakhir ciktom sertai aktiviti sukarelawan ialah ketika bantuan mangsa banjir teruk  di Pahang. Satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan bila berjaya menolong mereka yang di dalam kesusahan. Terlihat wajah mereka yang asalnya sugul kembali ceria membuatkan segala keletihan hilang dengan serta merta.

Alhamdulillah sekarang semakin ramai celik dan mendapat kesedaran mengenai kepentingan menyertai aktiviti sukarelawan di Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai senarai badan sukarelawan di Malaysia, antaranya yang paling menarik perhatian ciktom ialah Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia

Nak tahu kenapa ciktom tertarik dengan Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? Jom baca perkongsian maklumat menarik ciktom mengenai Muslim Volunteer Malaysia.

MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

muslim volunteer malaysia

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Buat pengetahuan anda, Muslim Volunteer Malaysia ini telah didaftarkan pada 30 Disember 2014. Yang paling mengagumkan ciktom ianya telah mempunyai lebih 50,000 sukarelawan dari umur 18 tahun sehingga 24 tahun di seluruh Malaysia. InsyaAllah angka ini bakal bertambah lagi termasuk penyertaan ciktom dan anda semua.

Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, Muslim Volunteer Malaysia berhasrat mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan mereka yang memerlukan. Pihak Muslim Volunteer Malaysia sangat terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana agensi samaada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan dan pertubuhan NGO lain.

Mungkin ada yang akan ada sedikit skeptikal mengenai perkataan “Muslim”, tapi usah risau kerana Muslim Volunteer Malaysia bertindak membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

Yang mengagumkan dalam acara Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award 2016, Muslim Volunteer Malaysia telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U.

Team MVM bagi memastikan segala program berjalan lancar
Team MVM sentiasa memastikan segala program berjalan lancar

PERBEZAAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BERBANDING PERTUBUHAN YANG LAIN

Pendekatan dan bantuan dari pihak Muslim Volunteer Malaysia sangat berbeza berbanding dengan pertubuhan sukarelawan lain yang membuatkan ciktom rasakan ianya pertubuhan sukarelawan terbaik di Malaysia.

1. Program bantuan secara berfasa

Ciktom suka bantuan sukarelawan dari Muslim Volunteer Malaysia kerana bukan sekadar memberi bantuan “touch n go” tapi lebih kepada program bantuan secara berfasa. Dimana pihak Muslim Volunteer Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan keluarga penerima bantuan.

Ini cara bantuan yang bagus kerana pihak sukarelawan dapat memastikan samaada sumbangan yang diberikan dapat membantu keluarga penerima dan membantu memperbaiki kehidupan mereka ke arah lebih baik.

2. Pembangunan ekonomi penerima bantuan

Selain itu, pihak Muslim Volunteer Malaysia turut memfokuskan pembangunan ekonomi penerima bantuan. Salah satunya contoh, membantu menyediakan kelengkapan perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga asnaf yang berpotensi.

Dengan ini, golongan tersebut dapat memajukan kehidupan sehingga berjaya berdiri sendiri dan mungkin bakal menjadi pemberi sumbangan pula.

3. Pembangunan sukarelawan Malaysia

Di samping membantu golongan memerlukan, Muslim Volunteer Malaysia juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk mempelajari skill dan kemahiran supaya menjadi seorang sukarelawan kemanusiaan dalam program-program anjuran Muslim Volunteer Malaysia.

Sukarelawan juga berpeluang untuk menimba ilmu menjana dana bantuan awam (fundraising) dan juga korporat. Muslim Volunteer Malaysia satu contoh pertubuhan sukarelawan di Malaysia terbaik yang bukan sahaja membantu golongan asnaf tapi juga memberi bimbingan kepada sukarelawan.

4. Memfokuskan bantuan di dalam Malaysia

Pihak Muslim Volunteer Malaysia lebih memfokuskan bantuan di dalam Malaysia berbanding luar negara berdasarkan data berikut: –

2016 – 33 program (32 M’sia, 1 Luar negara)

2017 – 56 program (52 M’sia, 4 Luar negara)

2018 – 68 program (62 M’sia, 6 Luar Negara)

2019 – 89 program setahun (81 M’sia, 8 Luar Negara)

Misi Luar Negara oleh Muslim Volunteer Malaysia
Misi Luar Negara oleh Muslim Volunteer Malaysia

Ciktom suka pertubuhan sukarelawan yang fokus halatuju dalam memberi bantuan. Yelah kalau nak bagi bantuan dalam dan luar negara tu bagus. Cuma bila kurang fokus kekadang jadi agak dipinggirkan bantuan di dalam Malaysia. Sedangkan realitinya masih ramai golongan yang memerlukan di Malaysia.

SEGMENTASI PROGRAM ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

MVM HOPE– Program berfasa dimana bantuan yang diberikan kepada keluarga penerima bantuan merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran perniagaan dan pantauan komitmen.

MVM UNITY– Program yang menjadi jambatan cakna yang berbentuk kesedaran melalui pendedahan scenario tersirat dan juga aktiviti sukan yang mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat.

MVM REACH– Program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan dengan menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat.

MVM RELIEF– Program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa yang merangkumi negara Asia dan negara Timur Tengah.

MVM TOUCH – Program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ atau tidak berfasa dimana ia berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

ANTARA KEMPEN ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

KEMPEN 10

Kempen RM10 ini bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang dirancang sepanjang tahun.

Aktiviti Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia
Aktiviti Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia

TABUNG BANTUAN SALAM

Program Bantuan Salam bertujuan memberi bantuan dalam kadar yang segera  dan pada yang sama meringankan beban keluarga penerima bantuan. Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan mengikut kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria penerima bantuan yang layak perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia dan pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah.

Antara Penerima Bantuan Salam dari Muslim Volunteer Malaysia
Antara Penerima Bantuan Salam

Sekiranya anda mempunyai maklumat keluarga yang memerlukan bantuan ini, boleh hubungi wakil MVM seperti berikut :

No.Telefon : 03 80740484

Email : [email protected]

Atau isi borang aduan berikut : http://bit.ly/aduansalammvm

TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN

Tabung Bantuan Perniagaan ini dibuka sepanjang tahun dan dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada penerima bantuan yang berkelayakan untuk menampung kos keperluan perniagaan mereka.

Antara kriteria penerima bantuan yang layak isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan.

APA KATA SUKARELAWAN DAN PENERIMA BANTUAN TENTANG MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ?

Ciktom teruja baca feedback dari sukarelawan dan juga penerima bantuan. Alhamdulillah program dari Muslim Volunteer Malaysia banyak membantu golongan yang memerlukan. Sukarelawan turut diberikan pendedahan pelbagai ilmu mengenai sukarelawan.

SUKARELAWAN :

sukarelawan muslim volunteer malaysia amalina

“Pertama kali saya sertai program anjuran MVM banyak yang saya belajar mengenai dunia kesukarelawan dan harapan saya agar berpeluang untuk turut serta lebih banyak lagi program sebegini pada masa akan datang,” – Nur Amalina Rusli, Shah Alam-

PENERIMA BANTUAN :

penerima bantuan muslim volunteer malaysia Puan Norlida

Saya merupakan penerima bantuan Pure Heart pada tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Terima kasih MVM kerana meringgankan beban keluarga asnaf seperti kami. Dengan bantuan bulanan setiap bulan saya mampu menyimpan wang untuk kegunaan yang lain pula. Semoga lebih banyak NGO lain dapat membuat program seperti yang dilakukan oleh MVM,” Puan Norlida Abdul Rahman, Padang Jawa-

CARA DAFTAR VOLUNTEER MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Mesti ramai tak sabar dan tertanya bagaimana cara nak sertai sukarelawan Muslim Volunteer Malaysa. Ok, bagi anda yang berminat untuk pendaftaran sukarelawan NGO sebagai #VolunteerMVM, boleh rujuk pada video Tutorial Mendaftar Sebagai Ahli #VolunteerMVM;

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan klik link dibawah:

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA KERJASAMA DAN TAJAAN KORPORAT

Pelbagai Agensi/Organisasi/Badan NGO/Korporat telah bekerjasama dan menaja dalam pelbagai program yang telah dijalankan Muslim Volunteer Malaysia.

Kepada mana-mana badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan dalam kempen MVM boleh terus menghubungi :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

atau Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854

atau klik link whatsApp berikut: http://sumbanganmvm.wassap.my/

CARA MENYUMBANG DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA | JOM SEDEKAH ONLINE

Ciktom tahu ada sebilangan dari anda yang berminat nak mendaftar program Volunteer Malaysia tapi kekangan masa dan kudrat. Tapi anda berminat nak memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit?

Kempen terkini di website Donation
Kempen terkini di website Donation

Tak perlu risau Muslim Volunteer Malaysia menyediakan website Donation, satu platform website yang memaparkan kesemua kempen tajaan yang sedang dijalankan oleh Muslim Volunteer Malaysia. Ia bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi terkini tentang kempen tajaan dan menghulurkan sumbangan atas talian.

Jom layari website donation : www.donation.mvm.org.my

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Harapan ciktom lebih ramai sukarelawan lain menyertai dan menjadikan Muslim Volunteer Malaysia sebagai satu contoh pertubuhan sukarela terbaik di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Muslim Volunteer Malaysia berikut;

Facebook Muslim Volunteer Malaysia : https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Youtube Channel : Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA TERBAIK DI MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE