Analisa Pelaksanaan Perumahan dan Pemilikan Tanah di Johor

Assalamualaikum dan salam sayang… Dalam entry cik tom yang lepas; Pencapaian Johor dalam Dekad Baharu Johor ada cik tom selitkan ringkasan dan ulasan cik tom mengenai Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Johor dari 2013-2018. Salah satu dari 7 Fokus Pelan Suara Hati Johor dalam kad laporan tersebut ialah perumahan dan pemilikan tanah untuk keperluan dan kehendak rakyat Johor.

Jom tengok apa fokus dan sorotan utama AkuJanji oleh kerajaan Negeri Johor.

Fokus bagi perumahan dan pemilikan tanah di Johor

  • Meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik
  • Mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat

5 Sorotan Utama AkuJanji dalam Manisfesto PRU-13

  1. Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
  2. Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
  3. Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  4. Meneruskan Program Bantuan Rumah
  5. Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor

Perumahan dan Pemilikan Tanah di Johor

Ini ialah inforgrafik bagi segala pelaksanaan janji-janji oleh Kerajaan Johor yang dimasukkan ke dalam Kad Laporan Prestasi.

1.PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ)

Sebanyak 16,010 unit RMMJ telah disiapkan manakala 100,000 unit lagi dijangka disiapkan menjelang tahun 2023 berbanding 6000 unit yang dijanjikan.

2.MENYELESAIKAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Alhamdulillah sebanyak 35 projek perumahan yang terbengkalai telah diselesaikan oleh kerajaan negeri berbanding 14 buah projek yang dijanjikan.

Syabas! Cik tom faham sangat perasaan terseksa bila mana projek rumah yang ditunggu tapi tidak dapat disiapkan dalam masa ditetapkan. Memang terseksa jiwa raga. hukhuk..

3.PEMBINAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

1,170 unit rumah telah siap manakala 6,717 unit lagi dijangka siap menjelang 2012 berbanding hanya 5,000 unit rumah yang dijanjikan.

4.PROGRAM BANTUAN RAKYAT

4,029 unit telah dibaik pulih/ bina baharu berbanding dari janji asal hanya 2,000 unit. Alhamdulillah dua kali ganda dari jumlah yang dijanjikan. Inilah yang dikatakan janji untuk ditepati bukan dicapati. hehe..

5.HAK MILIK TANAH KEPADA PENEROKA FELDA

Sebanyak 9,102 peneroka Felda telah menerima hak milik berbanding dari janji asal hanya untuk 8,000 peneroka.

Wah korang nampak tak peratusan analisa diatas semuanya melebihi 100%! Bagus kan??

Yelah melebihi 100% kerana pihak kerajaan Johor letak melaksanakan segala janji tersebut melebihi daripada jumlah yang dijanjikan. Bak orang cakap asalnya janji nak bagi 1 tapi bagi sampai 10. hihi..

LAIN-LAIN INISIATIF

  • Skim Jauhar Prihatin
  • Rumah Transit Belia Johor
  • Rumah Mesra Rakyat Johor (RMMJ)
  • Skim Sewa Beli
  • Taman Perbadanan Islam
  • Rumah transit Asnaf Johor
  • Program Bantuan Rumah (Bina Baharu & Baik Pulih)
  • Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA)
  • Skin Perumahan Mampu Milik Swasta (MYHOME)

Rumah cik tom diami sekarang ialah salah satu rumah under PR1MA yang telah siap pada tahun lepas. Alhamdulillah suami cik tom salah seorang penerima rumah PR1MA walaupun asalnya rumah ini sudah tersasar siap dari tempoh ditetapkan.

Pada korang yang diluar sana jangan putus asa untuk memohon rumah mampu milik. Ada rezeki insyaAllah ianya bakal jadi milik korang satu hari nanti. Tak perlu percaya pada cakap2 orang nak dapat kena ada kabel sebab suami cik tom hanya buat permohonan biasa seperti orang lain. Ada rezeki tak kemana. Yelah yang memohon berpuluh ribu orang melebihi kuota rumah yang disediakan.

Yang penting jangan lupa usaha, doa dan tawakal padaNYA.

Alhamdulillah pelbagai manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat Johor dalam Dekad Baharu Johor.  Segala pencapaian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor sudah melebihi dari apa yang dijanjikan dan sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Johor.

Kad Laporan Lengkap Pencapaian 2013 – 2018 beserta misi baru Johor boleh 
dilihat menerusi website www.dekadbaharujohor.my.

#DekadBaharuJohor #TeamJohor #MuafakatBangsaJohor

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Analisa Pelaksanaan Perumahan dan Pemilikan Tanah di Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE